Wednesday, December 30, 2009

PAS sibuk berpolitik, remaja sibuk berkhalwat



Hebat Kelantan sekarang ini. Bukan sahaja soal politik PAS yang tiada surut-surutnya, soal sosial remaja dan muda mudi di negeri yang diperintah parti yang kononnya berlandaskan Islam itu sama rancaknya juga.

Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan pemimpin PAS lain selama ini bangga dengan Kelantan kerana jolokan negeri Serambi Mekah.

Mursyidul Am PAS itu juga selama ini semakin hebat kerana dapat menentukan siapa masuk syurga dan neraka.

Barangkali kerana sudah jadi Serambi Mekah dan boleh jamin siapa masuk syurga, soal sosial keterlaluan, haram dan dosa tidak perlulah Nik Aziz sebagai pemimpin negeri fikirkan lagi.

Maka tidak hairanlah, bila 30 pasangan, termasuk 15 pasangan muda di tangkap kerana berkahwat malah ada antara mereka sedang berbogel ketika diserbu penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan sepanjang bulan ini.

Seperti biasa kalau tanya soalan ini pada Tok Guru, beliau kata di negeri lainpun ramai kena tangkap khalwat, kenapa nak sibuk-sibuk pasal Kelantan?

Betul tu Tok Guru tetapi bukankah Kelantan negeri parti Islam PAS dan negeri Serambi Mekah?

Inilah kesannya kalau sepanjang masa beliau dan pemimpin lain sibuk berpolitik menyalahkan orang lain terutama kerajaan khususnya UMNO hingga tidak pedulikan soal-soal lain.

Ada ramai yang bertanya, sejauh mana PAS sebagai parti yang kononnya memperjuangkan Islam membimbing remaja-remaja mahupun beliau soal agama, memantap solat dan sebagainya.

Apakah kursus-kursus bercorak keagamaan yang kerajaan Nik Aziz sudah sediakan kepada belia-belia sejak sekian lama mentadbir Kelantan?

Sebagai ulama besar, harap beliau jujur menjawab perkara ini.

Kes tangkap khalwat ini pastinya memalukan Tok Guru dan pemimpin PAS Kelantan lain.

Barangkali kalau dicari angka jenayah lain membabitkan rakyat Kelantan, pasti angkanya juga tinggi tetapi kes-kes yang berkaitan perlakuan sumbang ini cukup menconteng arang ke muka Menteri Besar Kelantan itu.

Kesemua mereka yang berusia antara 15 hingga 44 tahun itu mengaku bersalah terhadap tuduhan berkhalwat dalam prosiding di hadapan Hakim Syarie, Nik Najib Che Hasan, manakala pendakwaan oleh Pendakwa Syarie, Farazeila Mat Soud,Isnin.

Mereka termasuk pelajar, buruh, penuntut kolej, kakitangan kerajaan dan swasta, peniaga serta duda dan ibu tunggal di pelbagai lokasi mulai tengah malam hingga awal pagi.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 9(1)(2) Kanun Acara Jenayah Syariah Kelantan No 2/1985 kerana berkhalwat yang boleh didenda maksimum sehingga RM2,000 atau setahun penjara atau kedua-dua sekali.

Berdasarkan fakta kes yang dikemukakan, ada antara pasangan itu ditahan ketika berbogel bersama pasangan mereka dalam bilik hotel yang diserbu.

Berikutan pengakuan bersalah mereka, beberapa remaja yang didenda antara RM300 hingga RM350 seorang terpaksa mendapatkan bantuan dan jaminan ibu bapa masing-masing untuk membayar denda bagi mengelak daripada merengkok dalam penjara.

Pengajaran daripada kes-kes seumpama ini memerlukan Tok Guru bermuhasabah diri dan sedar bahawa sebagai seseorang yang diberikan amanah memimpin negeri, beliau bertanggujawab terhadap segala kebaikan mahupun kerosakkan.

Nik Aziz juga perlu buka mata dan sedar, politik PAS ketika ini bukan sehebat atau segagah ketika pimpinan allahyarham Datuk Fadzil Nor.

PAS kini hanya hebat kerana bersekongkol dengan DAP yang menolak negara Islam manakala PKR pula parti yang dipimpin oleh mereka yang dipersoalkan moralnya.

-agendadaily-

21 comments:

  1. Di Bawah MB Kelantan selama 19tahun, Kelantan bukan jadi kota serambi Mekkah, malah menjadi Kota Serambi Maksiat !!! Nik Najis tuuak kutok nak mampoi, harus membangga kerana Kelantan terkenal dgn Negeri paling miskin dan mundur, paling tinngi kes2 jenayah, paling kotor menjijikan, sampah sarap, saluran najis, saluran air yg tak terurus, air bersih yg banyak tercemar, kota Berhala Buddha, Kota mondok dan tikus membesar hingga kucing2 dalam ketakutan, Kota rasuah, kronisma dan nepostisma dan Kota kejahilan dalam bab agama Islam yg di bawa oleh Rasullullah. Sedarlah dan insaflah ahlul2 PAS, Nik Najis membawa anda dan keluarga jauh menyimpang dari ISlam yg sebenar benarnya. Nik Najis dan pemimpin2 terencat akal dari Parti Ajaran songsang, rela bersengkongkol dgn Komunis, Yahudi, peliwat dan syaitan demi kuasa, temolok dan nafsu serakah mereka sendiri. Mereka sanggup jadi barua kepada Komunis dan Yahudi, mereka rela mempersundalkan agama, bangsa dan tanah air, hanya untuk temolok pewot kembung mereka anak beranak. Sedarlah dan insaflah ahlul2 PAS, anda semua telah diperbodoh bodohkan oleh pemimpin2 terencat akal. Di mata mereka anda semua, ahlul2 Pas tidk ada makna dan harga, mereka lebih saya Lim Kiat Siang anak beranak, Ngek dan nGok, Siva dan Bala, Aljuburi anak beranak, Chin Peng dan peliwat2. sedaralah dan insaflah wahai ahlul2 sebulum ajal menjelma di depan mata, tangisan berdarah pun tak berguna lagi.

    ReplyDelete
  2. anon 10:55
    sokong text tulisan tuan 100% .... tahniah !!!!!

    ReplyDelete
  3. Hah... kalau dah tangkap, itulah tanda buat kerja. Eh.. macam apa yang kau cakap pasal enjin jet hilang pulak, Tak kan Nik Aziz nak pergi check rumah rakyat kelantan tiap-tiap malam, anak remaja ada kat rumah ke tak..
    Yang aku risau, negeri BN yang tak tangkap apa-apa, pastu yang dapat, baby-baby bersepah dalam tong sampah...

    ReplyDelete
  4. Salam tahun baru semua!!!

    Tahniah UMNO/Kerajaan BN atas hadiah anda kepada rakyat pada malam tahun baru 2010:
    - Gula naik 20 sen
    - Subsidi roti putih ditarik

    Undilah kerajaan BN (Barang Naik), ia akan sentiasa meringankan poket anda.

    ReplyDelete
  5. UMNO sibuk berpolitik...Enjin jet hilang
    Najib sibuk berpolitik.....hinggakan terlupa anak-anak dan isterinya menlanggar batas agama:
    - Rosmah berlaga pipi dengan Salman Khan
    - Rosmah terlupa nak menutup aurat
    - Najib terlupa anaknya berpelukan di pub-pub
    - Najib terlupa, memilih wakil rakyat (isa samad) yang sememangnya didapati mengamalkan rasuah

    Warga UMNO sibuk berpolitik....
    - hingga terlupa, Melayu makin dipijak, ditindas, dipandang hina
    - Hingga terlupa hasil gas Malaysia telah digadaikan kepada Jepun...
    - Hingga terlupa, kisah lama Lim Guan Eng yang masuk penjara akibat membela gadis melayu yang dirogol oleh seorang Thamby...
    - Hingga terlupa, sebuah pulau batu putih yang kini terlepas ke dakapan singapura
    - dan bermacam-mcam lagi yang UMNO lupa...

    Pas bersekongkol dengan DAP yang menolak ISlam??? ATAU.... dengan kata lain...

    DAP bersekongkol dengan PAS yang memperjuangkan penubuhan negara ISLAM???

    ATAU????

    Perlukah PAS memberikan sokongan kepada UMNO (yang Islam), walaupun UMNO terang-terangan menolak perlaksanaan hukum Islam???

    ????????

    ReplyDelete
  6. UMNO tidak sibuk sangat berpolitik jika hendak dibandingkan dengan PAS. Politik UMNO ada pada tempat dan masa yang sesuai seperti di parlimen tetapi PAS berpolitik sepanjang masa..agaknya mimpi pun mimpi politik..Kita akui UMNO kadang terkhilaf kerana kita percaya UMNO ada kelemahan tetapi PAS yang mengaku amat alim tetapi maksiat masih berleluasa..Kalau lemah mengaku je lemah..kalau jadi balaci DAP mengaku je..kalau tak alim mengaku je tak alim..tak payah sibuk sibuk nak kata serambi Mekah lah...orang tua nyanyuk memang macam tu..

    ReplyDelete
  7. Taukah anda...

    Kelantan adalah negeri majoriti penganut Islam (95%)tetapi mempunyai kadar jenayah, kadar kemiskinan, maksiat, penghisap & pengedar dadah antara yang paling tinggi di Malaysia...

    Sarawak adalah negeri majoriti penganut Christian (60%)... tetapi mempunyai kadar jenayah, maksiat, penghisap dan pengedar dadah yang paling rendah di Malaysia.

    Bukankah Islam agama yg cukup sempurna sifatnya sepatutnya berjaya membendung perkara-perkara tersebut...

    Mungkin fatwa Undi PAS masuk syurga ada kebenarannya...

    ReplyDelete
  8. Lagi DOA PECAH PERUT dimakbulkan.
    Lepas ini jangan terperanjat jika PAS perjuangkan pembinaan patung buddha dan tuhan bertangan lapan dalam masjid2 di Kelantan. Mungkin bible juga akan berada dalam rak bacaan di masjid2.
    PAS for ALL kan?

    ReplyDelete
  9. Kita nak sama sama dengar apakah jawapan PAS tentang penggunaan istilah 'Allah' yang dibenarkan untuk digunakan untuk penganut agama lain..

    ReplyDelete
  10. Budak2 yg kene tangkap tu rakyat Kelantan.
    Kite tengok PAS nak laksana hudud tak?
    30 pasangan tu wajar direjam.
    Pahang dah laksana sebat untuk Kartika.
    PAS macam mana pulak?

    PAS.....laksanakan janji kamu.
    Ini ujian ALLAH bagi kamu. Nak dengar nasihat dari gereja ke pulak?

    ReplyDelete
  11. kAU NI BIOL LAH ADF55650

    Macam mana nak laksana Hudud, deraf hudud yang pas dah luluskan dulu kerajaan Persekutuan (yakni Kerajaan BN) menolaknya. Mana boleh laksana hudud kerana Kelantan bukan nya ada kuasa autonomi. Haa... kalau nak sangat tengok PAS laksana hudud, next PRU, biar korang semua undi PAS, then only PAS boleh dapat kuasa laksana hudud. Sebab itu lah isu Kartika tu hingar bingar. Itupun diberi hukuman rotan kerana dia sendiri yang request untuk dihukum secara syariah. Kalau dia tak request, memang tak boleh rotan ikut syariah. Kena guna civil law jer.. Kalau ada antara pasangan kat kelantan yang berzina pergi ke mahkamah syariah minta dikenakan hudud, barulah boleh bawa ke perbicaraan. Inilah hasil pemerintahan BN yang sekular. Hanya parlimen je yang berkuasa, dan Parlimen itu adalah BN majoriti.

    Hmmm... sila baca buku law banyak sikit...

    ReplyDelete
  12. Wahai anon biol,
    Ngaku je la PAS memang xkan laksana hudud. Cakap memang pandai la.
    Inilah alasan PAS, BN sekular.
    Sebab tu lah PAS xkan diberi peluang memerintah.
    Islam akan hancur dibawah PAS.
    Ahli-ahli PAS harus bertaubat sekarang.

    ReplyDelete
  13. Ish..ish.. adf55650

    Kau tak faham lagi ker...
    PAS tak de kuasa laksana hudud kerana deraf hudud PAS tidak diluluskan oleh Kerajaan Malaysia. Memang tahap budak tadika lah korang ni.....

    ReplyDelete
  14. Itulah PAS,
    Bile tak dapat buat sesuatu, salahkan orang lain.
    PAS umpama ayam jantan berkokok macam jaguh, ekor bergelumang najis.
    19 tahun perintah Kelantan, yang nampak hanya kotor merata2, jenayah meningkat, maksiat berleluasa.
    Pemerintahan Islam?
    Pemerintah pun korupsi. Jerit nepotisma, rasuah, keronisma. Sekarang hakikatnya bagaimana?

    ReplyDelete
  15. Masya-Allah...

    ENgkaulah orang paling bodoh undang-undang dan pentadbiran awam yang aku pernah jumpa.

    CUba kau pergi tanya mana-mana lawyer.... kenapa PAS tak boleh laksana hudud???? Kerana kerajaan BN tak luluskan deraf hudud tu kat Parlimen la bongok....

    Kelantan miskin??? Mestilah miskin.. dok bayar hutang yang UMNO tinggalkan tak habis-habis...
    Duit pembangunan pun kerajaan pusat tak bagi... sedangkan itu juga hak rakyat kelantan kerana duit kerajaan pusat datangnya dari hasil bumi Malaysia & juga hasil cukai rakyat Malaysia yang juga turut dibayar oleh orabn kelantan...

    Sama juga kes kat kedah. Kau pergilah semak, berapa billion hutang yang BN tinggalkan kat kedah? Pastu bila PAS ambil, PAS pulak kena bayar hutang, lepas tu kerajaan pusat tarik peruntukan kepada kedah. Kalau betul BN bagus sangat, kenapa 50 tahun BN perintah kedah masih miskin, sedangkan ianya jelapang padi? Apa yang BN buat 50 tahun pegang kedah, 33 tahun pegang kelantan? Apa rasionalnya korang banding kemiskinan kedah yang baru diperintah 2 tahun oleh PAS berbanding 50 tahun oleh BN? Begitu juga kelantan, 19 tahun pemerintahan PAS, 33 tahun pemerintahan BN?

    Baca buku undang-undang, public admin & perakaunan sektor awam sebelum kau nak buat any statement.

    ReplyDelete
  16. Mengapa mesti menyalahkan Pusat?
    Selama mane harus menjadi peminta sedekah mengharapkan bantuan orang lain?
    Apakah usaha PAS untuk memajukan rakyat selain dari menyalahkan pihak lain?
    Adakah PAS berusaha menarik pelaburan?
    Semue ni tak ade dalam buku Public admin ke?
    Atau PAS tersilap menggunakan buku PUBIC Admin ke pulak?
    Di Perak MB sibuk bertemu potential investors untuk kesejahteraan rakyatnya. Dia tidak hanya mengharapkan bantuan pusat.
    Apa yang dibuat oleh Nizar selama 11 bulan?
    Berapa banyak pelabur yang ditarik oleh Nik Aziz? atau pun Azizan?
    Selama mane PAS inginkan rakyatnya menjadi peminta sedekah?

    Bila pilih buku tu tengok ejaannya dgn betul.
    P U B L I C bukan P U B I C

    ReplyDelete
  17. keh..keh..kehh..
    jawapan yang sudah ku jangka ..
    memang penyokong UMNO ni knowledgenya tahap tadika...

    Antara hak dan peminta sedekah pun korang masih tak faham...
    Kalau cam tu... cuba jangan bagi peruntukan kerajaan pusat tu pada negeri yang BN perintah.. barulah adil kalau nak buat perbandingan...

    Pelaburan??? Memang ada pelaburan yang banyak... cuma TV3 dan RTM tak highlight.. dan cuma nya pelaburan tu belum cukup nak dapat untung ataupun belum sampai ke "equilibrium" sebab lubang hutang yang UMNO tinggalkan banyak sangat... PAS dok pulun kambus.... Sebab itulah masa kes UMNO buat isu kata Husam letak jawatan, para investors kalut dok telefon....

    ReplyDelete
  18. PAS dok pulun kambus?
    Masalahnya disini peruntukan memang diberi. Cuba tanya NIK Aziz berapa ratus juta peruntukan diberi setiap tahun. Kita tengok dia sanggup BERBOHONG atau tidak.
    Hanya pengikut PAS yg tidak diberitahu berapa banyak.
    Pelaburan yang banyak? Kalau setakat TESCO atau KB Mall, di bandar kecil negeri tadbiran BN pun banyak.
    Rakyat Kelantan bersepah mencari makan di negeri2 tadbiran BN mencari nafkah. Kenapa?
    Sebab di Kelantan tiada peluang untuk mencari nafkah. Ini bukti banyak pelaburan?

    PAS dok pulun kambus?

    Sebabnya, PAS hanya tau MENGGUNA tapi tidak tau MENJANA.

    Masih menyalahkan UMNO?

    Negeri2 tadbiran BN menggunakan peruntukan untuk MENJANA pertumbuhan ekonomi.

    Nak salahkan TV3 dan TV1? Dah takde berita yang nak di highlight kan. Nak buat macam mana?

    Tak kan nak tunjuk bagaimana org2 Kelantan menghabiskan masa di kedai kopi mengutuk sana sini.

    ReplyDelete
  19. May be you would like to browse the following URL http://buletin.kelantan.gov.my

    Rakyat kelantan bersepah kat negeri lain???
    Lebih baik daripada kekosongan tersebut diisi oleh rakyat kelantan daripada diberikan kepada Indon-indon terutamanya dari Aceh yang mula bersepah membuka kedai-kedai, ataupun lebih baik daripada diisi oleh kaum pendatang cina dan India....

    Jika pembangunan fizikal menjadi ukuran kemajuan sesebuah negeri,
    1. apalah gunanya pembangunan pasaraya besar seperti Jusco, Metrojaya dll (yang dimiliki bangsa asing) yang secara sedikit demi sedikit menghapus kewujudan kedai-kedai runcit kecil milik bumiputera...
    2. jika pembangunan rumah-rumah mewah menjadi ukuran, apalah gunanya jika ianya hanya mampu dimiliki oleh orang-orang bukan bumiputera yang makin banyak membeli hartanah, sedangkan melayu hanya mampu membeli rumah tidak bertanah seperti flat dan apartment...
    3. jika pembangunan prasana dan keindahan bandar yang menjadi ukuran, apalah gunanya jika ia dibangunkan dengan wang yang dipinjam atau hutang berlambak-lambak belum berbayar...

    Alangkah baiknya jika....
    1. pembangunan diukur dengan berapa ramai rakyat kelantan yang keluar mencari ilmu dan memenuhi universiti tempatan dan luar negara...
    2. kehidupan rakyat adalah lebih kurang sama rata bergantung kepada usaha dan kerajinan mereka...(bukannya yang kaya makin kaya, yang miskin makin papa)

    Kadangkala, kita harus renungi kembali... kata pepatah lama..

    Ibarat pak kaduk, menang sorak kampung tergadai...

    Dakah BN sedar.....dalam keghairahan mendapatkan kemerdekaan, kita lepaskan singapura kepada bangsa cina...

    Dalam kepayahan meraih undi kaum cina untuk kemenangan pilihanraya, UMNO gadaikan hak Melayu & Bumiputera (biasiswa, terhapusnya sistem kuota etc.)

    Dalam kealpaan pemerintahan, sekali lagi kita serahkan Pulau Batu Putih kepada Singapura....

    CUma satu yang aku minta, cuba kau lalu jalan tangkak ke segamat, dari tangkak ke segamat, cuma kau buat satu analisis ringkas, tiang-tiang lampu jalan hanya wujud di kawasan penempatan kaum cina, tetapi di kampung-kampung Melayu, jalannya gelap gelita.

    Cuba kau masuk KLCC, MIdValley etc berapa buah kedai-kedainya milik Bumiputera??? Atau adakah bumiputera hanya menjadi pencuci tandas, atau salesgirl?? Itupun dah susah nak jumpa sebab diisi oleh Indon dan Bangla..

    Cuma kau pergi ke bank-bank selepas musim perayaan, kalau lepas raya puasa, orang Melayu pergi bank, keluarkan mana-mana simpanan yang ada tapi bangsa cina, bawa buku bank anak-anak, untuk simpan duit raya..

    Apa komen kau dengan isu kerajaan nak tarik balik elaun Cola tak lama lagi???

    Akhir kata..

    TAHNIAH UMNO kerana kerana setelah lebih 50 tahun merdeka Melayu semakin hari semakin papa kedana.... (kecuali orang kelantan yang banyak simpan barang kemas sampai ke lengan)

    TAHNIAH UMNO kerana Malaysia ini semakin CINA yang punya....

    TAHNIAH UMNO kerana ISlam hanya tinggal nama...

    ReplyDelete
  20. Juga satu lagi pertanyan kepada saudara adf55650 berkaitan pembangunan negara kerajaan BN..

    Apa komen saudara dengan kegagalan kerajaan BN (iaitu syarikat prasarana negara milik kementerian kewangan) menebus kembali Bon berjumlah RM 7.10 billion seperti mana yang dilaporkan oleh Ketua Audit Negara?
    atau lain-lain kerugian kegagalan BN yang tidak dihighlightkan dalam TV3 & RTM sepertimana yang tertera di http://cetusan-hati.blogspot.com

    Satu keterangan yang penuh dengan fakta...bukan sepertimana tuduhan anda yang umpama tin kosong semata-mata

    ReplyDelete
  21. Twist and twist and twist....that's all PAS is doing.
    I've gone through the bulletin. What's the point of having it well-written on paper?
    Face the reality.

    UMNO menggadai bangsa dan agama? Apa yang PAS buat bersekongkol dgn DAP yg terang2 mengatakan 'langkah mayat kami dulu kalau nak menubuhkan negara Islam'?

    Apa yang Nizar buat selama 11 bulan di Perak?

    Itukah pentadbiran Islam yang diingini?

    Tak banyak kedai Melayu?

    That's one of the main objectives of DEB. Mengapa tidak tercapai?
    Bukankah salah orang Melayu juga?
    Bukankah PAS juga sama2 menentang semata2 kerana tunduk pada tuntutan DAP?

    Kawasan Melayu tidak membangun?
    Tahap manakah kuasa ekonomi Melayu?

    Berpolitik tak habis2.

    Terima kasih kerana mengakui rakyat Kelantan hanya berminat mengumpul harta untuk diri sendiri bukan untuk agama dan bangsa.

    Islam dikutuk bangsa di hina. Yang penting tetap emas hingga ke pangkal lengan.

    Apa peranan PAS yang kononnya memperjuangkan Islam dalam keadaan Islam di hina?

    Mengiyakan penghinaan sudah jelas.

    Yang jelas lagi, lebih risaukan 'cola' akan dipotong.
    Did you ever think about how the country is related to the global economy? Ini bukti jelas bagaimana PAS tidak tau langsung tentang peranan pelaburan luar.

    Saya dicabar kerana kononnya tak tau undang2. Pulau Batu Putih terlepas dari Malaysia adalah atas sebab2 Perundangan Antarabangsa. So, it it obvious PAS pun tak tau undang2.

    Mengapa tiba2 mengatakan UMNO tidak membela Melayu, walhal selama ini mengatakan UMNO assabiyah. PAS dikatakan membela Islam tetapi berdiam diri apabila Islam dihina. Bukankah menunjukkan PAS bersifat khawarrij?

    ReplyDelete