Tuesday, August 27, 2013

UPDATE!!! :Betul ke Sukhoi tak boleh terbang?



UPDATE: Jebat cuba bertanya kepada sahabat yang bertugas di Tentera Udara Malaysia berkenaan kenyataan berkenaan Sukhoi ini. Sahabat Jebat mengatakan bahawa sebenarnya ada kekhilafan kepada kenyataan yang mengatakan Sukhoi tidak boleh terbang sebaliknya menurut sahabat Jebat itu, lumrah jet pejuang memang sukar diterjemahkan. Semuanya bergantung kepada banyak faktor sehingga menyebabkan kemampuan untuk terbang itu sukar ditentukan. Ada pesawat yang waktu tertentu tidak boleh diterbangkan tetapi kemudiannya mampu diterbangkan. Ada waktu mungkin 5 pesawat yang berupaya terbang tetapi sebelah waktu lainnya mungkin lebih jumlah pesawat yang mampu diterbangkan. Kata sahabat Jebat itu lagi bahawa semasa Ops Daulat tempoh hari, Sukhoi tidak terlibat tetapi Hornet dan Hawk sahaja yang terlibat. 

Benarkah apabila ada yang mendakwa jet pejuang Tentera Udara Malaysia tidak boleh 'terbang'?

Daripada 18 buah unit yang dibeli dengan harga keseluruhan RM 3.1 billion cuma sebuah Sukhoi sahaja yang mampu diterbangkan? Biar benar dakwaan tersebut.

Khabarnya yang diterbangkan semasa operasi Ops Daulat di Lahad Datu itulah satu-satunya Sukhoi yang boleh diterbangkan.

Baki 17 buah lagi dikatakan menghadapi masalah penyelenggaraan dan alat ganti.

Tambah dakwaan itu lagi, MINDEF sedang merancang untuk membeli pesawat tempur yang baru bagi menggantikan Sukhoi..Haisshhh...biar betul dakwaan ini..!!!

Jebat cuma terbaca artikel yang ditulis oleh blogger JUST READ DI SINI ...Teliti ayat yang ditulis oleh JUST READ..Mengenali JUST READ beliau tidak akan menulis sesuatu tanpa membuat kajian terlebih dahulu..

p/s: Kalau benar dakwaan ini boleh parah dibuatnya..Kapal selam tak boleh menyelam dan jet pejuang tak boleh terbang? Harap-harapnya berita ini adalah dakwaan liar semata-mata..

No comments:

Post a Comment