Sunday, July 31, 2011

Gua pun nak jadi Menteri



Macam-macam magik yang berlaku dalam Malaysia sekarang ni. Yang kena tahan tapi bila kena desak kita lepaskan. Bayangkan kalau Pakatan desak supaya dilepaskan semua tahanan penjara agak-agaknya warden penjara mahu sunyi tak ada kerja.

MIC pulak macam kata kumpulan Jambu dalam Maharaja Lawak 'apa pun tak boleh' tiba-tiba dapat kerusi Menteri penuh. Ini lagi satu magik. Dalam Pilihanraya Kecil Hulu Selangor kalaulah Presiden MIC jadi calon hari tu mau melingkup dibuatnya. Orang Hulu Selangor dah tak nak dia kita pulak angkat jadi Menteri. 

Pengundi pengundi India pun  tak mau sokong MIC sebenarnya bukan kerana Barisan Nasional tetapi kerana dia orang dah bosan dan meluat dengan MIC. Dalam siri Pilihanraya Kecil hari tu pun MIC bukan menyumbang sangat tetapi kerana kekuatan faktor calon dan Barisan Nasional. Kalau nak harap MIC buat kerja apa pun tak boleh.

Kesian pulak gua tengok dengan Presiden PPP, Datuk M. Kayveas. PPP dan ahlinya rajin turun padang cari pengundi baru tapi habuk pun takde. Nasib baik Timbalan Presiden PPP dapat jadi Timbalan Menteri Penerangan. Gua rasa dari kasi Presiden MIC tu kerusi Menteri elok kasi kerusi tu pada PPP lagipun ahli MIC pun ramai yang berbangsa India. Taulah dia orang macam mana nak tarik pengundi India. Kita pun tak boleh bergantung harap pada MIC.

Gua pun rasa tak mustahil kalau gua nak mintak jawatan sebagai Menteri..Lantik je gua jadi Senator tapi apa pulak kata Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional yang menang dalam Pilihanraya Umum yang lalu. Ingat depa tu tunggul?

No comments:

Post a Comment