Friday, December 11, 2009
Melayu yang akan hancurkan Melayu?
Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM-sebuah pertubuhan pelajar yang tidak mendapat kelulusan penubuhannya yang ditunjangi Cina dan Melayu menjadi Pak Turut) seperti yang dilaporkan oleh Harakahdaily mendakwa mempunyai rakaman suara yang boleh mengiakan bahawa kursus Biro Tatanegara mempunyai unsur unsur perkauman dan politik.
Jebat tidak mahu menyentuh tentang modul yang dijalankan oleh pihak yang mengendalikan BTN tetapi ingin mempersoalkan adakah pelajar Melayu sudah bodoh dan tidak berpandangan jauh? Apa tindakan yang perlu Melayu ambil terhadap keceluparan pelajar Melayu yang seperti membuka pekung di dada sendiri dan ibarat 'menyapu tahi di muka sendiri'?
Tidak perlu dipersoalkan bahawa Melayu adalah tuan punya tanah bumi Malaysia. Sejak dari zaman Kesultanan Melayu Melaka semua kita telah tahu bahawa Melayulah tuan punya tanah. Tapi benar macam dalam cerita P. Ramlee dalam ramai ramai tuan punya tanah ada juga tuan punya tanah yang digelar 'tuan tanah kedaung'.
Hancurnya Kesultanan Melayu Melaka angkara kehebatan Melayu yang membuka pintu pertahanan Melaka dan wujudnya si kitol yang belot pada tanahair sendiri. Zaman telah berlalu dan apakah wujudnya si pembelot dan si kitol di dalam masyarakat Melayu sekarang ini dan tidak mustahil sekiranya hancurnya Melayu adalah disebabkan Melayu sendiri..Aduhai!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
SLM BRO JEBAT..ADA ORG MELAYU BILA HILANG KUASA SANGGUP MENIKAM BANGSA SENDIRI. DI TMBH PLAK SI PENGHASUT YG SDIA MENGAPI2KAN KEADAAN DAN SENTIMEN. TAK HERANLAH KLU CONTOH2 YG ADA DH ADA DI DPAN MATA
ReplyDeletebenar kata bro jeff..melayu dah ada kuasa pun masih tamakkan kuasa dan tak tau nak bersyukur dengan apa yang ada..dah jadi ahli parlimen masih kemaruk nak jadi perdana menteri..yang lain pulak dah beri menumpang nak jadi tuan rumah..dasar parasit..thanks bro jeff
ReplyDeleteBro, inilah pelajar yang kononnya sudah sangat bijak, tetapi menjadi kaldai dungu....... dia lupa dia dapat tempat di IPTA hasil dari perjuangan UMNO.......
ReplyDeleteyang gambi..inilah pelajar yang tak sedar diuntung dan inilah masalahnya bila pelajar universiti punya sifat bongkak dan seolah olah mampu mentadbir negara walaupun ilmu tidak setinggi mana..Melayu mudah lupa dan tak suka nak ingat perjuangan UMNO..dasar tak kenang budi..thanks yang gambi
ReplyDeleteHasil perjuangan UMNO:
ReplyDelete1. Sistem kuota yang menjamin hak melayu dihapuskan, digantikan dengan Meritokrasi, hasilnya, peningkatan yang sungguh banyak bilangan kaum cina dan india mendapat tawaran di Universiti dalam bidang perubatan, kejuruteraan dan perakaunan. Melayu hanya dapat kursus perhutanan, kayu-kayan, sastera...
2. Hasil perjuangan UMNO jugalah, MRSM (yang sememangnya hak melayu sepenuhnya) dibuka oleh si mahazalim UMNO untuk menerima 10% pelajar cina dan india. Itu belum dikira pelajar bukan bumi di sekolah asrama penuh lain.
3. Hasil perjuangan UMNO, TAR college, bukan dinaiktaraf, tetapi ditubuhkan pula UTAR. Hasilnya, TAR college and UTAR membiak dengan pantas.
4. Hasil perjuangan UMNO, biasiswa ke luar negara diberi sama rata terutamanya kepada bangsa cina, walaupun mereka kaya raya (cuba pergi tengok hari pendaftaran kat INTEC UiTM, penuh dengan pelajar bangsa cina)
5. Hasil perjuangan UMNO, tiada lagi kuota pembelian rumah dan tanah. hasilnya, orang melayu pakat ramai-ramai beli apartment, orang cina beli rumah bertanah.
Dan banyak lagi hasil perjuangan UMNO yang mana pada suatu masa nanti, Melayu akan menangis kerana baru tersedar bahawa mereka hanya menang sorak tetapi kampung tergadai... TAHNIAH UMNO!!!
Mahu Tambah sedikit lagi...
ReplyDelete- UMNO beri singapore pada cina (menang sorak kampung tergadai juga). Tapi kami bernasib baik di Singapore ini tak diperintah UMNO. Hidup bahagia tanpa racist (cuma sedikit pelik mengapa Malaysia selalu mengatakan cina di Singapore racist??) Konsep kami di sini, siapa sahaja yang rajin, akan diberi peluang. Cuma kadangkala sifat Melayu itu sendiri yang malas dan mudah untuk melupakan budayanya.