Showing posts with label PWTC. Show all posts
Showing posts with label PWTC. Show all posts

Wednesday, September 18, 2013

Apa lagi Saifuddin Abdullah mahu?


Apa lagi bekas Timbalan Menteri ni mahu bila menjelaskan kriteria calon yang harus dipilih di dalam pemilihan Agong UMNO nanti.

Apakah beliau merasakan bahawa kriteria yang ada pada beliaulah merupakan kriteria yang perlu ada pada calon yang hendak dipilih?

Sudahlah Saifuddin kita sudah muak dengan cakap kosong kamu yang entah apa-apa.

New Politics..istilah yang kamu agung-agungkan.. Sudahnya kamu pun menyungkur bersama istilah itu di dalam PRU ke 13.

Jangan jadi seperti ketam yang hendak mengajar anak berjalan lurus.

Kamu fikir kami akan lupa bagaimana kamu 'membeli insurans' semasa menyertai kegilaan Adam Adli di PWTC?

Kami masih ingat kepada gambar-gambar di bawah dan adakah kriteria seperti ini yang perlu UMNO harapkan untuk dinobatkan sebagai pemimpin..??

 
 
 
Saiffudin..mungkin kamu boleh jadi pemimpin untuk golongan seperti gerombolan ini tapi maaflah kami tidak boleh menerima kamu!!!
 
Baca DI SINI untuk kenyataan Saifuddin yang maha hebat itu..!!!
 
Sudahlah!!!!
 
 


Wednesday, August 14, 2013

Cermin besar di PWTC!!


Pemilihan Agong UMNO hujung tahun ini sudah menjadi bualan.

Di kalangan orang-orang UMNO yang merasakan diri mereka bagus tanpa segan silu sudah pukul canang suruh perwakilan calonkan mereka dan beri mereka undi. Hahaha...lawak apa yang orang UMNO sedang buat?

Konon-kononnya mereka inilah yang akan memperbetulkan semula UMNO setelah tercalit noda dalam PRU ke 13 yang lalu walhal merekalah sebahagian daripada jentera UMNO yang lesu dalam PRU itu.Belum setahun berlalu, mereka sudah mendabik dada mendakwa bahawa merekalah jeneral perang yang semestinya diberikan jawatan tertinggi dalam parti untuk merubah nasib dan halatuju UMNO. Perghh..berapi-api semangat...Pigi jalan dahhh!!!

Orang-orang UMNO kena ingat. Apalah gunanya UMNO kuat di mata orang-orang UMNO sahaja tetapi penuh rasa kebencian di hati rakyat.  Rakyat yang berkuasa di dalam menentukan halatuju politik negara. Orang UMNO kena sentiasa ingat fakta tu!!

Ada di kalangan pemimpin UMNO sudah dilihat oleh rakyat sebagai liabiliti kepada negara. Pun begitu mereka masih tanpa segan silu mahu rakyat menobatkan mereka sebagai pemimpin. Mereka terlalu alpa bahawa mereka telah teruji dan sesungguhnya mereka gagal di dalam ujian itu. Apa lagi yang mahu mereka tonjolkan sehingga sentiasa mahu terus diangkat sebagai pemimpin?

Orang-orang UMNO kena ingat bahawa bukan segak bersampin,berbaju kurung putih dah bertudung merah, berbaju kurung putih dan bertudung pink yang rakyat nilai dan dambakan tetapi jauh daripada itu, rakyat mahukan pembelaan yang maksimum daripada UMNO selaku parti pemerintah. 

Apalah gunanya diangkat pemimpin yang dilihat emas oleh orang-orang UMNO tetapi kaca di mata rakyat!!!!

Kepada orang-orang UMNO yang tahu bahawa diri mereka sebenarnya kaca di mata rakyat, eloklah berundur sebelum kaca-kaca itu akan merosakkan kaki orang-orang UMNO yang lain sekaligus merobohkan institusi yang sudah semakin tergoncang ini.!!! 

Cuba-cubalah belajar erti malu bahawa sesungguhnya bukan semua manusia yang dilahirkan di mukabumi ditakdirkan untuk menjadi pemimpin!!! 

p/s: Jebat cadangkan diletakkan cermin besar di PWTC..mudah untuk orang-orang UMNO mencermin diri sama ada layak atau tidak untuk menjadi pemimpin!!

Sunday, February 12, 2012

Malaysia social media week: Intai-intailah agenda tersembunyi

Tahniah kepada penganjur Malaysia social media week yang sedang berlangsung di PWTC bermula hari ini hingga hari Jumaat.

Jebat sekadar ingin menyampaikan pesan supaya penganjur membuat penelitian terhadap ahli panel dan moderator yang berketurunan Mat Salleh. Budaya Mat Salleh dan budaya orang-orang Malaysia sudah tentu berbeda.

Mungkin ramai yang tidak akan percaya bahawa sudah ada kedengaran suara yang mempertikaikan kefahaman budaya Malaysia di kalangan ahli panel dan moderator.

"Malaysia hanya menunggu masa untuk mengalami fenomena Arab Spring melalui media sosial". Itu antara perkataan yang keluar dari mulut seorang moderator semasa bersembang dengan rakannya.

Janganlah kita terlalu inginkan program yang bertaraf dunia sehingga kita terlupa akan budaya dan terlupa untuk mementingkan keharmonian negara.

Wednesday, March 9, 2011

Krisis UMB dan bloggers..komen anda?


Kemelut di antara UMB dan bloggers pro-BN nampaknya semakin kusut. Medan media siber yang sepatutnya digunakan untuk mencoretkan artikel yang lebih menguntungkan Barisan Nasional sedikit terlondeh dan longgar dek kerana kedua-dua pihak 'bertikam lidah' dengan hujah masing-masing.

Suka disarankan dengan mengambil pandangan daripada blogger Melayu Bersatu bahawa UMB harus menyenaraikan senarai nama bloggers yang didakwa di bawah naungan UMB sendiri. Rasanya di dalam dunia blogging baik pro-BN mahupun pembangkang dunia blogging ini bukanlah terlalu besar jumlahnya. Kata mudah..pusing kanan, pusing kiri adalah dari individu yang sama..baik yang elitis mahupun yang nyamuk..saling kenal. Kepada Tun Faisal, eloklah mengambil positif pandangan blogger Melayu Bersatu untuk menyenaraikan nama-nama bloggers di bawah pengurusan UMB sendiri.

Dan jika senarai yang Tun Faisal kemukakan itu adalah dari kalangan yang tidak termasuk di dalam senarai nama yang sebenarnya blogger bebas yang pro-BN maka bolehlah kita nobatkan bloggers yang Tun Faisal senaraikan itu adalah bloggers di bawah naungan UMB sendiri. Bagaimana hendak mengklasifikasikan seseorang blogger itu adalah blogger bebas atau blogger di bawah UMB? Blogger UMB adalah seharusnya blogger yang 'urusannya' dikendalikan oleh UMB manakala blogger bebas adalah blogger yang kadang-kala di panggil atau ad hoc untuk sesuatu perkara. Sulit untuk Tun Faisal menyenaraikan nama tersebut? Itulah beban pembuktian yang seharusnya dipikul oleh Tun Faisal untuk mengeruhkan keadaan. Lebih elok disegerakan.

Kepada sahabat bloggers di luar sana..aku mohon akan kita beri ruang kepada Tun Faisal untuk menyenaraikan nama-nama seperti yang dipohon. Jika nama sahabat yang sebenarnya merupakan bloggers bebas tetapi dimasukkan di dalam senarai nama bloggers UMB, itu adalah perkara yang perlu dijelaskan oleh Tun Faisal kepada semua bloggers dan pucuk pimpanan UMNO sendiri.

Buat masa ini, adalah lebih elok jika sahabat-sahabat bloggers memfokuskan kepada soal perjuangan untuk memartabatkan Barisan Nasional di luar sana. PRU 13 sudah terlalu hampir dan jika kita bersetuju kecundangnya BN pada PRU ke 12 dulu adalah kerana media siber yang didominasi oleh Pakatan, jangan kita benarkan sekali lagi kecundangnya BN di dalam piliharanraya angkara jari jemari kita menekan keyboard untuk menghasilkan artikel yang tidak sepatutnya didedahkan.

Tun Faisal mungkin perlukan masa untuk menyelesaikan isu ini dan sahabat bloggers juga perlukan jangka masa untuk menunggu penjelasan dari Tun Faisal. Biar masa menentukan siapa yang benar...Biarlah masa menentukan siapa yang lebih adil...

Apa komen UMB dan sahabat bloggers?

Monday, March 22, 2010

Berani berubah jangan berani berubah ubah

Heboh sekejap kononnya ada suara suara yang marah dengan kepimpinan Pemuda UMNO Malaysia..Tapi pada aku semuanya ibarat carik carik bulu ayam...Ramai orang macam tu..belakang boss hentam bagai nak rak tapi bila depan boss pijak semut pun tak mati..lidah tak bertulang beb..

Tak lama lepas kekecohan tu (dalam mesyuarat), aku tengok ada yang marah dengan Ketua Pemuda tu, tau tau berdiri tegak di belakang Ketua Pemuda masa sessi bergambar.Takpe..aku pun tak berpandangan apa apa..pada aku gambar boleh menterjemahkan banyak perkara..Lagipun apa yang salahnya dengan bergambar.

Cuma yang aku risaukan kalau ada di kalangan yang marah tu..berani berubah tapi kini berani berubah ubah...Tetapkan pendirian..