Showing posts with label Dato' Sri Hishamuddin. Show all posts
Showing posts with label Dato' Sri Hishamuddin. Show all posts

Tuesday, October 15, 2013

Apakah Ali Rustam dan Shafie Apdal akan jadi mangsa???


Sabtu lepas sudah selesai pemilihan sayap UMNO..Wanita, Pemuda dan Puteri.

Sabtu ini akan berlangsung pula pemilihan peringkat yang lebih tinggi.

Semua mata tertumpu kepada soal pemilihan jawatan Naib Presiden.

Ketua Puteri orang Melaka, ada EXCO Wanita pun orang Melaka. Kesimpulannya, Melaka sudah ada wakil di peringkat tertinggi. 

Naib Ketua Wanita UMNO orang Sabah, Azizah Dun. Exco Wanita yang merupakan mantan bekas Ketua Puteri, Rosnah juga orang Sabah. Esok, kalau Jamawi diangkat sebagai Naib Ketua Pemuda lagi akan mewakili Sabah.

Hmmmm..dalam kabinet sekarang, Melaka cuma ada seorang Timbalan Menteri.

Adakah kemenangan YB Emi sebagai Ketua Puteri daripada Masjid Tanah, Melaka sudah melengkapkan kerusi pimpinan tertinggi UMNO sekaligus menafikan peluang Ali Rustam? Melaka selalu tidak penting pada mata orang atasan tu.

Sabah? Sudah banyak wakil yang duduk di pimpinan tertinggi selepas pemilihan sayap Sabtu lepas. Adakah ini menyulitkan kedudukan Shafie Apdal untuk mempertahankan jawatannya?

Adakah percaturan ini sudah dirancang? Dirancang untuk apa dan untuk siapa? Bagi meloloskan Hisham dan Mukhriz yang ada nama besar di belakang mereka??

Harap-harapnya tidak ada yang dikambing hitam kan..

Baca PUTRA MERDEKA untuk ulasan lanjut..!!!

p/s: Hari raya korban cukuplah korban lembu atau kambing sahaja..!!

Wednesday, September 25, 2013

Wajib baca:Benarkah begini rintihan hati Hishamuddin Hussein..?



Dato' Seri Hishammuddin Bin Tun Hussein seakan tertekan dan terpaksa menerangkan panjang lebar kenapa beliau kelihatan lembek dan tidak tegas dalam menghadapi masaalah semasa dia menerajui KDN... dia berada dalam KDN semasa nak menghadapi PRU13 dan banyak tindakan perlu menjurus kepada ambil hati walau pun akhirnya sah tertipu oleh cina! semua keputusan nya dari kabinet sama seperti arahan yang di terima oleh DSZahid Hamidi sekarang... dia sedar kata nya dia akan menjadi mangsa keadaan dan sememang nya kesetiaan nya kepada parti tidak boleh di pertikai kerana UMNO ini datang nya dari 'airtangan' keluarga nya turun temurun sejak dari era Dato Onn jaafar lagi! dia juga katanya menyedari bahawa pegawainya amat leka tidak membuat penjelasan kepada rakyat apabila rakyat termasuk pembankang menghentam dan membuat pesepsi nagatif terhadap dia!

Dia cuba bangkit walau pun sudah agak terlewat! kegagalan membetulkan pesepsi rakyat ni bukan satu kerja yang mudah seperti mana kita nak perbetulkan pesepsi rakyat terhadap cincin DSRosmah, scorpean tak boleh menyelam, kes Atlantuya dll... akhirnya rakyat telah ada pilihan dalam kepala masing2, rakyat sememang nak buat perubahan kali ini! transformasi pasti terjadi dan seandai mereka kalah ... muhasabah lah diri, andai menang juga jangan lupa diri, kerana hukuman pasti datang jika anda gagal.......... wallahuaklam



Di atas adalah petikan yang Jebat ambil daripada laman Facebook seorang rakan daripada Pahang, 

Khabarnya cerita di atas diceritakan oleh seorang yang sangat rapat dengan Dato Seri Hishamuddin. 

Entahlah..sama-samalah kita nilaikan dan sama-sama kita buat pertimbangan.

Kesian pula pada Dato Seri Hisham jika kisah di atas adalah benar. 


Sunday, September 8, 2013

Shafie Apdal mula berpencak!!

BALIK PULAU: Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal menyifatkan Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong sebagai buta sejarah kerana enggan menerima hakikat pembabitan Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam memperjuangkan kemerdekaan negara.
Katanya sejarah adalah fakta sebenar, bukan rekaan yang boleh ditolak sesuka hati hanya kerana sesetengah pihak tidak suka dengan kejadian yang berlaku.
"Pahit ataupun tidak kita harus terima, kerana itu sejarah. Kita tidak boleh tukar sejarah yang berlaku dulu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Mesra Pemimpin Bersama Rakyat di Sekolah Menengah Kebangsaan Pondok Upih, di sini.
Mohd Shafie berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Sim yang meminta kerajaan BN berhenti menyebarkan propaganda politik melalui penyelewengan sejarah termasuk dalam sukatan pelajaran Sejarah di peringkat sekolah.
Khamis lepas, Sim yang juga Pengarah Pendidikan Politik Dapsy Kebangsaan dilapor oleh portal berita Roketkini.com sebagai berkata kecaman terhadap Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said adalah usaha BN menutup sejarah asli negara bagi mencapai kepentingan politik sempit.
Sama ada niat Menteri Shafie Apdal itu adalah bertujuan untuk memancing undi di dalam perebutan kerusi Naib Presiden di dalam Perhimpunan Agong UMNO nanti atau benar-benar mahu memberi kesedaran kepada Ahli Parlimen Bukit Mertajam, itu bukanlah perkara pokok. 
Menteri Shafie Apdal yang terkenal dengan semangat nasionalis yang tinggi sepatutnya sudah lama mengeluarkan kenyataan-kenyataan seperti itu. Shafie Apdal bukan tidak petah berkata-kata bahkan umum tahu semangat patriotisme Menteri Shafie Apdal bukan kepalang. Boleh meremang bulu roma setiap kali mendengar Shafie berucap berkenaan ketuanan Melayu.
Mungkin portfolio Menteri Shafie Apdal yang diletakkan untuk mengepalai Kementerian Luar Bandar dan Wilayah sedikit merencatkan kelantangan Menteri Shafie Apdal untuk menampakkan ketegasannya dan Jebat sering terbayang bahawa mungkin Menteri Shafie Apdal akan lebih menunjukkan sifat jantan jika diberikan platform yang kritikal seperti Menteri Zahid Hamidi untuk mengepalai KDN.
Ada yang berkata agaknya berapa lantang dan jantannya Menteri Shafie Apdal jika mengepalai Kementerian Pertahanan!!! 
Menteri Zahid Hamidi dan Menteri Shafie Apdal terlalu sukar untuk dinafikan hak untuk menjawat jawatan Naib Presiden. 
Kita masih menanti-nanti bilakah penyandang Naib Presiden yang seorang lagi hendak menunjukkan beliau juga jantan dan layak sebagai Naib Presiden!!!
p/s: Kita akan kaji punca kejadian kemalangan bas itu sehingga ke lubang cacing!! Hmmm..agak-agak jantan tak?

Thursday, August 1, 2013

Selepas Zahid Hamidi..Shafie Apdal pulak tunjuk jantan!!

 
Satu Malaya terkesima dengan keberanian Menteri KDN, Ahmad Zahid Hamidi..Menteri dari Bagan Datoh yang bertelur dan punya karisma tersendiri. Berjaya mewarnai semula KDN dengan cahaya keberanian.
 
Tangkap dan bermulut laser..Etika Menteri KDN yang perlu..Siapa yang berani 'kepala bapakkan Anuar' kalau bukan Zahid Hamidi?
 
Nampaknya aura jantan Zahid sudah berjangkit kepada Menteri Shafie Apdal. Tahniah. Kita tidak perlu kepada Menteri bacul dan tidak bertelur.
 
Menteri Shafie sudah sokong ISA dikuatkuasakan semula. Terbaik. Mudah-mudahan dengan adanya semula ISA, cinabeng tak jadi besar kepala. Gerombolan Pakatan jadi tikus mondok kena simbah air.
 
Sahabat blogger PUTRA MERDEKA kata Menteri Shafie sudah mula jurus. Jurus seorang Naib Presiden yang perlu dikekalkan di dalam Perhimpunan Agong UMNO nanti. Sama macam Zahid Hamidi, anak jantan yang perlu sentiasa dikekalkan sebagai Naib Presiden jantan.
 
Naib Presiden kena bijak main catur. Kena tahu langkah checkmate. Jangan sorong tarik sorong tarik buah catur tu, sangat tidak meyakinkan.
 
Dua orang Naib Presiden sudah perlu kita kekalkan. Ada seorang lagi Naib Presiden yang perlu tunjuk beliau ada karisma dan bertelur jantan macam Menteri Zahid dan Menteri Shafie.
 
Eh! awak pun Menteri Hisham.

p/s:Telur kalau tak guna nanti boleh kena angin pasang. Sakit!!!

Monday, July 1, 2013

Esok Hishamuddin akan umum khabar gembira?


Gelak besau Hisham..Barulah betul jadi Menteri

Setelah sekian lama Hishamuddin diasak dengan pelbagai gelaran yang kurang menyenangkan oleh blogger, khabarnya esok Pemangku Menteri Pengangkutan itu dijangka akan membuat satu pengumuman yang pasti mengembirakan semua pihak.

Nampaknya, sejak Hisham memegang portfolio yang baru ini, tiada lagi berita-berita panas yang dikaitkan kepada Hisham. 

Rasanya menjawat jawatan Menteri Pertahanan dan memangku jawatan Menteri Pengangkutan adalah peluang terbaik untuk Hisham membersihkan imejnya yang tercalar sejak beberapa tahun lalu. 

Apakah pengumuman yang akan dibuat oleh Hisham yang digelar sebagai Kerismuddin oleh sahabat blogger Gerakan Anti PKR itu? Sama-saman kita tunggukan esok.

Cayalah bro Hisham..!!

p/s: Ada chance kekal Naib Presiden gamaknya....

Wednesday, June 26, 2013

Sejak bila Hisham dijadikan kambing hitam?


MP Kluang Liew Chin Tong berkata sokongan masyarakat Cina terhadap UMNO berubah sejak peristiwa Hishamuddin Tun Hussein mencium keris di dalam Perhimpunan Agong UMNO? Baca  DI SINI.

Sebenarnya sukar untuk diulas kenyataan MP Kluang ini. Sebabnya, jika Melayu mempertahankan hak dan suara Melayu pasti akan dianggap rasis dan ultra Melayu. Sudahnya Melayu itu akan dianggap sebagai pencetus kepada huru hara dan akan dikatakan cuba menghasut Melayu lain untuk terus bersuara.

Apa yang salah pada keris? Melayu sudah sinonim dengan keris. Amatlah janggal jika Melayu sinonim dengan Magnum dan Toto. Takkanlah pula dalam perhimpunan terbesar umat Melayu itu Hishamuddin sebagai Ketua Pemuda (pada masa itu) hendak mengangkat AK 47 dan M16? Bangsa lain perlu ingat perbuatan mengangkat keris itu bukanlah perbuatan yang cuba mencetuskan huru hara tetapi sekadar menyuntik semangat kepada pemuda-pemuda Melayu sekaligus mengingatkan mereka perihal pentingnya bersatu padu. Salahkah Ketua Pemuda UMNO menyuntik semangat kepada ahli-ahlinya? Keris pusaka Melayu. Adakah kita fikir setiap kali pengawal keselamatan memegang senjata bahawasanya setiap kali itulah mereka mahu melepaskan tembakan? 

Adakah logik Ketua Pemuda UMNO akan menyuntik semangat kepada pemuda DAP atau melakukan perbuatan mengangkat keris itu di dalam Perhimpunan Agong DAP? Biarlah logik. UMNO dengan UMNO nya dan DAP dengan DAP nya. Itu ideologi. Tidak salah gelanggang yang Hishamuddin gunakan pada masa itu.

Adakah kaum Cina tidak memberi undi kepada Barisan Nasional disebabkan kejadian ini atau ada agenda yang lebih besar sedang dikendong? Agenda tersurat? Aduhai..susahnya hendak dijelaskan perkara ini kerana setiap bait kata  mungkin sahaja akan dikatakan sebagai rasis.

Adakah perlu kita lupakan bahawa bumi yang kita pijak ini adalah bumi Melayu? Adakah Melayu harus merasa malu untuk memijak buminya sendiri? Adakah Melayu perlu meminta izin untuk memijak buminya sendiri?

Tampaknya perlakuan Hishamuddin  itu dijadikan pelepas dan kambing hitam kepada kempen yang sedang blogger Melayu jalankan. Buy Malay First Buy Chinese Last. 

Mungkin ramai yang sedang tertekan dengan kempen ini? Janganlah anda terpengaruh dengan gerak saraf yang mereka sedang lakukan. 

Tiada yang salah dengan Hishamuddin dan tiada yang salah dengan keris. Yang salah hanyalah percaturan mereka bahawa INI KALI LAH tidak menjadi. 

Sekali mereka mencuba dan gagal selamanyalah kita kena ingat bahawa jangan di beri peluang berkali-kali.

Woi Melayu...Ingatlah!!! Tak de lain kali ok!!!

Tuesday, June 18, 2013

Mungkinkah lesen memandu yang baru lebih berkualiti? Apa kata Hisham?


Sahabat blogger Paneh Miang di dalam artikel terbarunya ada mmenulis berkenaan dengan pengenalan lesen memandu yang baru oleh Pemangku Menteri Pengangkutan, Dato' Seri Hishamuddin. Baca di Paneh Miang di sini.

Pada hemat Jebat, cukuplah kita menghentam Hisham semasa di KDN. Benar, sangat diakui bahawa Hisham sangat lemah di KDN. Tetapi khabarnya ada yang terpaksa Hisham rahsiakan semasa di KDN dahulu sehinggakan tindakan yang sepatutnya diambil terpaksa ditangguhkan kerana sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Khabarnya Menteri KDN yang baru telahpun mengetahui sebab mengapaa banyak tindakan yang tak dapat diambil oleh Hisham dahulu.

Jebat yang mendengar penjelasan daripada seorang yang sangat rapat dengan Hisham terkedu apabila mendengar sebab-sebab mengapa banyak tindakan yang tak dapat diambil oleh Hisham dahulu. 

Kalau dilihat dengan mata kasar tentulah kita akan mudah melenting apabila Hisham tidak mengambil tindakan yang pada hemat kita sepatutnya diambil tetapi apabila menyedari akan fakta yang mengapa tindakan itu tidak boleh diambil Jebat hanya mampu menganggukkan kepala dan berkata PATUTLAH HISHAM DIAM SAJA. 

Orang yang  rapat dengan Hisham itu berkata Hisham sendiri tersepit dengan keadaan sehinggakan Hisham terpaksa menelan apa jua cacian yang kita lemparkan pada beliau.

Tak mengapalah. Semua di antara kita ada sebab dan hujah. Biarkan lah. 

Tidak ada salahnya dengan artikel sahabat blogger Paneh tetapi dakwaan seolah-olah wujud pengkayaan kroni oleh Hisham untuk pembuatan lesen memandu yang baru itu adalah sesuatu dakwaan yang amat berat.

Mungkin sahabat Paneh Miang ada hujah dan bukti tertentu yang kita sendiri tidak ketahui. 

Pada Jebat, Jebat mahu menilai kemampuan Hisham di MINDEF dan Kementerian Pengangkutan. Jika benarlah Hisham tersepit dengan keadaan semasa di KDN tentulah beliau sekarang sudah bebas. 

Dan kebebasan itu seharusnya digunakan oleh Hisham untuk membuktikan bahawa beliau selayaknya bergelar MENTERI.

Sama-sama kita lihat.

Thursday, May 16, 2013

Taring awal Zahid Hamidi!!!


Sudah lama kita menantikan kehadiran seorang Menteri yang tegas dalam membuat kenyataan.

Sejak Zahid Hamidi menerajui Kementerian Pertahanan kita sudah diperlihatkan dengan ketegasan Zahid apabila membuat keputusan.

Lihat sahaja bagaimana Zahid mengambil pendekatan  di dalam menangani isu pencerobohan tentera Kiram di Lahad Datu.

Nampaknya, keputusan Perdana Menteri meletakkan Zahid untuk menerajui Kementerian Dalam Negeri telah mengembalikan keyakinan rakyat kepada KDN yang selama ini telah menjadi punca kemarahan rakyat terutama kepada bekas menteri kementerian itu sehinggakan bekas menteri kementerian itu dilabelkan dengan pelbagai panggilan manja yang menjengkelkan.

"Jika anda tidak suka dengan cara ini, anda boleh berpindah dan berhijrah daripada Malaysia".

Itu antara ayat awal yang terpacul keluar daripada mulut Zahid kepada rakyat Malaysia yang 'kurang gembira' dan yang tidak tahu bersyukur dengan apa yang ada di Malaysia.

Blogger JUST READ di dalam artikel terbarunya menceritakan dengan panjang lebar tentang kenyataan Zahid itu.

Semoga kehadiran Zahid di KDN mengembalikan nama baik KDN yang sedikit tercalar sejak kebelakangan  ini. Bertindaklah Zahid demi menjaga keamanan negara.

Rakyat Malaysia jumlahnya sekitar 28 juta orang dan jika perlu ditangkap sejumlah 1 juta rakyat Malaysia yang cuba menghancurkan keamanan negara, tangkap sahajalah kerana di belakang anda ada 27 juta lagi rakyat Malaysia yang akan sentiasa menyokong anda demi keamanan.

Syabas Zahid!!!

p/s: Kita menanti aksi Hishamuddin di MINDEF dengan penuh debar!!! Wake up bro Hisham!!!

Sunday, July 24, 2011

Hishamuddin: Antara BerShit dan saman ekor!!!



Ramai yang mempersoalkan kewibawaan Hishamuddin sebagai Menteri Keselamatan Dalam Negeri. Terbaru, Hishamuddin berkata bahawa tindakan tegas boleh diambil kepada mana-mana individu yang terlibat di dalam membuat laporan polis palsu.

Jika benarlah seperti apa yang Hishamuddin katakan itu, kita terlalu hairan kenapa Hishamuddin masih teragak-agak untuk mengambil tindakan kepada orang yang memalsukan laporan polis. Polis sudah pun menyiarkan video tentang Mat Sapu yang mendakwa beliau telah dilanggar oleh kenderaan polis. Adakah Hishamuddin masih bersetuju kepada kata-kata Hadi Awang bahawa video hanyalah besi yang tidak bermata dan bertelinga lantaran tidak boleh dijadikan bukti.

Hishamuddin perlu sedar bahawa kredibiliti dan namanya sudah terpahat buruk kepada sesetengah rakyat. Kata peribahasa 'alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan'. Alang-alang busuk biar sampai puas hati.

Jika begitu tegas tindakan yang boleh dikenakan kepada pesalah-pesalah trafik hingga menjejak mereka ke hadapan pintu rumah kenapa pula tindakan yang jelas mengancam keselamatan negara, Hishamuddin terlalu berlembut.

Benar, sabar sebahagian daripada iman tetapi sabar juga perlu ada batasnya. Jika diberi kuasa tetapi tidak menggunakan kuasa itu juga boleh dikatakan sebagai salahguna kuasa.

Bertindaklah seperti anak jantan dan jangan biarkan kaduk naik junjung hingga menjolok mata. Rakyat sudah muak dengan amaran yang tidak pernah kunjung noktah penamatnya.

Sunday, June 26, 2011

BERSIH : Apa lagi yang kita tunggu





Semuanya sudah terungkai dengan penahanan beberapa individu dan tidak kurang dengan ratusan laporan polis.

Sudah sampai masanya untuk pihak berkuasa bertindak. Masa untuk tunggu dan lihat sudah tidak lagi boleh diguna pakai. Masa untuk memberi amaran sudah boleh dibuang jauh-jauh.

Hishamuddin tolonglah bertindak tegas. Apa lagi yang perlu ditunggu?

Adakah kita perlu menunggu sehingga retak menjadi belah, sudah bengkak baru mahu tengadah atau menunggu nasi menjadi bubur baru kita hendak terkial-kial mencari punca?

Alangkah bodohnya kita jika 'pencuri' sudah mengaku mahu mencuri rumah kita tetapi kita sekadar menganggukkan kepala tanpa sebarang tindakan.

Perkataan yang paling mudah untuk Hishamuddin..MENCEGAH ADALAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATI.

Tuesday, January 4, 2011

Aku maafkan dikau selamanya


Aduhai..Selamat Tahun Baru Dato' Hisham..Tahun 2010 sudah pun meninggalkan kita dengan seribu kenangan dan pengajaran. Lembaran tahun 2011 kita buka dengan azam dan tekad yang baru dengan mengambil kenangan dan peristiwa di tahun 2010 sebagai pedoman untuk terus berjuang.

Ya ke ni? Dato Hisham nampaknya mahu melupakan semua peristiwa di Tahun 2010 tetapi malangnya gelaran sebagai Menteri Amaran masih Dato' Hisham bawa sampai ke tahun 2011. Masih tiada perubahan?

Kenyataan Media Istana semalam Jelas menyatakan:

"Boleh dianggap cuba memberi amaran kepada Sultan Selangor dan mengajak rakyat membenci baginda"

Takkanlah individu yang dimaksudkan dikatakan cuba memberi amaran maka Dato' Hisham juga cuba memberi amaran..

Ada seorang rakan suatu ketika dahulu berkata kepada aku ' Kalau diberi kuasa tetapi tidak menggunakan kuasa maka ianya menjadikan kuasa itu sendiri tidak berharga'..Ada benarnya.

Jangan sampai Dato' Hisham berkata..'Ini amaran keras yang pertama..amaran yang lebih keras untuk kali kedua..dan amaran akan terus dikeluarkan sehingga hari kiamat'....

Ada ke orang yang akan menongkat dunia.?Amaran dari Tuhan tentang akan berlakunya kiamat juga akan berpenghujung..agaknya amaran dari Dato' Hisham bilalah penghujungnya?