Saturday, July 4, 2009

Nik Aziz atau Tok Kenali: Siapa ulamak sebenar Kelantan?

Aku sebenarnya hairan dan sememangnya sudah lama hairan dengan tajuk yang aku tuliskan di atas ni. Permasalahan yang sudah lama aku fikirkan ini akhirnya terungkai jua apabila aku renung renungkan. Dan aku rasa semua orang akan turut bersetuju dengan apa yang aku fikirkan. Orang yang tidak bersetuju dengan apa yang akan aku tuliskan di bawah ini bermakna orang itu tidak mengiktiraf kewujudan seorang wali Allah di Kelantan.

Sebenarnya jawapan kepada persoalan tajuk di atas tidaklah sesusah mana untuk dijawab. Melihat kepada tajuk itu saja semua orang sudah boleh menjawab kepada persoalan itu. Cuma aku agak hairan mengapa nama Tok Kenali seolah olah sengaja dibenamkan oleh orang orang yang mengaku dirinya sebagai ulamak di Kelantan.
Siapa yang tidak kenal pada Tok Kenali. Agak menghairankan sekiranya ada anak anak Kelantan yang tidak pernah mendengar nama Tok Kenali. Atau sengaja buat buat tidak pernah mendengar nama besar ini. Mungkin anak anak Kelantan kini lebih teruja dan taksub kepada seorang yang mengaku dirinya ulamak walaupun dia cuma seorang insan biasa yang bernama Nik Aziz.

Usahlah dibandingkan Tok Kenali dengan Nik Aziz. Terlalu jauh perbandingannya seperti langit dan bumi. Aku membuat beberapa pembacaan mengenai Tok Kenali sebelum aku melahirkan artikel ini. Itupun setelah hati aku agak tertekan dengan perangai Nik Aziz yang agak melampau akhir akhir ini. Tok Kenali adalah seorang ulamak besar yang tinggi ilmu pengajiannya dan baik adab pekertinya. Tidak bercakap kosong apatah lagi menghina sesama manusia dan Tok Kenali amat menghormati orang hinggakan ada yang mengatakan Tok Kenali menghormati kanak kanak sama seperti beliau menghormati orang dewasa. Samakah adab beliau jika hendak dibandingkan dengan Nik Aziz?

Nik Aziz adalah seorang ulamak yang tidak pernah diakui alimnya oleh orang orang lain kecuali oleh anak anak Kelantan sahaja. Dan aku pun agak hairan bagaimana dan siapa yang mengklasifikasikan Nik Aziz sebagai ulamak. Nik Aziz cukup rendah adabnya jika hendak dibandingkan dengan Tok Kenali. Buktinya cukup mudah, Nik Aziz lebih suka untuk mengkafirkan saudara seIslamnya dari UMNO dan lebih suka untuk berdamping dan memuji muji orang orang kafir seperti Lim Kit Siang dan Karpal Singh. Adakah ini ciri ciri seorang ulamak?

Yang peliknya mengapa Nik Aziz seperti mahukan orang orang Kelantan untuk melupakan Tok Kenali? Dan mengapa Nik Aziz sendiri seperti tidak mahu untuk meneruskan perjuangan Tok Kenali? Aku bukan menuduh Nik Aziz sembarangan cuma aku mahu kita sama sama renungkan dengan kenyataan yang aku ambil dari ‘merahsilu.blogspot.com’ .

“Di sini, ingin saya ambil kesempatan membuat pengumuman... Kepada mana-mana insan mulia yang ingin memberikan sumbangan demi memastikan kesinambungan sebuah warisan peninggalan ulamak Melayu bertaraf wali, boleh hubungi Ayah Man @ Haji Lokman bin Ahmad bin Muhammad Yusuf (nama sebenar Tok Kenali) di talian 012-9540237 dan 09-7654666. Boleh juga datang sendiri mencarinya dan ahli keluarga di Dewan Tok Kenali, Pondok Tok Kenali, Lorong Tok Kenali, Jalan Tok Kenali, 16150 Kota Bahru, Kelantan. Sila!”


Mengapa Nik Aziz sebagai Menteri Besar Kelantan yang mengaku dirinya ulamak tidak mengambil inisiatif untuk meneruskan perjuangan Tok Kenali? Apakah Nik Aziz merasakan bahawa dia lebih alim dan warak jika hendak dibandingkan dengan Tok Kenali atau Nik Aziz tahu sekiranya dia meneruskan perjuangan Tok Kenali maka orang orang Kelantan akan melupakakannya dirinya? Inilah sifat sebenar Nik Aziz yang tidak mahu mengiktiraf kealiman orang lain dan cuba membuktikan bahawa hanya beliaulah yang paling alim dan hero Kelantan. Jangan cuba hendak dibandingakan Nik Aziz dengan nama nama ulamak ulamak besar yang diakui alimnya seperti yang tertulis di dalam buku ‘Tujuh Wali Melayu’. Aku cuma hairan siapa dan di mana Nik Aziz dimartabatkan sebagai seorang ulamak???

Jelas di sini, Nik Aziz hanyalah seorang yang bijak menggunakan agama sebagai platform politiknya. Nik Aziz bukanlah seorang ulamak yang sebenar dan hanya ulamak kepada PAS yang sangat berbeda adabnya jika hendak dibandingkan dengan ulamak ulamak besar yang diakui alimnya. Mungkin pengikut pengikut PAS sendiri tidak akan dapat membezakan antara Dajal dan Imam Mahadi.

Mudah mudahan Allah akan member petunjuk kepada pengikut pengikut PAS agar segera kembali kepada Islam yang sebenar dan bukan Islam PAS. Jika PAS menyalahkan Islam Hadhari apa bezanya dengan Islam PAS yang mereka ciptakan?
Ulamak adalah pewaris nabi dan yang pastinya Nik Aziz hanyalah ular dalam semak yang amat berbisa.

Tenang dan waraslah Melayu!!!

14 comments:

  1. PASni antara contoh umat akhir zaman yang terlalu taksub dan ekstrem Islam..ULAMA' PAS pesong akidah dan punca melayu kini berpecah... TAHNIAH PAS!!!

    anakmuda
    http://ohpolitik.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. bro lu ada mana sekarang..
    jaga-jaga cik salmah, saya datang nie..

    ReplyDelete
  3. TIDAKKAH KITA PATUT BERBANGA BILA ADA ORG YG TAHU TENTANG AGAMA MEMERINTAH DLM NEGARA KITA INI.MENGAPA KITA HARUS MENGHASUT ORG LAIN UNTUK MEMBENCI BUKAN INI SIFAT ORANG2 MUNAFIK.SESUNGGUHNYA APABILA KITA MENDAMPINGI ORG YG BERAGAMA MAKA KITA AKAN DEKAT DENGAN AGAMA TETAPI APABILA KITA JAUH DENGAN MEREKA MAKA JAUHLAH KITA DARI AGAMA.JANGANLAH FANATIK SANGAT TENTANG POLITIK SEHINGGA KITA KITA TERSASAR DARIPADA AKIDAH YANG SEBENAR.KITA ADALAH KITA YG MEMPERKITAKAN KITA. (ATAS PAGAR)

    ReplyDelete
  4. salam tuan,

    saya org kelantan pun dah lama hairan dengan nik aziz ni. bukan saya sahaja, ramai lagi yang hairan. siapa nik aziz mengikut neraca syarak?? saya tertarik dengan satu blog,banyak manfaat darinya. www.pasvspas.blogspot.com

    (mitok rakyat kelate jange terpengaruh denge nik aziz)

    ReplyDelete
  5. adalah lebih baik kite bersekutu dgn org kafir yang nak keadilan yg ade pada islam drpd sesetengah org islam yg menentang hukum allah...so sbb tulah nik aziz bleh ckp umno tu kafir..dh umno x nk ikut dan laksanakan hukum islam yg dh terang lagi bersuluh dlm al-quran, mungkin kau kurang mengkaji atau hanya mencedok dari timbunan kekeliruan yang kau sendiri pn tak pasti tentang cara kau berfikir, terlalu jahil bagi aku sekiranya ade org yang masih cetek berfikir pada zaman sekarang, masih ditipu oleh media mase dan sejarah pejuangan ulamak dan pejuang kemerdekaan yang dah diputar belitkan oleh kerajaan DAJJAL yang masih jelas memakai topeng manusia... kau terlalu mencari kebenaran yang masih terlalu rapuh pada fikiran logik kau... menghurai fakta dari coretan mulut busuk kerajaan yang banyak menipu...pun begitu aku sendiri berani mengkafirkan org yang menolak hukum islam secara bulat...
    ISLAM HADHARI...? aku sendiri berani katakan yg ianya sesat... tak jauh bedanya seperti ajaran yang lain... ayah pin? mgkn ajaran dia... huh.. Pas bukan Islam yang dilebelkan Pas Islam... tapi mereka memperjuangkan Islam, ia hanya sebuah nama bagi kesatuan perjuangan Islam yang masih tulin... kesian bila ade orng yang macam kau... mengkaji terlalu dalam...
    tapi semakin jauh tersasar... bukan aku menidakkan kenyataan kau kerana aku membenci Umno... tapi kerana dalam banyak2 perkara yang ade... cubalah kita memilih apa yang paling baik... jangan melihat pada kesilapan kecil yang ade... tpi nilai lah pada sejarah penyelewengan dari keratan pemerintahn yang entah ke mane ni...

    ReplyDelete
  6. mamat ni bagus..sepanjang pemerhatian aku berkaitan isu politik dinegara kita ni, aku dpt rasakan mamat atas memang bagus,,

    ReplyDelete
  7. wah..aku baru je nak sign borang UMNO ni..tapi tetiba terbuka blog kau nie... terus cancel aku nak sign borang nih...cari borang pas la...ko tau tak nak amik mene? hah bangang?

    ReplyDelete
  8. haiyaa... ini blog manyak hangat haa..
    jadi ha..sy di sini mau bikin itu..ituuu iklan maa... soli ha..kepada sapa2 yang mau beli itu tilam baru ka...lama ka... ituu bantal kekabu kaa... tempat sy ala jual borong itu balang... si la kunjungi ke sy munya shop aaa... dekat dengan ituuuu umno punya tandas... ini barang manyak bagus juga maaa...haiyaaa... latang cini looo...

    ReplyDelete
  9. Orang kafir (lim kit siang) vs Orang Munafik (UMNO yang tolak hudud), sepertimana yang dijanjikan Allah, letaknya neraka yang paling bawah itu adalah untuk orang munafik. So kalau UMNO dah kat neraka bawah sekali, DAP neraka atas sikit drp UMNO, memang patutlah PAS tak leh baik dgn UMNO.

    ReplyDelete
  10. aiiii.......nk ken0 timb0k ni...
    pnulis bl0g ni....jup0 dgn aku.. aku timb0k x kaba aww

    ReplyDelete
  11. penulis blog ni memag org jahil agama ,mung tak leh beza antara tahik dan permata

    ReplyDelete
  12. gini aku nak goyak ko mung biar pehe sikit,kita isle dan tuhe turun nabi sebagai ikutan dalam semua bidang.sekarang ni try mung beza umno /pas dan keadilan sapa dio paling tetapt ngn nabi.dari segi mmerintah nabi ambik agama+politik dalilnya nabi sebut org politik dale masjid .....pah nabi buat hudud ,pah nabi hapus judi kilng arak dan sebagainya .....sekarang ni mung pikir...dan mung nak tahu sesat tok sesat sapo yang tersasar dari apa yang nabi ajar maka tulah makhluk paling sesat atas muka bumi

    ReplyDelete
  13. aku rasa mung ni tak reti ,mulai hari ni mung gi ngaji pondok belajar sifat 20,ngjiilmu fiqh dan tasawwuf ....ni tak ade masaalah gi tanya ore putih nate gila apo nih

    ReplyDelete
  14. tentang anwar ibrahim ,aku rasa mu lagi tak reti bab hukum fiqh ,mung tahu tuduh org liwat tanpa 4 org saksi ni buleh kena qazaf rotan,pah saksi kena lah org yang hatinya makam mutmainah(mukmin) bukan fasiq(mereka2 cerita) pah qazaf ni kena wajib di laksanakan kalau tak laksanakan doso mung tak hapus sampai mati,sebab doso org ni ado kalo hapus ngn doa ada kala hapus ngn hudud tapi masaalh mung sekarang ni hapus ngn hudud jadi pah ko mampuslah mung naggung doso mung rasa mudah ko hukum isle nak di jalankan

    ReplyDelete