Monday, October 10, 2011

Nizar kembali menjadi MB? Veto DAPigs?



Peluang calon PKR ataupun DAP menjadi Menteri Besar Perak kini nampak macam tertutup rapat.Ini adalah ekoran dari keputusan DAP berkehendakkan mantan Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin diberi peluang mengekalkan kedudukannya jika pakatan pembangkang menang semula negeri itu dalam pilihanraya umum  ke13.
DAP Perak yang mahu menunjukan kuasa “veto” dalam hal-hal perlantikan Menteri Besar Perak telah mendapat “endorsement” dari DAP Pusat.
Setiausaha Agong DAP, Lim Guan Eng mengesahkan kepada media bahawa parti itu dalam mesyuarat hari ini (Ahad) menyokong penuh perlantikan Nizar jika pembangkang berjaya memerintah semula Perak.
Keputusan DAP ini agak memeranjatkan umum kerana ia dilihat sebagai strategi parti itu awal-awal lagi bertindak menghalang calon-calon PKR ataupun calon-calon lain dalam PAS dipilih ke jawatan tersebut.
Langkah DAP ini dilihat sebagai cuba menyekat PAS mengemukakan calon lain selain  dari Nizar ke jawatan MB. PAS sendiri setakat ini belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung perkara ini.
Baca selanjutnya di SINI

No comments:

Post a Comment