Showing posts with label Perhimpunan Agong UMNO. Show all posts
Showing posts with label Perhimpunan Agong UMNO. Show all posts

Saturday, September 21, 2013

Jangan pernah berhenti berjasa-Ali Rustam


Tak perlu cakap banyak pasal Tok Ali. 

Tok Ali kecundang di Melaka bukan kerana hebatnya Sam Ketot tetapi seperti kata Tok Ali 'Cina tidak kenang budi'.

UMNO perlu pemimpin yang sentiasa segar perjuangan untuk memartabatkan bangsanya.

Beri ruang dan peluang kepada Tok Ali untuk terus menabur budi dan bakti!!!!

Vote for Tok Ali!!!!!

Thursday, September 5, 2013

Isa Samad dan Ali Rustam: Biar jantan sampai ke sudah!!



Isa dan Ali sudah melahirkan hasrat untuk merebut jawatan Naib Presiden UMNO.

Keduanya hebat. Nama besar biarpun sudah menjadi bekas pimpinan tertinggi negeri.

Isa kata beliau tidak terlalu tua untuk merebut jawatan itu.

Ali kata beliau hendak bertanding jawatan itu kerana hendak memartabatkan bangsa Melayu. 

Kedua-dua sebab itu merupakan asas pegangan mereka hendak bertanding. Prinsip.

Sebaik Ali dan Isa mengumumkan untuk bertanding, ada pihak yang tentunya sudah tidak senang duduk kerana  satu Malaya tahu akan kehebatan Ali dan juga Isa.

Ada blogger yang sudah berapi mengatakan apa perlunya Ali di bawa ke persada politik sekali lagi sedangkan beliau sudah DITUNJUKKAN JALAN KELUAR oleh pengundi di dalam PRU ke 13 yang lalu. Benarkah dakwaan blogger itu atau sekadar kenyataan untuk membela mana mana nama yang akan bertanding di dalam Perhimpunan  Agong nanti? Adakah kelibat Ali dan Isa di dalam perebutan itu nanti akan menggoyahkan tuan-tuan tertentu?

Jika benarlah dakwaan blogger tersebut, mengapa beliau tidak menunjukkan jalan keluar kepada Shahrizat Jalil yang juga pernah tewas di dalam PRU?

Benarkah dakwaan yang mengatakan bahawa  mungkin akan ada tangan-tangan ghaib yang akan membantu calon-calon tertentu untuk mencapai kemenangan? Atau mungkinkah kita akan dikejutkan dengan penarikan diri di saat-saat akhir oleh Isa dan Ali?

Kita mahu Isa dan Ali terus berprinsip dan teguh pegangan. Tidak mudah terkesima dengan bau-bau harum dan tidak senak perut  dengan mana-mana tangan ghaib seperti yang didakwa.

Isa Samad dan Ali Rustam, biar jantan sampai ke sudah!!!!!

Sunday, August 18, 2013

Steady Zahid..Bukan telur sebarang telur..telur jantan!!

zahidhamidi1xx
 
Apa lagi yang perlu diuji kepada Menteri Dalam Negeri? Menteri Zahid Hamidi.
 
Selepas satu, satu lagi tindakan yang beliau ambil amat menggembirakan kita.
 
Dalam pada rakyat Islam Malaysia merasa dukacita apabila kesucian surau dinodai oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, Menteri Zahid Hamidi bingkas mengambil tindakan yang sewajarnya.
 
Tindakan menarik balik taraf Pemastautin Tetap (PR) terhadap pemilik resort di Johor dilihat sebagai tindakan tepat yang dibuat oleh Menteri Zahid.
 
Jebat ucapkan terima kasih kepada Menteri Zahid apabila mengambil tindakan seperti yang dicadangkan oleh beberapa sahabat blogger di dalam artikel mereka supaya melucutkan taraf PR pemilik resort berkenaan. (walaupun mungkin secara kebetulan)..
 
Sesungguhnya perlantikan Menteri Zahid untuk menerajui KDN adalah tepat pada masanya. Di saat Islam dicemarkan, disaat negara cuba digoncang, mujurlah kita ada anak jantan bernama Zahid Hamidi. Dahan tempat bergantung harap.
 
Syukur zaman AMARAN sudah berlalu dan kini masa untuk mengotakan apa yang dikata.
 
JIKA RAKYAT DI LUAR SANA BERGEMBIRA DENGAN TINDAKAN YANG MENTERI ZAHID AMBIL TIADA SEBAB MENGAPA ORANG-ORANG UMNO TIDAK MENOBATKAN ZAHID SEBAGAI NAIB PRESIDEN UMNO SEKALI LAGI.
 
p/s: Harap-harap orang UMNO jangan pilih pemimpin yang orang-orang UMNO suka tetapi pilihlah pemimpin yang RAKYAT suka. Orang-orang UMNO jangan syok sendiri!!!

Wednesday, August 14, 2013

Cermin besar di PWTC!!


Pemilihan Agong UMNO hujung tahun ini sudah menjadi bualan.

Di kalangan orang-orang UMNO yang merasakan diri mereka bagus tanpa segan silu sudah pukul canang suruh perwakilan calonkan mereka dan beri mereka undi. Hahaha...lawak apa yang orang UMNO sedang buat?

Konon-kononnya mereka inilah yang akan memperbetulkan semula UMNO setelah tercalit noda dalam PRU ke 13 yang lalu walhal merekalah sebahagian daripada jentera UMNO yang lesu dalam PRU itu.Belum setahun berlalu, mereka sudah mendabik dada mendakwa bahawa merekalah jeneral perang yang semestinya diberikan jawatan tertinggi dalam parti untuk merubah nasib dan halatuju UMNO. Perghh..berapi-api semangat...Pigi jalan dahhh!!!

Orang-orang UMNO kena ingat. Apalah gunanya UMNO kuat di mata orang-orang UMNO sahaja tetapi penuh rasa kebencian di hati rakyat.  Rakyat yang berkuasa di dalam menentukan halatuju politik negara. Orang UMNO kena sentiasa ingat fakta tu!!

Ada di kalangan pemimpin UMNO sudah dilihat oleh rakyat sebagai liabiliti kepada negara. Pun begitu mereka masih tanpa segan silu mahu rakyat menobatkan mereka sebagai pemimpin. Mereka terlalu alpa bahawa mereka telah teruji dan sesungguhnya mereka gagal di dalam ujian itu. Apa lagi yang mahu mereka tonjolkan sehingga sentiasa mahu terus diangkat sebagai pemimpin?

Orang-orang UMNO kena ingat bahawa bukan segak bersampin,berbaju kurung putih dah bertudung merah, berbaju kurung putih dan bertudung pink yang rakyat nilai dan dambakan tetapi jauh daripada itu, rakyat mahukan pembelaan yang maksimum daripada UMNO selaku parti pemerintah. 

Apalah gunanya diangkat pemimpin yang dilihat emas oleh orang-orang UMNO tetapi kaca di mata rakyat!!!!

Kepada orang-orang UMNO yang tahu bahawa diri mereka sebenarnya kaca di mata rakyat, eloklah berundur sebelum kaca-kaca itu akan merosakkan kaki orang-orang UMNO yang lain sekaligus merobohkan institusi yang sudah semakin tergoncang ini.!!! 

Cuba-cubalah belajar erti malu bahawa sesungguhnya bukan semua manusia yang dilahirkan di mukabumi ditakdirkan untuk menjadi pemimpin!!! 

p/s: Jebat cadangkan diletakkan cermin besar di PWTC..mudah untuk orang-orang UMNO mencermin diri sama ada layak atau tidak untuk menjadi pemimpin!!

Wednesday, June 26, 2013

Sejak bila Hisham dijadikan kambing hitam?


MP Kluang Liew Chin Tong berkata sokongan masyarakat Cina terhadap UMNO berubah sejak peristiwa Hishamuddin Tun Hussein mencium keris di dalam Perhimpunan Agong UMNO? Baca  DI SINI.

Sebenarnya sukar untuk diulas kenyataan MP Kluang ini. Sebabnya, jika Melayu mempertahankan hak dan suara Melayu pasti akan dianggap rasis dan ultra Melayu. Sudahnya Melayu itu akan dianggap sebagai pencetus kepada huru hara dan akan dikatakan cuba menghasut Melayu lain untuk terus bersuara.

Apa yang salah pada keris? Melayu sudah sinonim dengan keris. Amatlah janggal jika Melayu sinonim dengan Magnum dan Toto. Takkanlah pula dalam perhimpunan terbesar umat Melayu itu Hishamuddin sebagai Ketua Pemuda (pada masa itu) hendak mengangkat AK 47 dan M16? Bangsa lain perlu ingat perbuatan mengangkat keris itu bukanlah perbuatan yang cuba mencetuskan huru hara tetapi sekadar menyuntik semangat kepada pemuda-pemuda Melayu sekaligus mengingatkan mereka perihal pentingnya bersatu padu. Salahkah Ketua Pemuda UMNO menyuntik semangat kepada ahli-ahlinya? Keris pusaka Melayu. Adakah kita fikir setiap kali pengawal keselamatan memegang senjata bahawasanya setiap kali itulah mereka mahu melepaskan tembakan? 

Adakah logik Ketua Pemuda UMNO akan menyuntik semangat kepada pemuda DAP atau melakukan perbuatan mengangkat keris itu di dalam Perhimpunan Agong DAP? Biarlah logik. UMNO dengan UMNO nya dan DAP dengan DAP nya. Itu ideologi. Tidak salah gelanggang yang Hishamuddin gunakan pada masa itu.

Adakah kaum Cina tidak memberi undi kepada Barisan Nasional disebabkan kejadian ini atau ada agenda yang lebih besar sedang dikendong? Agenda tersurat? Aduhai..susahnya hendak dijelaskan perkara ini kerana setiap bait kata  mungkin sahaja akan dikatakan sebagai rasis.

Adakah perlu kita lupakan bahawa bumi yang kita pijak ini adalah bumi Melayu? Adakah Melayu harus merasa malu untuk memijak buminya sendiri? Adakah Melayu perlu meminta izin untuk memijak buminya sendiri?

Tampaknya perlakuan Hishamuddin  itu dijadikan pelepas dan kambing hitam kepada kempen yang sedang blogger Melayu jalankan. Buy Malay First Buy Chinese Last. 

Mungkin ramai yang sedang tertekan dengan kempen ini? Janganlah anda terpengaruh dengan gerak saraf yang mereka sedang lakukan. 

Tiada yang salah dengan Hishamuddin dan tiada yang salah dengan keris. Yang salah hanyalah percaturan mereka bahawa INI KALI LAH tidak menjadi. 

Sekali mereka mencuba dan gagal selamanyalah kita kena ingat bahawa jangan di beri peluang berkali-kali.

Woi Melayu...Ingatlah!!! Tak de lain kali ok!!!