Showing posts with label shafie apdal. Show all posts
Showing posts with label shafie apdal. Show all posts

Tuesday, October 15, 2013

Apakah Ali Rustam dan Shafie Apdal akan jadi mangsa???


Sabtu lepas sudah selesai pemilihan sayap UMNO..Wanita, Pemuda dan Puteri.

Sabtu ini akan berlangsung pula pemilihan peringkat yang lebih tinggi.

Semua mata tertumpu kepada soal pemilihan jawatan Naib Presiden.

Ketua Puteri orang Melaka, ada EXCO Wanita pun orang Melaka. Kesimpulannya, Melaka sudah ada wakil di peringkat tertinggi. 

Naib Ketua Wanita UMNO orang Sabah, Azizah Dun. Exco Wanita yang merupakan mantan bekas Ketua Puteri, Rosnah juga orang Sabah. Esok, kalau Jamawi diangkat sebagai Naib Ketua Pemuda lagi akan mewakili Sabah.

Hmmmm..dalam kabinet sekarang, Melaka cuma ada seorang Timbalan Menteri.

Adakah kemenangan YB Emi sebagai Ketua Puteri daripada Masjid Tanah, Melaka sudah melengkapkan kerusi pimpinan tertinggi UMNO sekaligus menafikan peluang Ali Rustam? Melaka selalu tidak penting pada mata orang atasan tu.

Sabah? Sudah banyak wakil yang duduk di pimpinan tertinggi selepas pemilihan sayap Sabtu lepas. Adakah ini menyulitkan kedudukan Shafie Apdal untuk mempertahankan jawatannya?

Adakah percaturan ini sudah dirancang? Dirancang untuk apa dan untuk siapa? Bagi meloloskan Hisham dan Mukhriz yang ada nama besar di belakang mereka??

Harap-harapnya tidak ada yang dikambing hitam kan..

Baca PUTRA MERDEKA untuk ulasan lanjut..!!!

p/s: Hari raya korban cukuplah korban lembu atau kambing sahaja..!!

Sunday, September 8, 2013

Shafie Apdal mula berpencak!!

BALIK PULAU: Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal menyifatkan Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong sebagai buta sejarah kerana enggan menerima hakikat pembabitan Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam memperjuangkan kemerdekaan negara.
Katanya sejarah adalah fakta sebenar, bukan rekaan yang boleh ditolak sesuka hati hanya kerana sesetengah pihak tidak suka dengan kejadian yang berlaku.
"Pahit ataupun tidak kita harus terima, kerana itu sejarah. Kita tidak boleh tukar sejarah yang berlaku dulu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Mesra Pemimpin Bersama Rakyat di Sekolah Menengah Kebangsaan Pondok Upih, di sini.
Mohd Shafie berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Sim yang meminta kerajaan BN berhenti menyebarkan propaganda politik melalui penyelewengan sejarah termasuk dalam sukatan pelajaran Sejarah di peringkat sekolah.
Khamis lepas, Sim yang juga Pengarah Pendidikan Politik Dapsy Kebangsaan dilapor oleh portal berita Roketkini.com sebagai berkata kecaman terhadap Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said adalah usaha BN menutup sejarah asli negara bagi mencapai kepentingan politik sempit.
Sama ada niat Menteri Shafie Apdal itu adalah bertujuan untuk memancing undi di dalam perebutan kerusi Naib Presiden di dalam Perhimpunan Agong UMNO nanti atau benar-benar mahu memberi kesedaran kepada Ahli Parlimen Bukit Mertajam, itu bukanlah perkara pokok. 
Menteri Shafie Apdal yang terkenal dengan semangat nasionalis yang tinggi sepatutnya sudah lama mengeluarkan kenyataan-kenyataan seperti itu. Shafie Apdal bukan tidak petah berkata-kata bahkan umum tahu semangat patriotisme Menteri Shafie Apdal bukan kepalang. Boleh meremang bulu roma setiap kali mendengar Shafie berucap berkenaan ketuanan Melayu.
Mungkin portfolio Menteri Shafie Apdal yang diletakkan untuk mengepalai Kementerian Luar Bandar dan Wilayah sedikit merencatkan kelantangan Menteri Shafie Apdal untuk menampakkan ketegasannya dan Jebat sering terbayang bahawa mungkin Menteri Shafie Apdal akan lebih menunjukkan sifat jantan jika diberikan platform yang kritikal seperti Menteri Zahid Hamidi untuk mengepalai KDN.
Ada yang berkata agaknya berapa lantang dan jantannya Menteri Shafie Apdal jika mengepalai Kementerian Pertahanan!!! 
Menteri Zahid Hamidi dan Menteri Shafie Apdal terlalu sukar untuk dinafikan hak untuk menjawat jawatan Naib Presiden. 
Kita masih menanti-nanti bilakah penyandang Naib Presiden yang seorang lagi hendak menunjukkan beliau juga jantan dan layak sebagai Naib Presiden!!!
p/s: Kita akan kaji punca kejadian kemalangan bas itu sehingga ke lubang cacing!! Hmmm..agak-agak jantan tak?

Thursday, August 1, 2013

Selepas Zahid Hamidi..Shafie Apdal pulak tunjuk jantan!!

 
Satu Malaya terkesima dengan keberanian Menteri KDN, Ahmad Zahid Hamidi..Menteri dari Bagan Datoh yang bertelur dan punya karisma tersendiri. Berjaya mewarnai semula KDN dengan cahaya keberanian.
 
Tangkap dan bermulut laser..Etika Menteri KDN yang perlu..Siapa yang berani 'kepala bapakkan Anuar' kalau bukan Zahid Hamidi?
 
Nampaknya aura jantan Zahid sudah berjangkit kepada Menteri Shafie Apdal. Tahniah. Kita tidak perlu kepada Menteri bacul dan tidak bertelur.
 
Menteri Shafie sudah sokong ISA dikuatkuasakan semula. Terbaik. Mudah-mudahan dengan adanya semula ISA, cinabeng tak jadi besar kepala. Gerombolan Pakatan jadi tikus mondok kena simbah air.
 
Sahabat blogger PUTRA MERDEKA kata Menteri Shafie sudah mula jurus. Jurus seorang Naib Presiden yang perlu dikekalkan di dalam Perhimpunan Agong UMNO nanti. Sama macam Zahid Hamidi, anak jantan yang perlu sentiasa dikekalkan sebagai Naib Presiden jantan.
 
Naib Presiden kena bijak main catur. Kena tahu langkah checkmate. Jangan sorong tarik sorong tarik buah catur tu, sangat tidak meyakinkan.
 
Dua orang Naib Presiden sudah perlu kita kekalkan. Ada seorang lagi Naib Presiden yang perlu tunjuk beliau ada karisma dan bertelur jantan macam Menteri Zahid dan Menteri Shafie.
 
Eh! awak pun Menteri Hisham.

p/s:Telur kalau tak guna nanti boleh kena angin pasang. Sakit!!!

Monday, April 23, 2012

Shafie Apdal membuat penafian



Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hari ini mengeluarkan kenyataan menafikan tuduhan yang dibuat oleh seorang yang mendakwa bekas pemandu di bawah beliau baru-baru ini.

Dakwaan tersebut mengaitkan beliau dengan seorang artis wanita, dan kononnya beliau membayar RM1.5 juta dalam beberapa siri pertemuan sulit.

Shafie berkata apa yang terkandung dalam laporan polis oleh seorang yang bernama Noor Azman bin Azemi itu tidak benar, berniat jahat dan bermotivasikan politik semata-mata.

Beliau memberi amaran akan mengambil tindakan undang-undang ke atas sesiapa saja yang terus mengaitkan beliau dengan isu tersebut.
Kita sama-sama tunggu siapa yang akan disaman berhubung isu ini..