Wednesday, May 19, 2010

Sampai ke mana tunduk kita?

Aku heran dan semakin heran melihatkan sikap yang amat menyedihkan kerajaan sekarang ni..Tunduk pada semua keadaan. Baru-baru ini, puak mata sepet terus membuatkan kerajaan kita menjadi sebuah kerajaan yang terlalu menganggukkan kepala dengan setiap permohonan mereka. Lihat sahaja di Sibu, bagaimana kita dibodohkan..lihat sahaja bagaimana kita diperkudakan dengan seribu permohonan dan kemahuan mereka yang akhirnya merugikan kita. Bukan sikit wang kita sumbangkan kepada mereka..tetapi adakah sokongan dan kepercayaan mereka hulurkan kepada kerajaan yang ditunjangi UMNO?

Sekali lagi kita dapat melihat bagaimana kerajaan menganggukkan kepala tanda setuju biarpun amat jelas anggukkan itu akan merugikan rakyat Malaysia bilamana majikan terpaksa membenarkan orang orang gaji mereka memegang pasport. Ya..aku berbicara soal kemahuan pekerja pekerja pembantu rumah Indonesia. Adalah amat malang bila pembantu rumah dibenarkan memegang pasport mereka kerana selama ini pun telinga ini selalu dirobek apabila mendengar majikan terpaksa menanggung akibat kerana pembantu rumah melarikan diri biarpun pasport mereka dipegang oleh majikan. Bayangkan apa yang mampu Indon Indon ini mampu buat bila mereka diberikan hak dan mandat untuk memegang pasport mereka?

Amat pelik bilamana kita sebagai majikan terpaksa mendengar kemahuan pekerja. Adalah amat mendukacitakan kita sebagai negara yang melimpahkan rezeki kepada mereka harus tunduk dengan segala kemahuan mereka. Jika ini tindakan kita, akhirnya jangan hairan sekiranya suatu ketika nanti rakyat Malaysia yang terpaksa mencari rezeki di tempat orang. Benakkah kita sekiranya kita terpaksa membenarkan majikan di Malaysia membayar RM 800 sebulan kepada pembantu rumah Indon? Lembab sangatkah kita dalam perkiraan matematik bila majikan berpendapatan RM 1500 sebulan dikerah untuk membayar RM 800 sebulan kepada pembantu rumah Indon? Siapa yang berkuasa di dalam hal ini? Majikan atau pembantu rumah Indon yang berkuasa?

Selepas dicap sebagai Malingsia dan berbagai kata cerca, wajarkah kita terus tunduk dan tunduk. Kita bukan mahukan sebarang pergeseran, cuma yang kita mahukan dan harapkan biarlah ada sikap hormat menghormati dan tidak terlalu menekan mana mana pihak. Biarlah ada situasi 'menang menang'.

Kerajaan haruslah sedar bahawa rakyat Malaysia tidak lupa akan peribahasa 'kera di hutan disusukan anak dirumah mati kelaparan'. Jangan sampai orang memandang kita seperti 'lembu dicucuk hidung'. Sesekali sekala perlu bertegas jangan sampai kaduk naik junjung!!

3 comments:

  1. Senang cerita. Maknanya kerajaan Malaysia sekarang ni jadi Pak Sanggup. Semua angguk untuk puaskan hati pihak ketiga.

    Berubahlah. Berikan keutamaan pada orang Melayu dan penduduk Bumiputera di Sabah dan Sarawak.

    Rakyat telah mengundi anda, rakyat juga boleh membuang anda.

    Hooliganism of DAP supporters

    ReplyDelete
  2. Wahai pemimpin politik melayu jgn lah pinggirkan melayu, wahai pemimpin melayu jgn lah seperti babi dicucuk hidung lagi,...

    ReplyDelete
  3. Jawapan yang mudah, segala-galanya telah menjadi bisnes, bukan lagi kerajaan berkhidmat untuk rakyat, tapi kerajaan pelingkup duit rakyat yang sememangnya tak berapa cukup. Aku setuju kalau bagi passport & gaji RM800 kat Indon kalau tahap kualiti pembantu rumah yang kita dapat setaraf dengan pembantu rumah Indon di Singapore. Tapi yang kita dapat bukan pembantu rumah, tapi sesetengahnya hanya transit kat rumah kita 2,3 hari atau sebulan dua, pastu hilang...tinggal baby dalam buaian sorang-sorang kat rumah.... pening---pening....

    ReplyDelete