Wednesday, October 19, 2011

Sex: Penerimaan dan tangkisan yang berbeda..Peluang penafian?



'Kalau dah nama jantan, tentulah hal wanita' menjadi topik utama yang tidak boleh lari dari kepala minda seorang  lelaki. Jika ada mana-mana lelaki yang boleh lari daripada isu itu sekalipun adalah seorang lelaki yang penuh hipokrit. Mahu tetapi malu dan 'alim-alim kucing' tetapi percayalah bangkai gajah tidak akan mungkin dapat ditutup dengan sehelai daun pisang.

Chua Soi Lek biarpun tampak sudah berusia tetapi tetap cenderung kepada sex dan itu adalah keinginan seorang lelaki normal. Dan yang menarik, apabila kejadian di sebuah hotel itu terbocor, Soi Lek dengan penuh rasa tanggungjawab dan gentlemen telah mengambil pendekatan untuk mengaku bahawa dialah lelaki di dalam video itu. Biarpun mendapat cemuhan pada awalnya tetapi dek kerana sikap bertanggungjawab sebagai seorang pemimpin, keikhlasan beliau di dalam membuat pengakuan itu telah menyebabkan masyarakat berpendapat adalah wajar seorang pemimpin mengaku salah terhadap perbuatannya dan keberanian itu lantas melenyapkan tindakan salah beliau. Buktinya, beliau tetap dinobatkan sebagai Presiden parti.

Berbeda pula halnya dengan pimpinan Pakatan yang juga sering terserang dengan soal moral yang tidaklah diketahui sama ada benar ataupun palsu. Benar atau palsu adalah suatu isu yang lain tetapi soal keberanian untuk tampil membersihkan nama adalah faktor utama yang menunjukkan keikhlasan. Masyarakat tidaklah bodoh untuk menilai kelip-kelip mata manusia lain untuk menilai sama ada pengakuan itu adalah suatu penipuan atau suatu kejujuran.

Peliknya, tidak ada suatu isu sex yang terlondeh yang menimpa pimpinan Pakatan segera dipulihkan dengan pendedahan dan pengakuan yang berani. Apa yang ada hanyalah dolak-dalik dan menyalahkan pihak lain sebagai suatu platform melepaskan diri. Bukankah masyarakat Malaysia sentiasa adil kepada mana-mana individu dengan memberi mereka ruang yang secukupnya untuk membuat penafian berhubung dakwaan-dakwaan sex? Berpegang kepada prinsip 'berani kerana benar' setiap ruang yang ada haruslah digunakan sebaik mungkin untuk membersihkan nama yang tercemar.

Kepada yang beragama Islam, ruang dan keadilan yang diberikan adalah bersumpah dan kepada bukan yang beragama Islam, bawa sahaja saksi-saksi yang sahih untuk menjelaskan perkara yang sebenar jika tidak bersalah. Sehingga ke saat ini, penafian sebegitu tidak pernah dilakukan. Bukankah itu merupakan suatu kerugian kepada pihak yang terdakwa?

Suatu penyakit harus segera disembuhkan jika tidak ianya akan menjadi barah dan barah payudara adalah barah yang menjadi pembunuh nombor satu kepada wanita Malaysia. Kerana payudara jualah angin sedang bertiup kencang dari utara tanahair dan apakah masih terbiar sahaja peluang yang ada untuk pihak yang terdakwa membuat penafian yang jujur dan ikhlas?

No comments:

Post a Comment