Wednesday, October 2, 2013

Kenali calon Majlis Tertinggi ini..!! Calon terbaik!!


DATUK Dr. Norraesah Mohamad adalah antara wanita yang mempunyai `tarikan' tersendiri bukan kerana sifat semula jadi kewanitaannya tetapi kerana cetusan idea dan kepetahan bercakap dalam isu membangunkan agenda Melayu. 

Pakar ekonomi negara yang terjebak juga dalam bidang politik ini pernah memegang jawatan Timbalan Pengarah Bahagian Antarabangsa, Kementerian Perdagangan dan Perindustrian di tahun 1980-an. 

Norraesah mempunyai latar belakang pendidikan yang cemerlang dengan mempunyai Ph.D dalam Sains Ekonomi di Universiti of Paris 1 Pantheon, Sorbonne. 

Pendidikan tinggi beliau bermula di Universiti Malaya dengan mendapat Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dengan Kepujian.

Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran ke University of Paris 1, Pantheon, Sorbonne bagi mendapatkan Ijazah Sarjana dan bidang Ekonomi dan Kewangan Antarabangsa. 

Kerjaya Norraesah pula bermula sebagai Timbalan Pengarah, Bahagian Antarabangsa, Kementerian Perdagangan dan Perindustrian pada tahun 1985.

Beliau juga pernah dilantik sebagai Ketua Penolong Setiausaha, Bahagian Kewangan, Perbendaharaan (1986-1988), Pengurus Komunikasi, Esso Production Malaysia Inc. (1988-1990) dan sebagai Pengarah Urusan, Ishak Hamid & Associates Sdn Bhd (1990).

Pada 1991 beliau dilantik sebagai Ketua Perwakilan, Credit Lyonnais Representatives Office, Malaysia hingga tahun 2000 apabila dilantik sebagai Pengerusi, Bank Rakyat. Selepas itu pada 8 Julai 2003 dilantik pula sebagai Pengerusi, Alcatel Network Systems (M) Sdn. Bhd. 

Bintang beliau dalam bidang politik mula menyinar setelah dipilih sebagai ahli Exco Wanita UMNO pada Oktober 1996 setelah mendapat 261 yang melayakkannya menjadi Pengerusi, Biro Ekonomi pergerakan itu.

Kepetahan dan hujahnya sering mendapat perhatian umum setiap kali membahaskan isu isu di persidangan Dewan Negara sewaktu beliau menjawat jawatan sebagai Senator. 

Sumbangan beliau kepada soal pembangunan wanita dan negara diakui oleh banyak pihak sekaligus membuktikan tuan punya badan ini layak untuk menduduki kerusi Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang tentunya memerlukan seseorang yang berfikiran kritis dan membina.

#votefordrnorraesah

No comments:

Post a Comment