Monday, September 23, 2013

Alahai Shahrizat jangan buat Ana confuse!!

Jangan emosi kak..masa berubah..zaman jugak berubah!!!

Shahrizat berkata walaupun menjadi Exco Wanita kebangsaan, Maznah tidak pernah hadir untuk sebarang mesyuarat sejak awal 2013, selain tidak melibatkan diri dalam aktiviti sayap.

Begitu juga dengan kes Raihan yang tidak aktif dalam sayap itu sehingga keanggotaannya menjadi tanda tanya, kata beliau.

Itu kata Shahrizat berhubung lawan beliau di dalam pertembungan merebut jawatan Ketua Wanita UMNO.

"Kalau kita nak bertanding, baik kerana kita nak bawa visi, perjuangan, jangan kita masuk (bertanding) sebab dendam atau suka-suka atau kita proksi," katanya.

Katanya, dalam pertandingan, beliau berpegang kepada prinsip tidak memburukkan lawan sejak menjadi Anggota Parlimen pada 1995.

Di atas juga kata Shahrizat. Tak burukkan lawan? Hehehe..ayat yang di atas sekali tu bukan memburukkan ke? 

Shahrizat diminta mengulas kenyataan  Maznah bahawa keputusan beliau bertanding jawatan Ketua Wanita adalah kerana mahu memperkuatkan sayap itu supaya dihormati dan tidak diperlekeh oleh sesiapa.

"Nak memperlekehkan apa. Orang yang mempertikaikan itu pun tak pernah turun program Wanita," katanya.

Jangan burukkan perangai orang ye bekas Menteri Sharizat..kata tak suka burukkan lawan!!

"Wanita UMNO telah jadi satu pergerakan yang amat menarik, sebab itu ramai orang nak masuk. Mereka lihat, wah... Wanita hidup semula, penjenamaan, jentera, semua dah OK. Sebab tu ramai berminat," katanya.

Benar, wanita satu pergerakan yang turun ke akar umbi..Meraih undi dari pintu ke pintu. Memang terbaik. Bukan sahaja di zaman Shahrizat tetapi sejak dari dulu lagi begitulah modus operandi Wanita. Kita tidak persoalkan tetapi imej Sharizat tercalar teruk dan rakyat sudah memandang imej itu sebagai terlalu serong yang tentulah kesannnya amat buruk kepada UMNO. Tidak ada salah dengan pergerakan Wanita tetapi alangkah lebih baik sekiranya diterajui oleh orang yang tidak teruk tercalar imejnya dan tidaklah serong di mata rakyat.

Kita tidak mahu Wanita UMNO hebat di mata Wanita UMNO  sahaja tetapi kita mahu Wanita yang hebat di hati rakyat. Itu jauh lebih penting.

Kita tidak menafikan Shahrizat hebat di peringkat awalnya. Tetapi seperti air laut ada pasang surutnya. Masa ada siang dan malamnya. Kalau suatu ketika Sharizat mahukan Rafidah melepaskan jawatan sekarang masa kita pula mendesak Shahrizat melepaskan jawatan.

Ada masalah? Masa dan zaman gemilang sudah berlalu...!!!

Baca DI SINI selanjutnya!!


1 comment:

  1. Nak jadi apa-apa ketua dalam parti di dunia ini seseorang mesti kena bijak bekerja dan bagus networkingnya baru nampak kepimpinannya. Nak jadi ketua juga seseorang mesti ada duit untuk menjalankan segala aktiviti dan program parti. Kalau setakat pandai ceramah dan semangat saja tidak cukup.

    Jangan timbul Kamelia baru sudahlah. Yang dikejar tak dapat yang dikendung berciciran hidup terpulau terhegeh-hegeh cari simpati.

    ReplyDelete