Friday, September 16, 2011
Mansuhkan ISA: Jom jadi Cik Berookkk
Apa kata kita hapuskan semua undang-undang supaya kita boleh hidup serupa beruk di hutan? Puas hati macam kata pepatah Melayu, alang-alang menyeluk pekasam biar sampai lengan. Kerajaan pun tak perlu. Lu orang nak buat apa lu orang punya suka.
Gua sebenarnya masih heran dengan tindakan Najib..Dalam pada masa kita ada ISA pun orang sebelah sana tak takut nak cetuskan huru hara inikan pulak kalau ISA dah tak ada. Lagilah kaduk naik junjung. Kerajaan kata nak gubal undang-undang baru untuk ganti ISA. Gantilah dan tukarlah apa pun nama undang-undang, puak sebelah sana pastikan takkan setuju.
Takkanlah kerajaan tak tau yang puak sebelah sana cuma inginkan momentum politik. Lu ingat dengan mansuhkan ISA puak sebelah sana akan ucap terima kasih pada kerajaan dan tutup mulut dia orang untuk kritik kerajaan. Kirim salam banyak-banyak pada kerajaan.
Hari ni pun puak sebelah sana dah heboh bangga kata atas desakan dia oranglah ISA dimansuhkan. Soalnya berapa ramai rakyat yang tidak terlibat dengan politik yang dikenakan ISA berbanding taik-taik politik? Rakyat marhaen seperti gua dan gua rasa ramai di kalangan sahabat-sahabat pun tidak pernah rasa gentar pada ISA. Sebabnya cukup mudah..Kalau tak ada niat nak huru harakan negara apa perlu takut pada ISA.
Dengan nada puaka puak sebelah sana kata kerajaan mansuhkan ISA sebab terdesak untuk menang pilihanraya. Apa punya cilaka. Gua dah cakap, lu buatlah apa saje, puak sebelah sana tetap takkan setuju dan tetap takkan akan berhenti untuk burukkan BN. Matlamat dan cita-cita dia orang adalah untuk ke Putrajaya.
Mansuhkan ISA maksudnya semua orang berhak dibicarakan. Maksudnya lebih banyak kes mahkamah yang tertangguh. Gua tak pernah lupa berapa kali budak Permatang Pauh tu pohon supaya kesnya ditangguhkan. Naik pulak ke mahkamah kalau kalah dalam perbicaraan puak sebelah sana akan kata BN mempengaruhi hakim. Lama-lama akan mintak pulak bicara tanpa hakim. Gila haram jadah. Bila tak ada hakim mahkamah pulak mintak dibubarkan nanti. Kalau dah sampai tahap tu, bolehlah rakyat Malaysia hidup serupa beruk.
Ikut suka kerajaan lah..Kalau rasa-rasa dah bosan nak duduk Putrajaya gua nak buat apa. Lu punya sukalah. Gua dah bosan dengan sikap kita yang tak habis habis macam pondan.
Alang-alang kita tunduk pada desakan puak sebelah sana apa kata kita baring ramai-ramai di lantai, hulur kepala suruh puak sebelah sana pijak-pijak kepala kita. Puas hati?
Hishamuddin mesti nyesal tak nak guna ISA dulu. Sekarang Hishamuddin kena fikir adakah pemansuhan ini sebagai satu simbol, Najib dah mula rasakan Hishamuddin tak berapa relavan lagi? Lu fikirlah, gua malas nak fikir.
Esok DAPigs desak hak istimewa orang-orang Melayu dihapuskan pun kita kasi je lah. Kita kan sentiasa beralah. Haram jadah.
Kalau rasa nak popular jadi artis je beb tak payah jadi kerajaan. Lu agak-agak kalau puak haram jadah sebelah sana jadi kerajaan dia akan hapuskan ISA?
Adios..gua nak tengok berapa ramai akan jadi beruk..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment