Sunday, August 25, 2013

Mana 3 dalang pencerobohan Lahad Datu? Takkan senyap je!!!

Anonymous Anonymous said...
Dalam suasana kita menyambut Syawal ini saya seronok melihat ada pihak2 yang perihatin meraikan anak2 yatim. Bagus begitu. Teringat saya kepada anak2 wira kita yang gugur dalam Peristiwa Pencerobohan Lahad Datu. Agaknya macam mana mereka menyambut Syawal tanpa ayah. Kalau sebelum mengundi dulu nampak banyak pihak berebut nak meraikan mereka. Tapi selepas pilihanraya cerita tentang mereka senyap seperti senyapnya cerita SIAPA 3 ORANG DALANG PENCEROBOHAN LAHAD DATU.

Rasanya dalam mood nak pemilihan Umno 2013 ini kena sangat lah kalau isu Dalang ini di ungkit sebagai panduan kepada perwakilan dalam memilih pemimpin Umno yang boleh dipercayai.

Masa nak PRU 13, Najib nak kepada WINABLE CANDIDATE sebagai calon untuk BN menang.

Masa nak PAU 2013, kita ahli Umno nak kepada TRUSTABLE CANDIDATE untuk memimpin parti kita.

Ahli Umno Titiwangsa   


Tulisan yang berwarna merah itu adalah komen daripada seorang pembaca di  beberapa blog yang sempat Jebat kumpul.
Pilihanraya umum ke 13 sudah berakhir, nama dalang masih menjadi teka teki.
Bulan Ramadhan sudah berakhir, nama dalang masih menjadi rahsia.
Syawal sudah menampakkan hujung, siapa dalang masih menjadi tanda tanya.
Gegak gempita Malaysia apabila perajurit menyembah bumi. Siapa dalang punya angkara?
Kita rasa marah dan dukacita tatkala melihat darah perajurit mengalir seperti sungai. Marah tatkala pahlawan negara di keroyok musuh durjana. Angkara siapa? Kenapa masih tidak terurai?
Gempita Malaysia kononnya nama dalang sudah diketahui tetapi di mana dan siapa?
Adakah kita sekadar berduka untuk seketika dan dibiarkan terus dalang bermahajarela?
Mudah-mudahan jangan ada di antara kita yang cakapnya SUKA BERDUSTA!!

1 comment:

  1. Biasalah Jebat... negara kita ni seperti hangat-hangat taik ayam.. Jika sesuatu isu yang boleh menaik credit seseorang itu.. laju aja diaorg nak tolong dan macam-macam janji sampai kadang-kadang tak tercapai dek akal kita apa yang diorg janjikan...Maka bagi kita sendiri mau ingatlah...yang merana dan kesian keluarga bekas parajurit yang gugur tu..

    ReplyDelete