Wednesday, July 6, 2011

BERSIH: Kenapa harus kita tunduk?



Adalah sesuatu yang amat memalukan apabila seluruh negara dan kerajaan terpaksa tunduk kepada kemahuan dan perancangan yang dilakukan oleh seorang wanita bernama Ambabiga.

Setelah diberi ruang untuk berbincang dengan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan kemudiannya diberi pula ruang untuk mengadap ke bawah Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong, Ambabiga terus melolong mahu meneruskan perarakan seperti yang dijadualkan.

Jelas dan tidak perlu dinafikan bahawa perarakan 9 Julai itu lebih menjurus kepada agenda tersirat yang matlamat akhirnya sukar dimengertikan. Ada yang berpendapat bahawa matlamat akhir itu mempunyai kesan yang amat buruk kepada keharmonian negara. Tetapi rata-rata bersetuju bahawa matlamat akhir perarakan 9 Julai ini adalah KEHANCURAN sekaligus menidakkan kuasa politik yang telah melalui proses demokrasi melalui pilihanraya.

Jika sebelum ini, rakyat sering terkesima dengan ketukan pintu rumah mereka oleh anggota polis kerana tidak menjelaskan sejumlah saman ekor kenapa pula di dalam isu perarakan 9 Julai ini kita tampak seakan begitu lemah di dalam mengambil langkah pencegahan?

Jangan hanya kerana wujudnya dakwaan ada kuasa lain di sebalik tabir perarakan 9 Julai ini, kita terlupa bahawa kita adalah tuan rumah yang sentiasa perlu dihormati dan kita sememangnya tidur lena dengan bumbung rumah yang bernama Perlembagaan.

3 comments:

  1. ANUWAR MARAH SBB DIA DH XDE ALASAN LAGI NAK BAGI KAT MAHKAMAH. TU PSL SKANG DIA NAIK SYEH. DIA X KIRE SAPE2 NK SOKONG PUN DIA AKAN TERIMA WAIMA SETAN KER, IBLIS KER ASALKAN DIA LEPAS!

    ReplyDelete
  2. Kasi balun dia punya kepala..

    ReplyDelete
  3. Salam Bro. Ketuk sekali kepala Ambiga pariah tu. Kurang ajar gila.

    ReplyDelete