Thursday, August 15, 2013

Biarlah anak Nazri tu..!!


Anak Nazri tu jantan..pedulilah dia nak kawan, couple atau kawin dengan siapa pun. Pedulikanlah..Bukan masalah untuk kita fikirkan..Bukan bahana yang boleh membawa kepada kehancuran negara. 

Dia nak kawan dengan ibu tunggal bergetah, Nora Danish tu pun apa salahnya. Jebat sangat tidak faham kenapa perlu kita kecoh kalau Nadim anak Nazri tu nak couple dengan Nora Danish. Nadim anak Menteri Nazri tentulah sedikit sebanyak boleh menarik perhatian Nora Danish. Takkanlah Nora Danish nak terpikat dengan Jebat pulak.

Anda semua biasa dengar 'enggang dengan enggang  mana nak sama anak kedidi'. Jadi biarlah Nadim terbang tinggi sama Nora Danish. Adat.

Isunya cumalah Jebat  tidak faham kenapa harus Menteri Nazri meletakkan nama anaknya di dalam website kementerian sebagai pegawai khas seolah-olah lantikan itu bersifat rasmi dan official. Sebagai Menteri tentulah perkara itu akan mengundang pelbagai spekulasi yang kurang enak. Jika teringin sekalipun menurunkan bakat sebagai menteri kepada anak rasanya tidak perlulah sampai meletakkan nama anak sebagai pegawai khas yang perlu dicanang kepada umum. Lantikan secara lisan atau lantikan secara anak beranak sudah memadai. Tidak ada salah.

Sebagai Menteri yang senior tentulah Menteri Nazri faham akan implikasi yang bakal timbul dengan perlantikan anaknya itu. Tetapi Nazri tetap Nazri. Degilnya bukan kepalang. Spekulasi mudah yang akan dipalu oleh pembangkang tentulah berkisar kepada soal kroni, proksi, rasuah dan projek jutaan ringgit. Pelik, jika Menteri senior seperti Nazri tidak terjangka atau terfikir perkara ini.

Siapa yang kenal Nazri atau lebih dikenali sebagai 'chief' di parlimen tentunya sudah masak dengan perangai dan tingkahlaku Nazri. Cakaplah apa sahaja..Pada Nazri sekiranya dirasakan tindakan beliau betul beliau pasti akan pertahankan. Anda lupa bagaimana Menteri Nazri boleh besemuka dengan cinabeng Namewee tatkala semua orang membenci cinabeng itu? Anda lupa bagaimana Menteri Nazri boleh mengarahkan Jonker Walk dibuka?

Jika anda sudah tahu perangai dan pendirian Menteri Nazri ini rasanya anda tahu saluran mana yang anda boleh gunakan semasa Perhimpunan Agong UMNO nanti. 

Ingatlah, bukit tidak akan runtuh dengan jeritan!!!

p/s: Kenapa PM masih melantik Menteri Nazri sebagai Menteri? Sama-sama kawan masa Pemuda..mungkin banyak kisah masa zaman Pemuda agaknya. Mungkin banyak nostalgia yang dikongsi bersama dan sukar dilupakan. Biarlah!!!

10 comments:

  1. UMNO sudah tidak relevant lagi bagi umat Melayu. Mungkin PERKASA bolih menjadi Parti unggul utk umat Melayu. Pikir pikir kan lah.

    ReplyDelete
  2. Tanggungjawab pemimpin adalah untuk memimpin , namun jangan lupa tanggungjawab rakyat pula , lihat dan nasihat , jangan cepat berputus asa untuk memastikan pemimpin yang memimpin menjalankan tugas dengan baik agar kita dapat mengikut kepimpinan mereka . Tegur jangan tak tegur .

    ReplyDelete
  3. Assalam Bro

    Kalau di tegur pun macam bercakap dengan dinding... baik tak payah... biar dia terjun dengan kekayaan dia dalam parit...

    ReplyDelete
  4. Saya cadangkan PERKASA didaftar sebagai parti politik. Saya yang kuat UMNO pun akan mengundi PERKASA kerana saya sudah hilang harapan kepada pemimpin tertinggi UMNO ketika ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya sokong..melain kan Presiden UMNO di ganti kan dgr kadar segera...NAJIB kalau tk reti buat kerja bole turun dgn cara terhormat...

      Delete
    2. PM yang ada orang lagi atas daripada dia, dia kena ikut.

      Delete
  5. semakin "JAHANAM" laaa skg nie..kepada Nazri, adik ke abg ke makcik sedara kau ke tk nk ke kau lantik????byk lg jawatan yg ko bole create..lg pn bkn kerajaan byar gaji dorang kn? Kau kan KAYAAAAAAA...ptuiii

    ReplyDelete
  6. Aku tak kisah... asalkan jangan jadikan Pakatan pemerintah Malaysia.

    ReplyDelete
  7. Anak dia pandai bersosial, bukan senang nak cari orang macam ni.

    ReplyDelete
  8. Lu makan keliling lg bro.. Berapa Minister lu bernaung sekarang ni bro?

    ReplyDelete