SEBENTAR tadi kira-kira 8 orang yang menggelarkan diri mereka sebagai Jingga 13 telah hadir ke Bangunan Sultan Abdul Samad di hadapan Dataran Merdeka di mana di situlah terletaknya pejabat Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Dato Seri Utama Dr Rais Yatim.
Agenda utama kehadiran Jingga 13 ini adalah untuk menyerahkan memorandum kepada Rais bagi menjelaskan daripada manakah sumber kemewahan Robengah (bekas pembantu rumah Rais) di Banjanegara Indonesia yang didakwa mampu hidup selesa dan mempunyai rumah yang dianggarkan bernilai RM100 ribu.
Isu yang cuba mereka ketengahkan ini sebenarnya bukanlah isu baru kerana perihal yang sama telahpun diutarakan oleh blogger tersohor Rocky Bru dan Bigdog.
Pengakhiran kepada isu ini ialah apabila Robengah telah tampil pada 7 Januari 2011 dengan menandatangani sepucuk surat penafian yang antara lainnya berbunyi '...Mulai keberangkatan selama di Malaysia sampai pulang di Indonesia, tidak pernah terjadi masalah apapun pada diri saya..'. Kenyataan Robengah ini adalah penjelasan kepada dakwaan bahawa beliau telah diperkosa oleh menteri berkenaan seperti yang dilaporkan oleh beberapa blog suatu ketika dahulu.
Kepada Jingga 13 memorandum anda mendesak supaya Rais menjelaskan daripada manakah Robengah mendapat wang sebanyak itu untuk mendirikan rumah pada andaian anda bernilai RM100 ribu. Jingga 13 jika itu persoalannya mengapa anda tidak terbang ke Indonesia dan bertanya sendiri kepada Robengah? Jika anda yakin dengan dakwaan anda itu mengapa anda tidak bertanya secara berdepan mata bersama Robengah dan mengapakah persoalan yang seharusnya anda ajukan kepada Robengah diajukan pula kepada Rais? Adakah hanya kerana Robengah pernah bekerja di rumah Rais atau adakah anda merasakan inilah peluang kepada anda untuk meruntuhkan kredibiliti Rais sebagai Menteri kanan sekaligus memburukkan BN?
Desakan Jingga 13 amat jelas berbau politik kerana jika mereka yakin kepada dakwaan mereka itu, apalah perlu ditanya kepada Rais daripada manakah sumber kewangan yang diperolehi Robengah. Adakah sukar untuk mereka mendapatkan penjelasan secara bersemuka dengan Robengah lantaran terpaksa ditanya pula kepada Rais?
Jika Jingga 13 mendabik dada menunjukkan gambar rumah milik Robengah yang didakwa RM100 ribu itu rasanya tiada halangan untuk mereka menjejaki Robengah untuk mendapatkan penjelasan. Itupun jika ikhlas.
Beban pembuktian kepada perkara ini sebenarnya terletak kepada Jingga 13 kerana mereka yang mendakwa dan sekiranya cukup bukti sila dedahkan kepada umum dan sila buat laporan polis untuk tindakan selanjutnya.
Jika hendak didesak sila desak Robengah dan bukan mendesak Rais kerana ini hanya akan menampakkan bahawa sesungguhnya mereka yang TERDESAK UNTUK MENGHADAPI PRU KE 13..
Isu ini telahpun selesai beberapa tahun yang lalu dan Robengah sendiri telah membuat pengakuan bahawa tidak ada sebarang perkara yang tidak diingini berlaku kepada beliau semasa berkhidmat di rumah Rais.
Jingga 13 jika anda ada masalah dengan pengakuan Robengah itu. Anda mendakwa dan andalah yang seharusnya membuktikan. Jika tidak anda akan malu sendiri.
Muhyiddin Dan Puteri UMNO Mahu Najib BERUNDUR... Kenapa?
ReplyDelete~ BUKTI 1 ~
~ BUKTI 2 ~
Tapi yang terpenting... Pemuda dan Puteri UMNO yang kononnya barisan pelapis kepada UMNO tetap BODOH... Tetap TOLOL.. Itu yang pasti..
Disebabkan KEBULUR sangat nak berjuang untuk UMNO, Pemuda dan Puteri UMNO sanggup menipu dan memperbodohkan diri sendiri untuk sama2 menipu dan memperbodohkan orang2 tua kat kampung, saudara dan adik2 mereka... Jika Pemuda dan Puteri UMNO tidak boleh menggunakan akal dengan bijak, kenapa tak jadi LEMBU saja?
(( edit, copy & paste Page FB Kump. Generasi Baru keluar UMNO ))
Setakat dakyah nak melaga-lagakan Najib-Muhyiddin tak payahlah bro..orang lemah akal dalam Pakatan je akan percaya..
ReplyDeleteAnjing bila gila yang disalak adalah sesiapa sahaja ikut seleranya.
ReplyDeletekepada manusia yang perangai macam anjing gila, rentikan sahaja kerja sia-sia tu. oh dapat upah lumayan sebab tulah merelakan diri sendiri digelar anjing gila yang menyusahkan semua orang.