Showing posts with label kitol. Show all posts
Showing posts with label kitol. Show all posts

Friday, December 11, 2009

Melayu yang akan hancurkan Melayu?



Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM-sebuah pertubuhan pelajar yang tidak mendapat kelulusan penubuhannya yang ditunjangi Cina dan Melayu menjadi Pak Turut) seperti yang dilaporkan oleh Harakahdaily mendakwa mempunyai rakaman suara yang boleh mengiakan bahawa kursus Biro Tatanegara mempunyai unsur unsur perkauman dan politik.

Jebat tidak mahu menyentuh tentang modul yang dijalankan oleh pihak yang mengendalikan BTN tetapi ingin mempersoalkan adakah pelajar Melayu sudah bodoh dan tidak berpandangan jauh? Apa tindakan yang perlu Melayu ambil terhadap keceluparan pelajar Melayu yang seperti membuka pekung di dada sendiri dan ibarat 'menyapu tahi di muka sendiri'?

Tidak perlu dipersoalkan bahawa Melayu adalah tuan punya tanah bumi Malaysia. Sejak dari zaman Kesultanan Melayu Melaka semua kita telah tahu bahawa Melayulah tuan punya tanah. Tapi benar macam dalam cerita P. Ramlee dalam ramai ramai tuan punya tanah ada juga tuan punya tanah yang digelar 'tuan tanah kedaung'.

Hancurnya Kesultanan Melayu Melaka angkara kehebatan Melayu yang membuka pintu pertahanan Melaka dan wujudnya si kitol yang belot pada tanahair sendiri. Zaman telah berlalu dan apakah wujudnya si pembelot dan si kitol di dalam masyarakat Melayu sekarang ini dan tidak mustahil sekiranya hancurnya Melayu adalah disebabkan Melayu sendiri..Aduhai!!!

Tuesday, October 6, 2009

Bagan Pinang : Apabila si kitol mula menyelinap

Pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang seperti tidak bermaya..PAS seolah olah tidak mahu bertanding..kalau sebelum ini PAS dan komplot Pakatan Jahat ni terlalu rakus mengharapkan pilihanraya kecil untuk menjadi platform menabur fitnah tetapi tidak di Bagan Pinang..

Bilik gerakan dan siri ceramah PAS agak lengang..tiada sambutan? Apa yang berlaku?? Cukup sedar PAS dan komplot Pakatan Jahat tidak akan dan tidak akan sesekali memberi laluan mudah kepada UMNO/BN untuk memenangi pilihanraya kecil ini..Soalnya kenapa mereka tidak melawan seperti biasa?

Jebat tidak termakan dengan tipu muslihat ini..Rupa rupanya PAS ada punya banyak KITOL dan PATEH KARMA WIJAYA di Bagan Pinang ini..

Kita lihat dan sama sama tunggu apakah KITOL ini akan berjaya untuk membuka pintu masuk ke selatan atau sebaliknya!!!!!!

Punya maksud yang tersirat...