Tuesday, October 15, 2013

Apakah Ali Rustam dan Shafie Apdal akan jadi mangsa???


Sabtu lepas sudah selesai pemilihan sayap UMNO..Wanita, Pemuda dan Puteri.

Sabtu ini akan berlangsung pula pemilihan peringkat yang lebih tinggi.

Semua mata tertumpu kepada soal pemilihan jawatan Naib Presiden.

Ketua Puteri orang Melaka, ada EXCO Wanita pun orang Melaka. Kesimpulannya, Melaka sudah ada wakil di peringkat tertinggi. 

Naib Ketua Wanita UMNO orang Sabah, Azizah Dun. Exco Wanita yang merupakan mantan bekas Ketua Puteri, Rosnah juga orang Sabah. Esok, kalau Jamawi diangkat sebagai Naib Ketua Pemuda lagi akan mewakili Sabah.

Hmmmm..dalam kabinet sekarang, Melaka cuma ada seorang Timbalan Menteri.

Adakah kemenangan YB Emi sebagai Ketua Puteri daripada Masjid Tanah, Melaka sudah melengkapkan kerusi pimpinan tertinggi UMNO sekaligus menafikan peluang Ali Rustam? Melaka selalu tidak penting pada mata orang atasan tu.

Sabah? Sudah banyak wakil yang duduk di pimpinan tertinggi selepas pemilihan sayap Sabtu lepas. Adakah ini menyulitkan kedudukan Shafie Apdal untuk mempertahankan jawatannya?

Adakah percaturan ini sudah dirancang? Dirancang untuk apa dan untuk siapa? Bagi meloloskan Hisham dan Mukhriz yang ada nama besar di belakang mereka??

Harap-harapnya tidak ada yang dikambing hitam kan..

Baca PUTRA MERDEKA untuk ulasan lanjut..!!!

p/s: Hari raya korban cukuplah korban lembu atau kambing sahaja..!!

1 comment:

  1. Ape cite tuan, kan najib nak 3 penyandang naib presiden dikekalkan? mcm la tuan tak tau jentera sdang hebat berjalan siap dgn duit sekali? dicadangkan perlembagaaqn umno dipinda dah serahkan kuasa kpd presiden memilih pemegang jawatan yg dikehendakki. jimat masa, jimat tenaga, jimat duit berjuta2!

    ReplyDelete