Thursday, September 29, 2011

Hudud: HamPAS lebihkan Buku Jingga dari Al-Quran?



Segala teki teki berkenaan pelaksanaan hukum hudud yang dicadang hendak dilaksanakan oleh HamPAS sudah terjawab malam tadi. Seperti yang diduga, HamPAS hanya tertarik untuk menggunakan perkataan hudud untuk kepentingan politik tetapi tidak benar-benar hendak melaksanakannya.

Sebenarnya, menjadi suatu persoalan yang harus difikirkan bersama ialah mengapa HamPAS sebagai sebuah parti yang mendakwa menjunjung Islam sebagai asas perjuangan terpaksa tunduk kepada bantahan DAPigs yang tentunya, hukum hudud tidak terguna pakai. Umum tahu, hudud adalah hukum Islam dan secara automatiknya, DAPigs dan ahli-ahlinya yang bukan Islam terkecuali.

Antara lain gagalnya persepakatan di dalam Pakatan untuk melaksanakan hudud adalah kerana ia tidak terkandung di dalam isi kandung Buku Jingga. Adalah amat pelik dan sedikit bingung jika HamPAS tidak dapat membedakan kandungan Buku Jingga dan hukum hakam. Jika benarlah HamPAS sedar bahawa hukum hakam Islam adalah yang terbaik mengapa pula HamPAS terpaksa tunduk kepada kandungan Buku Jingga? Tambah membingungkan, kegagalan kepada pelaksanaan hukum hudud adalah disebabkan desakan sebuah parti yang langsung tidak ada kena mengena dengan Islam.

Anuar Berahim yang sebelum ini berkata yang akan menyokong hudud turut dilihat sebagai seorang yang gagal mempertahankan pendiriannya. Selemah-lemah Tun Abdullah sebagai Perdana Menteri, beliau tidak pernah tunduk kepada mana-mana desakan di dalam soal agama. Dan selemah-lemah Najib, tidak pula pernah kedengaran beliau tunduk kepada desakan mana-mana parti komponen. Atau adakah Nuar Berahim sekadar menggunakan perkataan hudud untuk kelihatan memperjuangkan Islam bagi membersihkan namanya dengan persoalan moral yang kian membarah?

Sejajar dengan itu, wajarkah dan mampukah kita untuk menobat Anuar Berahim sebagai seorang Perdana Menteri yang gagal membedakan antara kepentingan politik dan kepentingan untuk mempertahankan hukum-hakam agama?. Tiada kompromi di dalam agama dan hukum hakam itu akan kekal selamanya.

Dosa tetap dosa dan pahala akan kekal sebagai pahala..Tolaklah formula itu nescaya negara akan ditimpa musibah dari Allah s.w.t dan janganlah kita menjadi sebahagian daripada pembawa bala...

Wednesday, September 28, 2011

Perlawanan persahabatan HamPAS - DAPigs di Bukit Jalil



Pasukan bolasepak DAPigs malam semalam sekali lagi berjaya menumbangkan pasukan HamPAS di dalam pertandingan persahabatan yang berlangsung di Bukit Jalil.

Penjaga gol pasukan bolasepak HamPAS, Nik Ajis The Liar gagal mendakap kemas bola rembatan Kapal Karam Sing. Pengadil perlawanan yang menurut penonton berat sebelah, Nuar Jub Gila Lubang memberi gol kemenangan itu kepada pasukan DAPigs biarpun pemain-pemain HamPAS cuba memprotes keputusan itu kerana mereka mendakwa Kapal Karam telah menjaringkan gol itu dengan terjahan keras terhadap Nik Ajis.

Pengurus pasukan HamPAS, Arsene Awang yang kecewa dengan keputusan itu berkata pasukannya telah berusaha bersungguh-sungguh dan segala teknik huduh yang dipelajari oleh pasukan mereka gagal dipratikkan oleh pasukannya.

Pasukan DAPIgs, khabarnya agak diberi ganjaran oleh pengurus pasukannya, Kit Sial Siang dan Malam dengan membawa mereka melancong ke Singapura bagi meraikan kejayaannya. Ada sumber mengatakan yang mereka akan dihidangkan dengan babi panggang seorang seekor bagi memperingati kejayaan manis ini.

Berita Menipu Satu Ibadah Melaporkan.

DAPigs hadiah 'peluru' kepada HamPAS



DAPigs sudah diuji kekuatannya dan sayapnya jelas berjaya menerbangkan roket ke angkasa dengan didokong oleh pengundi-pengundi Cina. Lihat saja bagaimana DAPigs berjaya menawan Sibu semasa Pilihanraya Kecil tempoh hari dan lihat bagaimana DAPigs terus mendominasi kerusi yang ditandinginya di dalam Pilihanraya Negeri Sarawak. Pendek kata, nama DAPigs sudah terpahat kemas di dalam jiwa pengundi Cina yang terkesima dengan permainan politik DAPigs yang secara jelas seolah-olah menjadi hero kepada kaum Cina. MCA harus mengimbangi perkembangan kemampuan politik DAPigs.

Untuk tidak melupakan sumbangan sekutu di dalam Pakatan, DAPigs memberikan batu kepada HamPAS supaya batu itu boleh menjadi bom yang akan meletus dan menyedarkan pengundi-pengundi Melayu dan batu itu adalah pelaksanaan hukum hudud. Di dalam tidur dan di dalam jaga, Nik Ajis sedar bahawa dalam apa jua keadaan HamPAS tidak akan mampu melaksanakan hudud . Justeru, HamPAS hanya mengambil hudud atas dasar nama. Hudud boleh diguna pakai oleh HamPAS sebagai satu daya tarikan kepada pengundi Melayu untuk kembali menyokong HamPAS. Dengan melaungkan untuk melaksanakan hudud, HamPAS tampak seperti sebuah parti pejuang Islam dan HamPAS tahu pengundi Melayu di Malaysia yang beragama Islam amat sensitif dengan persoalan agama. Lantaran, hudud sebagai satu daya penarik kepada pengundi HamPAS  untuk melihat HamPAS sebagai satu platform yang membawa ke syurga.

PKR yang terus diasak dengan masalah moral mengambil pendekatan mudah untuk 'membasuh' pekung yang semakin terpalit ke muka mereka dan pendekatan mudah itu adalah dengan menyokong hudud. Minda pengundi disogokkan dengan persoalan bagaimana mungkin orang yang menyokong hudud melakukan hubungan seks luar tabie dan melanggan pelacur Cina seperti yang didakwa. Hudud, ibarat serampang dua mata yang dapat membantu HamPAS dan PKR menarik perhatian pengundi Melayu.

Agenda dan susunan perjalanan cerita hudud ini adalah suatu skrip yang terancang dan diolah dengan begitu baik menjelang Pilihanraya umum ke 13 nanti. Jika kaum Cina sudah memahat dan memaku minda untuk menyokong DAPigs , hudud pula mungkinkah akan dapat menarik perhatian kaum Melayu untuk cenderung kepada HamPAS dan PKR yang tumpang sekaki dalam menyokong hudud?

Akhir kepada pengolahan skrip itu adalah, jika sekalipun BN tidak dapat ditumbangkan, majoriti 2/3 BN sekali lagi akan terusik. Itu adalah matlamat terakhir yang dirancangkan di dalam pertelingkahan lidah antara DAPigs dan HamPAS berhubung hudud.

Barang perlu diingat bahawa pertelingkahan  HamPAS dan DAPigs ibarat carik carik bulu ayam, pasti bertaut semula. Jika hati Cina sudah didakap dan hati Melayu sudah dipopok, apapun yang berlaku tidak akan mengubah pendirian pengundi untuk mengundi Pakatan. Ular menyusur akan tidak akan hilang bisanya.

Ini adalah harapan Pakatan di dalam merencana perjalanan ke Putrajaya atau setidak-tidaknya mempertahankan negeri yang sedang diperintah.

Tuesday, September 27, 2011

Betulkah ini rupa paderi Melayu? Patutlah DAPigs rasa gagah sekarang


Malam gua agak terganggu tengah malam semalam bila terpandang wajah yang didakwa sebagai paderi Melayu dari Singapura. Biar betik..Kawan gua post dekat wall dia di Facebook.

Kalau ikut cerita dia, 1900 orang paderi termasuk paderi Melayu dari Singapura telah berkampung di Negeri Sembilan. Negeri Sembilan tu di MALAYSIA.. itu yang agak merunsingkan. Gua cuma harap dia ni bukan Melayu tetapi Filipino yang wajahnya saling tak tumpah seperti Melayu. Kalau gambar ni adalah paderi dari negara jiran, gua tak peduli lah.

Tak payah cakaplah soal hudud kalau benarlah ni paderi Melayu. Akidah Melayu perlu diselamatkan terlebih dahulu.

Tapi gua rasa puak-puak DAPigs pasti senyum lebar kalau benar-benar ada di kalangan anak Melayu sudah berbangga menjadi paderi.

Sesiapa yang ada cerita lanjut dan kesahihan dakwaan ini..silalah jelaskan  cerita yang sebenar.

Kapal DAPigs lumba lari dengan Nick Ajis Terompah?



Siapa yang makan kerbau kontot dia terasa kuman kerbau kontot tu..Agak-agak kalau makan kerbau kontot layak ke baca ayat Quran?

Nijar ronggeng takut betul bila berdepan dengan kuncu DAPigs.."di manakah dalam transkrip HamPAS ada menyatakan HamPAS hendak melaksanakan negara Islam?" Kah Kah Kah..Lu takut kena screw sama DAPigs kah?

Gua rasa sah HamPAS takkan laksana hudud..kang ada yang puak HamPAS kena khatan sekali lagi dengan DAPigs..

Agak-agak kalau HamPAS laksana hudud Kapal Karam larat ke nak kejar Wali Selipar? Jangan sampai Kapal Karam berdiri pulak nanti..

Monday, September 26, 2011

Antara DAPigs dan HamPAS siapa lebih jantan?



DAPigs sudah pun mengeluarkan kenyataan bahawa jika HamPAS berkeras mahu laksanakan hudud maka DAPigs akan keluar dari Pakatan (suatu tindakan yang amat dialu-alukan). Itu pendirian jelas DAPigs berhubung  hudud.

Suatu ketika bila Kapal Karam berkata langkah mayat dia dulu untuk HamPAS melaksanakan hudud HamPAS terkedu diam seribu bahasa ibarat anak dara sunti yang dipinang orang.

Kali ini HamPAS sudah tidak ada ruang untuk berdolak dalik di dalam isu hudud. Tun Mahathir sudah berkata bahawa HamPAS boleh melaksanakan hudud kerana beliau bukan lagi Perdana Menteri kerana HamPAS mendakwa bahawa dahulunya Tun Mahathir lah orang yang menghalang perlaksanaan hudud.

Pastinya kemuncak kepada perbalahan antara HamPAS dan DAPigs adalah apabila kedua-duanya cuba mempertahankan dasar perjuangan. HamPAS yang sebelum ini kelihatan begitu lantang dan angkuh mendabik dada bahawa Islam adalah asas pegangan dan perjuangan mereka pastinya tersepit dengan laungan amaran oleh DAPigs. Dilema yang pasti menyimbah HamPAS ialah memilih untuk terus berpayung dengan DAPigs atau melaksanakan hukum?

Adakah HamPAS bersedia untuk menolak DAPigs atau sekali lagi terpaksa melupakan hasrat untuk melaksanakan hudud. Bersediakah HamPAS untuk melepaskan sokongan kaum Tionghua kepada mereka di saat undi kaum Tionghua menjadi penentu kepada kemenangan di dalam pilihanraya?

Yang pasti DAPigs sudah menzahirkan pendirian mereka dan adakah HamPAS akan menjadi sejantan DAPigs di dalam menegakkan pendirian?

Sama-sama kita lihat adakah HamPAS akan memperjuangkan hukum sebagai asas pegangan atau sekali lagi terpaksa rela dibogelkan oleh DAPigs demi sekeping kertas undi?

Melayu belajar Bahasa Mandarin dan Tamil?



Hmmm..Agak menarik topik yang sahabat blogger Just Read utarakan hari ni. Gua tak terkejut kalau ada yang cakap gua nak menyokong Just Read atas sebab-sebab tertentu. Biasalah hati manusia, kadang-kadang lebih busuk dari bangkai.

Berbalik kepada cadangan Just Read supaya pelajar-pelajar Melayu mempelajari Bahasa Mandarin dan Tamil. Secara dasarnya gua setuju dengan cadangan tu. Gua dulu pun belajar Mandarin masa dekat ITM tapi pasal tak berlatih cakap lama-lam lupa macam tu jek. Rugi.

Sebenarnya banyak kelebihan kalau kita dapat menguasai lebih dari satu bahasa. Nak cari peluang kerja senang dan yang penting tak senang kena kencing. Untuk konsep Gagasan 1 Malaysia, gua rasa elok jugak kalau cadangan ni diketengahkan. Cuma buat masa ni, tak perlulah Bahasa Mandarin dan Tamil ni menjadi subjek wajib lulus untuk pelajar-pelajar Melayu. Sekadar untuk faham dan boleh bertutur biarpun dengan bahasa pasar pun dah memadai.

Cuma gua nak tanya pada Just Read, apakah kerajaan dah bersedia untuk kehilangan populariti daripada kaum Melayu jika perkara ni dilaksanakan? Mungkin pelajar-pelajar Melayu akan rasa terbeban dengan pertambahan mata pelajaran? Mungkin bilangan guru-guru terpaksa ditambah? Mungkin ada puak politik di luar sana akan bijak mengambil kesempatan untuk kepentingan politik? Mungkin??? Bla..Bla..Bla..macam macam jenis mungkin yang harus difikirkan dulu.

Gua rasa cadangan ini baik cuma masa yang hendak dilaksanakan harus difikirkan sebaiknya Gua rasa sekarang bukan masa yang sesuai untuk dilaksanakan.

Nak tahu lanjut baca kisah Just Read...SINI...

Sunday, September 25, 2011

Siapa ahli DAPigs yang nak berkhatan?



Nik Ajis kali ni mengambil pendekatan berani dengan nak langgar kata Kapal Karam untuk laksanakan hudud. Cayalah lu..Dah puas kena kutuk baru nampak lu punya berani.

Sejauh mana Nik Ajis punya berani kita tunggu Rabu ni bila Fuckatan nak adakan mesyuarat dan perjumpaan. Kalau muka Nik Ajis lepas perjumpaan tu macam muka orang tergigit kulit petai maksudnya kena belasah lah dalam mesyuarat tu. Gua nak tengok HamPAS kali ni betul-betul anak jantan atau sekadar eksyen cari publisiti.

Gua tak sabar jugak nak tengok hukum Islam ditegakkan. Yang berkata bohong..kerat lidah, yang mencuri potong tangan..Fuhh..mau tak ngeri DAPigs..Yang mencuri pasir macam kat Selangor sumbat pasir dalam mulut..Yang bukan Islam tapi selalu baca ayat Quran dalam ceramah macam mana? Kasi potong anu dia..Lagi ngeri...

Hmmm...yang berjubur depan belakang amacam? Sula lah bro... Langkah selamat untuk tak kena sula?.Awal-awal lagi brader tu dah sokong hudud dilaksanakan..

Thursday, September 22, 2011

Rumah gua nak kena bakar..Gila betul!!



Kalau rumah nak kena bakar gua nak call sapa? Tentulah call polis..Takkan nak call mak bidan pulak kan..

Kalau gua tak buat hal dan sejak dulu percaya polis tentu tak malu nak call polis keluarga Mat Sapu yang kata polis macam-macam pandai pulak buat laporan polis bila rumah dia nak kena bakar. Dasar tak tau malu.

Anak lelaki kata. ada unsur sabotaj dari polis yang didakwa cuba melakukan perkara tu tapi dalam yang sama anak perempuan dia (yang selalu potong stim bapak masa nak kongkek) pulak buat laporan polis..Kah Kah Kah..

Weh lu orang punya bapak kata dia kena langgar dengan kenderaan polis masa BERSHIT hari tu..Lu orang masih percaya kah pada polis?

Agak-agaknya polis nak percaya pada sapa? Nak percaya pada anak lelaki  ke atau anak perempuan Mat Sapu? Kalau anak lelaki Mat Sapu cakap ada penglibatan polis dan laporan anak perempuan Mat Sapu di ambil kira maka polis akan menyiasat pasukan polis sendiri. Arghhh...Macam setan..Ini Mat Sapu punya keluarga macam keluarga 69 dowhhh...

Tapi Mat Sapu kata polis bukan hero..hero sebenar adalah Mat Indera. Gua rasa baik lu orang buat laporan pada keluarga Mat Indera..depa kan hero...Kah Kah Kah..

Betul-betul putar alam..BAU DIA LEKAT KAT MUKA ABANG MAH!!!! macam setan..

Ikhlas sangat ke DAPigs?







Bolehkah kita mempercayai cakap orang DAP apatah lagi untuk terima bulat-bulat komitmen depa bila berkuasa nanti. Ini menyentuh dengan perlembagaan yang dijunjung sejak dari dulu.


Apabila Mat Sabu lantang dengan keputusannya bahawa komunis adalah wira sebenar dalam insiden Bukit Kepong, DAP seakan menyendiri sehinggalah Karpal Singh tampil memperbetulkan keadaan dengan meminta Mat Sabu mohon maaf atas kebiadapan kenyataannya itu.

Boleh dilihat dan boleh dibaca keikhlasan game politik DAP yang sedar akan kemarahan orang melayu terhadap Mat Sabu lantas Karpal Singh mengambil jalan selamat untuk kepentingan politik DAP.

Dia minta Mat Sabu mohon maaf disebabkan politik jangka panjang DAP yang tahu bahang piihan raya semakin mendekat. Jika bukan pasal pilihan raya dah lama DAP menyokong dan berdiri teguh untuk mengangkat komunis sebagai wira.

Kali ini Manoharan cuba bermain politik. Komitmennya mahu menukar bendera adalah suara ikhlas pembangkang khususnya DAP untuk mengubah apa yang sudah tertulis. Jalur Gemilang adalah payung kepada kedaulatan negara.

DAP tak perlu menghantar Tan Kok Wai untuk main wayang kulit. Ini semuanya adalah kerana bahang pilihan raya. Apa yang dibuat Manoharan adalah kesungguhan DAP untuk menukar negara ini. Tak kurang malahan berlebihan.

Sebelum ini pun Manoharan pernah dalam ceramah menyatakan  'melayu bodoh dan malas'. Mungkin kenyataannya itu dalam banyak ceramah tetapi tidak diberitahu dalam dunia siber hari ini. Dia adalah manusia yang penuh dengan sifat rasis dan pendendam. Jika tak bagaimana dia begitu lantang dalam mengambil bahagian pertubuhan haram Hindraf.

Senario hari ini, apa jua isu yang dilihat akan mengundang padah kepada karung undi DAP akan pasti cepat-cepat mahu diselesaikan. Samada dengan menyatakan pendirian sokongan atau pun dengan cara yang lain.

Melihat tindak tanduk DAP pasca PRU Ke-12 memusatkan konklusi memang benar apa yang berlaku di Singapura akan turut diguna pakai modus operandi bila menawan Putrajaya kelak. Cuma ketika momentum yang boleh menjahanamkan karung undi akan cuba diselesaikan sebaik mungkin.

Jangan dilupa akan kebiadapan DAP yang mahu kesamaan dalam banyak bentuk peruntukan kerajaan. Sebagaimana di Selangor yang memperlihatkan kesamarataan peruntukkan sekolah, rumah ibadat dan ketidakadilan seperti di Pulau Pinang kesemuanya jelas menunjukkan komitmen DAP menukar sejarah negara ini.

Yang bodoh dan tidak berakal hanya datang daripada PAS.

Nukilan: Lord Garam

Wednesday, September 21, 2011

HamPAS ada beranikah? Kasi hantam sama DAPigs..



Kalau benar HamPAS anak jantan jangan berlengah lagi laksanakan hukum hudud di Kelantan. Nik Ajis dulu kata Tun Mahathir tak kasi dia laksanakan hudud. Masa tu Mahathir Perdana Menteri sekarang ni zaman Najib takkanlah langsung takde sebarang usaha oleh Kelantan untuk laksanakan hudud.

Gua rasa Nik Ajis boleh jumpa Najib bentangkan usul nak laksanakan hudud. Najib jauh lebih lembut dan bertoleransi daripada Mahathir. Pakatan Hampas desak mansuhkan ISA yang digunapakai di seluruh negara pun Najib buat inikan pulak soal hudud yang cuma nak dilaksanakan di negeri Kelantan yang dibawah naugan HamPAS. Mesti Najib kasi..Cubalah..kalau tak cuba mana tahu..

Gua rasa mati hidup semula HamPAS takkan berani nak buat hudud. Bukan soal hudud tapi soal nak berdepan dengan DAPigs. Soal pembesar suara sewaktu azan pun HamPAS takut nak berdepan DAPigs inikan pulak soal hudud. Kapal Singh karam pun dah bagi warning kat HamPAS..

Gua rasa dengan kekuatan yang DAPigs ada sekarang HamPAS mesti goyang nak lawan cakap DAPigs. Silap-silap kalau DAPigs letak calon di Kota Baharu lawan HamPAS pun mau tersembam HamPAS.

HamPAS kalau sebut nama DAPigs mahu luruh bulu ketiak tapi kalau berdepan dengan UMNO dialah hero..Kucing dia cuma berani berdepan dengan kucing jugak..bila berdepan dengan anjing tak cukup tanah kucing lari. Kucing tak ada kuku macam tulah.

Kalau HamPAS laksanakan hudud macam mana nak supply daging babi ke Kelantan? Kalau tak babi kena sembelih tuan babi pulak yang kena..Hehe..Cayalah HamPAS..Buat hudud cepat-cepat..gua pun dah tak tahan dengan segala jenis busuk dan penyakit yang disebabkan babi..

Kita tengok sama ada babi akan diharamkan oleh HamPAS untuk dijual secara terbuka atau HamPAS akan meroyan gila babi bila kena jerit dengan DAPigs..Kit Sial Siang Malam mesti tak boleh tahan...

Ada beranikah HamPAS?

Tuesday, September 20, 2011

Kenapa hanya bela Mat Sapu?



Wah penjilat tegar komunis Mat Sapu tak mengaku salah di mahkamah..Standardlah siapa nak mengaku berak tengah jalan. Yang terang-terang menutuh China Doll pun tak nak mengaku inikan pulak Mat Sapu.

Khabarnya kena jamin sebanyak RM 15000..banyak tu..banyak ke duit Mat Sapu bayar jaminan tu? Ala tak jadi masalah Mat Sapu banyak kawan-kawan yang bersedia untuk kumpul duit bayar wang jaminan buat Mat Sapu tercinta. Kau orang jangan pulak kata ada 'organisasi'  yang membantu Mat Sapu macam kes lutut dia yang tercedera tu. Tak baik cakap Mat Sapu macam tu..Dia orang baik dan tak menutuh China Doll..Kalau tak caya tanyalah sejarah bilik hotel 121..Baik sungguh dia..Kah Kah Kah..

HamPAS ni bila kena batang hidung geng dia macam-macam usaha yang dia orang lakukan. Itulah tak betul inilah tak betul. Gua nak kasi tau HamPAS..undang-undang dalam Malaysia ni sama je..Dengan undang-undang itu jugalah puluhan ribu atau mungkin ratusan ribu  banduan sedang terpenjara sekarang. Takkan Ham PAS tak nak bela banduan-banduan tu kalau kata undang-undang tak betul? Takkan double standard tolong orang-orang dalam parti je? Low class...

Kita sama-sama tengok sama ada Mat Sapu akan jadi sama berani macam tua kutuk yang menutuh China Doll yang tak sudah-sudah mohon tangguhkan perbicaraan..

p/s: Agak-agaknya akan adakah lakonan semula peristiwa Bukit Kepong semasa perbicaraan Mat Sapu nanti? Best jugak kalau dapat tengok Mat Sapu berlakon jadi Mat Indera dan pakai topi bintang tiga..Perghhhh..Mesti ramai ahli-ahli DAPigs nak berlakon sama..jadi extra pun tak apa...

Terima kasih GOMO



Hidup aku tidak lagi sepi dengan adanya blogger hebat seperti GOMO dan ramai lagi. Tidak lagi dihambat rasa sepi yang mencengkam dengan segala masalah hidup yang melanda.

Poket yang kempis dengan membeli CD dari pengedar yang bernama Ah Heng seakan telah berlalu masanya dengan kehadiran blogger-blogger hebat yang sentiasa menemani malam malam aku yang sebelumnya gelap seperti gelapnya bilik si tua kutuk yang menutuh jubur China Doll.

Hidup aku sentiasa terisi dengan gelak ketawa dan yang manisnya aku masih tercari-cari jawapan bagaimana lelaki yang sudah klimaks dan tidak sampai 2 minit lepas tu ' senapang' nya boleh dipakaikan kondom. Inilah kemanisan dan teman yang sentiasa membuatkan aku berfikir sebelum tidur.

Kisah si tua kutuk yang menutuh jubur China Doll sudah seakan berlalu ditiup sang bayu. Tapi hangatnya masih dapat aku rasakan walaupun si tua kutuk menutuh tak sehebat mana pun. Aku risau dan khuatir sekiranya malam-malam aku akan kembali sepi tanpa kelibat si tua kutuk yang menutuh jubur China Doll.

Segala kemelut dan keluh kesah aku akhirnya terlerai bila blogger GOMO berkata bahawa akan ada lagi aksi ranjang si tua kutuk itu. Ahhh...Alangkah indahnya malam-malam aku. Tak sabar rasanya menanti detik yang akan sekali lagi membuatkan aku berfikir.

Apa lagi yang mampu aku ucapkan selain daripada ucapan terima kasih buat sahabat blogger GOMO yang tidak pernah jemu menceriakan malam-malam aku dengan kerakusan si tua kutuk menutuh jubur China Doll. Terima kasih sekali lagi...

Kah Kah Kah..jaga-jaga Cik Salmah..kalau benarlah akan adanya video baru lepas ni pasti ada jubur yang berasap tak tidur malam.. Lancaulah...asyik main dan berjubur je keje lu...

Friday, September 16, 2011

Mansuhkan ISA: Jom jadi Cik Berookkk



Apa kata kita hapuskan semua undang-undang supaya kita boleh hidup serupa beruk di hutan? Puas hati macam kata pepatah Melayu, alang-alang menyeluk pekasam biar sampai lengan. Kerajaan pun tak perlu. Lu orang nak buat apa lu orang punya suka.

Gua sebenarnya masih heran dengan tindakan Najib..Dalam pada masa kita ada ISA pun orang sebelah sana tak takut nak cetuskan huru hara inikan pulak kalau ISA dah tak ada. Lagilah kaduk naik junjung. Kerajaan kata nak gubal undang-undang baru untuk ganti ISA. Gantilah dan tukarlah apa pun nama undang-undang, puak sebelah sana pastikan takkan setuju.

Takkanlah kerajaan tak tau yang puak sebelah sana cuma inginkan momentum politik. Lu ingat dengan mansuhkan ISA puak sebelah sana akan ucap terima kasih pada kerajaan dan tutup mulut dia orang untuk kritik kerajaan. Kirim salam banyak-banyak pada kerajaan.

Hari ni pun puak sebelah sana dah heboh bangga kata atas desakan dia oranglah ISA dimansuhkan. Soalnya berapa ramai rakyat yang tidak terlibat dengan politik yang dikenakan ISA berbanding taik-taik politik? Rakyat marhaen seperti gua dan gua rasa ramai di kalangan sahabat-sahabat pun tidak pernah rasa  gentar pada ISA. Sebabnya cukup mudah..Kalau tak ada niat nak huru harakan negara apa perlu takut pada ISA.

Dengan nada puaka puak sebelah sana kata kerajaan mansuhkan ISA sebab terdesak untuk menang pilihanraya. Apa punya cilaka. Gua dah cakap, lu buatlah apa saje, puak sebelah sana tetap takkan setuju dan tetap takkan akan berhenti untuk burukkan BN. Matlamat dan cita-cita dia orang adalah untuk ke Putrajaya.

Mansuhkan ISA maksudnya semua orang berhak dibicarakan. Maksudnya lebih banyak kes mahkamah yang tertangguh. Gua tak pernah lupa berapa kali budak Permatang Pauh tu pohon supaya kesnya ditangguhkan. Naik pulak ke mahkamah kalau kalah dalam perbicaraan puak sebelah sana akan kata BN mempengaruhi hakim. Lama-lama akan mintak pulak bicara tanpa hakim.  Gila haram jadah. Bila tak ada hakim mahkamah pulak mintak dibubarkan nanti. Kalau dah sampai tahap tu, bolehlah rakyat Malaysia hidup serupa beruk.

Ikut suka kerajaan lah..Kalau rasa-rasa dah bosan nak duduk Putrajaya gua nak buat apa. Lu punya sukalah. Gua dah bosan dengan sikap kita yang tak habis habis macam pondan.

Alang-alang kita tunduk pada desakan puak sebelah sana apa kata kita baring ramai-ramai di lantai, hulur kepala suruh puak sebelah sana pijak-pijak kepala kita. Puas hati?

Hishamuddin mesti nyesal tak nak guna ISA dulu. Sekarang Hishamuddin kena fikir adakah pemansuhan ini sebagai satu simbol, Najib dah mula rasakan Hishamuddin tak berapa relavan lagi? Lu fikirlah, gua malas nak fikir.

Esok DAPigs desak hak istimewa orang-orang Melayu dihapuskan pun kita kasi je lah. Kita kan sentiasa beralah.  Haram jadah.




Kalau rasa nak popular jadi artis je beb tak payah jadi kerajaan. Lu agak-agak kalau puak haram jadah sebelah sana jadi kerajaan dia akan hapuskan ISA?

Adios..gua nak tengok berapa ramai akan jadi beruk..

Wednesday, September 14, 2011

Siapa tiru siapa?

Bila kerajaan Somalia kata tertembaknya arwah Noramfaizul adalah kerana bendera Malaysia yang hampir sama dengan bendera Amerika, puak-puak HamPAS spin bagai nak gila isu ni.

Gua nak kasi tau bendera tu adalah panji negara dan lambang kedaulatan negara. Tak kira parti mana jadi pemerintah, bendera tu tetap kena junjung. Jangan jadi bangang sangat dalam isu ini. Jangan kerana politik lu orang dah lupa nak sayang negara. Kepala bangsat.

Meh kita tengok pulak yang ni...



Kah Kah Kah..Sama rupa cuma warna je tukar..Lu sayang sama Jepun kah? Patutlah Jepun mendarat di Kota Bharu...Kah Kah Kah..

Yang ni pulak....




Yang ni pun sama..kaler sama cuma design berbeza..Gua cuma harap kalau roket naik bulan kena sambar petir...Kah Kah Kah...

Patutlah jemput Uncle Lee ke Penang ye..

Sukacita gua nak cakap pada puak-puak PAS, jangan terlalu bangang nak spin semua benda.

Puak-puak PAS percaya pada kata kerajaan Somalia yang arwah Noramfaizul tertembak pasal bendera..Askar dia orang pun pakai selipar lagi lu mau percaya cakap dia orang..

Bendera UMNO ada sama dengan bendera lain? Takde kan..Keh Keh Keh..

Tuesday, September 13, 2011

Kenapa Mat Sapu sokong Mat Indera?Untungnya DAPigs?



Mat Sapu bukanlah orang yang bijak..Tentunya beliau tercari-cari suatu punca yang boleh menampakkan dirinya sebagai hebat.

Samalah keadaannya seperti artis yang tak berapa nak laku kerana mutu lakonan yang tak seberapa maka terpaksalah mencari jalan untuk mencari publisiti murahan. Berpakaian seksi misalnya.

Sebagai orang nombor 2 PAS pastinya ketidakcerdikan Mat Sapu cukup meresahkan dirinya. Lantaran Mat Sapu terpaksa menyanjung Mat Indera untuk mencari sesuatu yang orang ingat akan dirinya lebih-lebih lagi totok-totok PAS dan rakan sekutu di dalam Pakatan. Biarpun Mat Sapu tahu erti komunis dan Mat Sapu tahu siapa Mat Indera.

Yang penting pada Mat Sapu sekarang ialah platform untuk menampakkan dirinya hebat jika tidak mahu tersadung malu sebagai orang nombor 2 PAS yang tidak berfaedah.

Khabarnya ada ahli-ahli PAS yang tidak gemar dengan cara Mat Sapu. Lantaran Mat Sapu mestilah mencari puak yang boleh mempertahankan dirinya jika 'diusik' oleh orang-orang PAS sendiri. Dan Mat Sapu jelas ternampak akan kekuatan yang sedang di bina oleh DAP lantaran itu Mat Sapu tidak boleh tidak haruslah meninggikan darjat Mat Indera. Ada juga yang berkata bahawa Mat Sapu mendapat laba daripada DAPigs untuk tujuan itu. Jika benar, maka serampang dua mata langkah Mat Sapu.

Sama jualah dengan Mat Indera yang merasakan dirinya kurang mampu untuk berjuang sendirian lantaran PKM digunakan sebagai platform perjuangan. Bukanlah Mat Indera tidak tahu apa itu erti talibarut dan tidak tahu apa itu perjuangan komunis tetapi kerana 'survival' langkah harus diteruskan.

Janganlah kita hairan jika Mat Sapu mengangkat darjat Mat Indera kerana sebabnya adalah sama HANYA UNTUK SURVIVAL POLITIK dirinya jika tidak mahu dinobatkan sebagai orang nombor 2 PAS yang paling tidak berfungsi di dalam sejarah.

Jika dulu Mat Indera membawa keuntungan kepada PKM hari ini Mat Sapu membawa keuntungan pula kepada DAPigs.

Serupa cara di dalam zaman yang berbeda.

Monday, September 12, 2011

Belajarlah hormat pada Sultan..Melaka tak ada Sultan pun gua hormat Gabenor







“Saya ingin ingatkan kepada seluruh orang Melayu di Malaysia bahawa sistem perlembagaan yang meletakkan pihak sultan hanya mempunyai kuasa yang terhad adalah berpunca kerana Umno.


Itu kata Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib seperti yang dilaporkan oleh Haramkahdaily.


Gua pulak kata, apa guna kuasa yang ada pada Sultan kalau tak reti nak taat dan kasih pada Sultan.


Puak mana yang berani baring tengah jalan halang kereta Sultan?


Puak mana yang degil engkar titah Sultan supaya tidak menjadikan masjid medan ceramah politik?


Puak mana yang berani sembah derhaka pada Sultan?


Puak mana yang sesuka hati keluarkan kenyataan yang berlainan daripada titah Sultan dalam isu DUMC?


Puak mana yang berani mempertikaikan aras bunyi pembesar suara di masjid ketika azan? Bukankah ketua agama bagi setiap negeri adalah Sultan?


Bukankah puak Parti Kencing Rakyat, DAPigs dan HamPAS yang selalu engkar? Ada UMNO dan BN engkar titah sultan? 


Lu cakap pandai bai..sebelum lu ajar orang lain lu ajar anak-anak buah lu dulu cara-cara menghormati Sultan..

Sunday, September 11, 2011

Suara siapa dan apam siapa ni?



Gila lucah rakaman suara ni..Kalau dia boleh ingat pasal sejarah dan Bukit Kepong takkan pula dia tak ingat pasal perbualan ni. Benda sedap takkan boleh lupa..Kah Kah Kah...

Dalam telefon pun nak memadu kasih..Perghhh..gila taik seks..Dengar suara pun dia boleh stim...Ini sudah kes gila bayang.

Gua baca kat Agendadaily..Pejuang Mat Indera ni tak mau jawab soalan dari wartawan..No komen kata pencacai DAPigs ni..Macam artih sehh jawapan..No komen.

Banyak benda yang gua risau pasal pejuang pencacai DAPigs ni..Gua risau lutut dia yang nak terkoyak tu, gua risau pasal daya ingatan dia dan yang paling gua risau ......SAMPAI SEKARANG DIA TAK CUCI MUKA PASAL TAK MAU KASI BAU APAM TU HILANG...KAH KAH KAH!!!!


Steady yeop...banyak-banyak apam..apam kaum jugak lu nak rembat!!!

Macam-macam kisah seks ada dalam Fackatan Haram ni..

Thursday, September 8, 2011

Kerajaan: Sekali sekala jadilah ANAK JANTAN



Gua naik heran sekarang ni..Jangan katakan Pakatan Haram tapi orang berniaga pun tak peduli apa kerajaan cakap. Semua dia orang langgar macam kerajaan ni tunggul kayu.

Dulu kerajaan kata buat rumah sampai siap baru jual pada pembeli? Ada pemaju dengar? Bersepah pemaju baru pecah tanah dah buka pada pembeli..Sudahnya, banyak rumah yang terbengkalai dan pembeli namanya disenarai hitam..Parah!!

Dekat Parlimen berdegar-degar Ahli Parlimen cakap jangan guna CTOS kepada rakyat kerana ianya mengganggu kehidupan seharian rakyat. Ada dia orang dengar? Lu orang tak percaya siapa-siapa yang ada masalah nama disenarai hitam cuba pergi kedai kereta..Mentah-mentah kena tendang dengan taukeh kedai bai.

ASTRO..berbuih mulut Rais Yatim cakap jangan naikkan kadar bayaran. Selamba dia orang naikkan..

Kementerian Dalam Negeri lagi selamba dia orang langgar.

Terbaru, nak kenakan cukai pulak pada pengguna telefon prabayar.Bukankah perkara itu akan membebankan rakyat? Kalau dah namanya saja prabayar maka penggunanya mestilah terdiri daripada mereka yang tidak berduit. Kerajaan intai-intailah perkara ini. Intai tanpa tindakan tegas pun sejuta kali tak berguna.

Gua rasa dia orang berani langgar pasal kerajaan sekarang terlalu lembut. Betul ada baiknya dengan berlembut tapi jangan sampai orang anggap kita ni lembut macam pondan. Sekali sekali kena jadi ANAK JANTAN!!

Zaman Mahathir ada ke macam ni???

YB Chan Ming Kai Adun Simpang Pulai Bertakbir Raya?



Hebat kapir  Pakatan Haram ni..Boleh bagi salam..Boleh baca ayat Quran..semua boleh. PAS pun diam macam orang bisu. Sejak jadi pembela Mat Indera PAS lagi jadi macam ayam berak kapur.

Gua terjumpa video ni dalam You Tube. Tahun 2009..2009 ke bila ke benda salah tetap salah. Lahanat betul.

Kapir lahanat dalam Pakatan rupanya pandai bertakbir raya. Siap berbaju Melayu, bersampin dan bersongkok. Kumat kamit mulut dia bertakbir raya. Entah ye entah tidak..

Yang heran masa orang berdoa dia tak pulak tadah tangan. Masa orang amin kan doa dia aminkan pulak. Tak faham gua..

Bukan ke takbir tu memuji kebesaran Allah? Benarkah dia mengakui kebesaran Allah? Kalau benar kenapa dia tidak menadah tangan masa orang berdoa? Bukankah hanya Allah yang memakbulkan doa?

Sah..memang haram tak ikhlas Pakatan haram  sekor ni!!

Potong dulu lah...Kah Kah Kah!!

p/s: Dia ni PKR bukan DAP..mungkin yang upload video ni tersilap..kapir tetap kapir..kalau Chua Soi Lek buat macam ni pun gua luku gak..

Buku di pasaran : Mat Sapu memerdekakan DAPigs



“Saya menyokong cadangan PAS supaya kerajaan menubuhkan jawatankuasa untuk mengkaji semula sejarah pejuangan kemerdekaan negara kita agar mereka yang telah benar-benar menyumbang kepada usaha tersebut dapat dikenali, dihormati dan diberi pengiktirafan yang sewajarnya,” ujarnya dalam satu kenyataan di sini.


Nyonya cun, Teresa Kork sudah pandai bersuara pulak dalam hal sejarah kemerdekaan. Lu tak payah nak memekak lah nyonya. Lu pegi check volume speaker dekat masjid kuat atau perlahan. Nanti lu memekak lagi kata volume speaker masjid kuat kacau orang mahu tidur. Nanti sejarah boleh ingat lu sebagai pejuang volume speaker. Kah Kah Kah..


Kalau Mat Indera tu komunis apa lu cuba buat pun orang-orang Melayu takkan lupa Mat Indera tu komunis. itu sejarah orang-orang Melayu. Yang mati di Bukit Kepong pun polis Melayu. Lu jangan nak suruh kepala otak orang Melayu lupa tu semua.


Apa pun agenda DAPigs mahu bawak balik bapak segala komunis, Chin Peng ke Malaysia tidak akan berjaya. Askar-askar dan polis takkan lupa sapa itu Chin Peng, bapak komunis.


Kalau lu lupa atau lu sengaja mau lupa, gua mau kasi tau sama lu, UMNO, MCA dan MIC yang terlibat dalam memperjuangkan kemerdekaan. DAPigs ada ka? Takde kan..jadi lu jangan memekak. 


Gua cadangkan pada nyonya ni buat satu buku sejarah yang bertajuk " Mat Sapu yang memerdekakan DAPigs"..Kasi Mat Sapu pulak jadi Mat Indera..bapak penjilat komunis.

Wednesday, September 7, 2011

Mahu nama Mat Indera dibersihkan? DAPigs punya pandai


Keluarga Mat Indera mahu kerajaan membersihkan nama Mat Indera?

Kirim salam..Selagi kepala otak gua tak dapat lupakan macam mana anggota polis Melayu mati dalam kejadian di Bukit Kepong, sampai kiamat gua takkan lupakan Mat Indera adalah seorang hamba pencacai tali barut komunis.

Masa kecik lagi mak gua dah kasi tau gua bahawa Mat Indera adalah seorang pengkhianat bangsa dan tali barut komunis. Mak gua tak sertai mana-mana parti politik. Apa yang dia cakap semata-mata kerana rasa marah dia pada Mat Indera. Sekarang lu orang nak suruh bersihkan nama Mat Indera? Kirim salam lah bai...

Masa gua raya di Kelantan. otai-otai di Kelantan semua angin satu badan sama Mat Sapu. Dia orang cakap Mat Sapu tak rasa sakit macam mana anggota polis yang mati di Bukit Kepong. Baru sakit lutut dah heboh satu Malaya.

Orang-orang Melayu kena ingat, kalau kita mengiktiraf  Mat Indera maksudnya pintu untuk DAPigs bawak balik Chin Peng ke Malaysia akan terbuka lebih luas.

Itu pasal Mat Sapu yang bangang DAPigs gunakan untuk menarik perhatian orang Melayu bahawa sejarah kemerdekaan adalah silap.

DAPigs tahu, selagi UMNO dan BN masih berkuasa selagi itulah niat mereka mahu bawak balik, bapak segala komunis Chin Peng akan menjadi sukar.

Jangan lu orang terkejut pulak nanti kalau dia orang kata, Chin Peng adalah pejuang sebenar yang membawa kemerdekaan kepada Tanah Melayu dan bukan Tunku Abdul Rahman.

Apa DAPigs ingat Melayu semua bangang sama macam Mat Sapu?

Monday, September 5, 2011

Colok DAPigs buat Mat Sapu ke Bukit Kepong?



Hari tu cakap berdegar-degar masa di Pulau Pinang. Bila rakyat Malaysia melenting, apsal lu goyang pulak Mat Sapu?

Lu bukan kawan Mat Indera kah? Seorang pejuang..

Apsal lu kecoh ke Bukit Kepong kalau lu dah handal sangat pasal sejarah. Cakap pakai kepala otak Mat Sapu jangan cakap pakai kepala lutut lu yang dah retak tu.

Lu ingat lu ke Bukit Kepong boleh buat orang lupa apa lu cakap? Kirim salam.

Gua nak kasi tau yang lu dah buat sejarah baru dan sejarah tu tak boleh diubah yang lu memang mengangkat darjat komunis. Lu makan lah taik DAPigs..Jadi balaci puas-puas sama macam Mat Indera.

Standard Mat Sapu hanya dengan Obama?



Bila depan orang-orang PAS..Mat Sapu tampak seperti hero.

Bila atas pentas ceramah PAS, Mat Sapu tampak seperti ayam sabung dan singa yang kelaparan.

Bila duduk sebelah DAPigs, Mat Sapu sedia bercakap apa sahaja.

Bila bercakap soal sejarah, Mat Sapu macam Profesor serba tahu dalam majalah Gila-Gila.

Tetapi...

Bila cabaran debat dengan Ketua Pemuda UMNO yang dicadangkan oleh PAS sendiri, Mat Sapu tergigit lidah. Jadi ayam sabung yang hilang taji, jadi singa yang hilang taring. Jadi seperti ayam berak kapur.

Benarlah...

Sejarah memang tidak boleh diubah..Memang Mat Sapu pernah menjadi hero apabila pernah menghunus keris lok tujuh di bilik hotel...Mat Sapu sehebat Mat Indera, nama pun hampir sama cuma yang membezakan adalah SAPU dan INDERA..seorang pejuang..Kah Kah Kah...

Sunday, September 4, 2011

Santai : Guru sejarah tertelan durian di Melaka



Back to business..Keh Keh Keh..Macam bagus je bunyinya..Dah lama tak update kerana kesihatan yang sedikit terganggu dan persiapan menyambut hari raya.

Alhamdulillah semuanya berjalan di dalam menguruskan jenazah wira negara, arwah Noramfaizul dan kita cuma ingin mengingatkan kerajaan agar membela nasib keluarga arwah.

Siapa kata sejarah tak boleh diubah? Cikgu di sekolah banyak kali mengingatkan gua bahawa sejarah tak boleh diubah..Siapa kata tak boleh? Hari ni Mat Sapu cuba mengubah sejarah. Jangan terkejut kalau pada masa hadapan nama Mat Sapu akan diperjuangkan sebagai Sultan Melaka..Oit..jadi Sultan negeri gua tu..Jangan harap gua nak iktiraf Mat Sapu..Baik gua kasi benggali jual roti jadi Sultan negeri gua daripada Mat Sapu..Kah Kah kah..

Khabarnya, Mat Sapu nak berdepat dengan Ketua Pemuda UMNO, KJ di Kelantan. Untuk apa? Gua sebenarnyaa kurang berminat dengan debat-debat yang langsung takkan membawa kepada fakta selain daripada pusing-pusing cerita. Gua tahu di pihak KJ pasti akan menceritakan apa yang berlaku kerana ada waris-waris pejuang Bukit Kepong yang masih hidup. Tetapi di pihak Mat Sapu, apa yang dia akan cakap? Jawabnya, pusing sana dan pusing sini. Lebih nak tunjuk pada pencacai PAS bahawa dia layak menjadi Timbalan Presiden PAS.

Silap-silap nanti Mat Sapu akan cakap "Saudara KJ mana tahu apa yang berlaku, saya adalah kawan baik Mat Indera dan saya ada di sana masa tragedi Bukit Kepong tu berlaku" Kah Kah Kah..Rakyat Malaysia ampunkanlah Mat Sapu kerana ingatan dia menjadi kurang baik selepas BerShit tempoh hari.

Jangan heran dengan perangai PAS. Kalau manusia semua tahu taik Lim Aerokit Sial Siang Malam tu busuk, PAS akan melakar sejarah dengan mengatakan taik tu wangi.

Nampaknya cikgu-cikgu sejarah di sekolah dan semua pusat pengajian kerana bersiap sedia untuk menerangkan fakta sejarah yang baru kepada pelajarnya dengan menggunakan buku sejarah yang baru yang ditulis oleh Mat Sapu yang dicetak di bilik hotel di Kelantan..Kah Kah Kah...

Bilik hotel jugak yang menjadi sejarah..!!!