Thursday, September 5, 2013

Isa Samad dan Ali Rustam: Biar jantan sampai ke sudah!!



Isa dan Ali sudah melahirkan hasrat untuk merebut jawatan Naib Presiden UMNO.

Keduanya hebat. Nama besar biarpun sudah menjadi bekas pimpinan tertinggi negeri.

Isa kata beliau tidak terlalu tua untuk merebut jawatan itu.

Ali kata beliau hendak bertanding jawatan itu kerana hendak memartabatkan bangsa Melayu. 

Kedua-dua sebab itu merupakan asas pegangan mereka hendak bertanding. Prinsip.

Sebaik Ali dan Isa mengumumkan untuk bertanding, ada pihak yang tentunya sudah tidak senang duduk kerana  satu Malaya tahu akan kehebatan Ali dan juga Isa.

Ada blogger yang sudah berapi mengatakan apa perlunya Ali di bawa ke persada politik sekali lagi sedangkan beliau sudah DITUNJUKKAN JALAN KELUAR oleh pengundi di dalam PRU ke 13 yang lalu. Benarkah dakwaan blogger itu atau sekadar kenyataan untuk membela mana mana nama yang akan bertanding di dalam Perhimpunan  Agong nanti? Adakah kelibat Ali dan Isa di dalam perebutan itu nanti akan menggoyahkan tuan-tuan tertentu?

Jika benarlah dakwaan blogger tersebut, mengapa beliau tidak menunjukkan jalan keluar kepada Shahrizat Jalil yang juga pernah tewas di dalam PRU?

Benarkah dakwaan yang mengatakan bahawa  mungkin akan ada tangan-tangan ghaib yang akan membantu calon-calon tertentu untuk mencapai kemenangan? Atau mungkinkah kita akan dikejutkan dengan penarikan diri di saat-saat akhir oleh Isa dan Ali?

Kita mahu Isa dan Ali terus berprinsip dan teguh pegangan. Tidak mudah terkesima dengan bau-bau harum dan tidak senak perut  dengan mana-mana tangan ghaib seperti yang didakwa.

Isa Samad dan Ali Rustam, biar jantan sampai ke sudah!!!!!

4 comments:

  1. Demi untuk membersihkan nama baik UMNO, biarlah mereka yang pernah terpalit dengan kes-kes yang lampau (walaupun telah menjalani hukuman) menarik diri dari bertanding. Mungkin ada orang yang masih "suci" bersih untuk memimpin pati keramat ini.

    ReplyDelete
  2. Jantan sampai ke sudah my ass!! Isa Samad tu kaki jolok duit pada perwakilan. Masuk politik nak bagi kembang tembolok sendiri. Kan dulu dah kena tindakan disiplin.

    ReplyDelete
  3. Masihkah kau ingat? Isa Pendek jual tanah Felda LBJ, guna dana untuk tanding Naib Presiden, menang nombor satu, tapi tersungkur kerana politik wang. Selepas menjalani hukuman, dapat pulak bertanding DUN Linggi, kemudian jadi MP Jempol. Tidak lama selepas itu, diberi pula jawatan pengerusi FELDA. Tidakkah nanti dijualnya pula FELDA macam kes Felda LBJ. Apalah baghal orang macam ini nak dibagi muka lagi? Bodoh sangatkah orang-orang Melayu UMNO? Isa Pendek ni sudah 40 tahun bergayut dan menjadi kaya-raya menarah harta rakyat melalui UMNO. Sudahlah....jangan hendak tipu orang Melayu lagi. PM tolonglah tengok-tengokkan sedikit....mengapalah dibiarkan kucing menjaga ikan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. PM tidak akan menghalanh cita cita ISA SAMAD ni sebab Najib dah terhutang budi pada isa pendek disatu masa dulu......Kalau tak nak rasia bocor najib kena sokong dan berikan jawatan pada Isa penyamun pendek ni .......Inilah UMNO......Mampos kita orang orang Melayu UMNO ditipu oleh pemimpin yang tamak dan kaki makan duit ni...merika berlumba lumba mengumpul wang dan kekayaan sementara ada masa lagi.......soal nasib Melayu boleh disensasikan....tapi diakhirnya habuk pun tak ada .......
      Tunggulah apa yang najib nak cakap pada 14 sep nanti untuk orang orang Melayu........Kita sama sama lihat apa yang Najib nak bohong kita kali ni.......Percayalah Najib tak mampu membawa perubahan.....sebab Najib tak mampu berubah,,,,,,,dan najib tiada roh Melayu didalam tubuhnya ......Tak caya tunggu.

      Delete