URA-URA yang mengatakan sahabat blogger Aspan Alias akan bertanding di dalam PRU ke 13 nanti tampaknya semakin jelas dan bersuluh. Aspan semakin ligat menghentam pimpinan pimpinan UMNO yang ramai di antara mereka adalah sahabat Aspan semasa berada di dalam UMNO.
Tetapi dek kerana jodoh tak panjang atau mungkin ada rajuk dan terguris hati Aspan membuat keputusan untuk keluar dari UMNO. Bukanlah satu keputusan yang memeranjatkan kerana ramai di antara kita orang-orang UMNO yang keluar dari UMNO kerana rajuk dan keluh kesah kerana tiada tempat dan platform di dalam UMNO. UMNO bukan ketandusan pemimpin seperti dakwaan sesetangah pihak termasuklah Aspan. Dek kerana persaingan merebut jawatan dan tempat di dalam UMNO itulah mereka yang kecewa dan rajuk akhirnya membuat keputusan meninggalkan UMNO. Mencari dahan baru yang setidak-tidaknya masih ada harapan untuk membawa mereka terbang ke langit biru mengejar impian untuk berkuasa dan berupaya dari segi ekonomi. Benarkah semasa hayat mereka berada di dalam UMNO mereka berjuang? Aspan tentunya boleh menjawab pertanyaan ini.
Kalau benar pejuang tentulah tidak akan tersipu malu untuk berterus terang apa yang telah sama ada UMNO atau sahabat di dalam UMNO telah membantu Aspan. Sekali sekala alangkah manisnya jika Aspan memberitahu pada umum apa yang telah UMNO bantu beliau. Ramai di kalangan sahabat di luar sana yang ada bercerita perihal UMNO membantu Aspan. Mudah-mudahan akan terbuka hati Aspan untuk mengucapkan terima kasih kepada UMNO.
11 November, di dalam artikelnya Aspan menggunakan ayat yang kurang manis kepada Rais Yatim. Jebat tidak mahu mengolah ayat yang dilemparkan oleh Aspan kepada Rais kerana pada Jebat orang setua Aspan semoleknya tahu untuk menggunakan ayat yang lebih bersopan kepada Rais jika sekalipun tidak cinta. Kalau tidak tentu sahaja loghat Kelantan sesuai dilemparkan kepada Aspan "SIO SIO..TUO SAJO". Jika Aspan merasakan Rais sudah terlalu tua untuk dikekalkan sebagai Menteri atau calon di dalam PRU 13, Aspan juga perlu sedar bahawa beliau bukanlah 'terlalu muda' untuk menggelarkan Rais seperti itu. Kalau Aspan berusia sekitar 20an mungkinlah boleh kita terima jika dia menggelarkan seseorang itu tua. Kalau sesiapa yang ada modal lebih rasanya bolehlah menghadiahkan cermin kepada Aspan pada harijadinya kelak. Cermin untuk apa? Sendiri mahu ingatlah.
Tapi yang mudahnya, kehebatan Rais di Jelebu sudah lama dihidu oleh gerombolan Pakatan di Negeri Sembilan. Justeru. kehebatan itu harus disentap dahulu daripada minda orang-orang Negeri Sembilan supaya di dalam PRU ke 13 nanti akan lebih memudahkan Pakatan menyelinap masuk ke Negeri Sembilan. Ini teori murah dan berulang kali digunakan. Takkanlah setua tua Aspan tiada modal baru yang hendak digunakan. Takkanlah di dalam parti baru Aspan tidak berjaya mengolah suatu pendekatan baru yang boleh menampakkan beliau lebih cerdik semasa berada di dalam UMNO.
Rais terlalu hebat di Jelebu dan keadaan ini pastilah menggusarkan gerombolan Pakatan kerana ramai di antara kita sedar dan tahu bahawa gerombolan Pakatan beria menjadikan Negeri Sembilan sebagai negeri di bawah pemerintahan mereka di dalam PRU ke 13 nanti. Suka tak suka, kehebatan dan nama besar Rais di Jelebu harus dirobekkan dan tidaklah kita hairan jika Aspan menghiris hiris nama Rais kerana sebagai hero yang baru hendak dilonjakkan oleh gerombolan Pakatan di Negeri Sembilan kita sedar benar mengapa Aspan menulis sedemikan rupa.
Tak mengapalah itu pandangan peribadi Aspan. Sama juga seperti Jebat yang melontarkan pandangan peribadi terhadap penulisan Aspan.
Mudah-mudahan Aspan akan dicalonkan nanti dan kalau Aspan rasa yang dirinya masih muda berbanding Rais apa kata Aspan bertanding di kerusi Parlimen Jelebu nanti. Barulah masuk gelanggang namanya.
Sama sama tua dan kita nak lihat siapa yang lebih popular nanti. Amacam Aspan? Ada bran?
Sdr Jebat,
ReplyDeleteSi Aspan ni jenis maanusia tak kenang budi,mesti ada sebab nama beliau tak naik untuk bertanding semasa dia dgn UMNO.La ni merajuk,tapi merajuk tak bertempat,join DAP,dgn harapan dicalonkan.Kawasan Cina di NS ni ingat DAP nak bagi laluan,jgn haraplah,kalau kawasan majoriti Melayu ingat PKR dan PAS nak bagi ,sorrylah.Jadi semua hampeh dan menjatuhkan mertabat diri sendiri,malu orang Melayu ajo masuk DAP.Lagi satu perangai dio ni kalau kito bagi komen yg adverse sikit yg tidak sokong write up dio mampos tak di publishnya,tapi itu hak dio kan,but tak gentlemen lah.
Perbezaan antara si aspen dengan anuwar, aspen suka masuk p---- cina dan anauwar suka masuk p--- cina.
ReplyDeleteaspan ni jenis ahli politik kufur nikmat..apa lg yg boleh dikatakan pada manusia mcmni...tulis berdegar2 punggung sendiri bergelumang najis..tulis pun main tembak je takde fakta langsung ikut kata hati je...hajat nak jd pemimpin mcm najib..cermin diri dulu le...dap je yg kutip nak jdkn prhiasan..untung2 dpt jd calon..itu yg dia kejar sebenarnya..sebar fitnah sana sini burukkn umno tak habis2..diri sendiri tu betul ke?
ReplyDelete