Mungkin sudah budaya dan sudah tradisi di Sarawak tiap kali pilihanraya diadakan sambutan dan bahangnya tidak seperti di Semenanjung. Kalau acap kali kita dihidangkan dengan perang poster yang merimbun penuh di jalanraya dan hampir setiap kawasan pilihanraya, keadaan yang sama amat sukar di lihat di Sibu.
Kurang dari seminggu proses membuang undi akan dijalankan, kalau di sepanjang jalan poster poster boleh dikira dengan jari. Bagi jentera yang datang dari Semenanjung ada yang sampai sudah bingung dengan keadaan ini. Kalau di Semenanjung hampir tiap-tiap malam kita seakan tidak cukup tangan dan kaki untuk meninjau kawasan pilihanraya tetapi di Sibu ini kita terpaksa berusaha sebaik mungkin untuk mencari bahan dan kempen pilihanraya.
Secara ringkas, cuma orang Sibu yang tahu apa yang mereka mahu putuskan pada 16hb ni..Strategi apa yang digunapakai di Sibu sukar untuk dijangka. Atau memang tidak ada sebarang strategi. Khabarnya, ada 'kuasa besar' yang akan merencanakan dan 'mentakdirkan' segala-galanya di Sibu. Kuasa besar mana dan takdir apa tidaklah boleh terungkap. Hanya jauhari mengenal manikam.
No comments:
Post a Comment