Showing posts with label Hadi Awang. Show all posts
Showing posts with label Hadi Awang. Show all posts

Thursday, October 31, 2013

Lagi-lagi Hadi Awang..Jawablah..!!


Ada seorang pembaca hantar komen dan minta Jebat nukilkan apa yang beliau komenkan.

Jebat tidak arif dengan apa yang pembaca itu nukilkan justeru kepada sesiapa yang tahu berkenaan isu ini minta dijelaskan kerana setiap perkara itu perlu kepada pencerahan dan penjelasan.

AnonymousOctober 29, 2013 at 10:13 AM
Salam,

Boleh Kah Saudara Menulis Tentang Masjid Rusila atau Masjid Haji Hadi Awang

Berapa Lama Masjid Nie Nak Siap dan berapa Lama Kutipan Derma Orang Ramai Di buat?

Berapa Banyak Jumlah Kutipan, Berapa Banyak Yg Di Belanjakan Untuk Membuat Masjid?

Adakah sebarang Bentuk Rekod atau Catatan Pemberi Derma, Invois pembelian Barang2, Butir Perakaunan, Apakah Akaun2 Inin di audit..

Ataupon Sememangnya, Hadi Awang Tiada menyediakan kesuamnya, Tiada Rekod, Maka Hadi Awang dgn Sewenang2nya SONGLAP, MANUPULASI, MENYALAH GUNAKAN WANG TERSEBUT?

Masjid Ini Mengambil masa dari seawal 1977 ke 1978 hinggalah ke 2003.. Bila Hadi Awang jadi Menteri besor barulah maju sikit.. pastu bengap balik ...

apebenda citer Hadi Awang, Kalau Semua Orang Rusila BUTA PEKOK Mata, bial orang tepi dia beri Perkhaborannya...

Siasatlah Semua Blogger... 
Inilah Pekong Hadi Awang Yg Menggunakan Agama Untuk Pelbagai Kepentingan Selama Ini...

Tidak ada satu huruf pun yang Jebat ubah daripada komen pembaca itu. 

Sama ada Hadi Awang sendiri atau sesiapa sahaja yang arif dan tahu berhubung perkara ini untuk MEMBERIKAN PENCERAHAN....

Tuesday, October 29, 2013

Kot-kotlah Hadi Awang terlupa..meh nak ingatkan..!!!


Ini kenyataan Hadi..

Untuk menafikan ini...


dan menafikan ini...


tetapi Hadi nak cakap apa apabila gerombolan HamPAS membuat penipuan ini?

ris2

Kenapa tak percaya ke Hadi?

Atau buat buat lupa?

Kalau video yang bergerak pun Hadi kata tidak boleh jadi saksi gambar bodoh macam ni agak-agaknya boleh buat orang Sungai Limau percaya ke?

p/s: Hadi mudah lupa..!! Lain kali jangan buat lagi ye..babab nanti..kah kah kah...!!!

Monday, July 18, 2011

Kesamaan Hadi Awang dan Tun Dollah



Bahagiakah Hadi Awang dapat Timbalan seorang yang terkenal dengan bunga bahasa yang cukup santun? Mat Sapu jualah yang menggelar Al Juburi kepada tuan punya Omega.Tidakkah itu cukup menggambarkan ketulusan budi bahasa Mat Sapu 101?

Di dalam keseorangan dan tidak mahu menjadi seperti Tun Dol yang dikatakan sebagai Presiden UMNO yang maha lembab, Hadi seperti tidak punya banyak pilihan selain dari mengikut ketulusan budi Mat Sapu 101.

Gerombolan baru juga bukan satu kapal dengan Hadi. Lantaran Hadi menjadi Panglima Perang yang tidak punya askar yang setia. Alangkah sukarnya menjadi Panglima Perang yang mempunyai askar yang tidak bersedia untuk mendengar kata. Untuk langkah selamat dan menjaga kerusi, Hadi terpaksa mengikut gerombolan yang dikhabarkan ditentukan perjalanannya oleh tuan punya Omega.

Gua sebenarnya respek Hadi sebagai seorang yang berumur dan dengan serban di kepala. Tetapi gua tak dapat terima apabila Hadi memakai baju kuning dil luar jubahnya tempoh hari. Tapi gua faham Hadi terpaksa menari mengikut rentak biarpun gua percaya jauh di sudut Hadi terlalu sayangkan idea kerajaan perpaduan.

Hadi cepat belajar dari Tun Dol..Jika tidak menari mengikut rentak sudahnya pasti menjadi seperti Tun Dol yang terpaksa turun dari kerusi setelah diasak hingga ke dinding. Pun begitu Najib bukanlah seagresif Mat Sapu justeru Hadi terpaksa lebih berhati hati berbanding Tun Dol yang seribu tuah mendapat Timbalan sesetia Najib.

Mampukah Hadi setiap masa menelan segala yang pahit untuk sentiasa tampak akrab bersama Timbalannya?

Wallahualam...

Sunday, July 17, 2011

16 Sept: Benarkah Nuar Berahim PM?

Pelan pembohongan 16 September telah lama berlalu dan telah menjadi satu cerita dongeng dan tidak mustahil kalau dimasukkan ke dalam cerita dongeng rakyat. A. Samad Said mungkin boleh menggunakan bait-bait puitis yang indah untuk dinukilkan di dalam cerita dongeng itu.

Cuma benarkah Nuar Berahim akan dinobatkan sebagai Perdana Menteri sekiranya pelan itu berjaya?

Ada sumber memberitahu bahawa nama Nuar Berahim bukanlah nama yang dipersetujui untuk menjadi Perdana Menteri di dalam pelan itu dan wujudnya nama lain yang dipersetujui untuk diangkat sebagai Perdana Menteri.

Khabarnya Nuar Berahim amat berang dengan keadaan itu lantaran namanya terhumban daripada diangkat sebagai Perdana Menteri.

Jika di dalam pelan itu nama Hadi Awang diangkat sebagai Timbalan Perdana Menteri siapa pula yang akan menjadi Perdana Menteri?

Mungkin benar ada Ahli Parlimen yang sedia untuk melompat?

Gua pun tak tahu..Lu ada otak lu fikir sendiri..

Wednesday, May 18, 2011

Blogger Aduka Taruna kecundang lagi


Nama sahabat blogger Aduka Taruna suatu ketika dahulu menjadi nama yang menggemparkan apabila dikaitkan dengan kejadian di Johor. Tetapi seperti air embun, datang matahari keringlah ia.

Sesuatu yang tidak kering adalah projek langgar Hadi. Aku secara peribadi kagum dengan kebolehan sahabat Aduka Taruna mencoretkan idea untuk langgar Hadi di dalam blognya. Dan agak meyakinkan bahawa Aduka Taruna akan menjadi penyumbang kepada kejatuhan legasi Hadi.

Tetapi agak memeranjatkan apabila Hadi terus mengekalkan jawatan Presiden PAS tanpa bertanding. Pastinya sahabat Aduka amat terasa dengan keadaan ini.

Dan aku sendiri agak hairan kenapa idea langgar Hadi yang dicoretkan oleh sababat blogger Aduka yang begitu ilmiah dan teoritikal menemui kegagalan.

Bila dikenangkan semula, inilah yang berlaku di dalam PAS. Idea dan pembaharuan yang ingin dilakukan oleh generasi muda terhakis dek ketotokan kepada pemimpin tertentu biarpun idea sabahat Aduka Taruna jelas menampakkan kematangan minda untuk merubah PAS.

Moga-moga sahabat Aduka Taruna tidak akan lemah semangat sebaliknya menggandakan usaha kerana kita tidak mahu pemimpin yang buat kerja separuh jalan seperti Hadi, apa jadi dengan idea Kerajaan Perpaduan??

Thursday, May 5, 2011

Angkuhnya PAS



Dalam sebuah keluarga jika ayah mengajar anaknya supaya lebih berbudi bahasa maka itu adalah suatu kewajipan yang sekadar bertujuan untuk melihat masa depan anaknya lebih gemilang. Sebagai seorang anak terimalah teguran ayah itu sebagai tanda kasih seorang ayah kepada anaknya.

Demikian jualah halnya apabila Najib mempelawa PAS untuk menyertai Barisan Nasional dan keluar dari Pakatan. Halnya adalah kerana Najib mahu melihat Melayu menjadi lebih kuat dan bersatu. Apa lagi yang Najib harapkan sedangkan kuasa dan jawatan sudah ada di tangan beliau. Hasrat Najib itu hanyalah suatu pandangan ikhlas untuk menyatukan bangsanya yang kian retak dan menanti detik-detik untuk terbelah jika tidak dibendung dari sekarang.

Seharusnya PAS turut memandang hasrat Najib ini sebagai suatu hasrat murni demi kepentingan bangsa Melayu. Sepatutnya PAS menadah tangan sebesar nyiru menyambut hasrat Najib kerana UMNO jauh lebih besar dan kuat berbanding PAS. Seharusnya kepentingan politik dan kedudukan ditolak dan mengutamakan kepentingan bangsa.

Salahkah sekiranya PAS mengambil pendekatan untuk duduk semeja bersama UMNO dan membincangkan syarat-syarat yang mereka rasakan perlu untuk menyertai Barisan Nasional? Buatlah apa jua syarat jika benar pimpinan PAS terlalu takut untuk kehilangan jawatan dan kedudukan mereka di dalam parti jika menyertai Barisan Nasional. Apa yang jauh lebih penting adalah menyelamatkan perpaduan di kalangan umat Melayu.

Agak mendukacitakan apabila pimpinan PAS menolak mentah-mentah idea Najib ini dan tidak kurang juga yang mempersendakan hasrat murni ini. Najib bukanlah bodoh apabila mengutarakan pandangan dan hasrat ini. Najib bukan tidak boleh menjangka bahawa PAS pasti akan menolak hasrat ini tetapi jauh di sudut hati Najib bahawa biarlah rakyat tahu betapa tanggungjawab untuk menyatukan Melayu telah dilakukan tetapi ditolak mentah-mentah oleh PAS.

Adakah PAS merasakan bahawa idea untuk membawa PAS menyertai Barisan Nasional hanyalah sebagai suatu helah untuk memperkuatkan semula Barisan Nasional yang dilihat semakin lemah sejak Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu? Jika benar inilah tanggapan PAS maka haruslah disedarkan bahawa tanggapan itu tidak benar sekali dan bukti terhampir boleh disaksikan dengan kecundangnya PAS di semua kerusi yang ditandinginya di Sarawak.

PAS sudah berarak memperjuangkan partinya sekian lama dan sejak penyatuan PAS di dalam Pakatan, yang mendapat kelebihan kerana keangkuhan PAS ini adalah Keadilan. Lihat sahaja bagaimana PKR melebarkan sayapnya dengan meraih kerusi-kerusi yang ditandinginya termasuklah di Kelantan biarpun PKR hanya berusia setahun jagung.

Tak mengapalah..Jika Melayu berpecah jangan dituding jari kepada Najib dan UMNO dan renungkanlah kembali apa yang telah Najib lakukan untuk penyatuan bangsanya.

Cuma di manakah suara Nasharuddin Mat Isa dan Hadi Awang yang dahulunya dengan berani menceritakan tentang penyatuan Melayu UMNO-PAS melalu Kerajaan Perpaduan? Adakah mereka lebih berani untuk melihat Melayu berpecah berbanding keberanian untuk berdepan dengan pimpinan PAS yang lain yang lebih mengutamakan kedudukan politik?

Angkuhnya PAS....

Wednesday, December 23, 2009

Antara bodoh dan buat buat bodoh



Rumah Nik Aziz dimasuki perompak? Rumah Husam Musa dimasuki pencuri?Jadi apa tindakannya? Tindakannya ialah: Hadi Awang kena letak jawatan!! Macam bodoh dan tak ada akal punya jawapan..

Itulah perumpamaan yang Jebat simpulkan daripada kes kehilangan enjin jet pejuang milik TUDM. Belum pun hilang penat Jebat setelah dari menguruskan perkahwinan anak sedara kini Jebat penat pulak memikirkan kebodohan yang kadang kadang nampak terlampau yang PAS dan sekutunya lontarkan pada Perdana Menteri di atas kehilangan enjin pesawat tersebut.

Enjin tu hilang satu hal tapi apa kena mengena Perdana Menteri dalam hal kehilangan enjin tersebut?Kenapa Nik Aziz tak letak jawatan dan PAS tak gesa orang tua tu letak jawatan masa kes kereta jatuh di KB Mall? Aduhai..ni berapa punya berat aksi kebodohan orang orang PAS?Jangan esok lusa kalau anak anak dia orang tak lulus periksa dia mintak Menteri Pelajaran pulak letak jawatan..Masuk akal ke tak?Tak masuk akal pun tapi orang orang PAS ni memang suka bertindak tak ikut akal pasal tu sampai sanggup baring tengah jalan..eh siuman ke kalau macam tu?

Tak apalah Jebat akan sarankan lepas ni mana mana penerbangan atau apa apa tindakan rakyat Malaysia kena maklumkan pada Perdana Menteri waimah nak berak sekalipun kena maklumkan pada Perdana Menteri kot kot jatuh ke dalam lubang jamban tu senanglah kita gesa Perdana Menteri letak jawatan...Boomm....cukup cukuplah jadi bodoh tu!!

Sunday, October 4, 2009

Bagan Pinang: Ceramah PAS di Taman PD Utama tiada sambutan

Aduhai.. kesian aku tengok ceramah PAS (salah satu team komplot pakatan jahat) bila ceramah dia orang di Taman PD Utama malam ni tak dapat sambutan. Menung aku tengok jentera pilihanraya PAS..Apa nak buat brader..orang dah tahu kau orang tu sebenarnya kaki kencing. Pinjam kata politikputramerdeka.blogspot.com 'awas musibat dan muslimut PAS at work'..Satu negara dah tahu intipati ceramah kau orang..Dah hafal dan dah muak..Ceramah kau orang hanya tabut fitnah dan cerca orang. Islam taik kucing.

Hadi Awang pun takde mood nak ceramah apabila orang yang datang sekitar 50 orang. Gila jauh datang dari Terengganu tapi cakap dia sorang pun tak nak dengar. Baik kau balik je Terengganu le Hadi..Cakap kau tak laku kat sini..

Lepas Hadi Awang..majlis terhenti seketika..Pasal apa? Pasal Lim Kit Siang tak sampai sampai lagi. Alasannya sangkut dalam jammed kat simpang..hahahha...tak abis abis kau orang nak kencing..takde yang jammed jalan malam tadi..semua clear..agaknya Lim Kit Siang pun dah tahu yang dia akan cakap sorang sorang dalam ceramah tu..

Dah lah pergilah balik..buang masa je kau orang kat sini..Orang orang Bagan Pinang tak mahu kau orang tu..Budak Lenggeng yang dah tiga kali kalah tu bila nak sedar diri yang dia tu hanya kambing hitam yang hanya akan dimalukan di Bagan Pinang..