Saturday, May 22, 2010

Tanah Melayu tapi budaya kong kali kong

Sebelum aku lupa aku nak pesan pada diri aku bahawa sejarah tak pernah lupa dan sejarah tak pernah buta. Kalau ada yang berbeda mungkin kerana yang mempelajari sejarah itu buta. Dahulu, sekarang dan selamanya akan kekal dalam sejarah bahawa pernah wujud dalam sejarah bahawa adanya Persekutuan Tanah Melayu dan pengasas mutlaknya ada Melayu.

Tapi atas darjat budaya Melayu yang tinggi berhemah tidak mengapalah sekiranya apa yang ada dikongsi atas nama hormati menghormati. Berlainan kulit dan pegangan agama kita ketepikan atas nama 1 Malaysia. Justeru, kesamarataan ditagih biarpun pengasas mutlak yang bernama Melayu semakin menjadi melukut di tepi gantangnya sendiri. Mungkin melukut sudah tidak kisah jika pulut nan sepet menjadi pemilik gantang.

Khabar dan kisah aku terima dari rakan yang agak radang dengan Perarakan Warna Warni Satu Malaysia yang diadakan tadi. 1 Malaysia...kata dasarnya MALAY bermaksud Melayu. Sewajarnya kalau Melayu sebagai kata dasar, asas perarakan harus mengikut lunas Melayu tapi yang menjemput radang sahabat aku pada masa Perarakan Warna Warni Satu Malaysia tadi bila budaya Melayu seakan terbuang dan tersisih. Kata mudah, budaya Melayu dah jadi second class dalam buminya sendiri. Eh..siapa penganjur?Khabarnya, Kementerian Pelancongan..Siapa penghulu di Kementerian Pelancongan ye?Aku lupa dan sengaja aku buat buat lupa..kan itu asas Melayu..macam kata Tun Mahathir..Melayu Mudah Lupa..

Nampak gaya cuaca di Malaysia semakin tidak menentu dan kadang kadang panas terik..Kalau dah panas terik tu banyak mata yang sepet dari mata yang bulat membuntang..Dari Hulu Selangor ke Sibu dan kemudian ke Perarakan Warna Warni Satu Malaysia, penyakit mata kecik dan simptom sepet mata kerana cuaca yang panas terik nampaknya makin menyelubungi Malaysia. Bilalah mata mata bundar nak kembali sedar!!!

5 comments:

  1. TUN TETAP IDOLA KU

    ReplyDelete
  2. Melayu mudah lupa. Sesetengah Melayu menjadi pengkhianat bangsanya sendiri.

    Stop the apostate

    ReplyDelete
  3. Bukun Tun ke yang dok bagi habis Malaysia ni kat mata sepet? Habis kuota melayu dekat Universiti dihapuskan, jadi meritokrasi. Habis kekebalan raja-raja Melayu dilucutkan dek kerana propaganda yang datangnya dari kepala hotak Tun. Pastu kalau dah Tun sediri kata "Melayu Haprak", "Melayu Mudah Lupa"... macam mana mata sepet tak pandang hina kat melayu & sudah semestinya si mata sepet naik tocang... Yang paling aku kesal... Tun sendiri adalah penghapus bahasa Melayu.... UMNO baru tu idea siapa??? Memang Tun seorang yang bijak kerana yang aku tahu Tun bukanlah Melayu, tapi mamak kutty.

    ReplyDelete
  4. Salam brother Jebat

    Saya suka sangat membaca tulisan sdra yang berkias tetapi tajam & yang dikagumi sikap sdra yang tak pernah rasa letih mengingatkan pimpinan UMNO dan bangsa melayu amnya

    Saya rasa kalau sdra dah letih berkias kenalah cakap berterus terang saja ...itupun belum jamin pemimpin UMNO kita tu ..nak fikirkan ..namun kita janganlah letih untuk terus mengingatkan mereka ...kita kena belajar taktik dan cara CNN Yahudi Kristian..ulang dan ulang beratus kali hingga sampai kebenak mereka ...kalau semua blogger melayu UMNO lakukan ini mudah2an DS Najib & Myidin ambil peduli...atau mereka pun mmg nak sama dibacakan talqin dalam kubur UMNO oleh Nik Ajis & si nuar tu..

    Senang2 jengoklah ke laman saya http://gemasindah.blogspot.com & http://fakirabdillah.blogspot.com

    Terima kasih & Salam Takzim

    Omar Abdullah
    Gemas, NSDK.

    ReplyDelete
  5. terima kasih gemasindah..sudah menjadi tanggungjawab kita untuk mengingatkan pemimpin kita..pun begitu tidak akan sesekali meninggalkan majlis iaitu taat pada pemimpin..selagi ada ilham rasa dari yang Mencaipta selagi itu kita akan menegur yang tidak sesuai di mata dan yang bingit di halwa..Insyaallah, moga Malaysia akan terus sentosa.

    ReplyDelete