Wednesday, January 5, 2011

Berlaku adil lebih baik


Mungkin pepatah 'berani kerana benar' telah menggerakkan hati Rais Yatim untuk tampil memberi penjelasan. Ramai pihak yang ternanti-nanti gerak hati Rais untuk tampil memberikan penjelasan dan alhamdulillah semua yang menanti telah mendapat kata hati Rais.

Kita ucapkan tahniah kepada Rais kerana tampil memberikan penjelasan dan yang lebih menarik apabila Rais berkata tiada halangan untuk pihak polis menjalankan siasatan dan sedia bekerjasama.

Mesej yang Rais sampaikan cukup jelas..Sebaiknya kita serahkan saja dakwaan ini kepada pihak polis untuk disiasat. Jangan pula ada di luar sana yang cuba menjadi nujum dan penganalisis politik yang akan mengeluarkan teori-teori yang tidak berasas.

Jangan sampai spekulasi menjadi fitnah..Beri ruang kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan. Pepatah 'jika tidak ada angin masa kan pokok bergoyang' eloklah tidak digunapakai buat masa ini kerana selain dari angin mungkin banyak faktor lain yang boleh menggoyangkan pokok.

Percaya saja pada kalimah 'apabila yang hak hadir pastinya yang batil akan lenyap'..

Berlaku adil lebih baik..Cukuplah angin ini bergelora...

10 comments:

  1. Bro, YB Rais ni kira terar gak, dia tak le lari lintang pukang ke kedutaan asing. Ada member tu sampai putus2 selipar lari dari report polis, 3 hari anak bini meraung mencari kehulu hilir. YB Datuk steady, ready plak utk disiasat. Kira okaylah tu. Aku plak, kalu polis dapati YB Datuk salah, jadi datuk salahlah, kalu tak ada kes, YB telah kena zalim.Bila dizalimi, doa makbul beb.

    ReplyDelete
  2. Kita sama-sama tunggu hasil siasatan. Mintak-mintak segalanya selesai dengan baik

    ReplyDelete
  3. Tabik Dato'. Anda berani

    ReplyDelete
  4. Beranikah Nuar Berahim nak buat mcm ni. Rais suruh polis siasat, Nuar tak mau ke suruh polis siasat kes dia. Rais tak lari ke Kedutaan asing mintak tolong mcm Nuar..Kes kes kes

    ReplyDelete
  5. Had he been bought? Had he been a victim of a vicious blackmail? Never mind. What matters is that he has changed for the better or for the worse.

    His words had at one time stridently lashed out at what many Malaysians saw as a useless administration by a now retired Prime Minister whose moves were said to have been orchestrated by his beloved son-in-law.

    Well, the wild bunch that was the so-called elite bloggers, which included Rocky soon dissipated into oblivion.

    Rocky is now obviously on the side of the very people he had struck out fiercely before.

    He would not hesitate to spin for the benefit of whoever his new masters are. Even if their actions clearly ran against what he stood for earlier. Never mind.

    And so, Rocky changed his colours. Rocky changed into his many hats. Rocky is being used to the hilt by his new masters. Masters? You mean there is more than one?

    It is alright if he saw the light and felt it to be perfectly okay to fight for the Government of the day, for what they are doing for Malaysia is what each of us Malaysians want. 1Malaysia is a great thing without going into the mechanics of whose idea or how it came upon us. It is very good and Rocky is right in helping the people behind it.

    But then again, what about the other master? This came at an opportune time when Wikileaks’ Assange unleashed havoc upon governments the world over, especially those in the third world and developing Southeast Asia, but conveniently spared the Zionist regime the more damaging cables.

    Now, what’s up? Suddenly Rocky turned his sights on a Cabinet Minister by insinuating that he had gotten away from being hauled-in for what was reported as rape – of the minister’s one time maid.

    The alleged incident happened years ago, but it is only now that Rocky hopped on the wagon to help amplify it, short of actually naming the minister, or as conscientious fellow, lodge a police report to boot. He did not!
    Hence, speculations and wild accusations formed through cyberspace and the blogosphere with RPK directly pointing to one minister.

    And so the floodgates were open setting mouths and ears aflutter (bersambung...)

    ReplyDelete
  6. (...sambungan)

    Question is, why now? Why must Rocky wait so long to bring this up? We will not condone such despicable acts, even by a Cabinet Minister, but even more despicable is a once-credible blogger’s action in rising to the occasion just now.

    Like what has been said about his one time nemesis, Kalimullah, questions are being mooted about Rocky’s alleged links to the very people behind Kalimullah – the Singaporeans.

    Have we been taken for a ride by Rocky? Looks like it.

    And so, his latest offensive against this one minister for heavens knows what reason, is so telling.

    First, he laid the groundwork with a carefully laid ‘exposition’ of what he implied as a bribe-ridden and dubious awarding of a communications contract – an act that landed him in hot soup when the minister actually lodged a police report and leading him to court.

    Ouch, that hurts. So, “it is war now,” said a close-friend of his. In spite and retaliation for god knows what, they went on to paint an even darker picture of this man.

    Conveniently (or planned?) Wikileaks came into the picture and the stage was set for yet another offensive. The rape.

    Over and above all these, what we can see is a suspicious piece of propaganda to bash this minister and ensure he would not stand again in the next election, or the planting of more doubts in the administration by the Government of the day for the benefit of its political detractors baying for blood on the sidelines.

    And so there goes credibility for this once bright star journalist.

    ReplyDelete
  7. Nampak sangat sikap gah segelintir blogger elit beriya-iya memperjuangkan isu-isu tertentu yg menjurus kepada fitnah dan terus dipercayai ramai ahli orang sebagai kumpulana penulis siber paling unggul dan terbaik.

    Tidak, saya rasa itu tidak benar. Keberkesanan blog sebagai alat perang saraf atau sebagai media PR yg berkesan bergantung kpd faktor "mass' dan "volume."

    Dalam ertikatanya, lebih ramai membincangkan sesuatu isu, lebih berkesan dan lebih hampir ia kpd matlamat yg disasarkan.

    Apa yg diwar-warkan oleh segelintir blogger ini jelas mencerminkan agenda tersirat mereka hinggakan komen-komen mesra yang sihat terus dikecam tuan punya blog dan dilabelkan sebagai menjilat mangsa, seperti dalam kes membabitkan Rais ni.

    Jijik saya melihat gelagat segelintir blogger ini yg antaranya mendabik dada sebagai paling berpengaruh, maha-tahu dan bermaklumat, kononnya.

    Dan di pihak segelintir pemimpin samada dalam kerajaan, di luar kerajaan atau pun di pihak pembangkang, kebergantungan kepada mereka yang segelintir ini lambat laun akan menjurus kepada kemusnahan.

    Dgn memupuk, memberi penuh kepercayaan dan membela kumpulan blogger 'elit' ini, tanpa disedari mereka telah melahirkan dan membentuk satu senjata berbahaya yg boleh memakan tuan. Lihat dan fikirlah.

    Dalam konteks ini, hanya seorang dua blogger (elit) yang menganggap diri mereka sebagai pandai dan celik, sementara sebahagian besar rakyat Malaysia dan ratusan blogger lain seolah-olah dianggap bodoh dan bahlul belaka....

    (...lagi)

    ReplyDelete
  8. (...sambungan)

    ...Imbas contoh bagaimana pendekataan kewartawanan cetek menghasilkan produk memualkan seperti mana berlaku pada satu rancangan hiburan 'investigatif' (kononnya) di sebuah stesen TV swasta.

    Mereka sanggup menerjah ke dalam kain orang demi kononnya bertindak sebagai wira berintegriti memperjuangkan kesucian di kalangan artis Malaysia tanpa mempedulikan hak peribadi artis yg disasarkan dan etika kewartawanan.

    Rancangan tersebut begitu bermaharajalela hinggakan tiba pada satu detik, seorang artis yang berani berdiri untuk mengemukakan saman.

    Sama juga dgn satu rancangan bergenre penyiasatan di mana si pengacara begitu biadab dan berani menyoal siasat mereka yg diserbu pihak berkuasa dalam pelbagai operasi.

    Sejak bila pula wartawan dibenarkan menyoal siasat penjenayah, apatah lagi di depan pihak penguatkuasa sendiri?

    Sama juga seperti blogger2 elit ini; mereka begitu besar kepala hinggakan terbabas daripada landasan etika kewartwanan dan moral walaupun ada diantara mereka yang masih berdiri sbg wartawan veteran menyumbang kepada akhbar2 tertentu.

    Apa dengan 'dichotomy' ini? Mereka tidak berani menulis sebegitu dalam akhbar-akhbar tetapi berani berbuat demikian secara rambang dan jahat di blog masing-masing.

    ReplyDelete
  9. Salam..terima kasih saudara Azli Shukri..

    ReplyDelete