Showing posts with label Mv Voice. Show all posts
Showing posts with label Mv Voice. Show all posts

Tuesday, November 22, 2011

My Voice: Kementerian bukan penganjur



Ahad lepas telah diadakan suatu konvensyen yang dipanggil Konvensyen Media Sosial 1 Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra yang dipengerusikan oleh YB Datuk Sharkar, Exco Kerajaan Negeri Pahang.

Ada blogger yang telah menghubungi sahabat blogger JUST READ dan bertanya kepada beliau mengapa tidak semua blogger dijemput dan khabarnya nama-nama besar dalam dunia blog tidak dijemput.

Jurucakap daripada Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) menghubungi Jebat dan memaklumkan bahawa konvensyen yang telah diadakan itu bukanlah anjuran KPKK bahkan KPKK tidak terlibat dalam penganjuran itu selain daripada Menteri KPKK dan pegawai kanan hadir ke Konvensyen itu atas jemputan sebagai tetamu.

Secara kesimpulannya, saranan sahabat blogger Just Read dan sahabat blogger yang menghubungi JUST READ untuk Menteri, Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim atau Ketua Setiausaha Kementerian tampil untuk menjelaskan perkara ini tidaklah relevan sama sekali.

Jebat yang tidak mahu bersikap berat sebelah dan tidak adil telah menghubungi jawatankuasa penganjur program itu untuk mendapatkan kepastian. Rasanya tidaklah adil untuk Jebat menyalahkan penganjur kerana terlepas pandang untuk menjemput semua blogger cuma jawatankuasa penganjur memaklumkan kepada Jebat bahawa ada blogger yang sekadar mendaftar nama tetapi tidak hadir ke konvensyen tersebut.

Pokoknya di sini ialah untuk kepastian semua khususnya sahabat blogger JUST READ ialah : KEMENTERIAN PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN BUKANLAH PENGANJUR KONVENSYEN ITU DAN UNTUK MAKLUMAT LANJUT KEPADA SAHABAT-SAHABAT BLOGGER YANG TERSINGGUNG BOLEHLAH MENGAJUKAN PERTANYAAN KEPADA PENGERUSI KONVENSYEN ITU, DATUK SHARKAR ATAU JAWATANKUASANYA.