Wednesday, September 28, 2011

DAPigs hadiah 'peluru' kepada HamPAS



DAPigs sudah diuji kekuatannya dan sayapnya jelas berjaya menerbangkan roket ke angkasa dengan didokong oleh pengundi-pengundi Cina. Lihat saja bagaimana DAPigs berjaya menawan Sibu semasa Pilihanraya Kecil tempoh hari dan lihat bagaimana DAPigs terus mendominasi kerusi yang ditandinginya di dalam Pilihanraya Negeri Sarawak. Pendek kata, nama DAPigs sudah terpahat kemas di dalam jiwa pengundi Cina yang terkesima dengan permainan politik DAPigs yang secara jelas seolah-olah menjadi hero kepada kaum Cina. MCA harus mengimbangi perkembangan kemampuan politik DAPigs.

Untuk tidak melupakan sumbangan sekutu di dalam Pakatan, DAPigs memberikan batu kepada HamPAS supaya batu itu boleh menjadi bom yang akan meletus dan menyedarkan pengundi-pengundi Melayu dan batu itu adalah pelaksanaan hukum hudud. Di dalam tidur dan di dalam jaga, Nik Ajis sedar bahawa dalam apa jua keadaan HamPAS tidak akan mampu melaksanakan hudud . Justeru, HamPAS hanya mengambil hudud atas dasar nama. Hudud boleh diguna pakai oleh HamPAS sebagai satu daya tarikan kepada pengundi Melayu untuk kembali menyokong HamPAS. Dengan melaungkan untuk melaksanakan hudud, HamPAS tampak seperti sebuah parti pejuang Islam dan HamPAS tahu pengundi Melayu di Malaysia yang beragama Islam amat sensitif dengan persoalan agama. Lantaran, hudud sebagai satu daya penarik kepada pengundi HamPAS  untuk melihat HamPAS sebagai satu platform yang membawa ke syurga.

PKR yang terus diasak dengan masalah moral mengambil pendekatan mudah untuk 'membasuh' pekung yang semakin terpalit ke muka mereka dan pendekatan mudah itu adalah dengan menyokong hudud. Minda pengundi disogokkan dengan persoalan bagaimana mungkin orang yang menyokong hudud melakukan hubungan seks luar tabie dan melanggan pelacur Cina seperti yang didakwa. Hudud, ibarat serampang dua mata yang dapat membantu HamPAS dan PKR menarik perhatian pengundi Melayu.

Agenda dan susunan perjalanan cerita hudud ini adalah suatu skrip yang terancang dan diolah dengan begitu baik menjelang Pilihanraya umum ke 13 nanti. Jika kaum Cina sudah memahat dan memaku minda untuk menyokong DAPigs , hudud pula mungkinkah akan dapat menarik perhatian kaum Melayu untuk cenderung kepada HamPAS dan PKR yang tumpang sekaki dalam menyokong hudud?

Akhir kepada pengolahan skrip itu adalah, jika sekalipun BN tidak dapat ditumbangkan, majoriti 2/3 BN sekali lagi akan terusik. Itu adalah matlamat terakhir yang dirancangkan di dalam pertelingkahan lidah antara DAPigs dan HamPAS berhubung hudud.

Barang perlu diingat bahawa pertelingkahan  HamPAS dan DAPigs ibarat carik carik bulu ayam, pasti bertaut semula. Jika hati Cina sudah didakap dan hati Melayu sudah dipopok, apapun yang berlaku tidak akan mengubah pendirian pengundi untuk mengundi Pakatan. Ular menyusur akan tidak akan hilang bisanya.

Ini adalah harapan Pakatan di dalam merencana perjalanan ke Putrajaya atau setidak-tidaknya mempertahankan negeri yang sedang diperintah.

No comments:

Post a Comment