Monday, July 18, 2011

Kesamaan Hadi Awang dan Tun Dollah



Bahagiakah Hadi Awang dapat Timbalan seorang yang terkenal dengan bunga bahasa yang cukup santun? Mat Sapu jualah yang menggelar Al Juburi kepada tuan punya Omega.Tidakkah itu cukup menggambarkan ketulusan budi bahasa Mat Sapu 101?

Di dalam keseorangan dan tidak mahu menjadi seperti Tun Dol yang dikatakan sebagai Presiden UMNO yang maha lembab, Hadi seperti tidak punya banyak pilihan selain dari mengikut ketulusan budi Mat Sapu 101.

Gerombolan baru juga bukan satu kapal dengan Hadi. Lantaran Hadi menjadi Panglima Perang yang tidak punya askar yang setia. Alangkah sukarnya menjadi Panglima Perang yang mempunyai askar yang tidak bersedia untuk mendengar kata. Untuk langkah selamat dan menjaga kerusi, Hadi terpaksa mengikut gerombolan yang dikhabarkan ditentukan perjalanannya oleh tuan punya Omega.

Gua sebenarnya respek Hadi sebagai seorang yang berumur dan dengan serban di kepala. Tetapi gua tak dapat terima apabila Hadi memakai baju kuning dil luar jubahnya tempoh hari. Tapi gua faham Hadi terpaksa menari mengikut rentak biarpun gua percaya jauh di sudut Hadi terlalu sayangkan idea kerajaan perpaduan.

Hadi cepat belajar dari Tun Dol..Jika tidak menari mengikut rentak sudahnya pasti menjadi seperti Tun Dol yang terpaksa turun dari kerusi setelah diasak hingga ke dinding. Pun begitu Najib bukanlah seagresif Mat Sapu justeru Hadi terpaksa lebih berhati hati berbanding Tun Dol yang seribu tuah mendapat Timbalan sesetia Najib.

Mampukah Hadi setiap masa menelan segala yang pahit untuk sentiasa tampak akrab bersama Timbalannya?

Wallahualam...

1 comment:

  1. Sebagai agamawan, Hj Hadi ditugaskan untuk mengorek segala kazanah untuk memfatwa 'betul' terhadap tindak tanduk perombolan PR. Kalau setakat ahli PAS pun dah jenuh nak cari fatwa, inikan pula nak cover salahlaku geng PKR dan yang sangat mencabar ialah salahlaku puak DAP. Tapi alhamdulillah setakat ini kerja beliau masih berkesan. Fatwa terbaru ialah beliau telah menjumpai sirah yang menghalalkan Islam bersekongkol dgn kafir (Ambiga) untuk jahanamkan Islam (UMNO) melalui demo bershit.
    Siaplah badan, kalau tak betul fatwa tu, maka Hadi umpama lilin yanr membakar diri diNeraka demi mempertahankan Ambiga kafir harbi tu...

    ReplyDelete