Sunday, September 8, 2013

Shafie Apdal mula berpencak!!

BALIK PULAU: Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal menyifatkan Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong sebagai buta sejarah kerana enggan menerima hakikat pembabitan Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam memperjuangkan kemerdekaan negara.
Katanya sejarah adalah fakta sebenar, bukan rekaan yang boleh ditolak sesuka hati hanya kerana sesetengah pihak tidak suka dengan kejadian yang berlaku.
"Pahit ataupun tidak kita harus terima, kerana itu sejarah. Kita tidak boleh tukar sejarah yang berlaku dulu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Mesra Pemimpin Bersama Rakyat di Sekolah Menengah Kebangsaan Pondok Upih, di sini.
Mohd Shafie berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Sim yang meminta kerajaan BN berhenti menyebarkan propaganda politik melalui penyelewengan sejarah termasuk dalam sukatan pelajaran Sejarah di peringkat sekolah.
Khamis lepas, Sim yang juga Pengarah Pendidikan Politik Dapsy Kebangsaan dilapor oleh portal berita Roketkini.com sebagai berkata kecaman terhadap Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said adalah usaha BN menutup sejarah asli negara bagi mencapai kepentingan politik sempit.
Sama ada niat Menteri Shafie Apdal itu adalah bertujuan untuk memancing undi di dalam perebutan kerusi Naib Presiden di dalam Perhimpunan Agong UMNO nanti atau benar-benar mahu memberi kesedaran kepada Ahli Parlimen Bukit Mertajam, itu bukanlah perkara pokok. 
Menteri Shafie Apdal yang terkenal dengan semangat nasionalis yang tinggi sepatutnya sudah lama mengeluarkan kenyataan-kenyataan seperti itu. Shafie Apdal bukan tidak petah berkata-kata bahkan umum tahu semangat patriotisme Menteri Shafie Apdal bukan kepalang. Boleh meremang bulu roma setiap kali mendengar Shafie berucap berkenaan ketuanan Melayu.
Mungkin portfolio Menteri Shafie Apdal yang diletakkan untuk mengepalai Kementerian Luar Bandar dan Wilayah sedikit merencatkan kelantangan Menteri Shafie Apdal untuk menampakkan ketegasannya dan Jebat sering terbayang bahawa mungkin Menteri Shafie Apdal akan lebih menunjukkan sifat jantan jika diberikan platform yang kritikal seperti Menteri Zahid Hamidi untuk mengepalai KDN.
Ada yang berkata agaknya berapa lantang dan jantannya Menteri Shafie Apdal jika mengepalai Kementerian Pertahanan!!! 
Menteri Zahid Hamidi dan Menteri Shafie Apdal terlalu sukar untuk dinafikan hak untuk menjawat jawatan Naib Presiden. 
Kita masih menanti-nanti bilakah penyandang Naib Presiden yang seorang lagi hendak menunjukkan beliau juga jantan dan layak sebagai Naib Presiden!!!
p/s: Kita akan kaji punca kejadian kemalangan bas itu sehingga ke lubang cacing!! Hmmm..agak-agak jantan tak?

No comments:

Post a Comment