Monday, July 4, 2011

BERSIH: Sudah sampai ke kemuncak



Beribu laporan polis, berbagai jenis amaran telah dikeluarkan, beratus telah ditangkap, tidakkah BERSIH sedar bahawa rakyat Malaysia sememangnya anti demonstrasi dan anti perhimpunan haram?

Cakap siapa lagi harus BERSIH dengar untuk membatalkan niat mengadakan perhimpunan haram yang pastinya akan merencatkan perjalanan sosio-ekonomi negara?

BERSIH seharusnya berasa malu dan bertanggungjawab kerana idea untuk mengadakan perhimpunan haram ini telah membuatkan Yang DiPertuan Agong terpaksa tampil mengeluarkan titah. Semuanya hanya kerana inginkan keamanan yang telah sekian lama bertapak di Malaysia kekal dan tidak terusik.

Alangkah biadapnya kita kerana tindakan yang menyusahkan Baginda dan memohon pula untuk mengadap Baginda hanya kerana inginkan kepuasan diri yang bertopengkan demokrasi?

Tanyalah pada Nik Ajis apakah ada yang silapnya pada SPR? Sudah 21 tahun memerintah Kelantan tidakkah jelas menggambarkan bahawa ketelusan itulah yang diamalkan SPR?

Di zaman Pak Lah, Barisan Nasional hampir saja menawan Kelantan. Jika benarlah SPR tidak berlaku adil, mugkin sekarang Nik Ajis sudah boleh mengira hari untuk menunggu duit pencen.

Jika SPR tidak berlaku adil, mungkin saja Nuar Berahim akan hanya menjadi penjual pasembor di Pulau Pinang jika SPR berkuasa untuk menentukan bahawa beliau akan kalah di dalam Pilihanraya Kecil di Permatang Pauh.

Kemuncak kepada segala tindakan ialah apabila Yang DiPertuan Agong mengeluarkan titah. Jika titah Baginda juga diengkari ini jelas membayangkan maksud bahawa BERSIH hanya melahirkan GENERASI PENDERHAKA..

Menjunjung kasih Tuanku!!

1 comment: