Wednesday, August 21, 2013

Alahai Puad Zarkashi!!

 
Salam sejahtera buat Dr Puad kita..bekas Ahli Parlimen Batu Pahat, bekas Timbalan Menteri Pelajaran yang merupakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO.
 
Dr Puad jangan keliru.
 
Kenapa Dr Puad rasa terpanggil untuk meminta The Star memberikan penjelasan apabila The Star memetik tulisan Ketua UMNO Bahagian Cheras yang mahukan Ketua Wanita UMNO memberi laluan kepada muka baru untuk menerajui Wanita UMNO?
 
Penjelasannya begini Dr Puad; The Star tu akhbar dan adakah pelik jika akhbar membuat laporan dan analisis terhadap apa yang mereka fikirkan berita yang perlu dimaklumkan? Dr Puad pernah baca akhbar Utusan Malaysia yang sering memetik penulisan para blogger? Apa yang peliknya?
 
Dr Puad pernah dengar Tun M kritik Tun Abdullah? Dr Puad pernah dengar Tun M secara sinis perli Najib? Dr Puad lupa bagaimana Muhyiddin Yassin suruh Pak Lah letak jawatan? Adakah Dr Puad rasa semua kritikan dan teguran ini untuk melaga-lagakan dan memecah belahkan UMNO? Apakah apabila Utusan Malaysia ataupun mana-mana akhbar melaporkan kritikan di atas maka dianggap sebagai melaga-lagakan? Kenapa Dr Puad tidak bersuara pada ketika itu dan minta akhbar tersebut memberikan penjelasan?
 
Jebat orang biasa yang tidak ada platform untuk tahu secara terperinci apa yang berlaku di dalam UMNO tetapi sebagai penyokong kuat UMNO Jebat rasa berterima kasih kepada media arus perdana yang memberikan berita dan fakta terhadap sesuatu yang berlaku. Mujurlah ada media arus perdana jika tidak tentulah Jebat akan selalu tersalah hitung dan perkiraan.
 
Adakah kerana The Star milik MCA maka The Star hanya perlu menulis yang elok-elok sahaja tentang UMNO dan BN? Di mana telusnya? Bukankah The Star juga pernah menulis tentang Chua Soi Lek? Pasal Ong Ka Ting dan Ong Tee Keat?  Adakah apabila Utusan Malaysia menulis tentang kemelut Ong Tee Keat dan Chua Soi Lek maka kita beranggapan akhbar itu hendak melaga-lagakan mereka?
 
Isunya di sini ialah Syed Ali mahukan Sharizat memberikan laluan kepada muka baru. Itu isunya. Dan apa yang ditulis oleh The Star itu sekadar memetik penulisan Syed Ali. Jika Dr Puad mahukan penjelasan maka eloklah Dr Puad minta penjelasan daripada Syed Ali atau Shahrizat sendiri. Itu lebih baik!! Jika benar ada kemelut di antara Shahrizat dan Syed Ali eloklah Dr Puad leraikan yang kusut itu.
 
Dr Puad perlu tahu untuk meleraikan benang yang kusut kenalah mencari di mana pangkal di mana hujungnya!!
 
Berita selanjutnya tentang perkara ini di JUST READ ..Sebagai wartawan otai, Just Read membuat kupasan menarik tentang isu ini!!!
 
p/s: Dekat-dekat pemilihan UMNO ni ramai yang cari bahan untuk menonjolkan diri..!! Taip undi dan hantarkan ke pengetahuan Tok Najib..yeeahhhh!!!!

2 comments:

  1. Dr Puad ni nampak macam bijak, tapi bengong, lihat semasa kes Lahad Datu.....beliau tanpa segan silu mengumumkan....menghantar pakar-pakar kaunseling dan motivasi ke Lahad Datu, alasannaya kerana guru-guru tertekan dan fobia dengan apa yang berlaku di situ. Seolah-olah para guru di Lahad datu sedang berperang sengit dengagn Pengganas Sulu......yang menjadi mangsa PDRM dan ATM, guru-guur pula yang kena kaunseling.....cerdik ke bangang Dr Puad ni......

    ReplyDelete
  2. org batu pahat bagus

    ReplyDelete