Wednesday, July 1, 2009

Siapa yang bodoh?




Aku minta semua untuk berfikir siapakah yang bodoh apabila melihat poster yang terdapat di kawasan pilihanraya kecil Manek Urai ini. Semalam sambil meninjau kawasan pilihanraya ini aku berkesempatan untuk merakamkan poster ini untuk renungan kita bersama.

Dua calon yang bertanding di pilihanraya kecil Manek Urai ini datangnya dari dua profesion yang berbeza. Calon dari UMNO/BN adalah seorang Pengurus KESEDAR dan calon dari PAS adalah seorang tauke ikan. Realitinya siapa yang bodoh? Semua orang boleh berfikir siapa yang bodoh. Siapakah yang layak untuk mewakili rakyat Manek Urai untuk duduk membicarakan tentang kepentingan rakyat Manek Urai di dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan? Mungkin PAS merasakan bahawa rakyat Manek Urai hanya perlu bercerita tentang ikan dan PAS merasakan bahawa rakyat Manek Urai tidak perlu diperjuangkan nasibnya lantaran itu mengambil sikap hentam keromo apabila meletakkan calon seorang tauke ikan.

Rakyat Manek Urai adalah rakyat Malaysia yang telah sama sama merasakan nikmat yang telah diusahakan oleh kerajaan Barisan Nasional yang ditunjangi UMNO untuk kesejahteraan rakyat Malaysia. Berpuluh tahun mencapai kemerdekaan kita telah sama sama mengecapi segala kemudahan hinggakan baru baru ini Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama sendiri telah mengakui akan kehebatan pemimpin pemimpin Malaysia.

Jadi siapa yang tidak pandai memerintah? Bukankah kerajaan Barisan Nasional telah menyediakan pelbagai kemudahan untuk rakyat Malaysia cuma mungkin rakyat Manek Urai rasa tertinggal akibat dari kebodohan pemimpin pemimpin PAS yang memimpin Manek Urai.

Siapa yang bodoh dan tidak pandai memerintah? Kalau ada yang masih merasakan PAS bijak memerintah maka dialah yang tergolong di dalam orang orang bodoh. Bayangkan bagaimana keadaannya sekiranya Nik Aziz duduk di dalam mesyuarat Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu? Pasti kita tersenyum sendirian. Anwar Ibrahim bagaimana? Lupakan saja budak dari Permatang Pauh ini kerana dia tidak pernah memikirkan nasib rakyat Malaysia dan selayaknya duduk di Amerika Syarikat bersama George Bush dan Soros.

Tenang dan waraslah Melayu!!!

6 comments:

  1. Dmubfcuk

    Aku minta maaf memang aku bodoh.

    Kalau UMNO menang di PRK M/U, tambah ceria senario politik di Malaysia , ni asyik kalah aje...dah 4-0. Kalau kalah lagi di M/U , UMNO kena tutup kedai, bukak parti baru.

    Nak menang UMNO kena tukar strategi, kena faham pemikiran orang Kelantan. Memaki TGNA tidak akan menambah undi kepada UMNO.

    By hook or by crook UMNO mesti menang untuk survival politik. Buat le apa yang patut....

    Bodoh punya UMNO

    ReplyDelete
  2. memang pas yang bodoh. kalau tak bodoh, takkan pas sanggup sembah dap. sis pun pas nak sembah juga padahal pas lebih islam dari sis. sekarang nik aziz pun cakap macam orang gila kutuk umno. takut kalah punya pasal, sanggup cakap apa saja.

    kalau bn menang atau kalah pun, no problem. cuma orang dok bising dari segi psikologi saja.

    ReplyDelete
  3. satu lagi saolan cepumas aku nak tambah sape paling bodoh dan penakut diantara nik ajis dengan nasaruddin ketua pemuda pas tu....

    kepada Tok Mudin...
    menang 4-0 memang telah dijangkankan sebab yang mewujudkan 3 pilihanraya dulu sebab krisis dalaman PKR dan memang tu kawasan PKR di Bkt gantang pulak memang kawasan tu kawasan PAS tetapi kemenangan Nizar pertualang tu disebabkan undi daripada kaum cina di kuala sepetang...tu pun sebab nizar sanggup jilat jubuq cina kat sana

    ReplyDelete
  4. tok mudim ni sebab dah banyak sangat tengok kolop punai, jadi dia punya akal pon jadi kolop sama...nak diapakan! biarkan luncai terjun dengan labu-labunya...biarkan..
    salam

    ReplyDelete
  5. salam bro...biakan org pas ke,dap ke,pkr ke kate bn bodo,yg penting bn kene tunjuk kat rakyat siapa yg bodo sebenarnya..pakatan pembangkang sampai mati pun dorg akn ckp bn bodo dan mcm2 lagi..tapi rakyat sentiasa berubah2 pendiriannya...jadi kesimpulanya,sokong la UMNO BN...

    anakmelayu30.blogspot.com

    support bro...

    ReplyDelete
  6. siapalah kita nak menetukan siapa yg bodoh dan siapa yg cerdik kerana walau sepandai manapun kita masih ada lagi kebodohan dalam diri kita kerana sangup menidakkan hukum allah. dan sebodohnya2 nya kita,kita masih lagi pandai kerana diberi pilihan untuk menentukan kerajaan yang ada sekarang ini.Apa gunanya akal kalau tak digunakan untuk berfikir.

    ReplyDelete