Tuesday, July 28, 2009
Ikhlas atau munafik?
Apa yang akan terjadi seterusnya apabila Nik Aziz berkata yang kerajaan negeri Kelantan sedia menjalinkan hubungan baik dengan kerajaan Persekutuan dan PAS ingin melupakan sengketa politik dengan UMNO. Sebagai orang Melayu dan seorang Islam seharusnya kita menerima idea dan saranan ini sebaik mungkin dan mengambil pendekatan tidak berburuk sangka sesame Islam tetapi apabila mengambil kira percaturan dan tipu helah yang mungkin terselit di sebalik idea ini mungkin ramai yang menggaru kepada yang tidak gatal dan mungkin juga ramai yang berkerut dahi memikirkan yang tersirat di sebalik idea ini. Yang tersuratnya mudah iaitu penyatuan Melayu tetapi yang tersirat terus menyemakkan kepala untuk difikirkan.
Beberapa andaian yang dibuat oleh beberapa tokoh UMNO mengenai idea ini termasuk oleh mantan Presiden UMNO, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Ada logik dan asas yang kukuh apabila Tun mengandaikan yang ini hanyalah suatu sandiwara yang cukup terancang tetapi amat mudah di baca oleh bijak pandai politik seperti Tun. Tetapi jika kita terus menerima andaian Tun ini bulat bulat maka mungkinkah PAS akan mengatakan yang UMNO amat berburuk sangka pada mereka? Tetapi jika kita menerima idea yang diutarakan oleh Nik Aziz ini mungkinkah akan menghumban UMNO ke kubang kehancuran?
Jadi apa kesudahan dengan dolak dalik yang masih tidak terungkai ini. Di dalam agenda ini iaitu penyatuan umat Islam dan Melayu Malaysia sebaiknya kita serahkan pada Allah yang Maha Mengetahui. Kita pasti akan dapat jawapan kepada permasalahan ini dan merungkai antara yang ikhlas dan munafik.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
salam bro...mengenai kerajaan negeri kelantan yg mahu berbaik2 dgn kerajaan pusat adalah mainan si ulama yg dah nyayuk ni...
ReplyDeleteanakmelayu30.blogspot.com
support bro...