Wednesday, September 18, 2013

Kenapa Shahrizat harus beri laluan kepada muka baru..


Kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

Apa yang menyebabkan gerombolan Pakatan berupaya untuk memburukkan UMNO?

Sama ada ceritera Pakatan memburukkan UMNO itu satu fakta atau fitnah ianya tetap menyerap ke minda rakyat. Mainan persepsi. Mungkin Shahrizat pernah mendengar peribahasa 'belakang parang jika setiap hari diasah akan menjadi tajam jua'..

Orang Melayu sinonim dengan 'jika tidak ada angin pasti pokok tidak bergoyang'. Orang Melayu tidak pernah mahu berfikir sama ada angin atau beruk atau mungkin faktor lain yang menggoyangkan pokok. Asal pokok bergoyang tentulah angin. Itu juga persepsi.

Gerombolan Pakatan terlalu bijak mencari lubang. Bahkan terlalu bijak mencari SEGALA JENIS LUBANG. 

Shahrizat dikaitkan dengan lembu. Sama ada perkara itu fakta atau fitnah ianya telah menerobos masuk ke jiwa dan minda rakyat. Sukar dibendung. Justeru yang menanggung persepsi buruk itu adalah institusi UMNO.

Bukan sekadar rakyat dan gerombolan Pakatan tetapi orang UMNO sendiri terpaku dengan persepsi itu.

Selepas lembu kini timbul pula perihal bekas pegawai Sharizat yang ditahan SPRM kerana isu menyeleweng dana kerajaan. Sama ada itu adalah fakta atau fitnah ianya pasti menjadi bentuk peluru yang akan diputar ligat oleh gerombolan Pakatan untuk memburukkan UMNO. 

Pakatan yang terlihat sebagai juara rakyat walaupun kita tahu ianya sekadar bertujuan meraih undi tentulah dakwaan penyelewangan dana 1 Azam yang bertujuan untuk membantu fakir miskin itu menjadi medan terbaik kepada Pakatan untuk terus menghambur nista.

Sebaik mana pun Shahrizat, imej beliau telah terhakis di mata rakyat. Terhakisnya imej Shahrizat bukanlah kebimbangan kita tetapi terhakis imej UMNO menjadi malapateka besar kepada kita.

Kita berterima kasih kepada Shahrizat tetapi kita lebih berterima kasih kepada Shahrizat jika beliau memberikan laluan kepada muka baru untuk mengepalai Pergerakan Wanita UMNO Malaysia.

p/s : Berjuang di mana mana pun boleh berjuang. Kalau tak menjadi Ketua Wanita pun  boleh berjuang jugak kan???

5 comments:

  1. Berundurlah jika itulah langkah terbaik menyelamatkan maruah parti... berilah peluang orang lain yg lebih sesuai dan bebas dari sebarang isu kontroversi...

    ReplyDelete
  2. Dulu zaman rafidah aziz,sharizat ant org yg gigih berkempen dasar rakyat perlu muka baru.sharizat pun patut berundur demi kemajuan & ketelusan wanita umno.

    ReplyDelete
  3. shahrizat patut berundur kalau dia faham imej dia yang telah terjejas teruk sehingga umno pun terbabit sama.Kalau jenis muka tak malu kekal lah dia nak jadi ketua wanita.

    ReplyDelete
  4. Salah saorang yang tak faham apa yang Tun Mahathir cuba beritahu. Ubah lah. Tak kan tak ada orang lain ker?

    ReplyDelete
  5. Assalam Bro

    Ini sorang lagi yang muka tak malu... Dah keluarga terpalit dengan masalah yang menyusahkan UMNO... Lagi masih tak sedar2 langsung... Kalau nak tipu pun ingat-ingatlah konon suami tak pernah beritahu dia projek apa yang sedang mereka usahakan... Tak tahulah kalau dah memang suami-isteri ni tak pernah bercakap lagi atau dah tak tido sekatil... Bukan tak faham... tapi buat2 tak faham... Namanya BODOH...

    ReplyDelete