Jika anda mampu dan kaya raya tidak ada salahnya jika anda ingin membeli sebuah kereta mewah seperti Ferrari dan Porsche. Tetapi sekaya mana pun anda dan semampu mana pun anda jika tidak mempunyai lesen memandu yang sah anda tidak boleh memandu kereta mewah itu di jalanraya kerana ianya salah di sisi undang-undang.
Tanpa perlindungan daripada pihak insurans tetntulah memandu tanpa lesen itu memberi kesan yang cukup buruk kepada penggguna jalanraya yang lain jika berlaku sesuatu musibah.
Begitulah halnya dengan tindakan Bob Lokman yang memberi ceramah agama tanpa permit. Sealim mana dan setinggi mana pun ilmu agama beliau, beliau haruslah sedar bahawa tindakan itu tetap salah dari segi undang-undang. Bob Lokman sendiri pasti tidak mahu menghantar anak-anaknya ke sekolah yang tidak diiktiraf untuk memberi pelajaran kepada anak-anaknya apatah lagi jika mendapatkan rawatan di pusat perubatan yang tidak diiktiraf tentulah Bob Lokman tidak mahu mengambil risiko untuk kesihatan anaknya.
Tindakan mengajar agama tanpa tauliah hanyalah akan membahayakan akidah dan kepercayaan orang yang mendengar dan alasan itulah yang menyebabkan JAIS mengenakan tindakan ke atas Bob Lokman. Bob Lokman haruslah sedar bahawa tindakan JAIS itu adalah sebahagian daripada tugas JAIS seperti mana Bob Lokman mendakwa memberi ceramah adalah sebahgian daripada tugas dan tanggungjawabnya sebagai ahli PAS.
Tanyalah Guan Eng, Karpal Singh dan sesiapa sahaja yang memakan daging babi tentulah mereka akan berkata bahawa daging babi itu sebagai tidak haram kerana agama mereka tidak melarangnya dan tentulah JAIS tidak akan menahan mereka kerana itu diluar bidang kuasa JAIS. Biarpun babi itu jelas haram dari segi hukum Islam tetapi kepada bukan Islam ianya tidak haram lantaran undang-undang Islam tidak terguna pakai kepada mereka.
Bob Lokman adalah seorang Islam oleh itu beliau haruslah sedar bahawa selain daripada mematuhi undang-undang Islam beliau juga harus bersedia untuk menghormati pihak yang menguatkuasakan undang-undang Islam itu.
Tidakkah sebelum menunaikan solat, mengambil wuduk adalah syarat wajib yang perlu ditunaikan, Justeru sebelum memberikan ceramah agama haruslah mendapatkan tauliah terlebih dahulu jika yakin dengan ilmu yang cuba diajarkan. Jangan menyusahkan sesuatu perkara jika ada jalan mudah yang perlu diikuti untuk merelisasikan keinginan anda.
Jangan pula nanti ada orang yang mengundi di dalam Pilihanraya tanpa mendaftar dengan Suruhanjaya Pilihanraya terlebih dahulu. Itu adalah keadaan yang harus difikirkan oleh Bob Lokman untuk membedakan yang mana halal dan yang mana haram.
Itulah ragam orang "hidung tinggi"
ReplyDeleteLagak hebat, cari publisiti murah, nak dptkan tempat nak jadi calun.
Pada orang ini, apalah UU, apalah peraturan, apalah akta, semua tak penting
Pada aku walaupun dia dah berada dalam dunia politik, sifat CARI GLAMOR seperti SEMASA DIA seorang artis masih tidak berubah
Ini dunia politik cek oi, bukan dunia artis lagi. Ramai lagi orang yang boleh berfikir lebih baik dari kamu di sini...
Kalau tak bodoh bukan Pas la namanyer....
ReplyDeleteAlahai BOB hampa hang da jadi.Nak Jadi YB ler BEB..wakakakakakkaka
ReplyDeletecamno nak melawat kawasan kalau berjalan pun dah bertongkat...ko masuk tabligh lagi baik tak kaco orang.
ReplyDelete