Sunday, July 14, 2013

PRK Kuala Besut: Nak menang atau nak kalah?

 

Tak perlu cakap banyak dalam menghadapi pilhanraya kecil Kuala Besut.

Dua pilihan sahaja yang ada: MENANG ATAU KALAH?

Suara-suara sumbang di kalangan orang UMNO sudah mula kedengaran.

Ada yang kata, kalau boleh nak kalahkan BN. Sebab bodohnya ialah: Supaya dapat gugurkan Mat Said. Bodoh punya sebab.

Sebab lain: Apa kata kita tengok kalau kerusi sama seimbang. 16-16. Sebab: Akan ada pilhanraya negeri. Boleh buat duit. Lagi bodoh.

Yang paling bodoh: Yang berkata demikian ialah orang UMNO sendiri.

Yang paling akan buat-buat sibuk: Pemuda dan Puteri UMNO. Sebab: Tan Sri Muhyiddin dan Najib akan nampak mereka buat kerja (kononnyalah). Masa PRU ke 13 mana kau orang? Ghaib.

Sharizat a.k.a Kak Jat kalau boleh tak payah turunlah. Letih nak pertahankan isu lembu nanti. 

Mana-mana pemimpin UMNO yang ada masalah tak payah turunlah. Buat tambah beban je.

Kalau boleh kereta mewah tak perlu bawaklah. Tak payah menunjuk buat orang benci.

Tak payah cakap pasal NKRA, GST dan apa benda yang pelik pelik dan susah nak sebut, rakyat kampung tak faham. Bagi je sumbangan yang mereka boleh nampak dan faham. Kadar inflasi, kadar matawang, indeks komposit, income per capita bla bla bla..Kuala Besut bukan gelanggang untuk sebut itu semua. Kuala Besut adalah tempat untuk anda ceritakan bagaimana nak tambah pendapatan dengan mudah, bagaimana nak isi penuh minyak motor, macam mana nak beli bola takraw. Benda yang mudah dan nyata dalam kehidupan seharian. Itu yang hamPAS akan buat.

Kalau nak kalah bawaklah Lamborghini dan Ferrari banyak-banyak dan lekat lambang UMNO dan BN. Sah-sah KALAH.

Nak menang: Berpijak di bumi nyata dan dengar masalah rakyat!!!!

p/s: Pemuda tak payah pakai kemeja linen, Puteri tak payah pasang badan dan lenggang lenggok lebih..orang dah meluat!!

No comments:

Post a Comment