Sunday, August 18, 2013

Steady Zahid..Bukan telur sebarang telur..telur jantan!!

zahidhamidi1xx
 
Apa lagi yang perlu diuji kepada Menteri Dalam Negeri? Menteri Zahid Hamidi.
 
Selepas satu, satu lagi tindakan yang beliau ambil amat menggembirakan kita.
 
Dalam pada rakyat Islam Malaysia merasa dukacita apabila kesucian surau dinodai oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, Menteri Zahid Hamidi bingkas mengambil tindakan yang sewajarnya.
 
Tindakan menarik balik taraf Pemastautin Tetap (PR) terhadap pemilik resort di Johor dilihat sebagai tindakan tepat yang dibuat oleh Menteri Zahid.
 
Jebat ucapkan terima kasih kepada Menteri Zahid apabila mengambil tindakan seperti yang dicadangkan oleh beberapa sahabat blogger di dalam artikel mereka supaya melucutkan taraf PR pemilik resort berkenaan. (walaupun mungkin secara kebetulan)..
 
Sesungguhnya perlantikan Menteri Zahid untuk menerajui KDN adalah tepat pada masanya. Di saat Islam dicemarkan, disaat negara cuba digoncang, mujurlah kita ada anak jantan bernama Zahid Hamidi. Dahan tempat bergantung harap.
 
Syukur zaman AMARAN sudah berlalu dan kini masa untuk mengotakan apa yang dikata.
 
JIKA RAKYAT DI LUAR SANA BERGEMBIRA DENGAN TINDAKAN YANG MENTERI ZAHID AMBIL TIADA SEBAB MENGAPA ORANG-ORANG UMNO TIDAK MENOBATKAN ZAHID SEBAGAI NAIB PRESIDEN UMNO SEKALI LAGI.
 
p/s: Harap-harap orang UMNO jangan pilih pemimpin yang orang-orang UMNO suka tetapi pilihlah pemimpin yang RAKYAT suka. Orang-orang UMNO jangan syok sendiri!!!

11 comments:

  1. bagi timbalan terus... yg timbalan skang jadi presiden... yang presiden bleh la tarik diri. sekian...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi dah ada statement dari mereka yang konon-kononnya pemimpin mewakili akar umbi dalam UMNO mengatakan bahawa jawatan Presiden dan Timbalan tak perlu dipertandingkan dan dipersetujui oleh akar umbi!!! Tempat aku mesyuarat cawangan pon belum buat lagi. Akar umbi mana yang dia wakilkan tu? Nampak sangat nak mengampu ni.

      Delete
    2. Tahniah dan syabas...!!!
      Ini baru dikatakan keturunan anak Melayu jati.
      Maruah Melayu sekarang ni dah jadi bahan ejekan dan lawak-jenaka.
      Kembalikan semula maruah Melayu dan Islam di tanah kita.

      Delete
    3. Setuju... Yang pasti akar umbi sudah laungkan ketidakpuasan hati terhadap kepimpinan Najib yang dikatakan lembik... Haha..! Baca ini http://mesintaipburuk.blogspot.com/2013/08/akar-umbi-umno-marah-sikap-najib.html

      Delete
  2. YAB Dr Zahid Hamidi ni memang orang aku dari Bg.Datok,Perak. Dia junior aku lebih kurang setahun di SMK Sg Sumun. Sekarang aku baru nampak taring dia........taklah macam menteri KDN yang dulu tu. Aku ada juga nak cuba pindahkan keahlian UMNO ku ke kawasan itu, tapi terpaksa fikir dua kali...takut2 nanti ada yang kata nak potong trip.Itu yang aku takutkan dengan pandangan seperti dalam kalangan ahli UMNO. Walaupun semangat ku berkobar2 hendak menentang anasir2 yang hendak memecah belahkan Melayu dan menghancurkan agama Islam.Aku terpaksa bersikap low profile dan berjuang senyap senyap dibelakang tabir dengan memberi sokongan padu kepada UMNO.......INSYALLAH.

    ReplyDelete
    Replies
    1. elok la tu berjuang senyap senyap.....aku pun mcm sedara gak.....bezanya aku tidak ada parti....taring akan di tunjukkan bila sampai waktunya nanti....

      Delete
    2. Sedara jgn tunjuk taring Dracula dahla..

      Delete
  3. Kenapa kerajaan lantik Azeez Mamak Rahim sebagai Pengerusi Tabung Haji ?

    Rukun Islam kelima kepada semua umat Islam di seluruh negara. Menunaikan Haj di tanah suci. Sekarang dengan perlantikan Azeez, siapa ada duit boleh menunaikan Haj, siapa yang tidak dapat bayar duit poket tidak akan dapat pergi.

    TABUNG HAJI AKAN JADI EKSKLUSIF SEPERTI KEDAI ROLEX ATAU FERRARI. Rakyat biasa akan mula tolak Tabung Haji dan terpaksa menggunakan kemudahan yang lain untuk menunaikan Haji di tanah suci.

    Kuota untuk Tabung Haji akan di pegang oleh Azeez Rahim supaya anak beranak, seluruh UMNO yang dia berhutang kepada boleh di lepaskan dengan memberi PERCUMA kepada mereka menunaikan Haj di tanah suci. Kesucian Agama kita sudah tercemar dengan perlantikan perompak ini sebagai pengerusinya. Bukan Presiden UMNO ini tidak tahu. Mesti dia sudah dapat laporan demi laporan penipuan ahli perniagaan Azeez ini kepada hampir semua pemimpin dalam UMNO dan di luar. Berapa ramai yang sudah terpedaya dengan dia ? Berapa ramai sudah di tipu dia ?

    Adakah pemimpin UMNO yang lain hanya akan duduk dan jadi YES MAN seperti dalam pentadbiran Mahathir dan Pak Lah ? Adakah kesucian Haji sudah tidak bermakna lagi kepada teras kepimpinan UMNO sampai melantik seorang penipu perompak sebagai Pengerusi Tabung Haji di terima sebulat suara oleh mereka ?

    Jangan sampai UMNO jadi pembangkang selepas Pilihanraya UMUM ke 14.

    ReplyDelete
  4. Anon 1.21,
    Sdr tak elok menuduh yang bukan-bukan terhadap Azzez ni,belum pun musim Haji tahun ini dah senang tuduh yang melulu.Untuk maklumat sebagai Chairman beliau bukan ada executive power untuk buat keputusan sebab masih ada Directors dan lain watchdogs.Apa yang sdr iri hati sangat dgn dia ini.Sanggupkah sdr buat apa yang beliau lakukan selama ini,seluruh dunia beliau pergi atas dasar membuat kebajikan.Menuduh beliau sebagai PEROMPAK adalah keterlaluan dan saya jamin UMNO tidak akan jadi Pembangkang pada PRU 14 jika orang saperti sdr yang bolih diumpamakan saperti gunting di dalam lipatan tidak bersama parti.Buat dosa kering aja....

    ReplyDelete
  5. Lu jadi blogger Zahid ka sekarang? Bagus lah.. Apa pun Slm aidil fitri bro..

    ReplyDelete
  6. Syabas DS Zahid! Anda lah seorang Menteri yang rakyat boleh harapkan. Tapi hanya satu pesanan...DS harus berhati-hati tentang keselamatan diri sendiri kerana tidak mustahil dia kini menjadi "target" mafia-mafia yang ditumpaskan. Saya doakan agar DS sentiara berada dalam perlindungan Allah!

    Patriotik

    ReplyDelete