Thursday, December 29, 2011

Pesanan buat Zahid Hamidi



Menteri Pertahanan, Zahid Hamidi berkata beliau akan menjemput pimpinan-pimpinan Pakatan Rakyat untuk berjumpa dengannya bagi membincangkan hal-hal kelengkapan senjata negara yang sering diputarbelitkan pimpinan Pakatan Rakyat.

Kenyataan  Zahid itu disambut oleh ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua yang berkata beliau dan rakan-rakannya bersedia untuk berjumpa Zahid asalkan Zahid telus dan tidak berselindung apa-apa jua perkara berkenaan tender pembelian senjata itu yang disifatkan mereka ada kalanya terlalu mahal.

Sukalah Jebat mengingatkan pada Zahid. Tindakan Zahid ini adalah ibarat 'orang mengantuk disorongkan bantal' buat pimpinan Pakatan Rakyat. Zahid perlu sedar, pimpinan Pakatan Rakyat dengan apa cara sekalipun akan menidakkan kemampuan yang sedang Zahid laksanakan untuk mengemudi Kementah.

Harap-harapnya Zahid tidak lupa bagaimana kemampuan kapal selam Scorpene dihentam teruk oleh pimpinan Pakatan. Kapal selam yang didakwa tidak boleh menyelam itu akhirnya melambai Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng untuk merasai sendiri kehebatan kapal selam milik TLDM itu. Tetapi apakah kita  dapat melihat keikhlasan Guan Eng untuk mengakui kemampuan kapal selam itu? Adakah Guan Eng mengadakan sidang akhbar untuk memperbetulkan keceluparan mulut pimpinan Pakatan? Adakah kenyataan rasmi yang mengiakan kemampuan kapal selam itu oleh mana-mana pimpinan Pakatan? Yang ada hanyalah isu mengapa blogger GOMO dibenarkan untuk menaiki kapal selam itu.

Soal kelengkapan senjata ini adalah soal keselamatan negara. Zahid jangan terlalu ghairah untuk membuka pintu kepada mana-mana individu yang kita tidak kenal 'luar dan dalam' mereka. Jangan terlalu ghairah untuk berpolitik, aspek kerahsiaan terlondeh begitu sahaja. Zahid telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Pertahanan dan tentunya kita tidak meragui sumpah itu tetapi pintu pintu yang sedang dibuka oleh Zahid membolehkan siapa sahaja untuk mengetahui kerahsiaan negara dengan lebih jelas. 

Zahid boleh berkata 'inilah senjata yang saya baru beli dari langit' tetapi barang harus diingat oleh Zahid sebaik mana pun yang dilakukan kebusukkan jua yang diintai mereka.

Tahun 2011 sampai ke penghujung..dan pemenangnya ialah?



Dalam diam tidak diam, tahun 2011 sudah sampai ke penghujungnya. Pelbagai suka duka yang dilalui telah menjadikan ramai orang dewasa dan lebih tua.

Kejayaan demi kejayaan dicapai termasuklah di bidang sukan yang sukar dilupakan bila mana skuad Harimau Muda berjaya membenam skuad Garuda Muda di Gelora Bung Karno.

Malaysia berbangga kerana berjaya melahirkan ramai individu yang berskill tinggi di dalam bidang-bidang khusus yang mereka ceburi. Pelbagai gelaran yang diberikan kepada mereka untuk memperlihatkan betapa mereka berjaya mengharumkan nama negara. Tahniah dan syabas buat mereka.

Di bawah ini adalah senarai individu yang telah dicalonkan untuk pemenang individu paling popular di Malaysia:

1)   Anugerah Tuhan

2)   Papa Hebat

3)   Nuar Al Juburi

4)   Bapa Demonstrasi

5)   Peliwat Tegar

6)   Peliwat Malang

7)   Tuan Punya Jam Omega

8)   Pelanggan China Doll

9)   Punaisihat Ekonomi Negeri

10) Punaisihat PeeGayAr

11) Pak Sheikh

12) Pemegang password 'Mokhtar'

13) Penggemar Karipap

14) Pengucap kata-kata 'Can I F**k U Today'

15) Bakal Perdana Menteri Paling Sibuk Dalam Sejarah

16) Individu Paling Lama dibicarakan di Mahkamah

17) Dan kesemua yang di atas


Anda sebagai rakyat Malaysia mempunyai hak untuk mengundi individu-individu yang dicalonkan di atas. Cuma taip 'Bila kau nak angkat sumpah' dan hantar ke Sungai Buloh. Nama pemenang akan diumumkan pada 9 Januari 2012 dan hadiah utama yang menanti pemenang adalah percutian bertahun lamanya di Sungai Buloh Country Homes.

Selamat Menyambut tahun 2012!!!

Wednesday, December 28, 2011

Ketua Pemuda MCA keluar parti..keluarlah



Kalau diikutkan kepada kata-kata berkenaan si Luncai 'luncai terjun dengan labu-labunya..biarkan..biarkan'. Alkisahnya jugalah yang berlaku kepada Ketua Pemuda MCA Pulau Pinang Eng Hiap Boon yang bertindak keluar dari parti. Maka kata-kata yang sesuai ialah 'biarkan..biarkan'.

Sesungguhnya Barisan Nasional tidaklah memerlukan mana-mana ahli yang tidak setia kepada perjuangan parti. Tidak ada siapa yang tahu apa yang bersarang di minda Ketua Pemuda MCA itu tetapi atas apa jua alasannya beliau seharusnya mengutamakan perjuangan parti lebih-lebih lagi di saat Barisan Nasional sedang menghadapi ujian yang getir menjelang pilihanraya umum yang akan datang.

Di dalam mencari momentum kemenangan untuk mengembalikan Pulau Pinang kepada kuasa pemerintahan Barisan Nasional tentunya keadaan ini sedikit merencatkan kelicinan jentera MCA di Pulau Pinang dan sebagai seorang ketua tentulah beliau faham bahawa tindakan itu jelas merugikan parti.

Tetapi apa jua alasannya, Barisan Nasional Pulau Pinang khususnya MCA Pulau Pinang tidak perlu menoleh ke belakang atau mengambil tindakan memujuk beliau untuk kembali bersama kerana gerak kerja pilihanraya adalah bermatlamatkan kemenangan menyeluruh calon tanpa mengambil kira kepentingan peribadi mana-mana individu.

Laman blog STOPTHELIES mengulas isu ini dengan cukup menarik dengan kemungkinan kaitan ianya berlaku kerana ada campurtangan mantan Presiden MCA, Ong Tee Keat yang dikhabarkan cukup resah akan kehilangan kerusi Parlimen Pandan yang disandangnya kerana ahli-ahli MCA tahu Ketua Pemuda MCA Pulau Pinang itu mempunyai hubungan yang cukup akrab bersama Tee Keat.

Apa jua analisis yang cuba dibuat berhubung penarikan dan perletakkan jawatan ini, Barisan Nasional khususnya MCA di bawah kemudi Chua Soi Lek harus lebih bersedia menangani sebarang permasalahan dalaman parti kerana pilihanraya umum ke 13 nanti adalah medan terbaik kepada MCA untuk merapatkan kembali saf-saf kaum Cina yang sedikit robek kerana propaganda DAP.

Biarlah luncai terjun dengan labu-labunya kerana kemenangan di dalam pilihanraya umum ke 13 nanti bukanlah sekadar sesuatu yang diangankan tetapi harus dizahirkan dengan majoriti 2/3. Tiada kompromi.

Tuesday, December 27, 2011

Demo 901 dipercepatkan tarikhnya



Jebat baru menerima panggilan daripada seorang sahabat yang mengatakan bahawa demo untuk membela individu tertentu yang dituduh meliwat yang dijadualkan pada 9 Januari ini dipercepatkan tarikhnya kepada 29 Disember, esok.

Sebenarnya esok tidak ada kena mengena dengan hal peliwat tersohor cuma seorang sahabat Jebat  akan diadili di mahkamah berkenaan hutang keretanya yang tertunggak.

Persoalan yang ingin sahabat Jebat berikan di sini ialah bolehkah peserta-peserta demo yang akan berarak 9 Januari ini tampil membantu sahabat Jebat itu?

Bolehkah kita katakan hutang kereta tertunggak itu adalah suatu konspirasi pihak tertentu untuk menjatuhkan sabahat Jebat? 

Entah dari mana datangnya idea yang terlalu dangkal untuk mengaitkan mana-mana pihak dengan kesalahan yang kita sendiri lakukan.

Siapa yang memandu kereta dan siapa pula yang memancutkan maninya ke dalam dubur orang tertentu? Mana mungkin seorang lelaki tidak akan tersedar dari lena apabila 'anunya' yang tidak boleh tidak mesti disentuh untuk mengeluarkan mani.

Konspirasi apakah yang dimaksudkan? Sepanjang pemerhatian Jebat konspirasi yang dimaksudkan di sini ialah KONSPIRASI UNTUK MEMBUSUKKAN NAMA UMNO DAN KERAJAAN.

Takkanlah rakyat Malaysia mahukan seorang Perdana Menteri yang terlalu cetek dan dungu akal fikirannya. Jika beginilah minda dan cara fikir Perdana Menteri, renung-renungkan apa akan jadi pada ekonomi Malaysia dan tidaklah mustahil Malaysia akan melahirkan Perdana Menteri Mat Jenin yang menang sorang kampung tergadai.

Monday, December 26, 2011

Aspan Alias: Dapat kuah pun rahmat



Jebat agak tertarik dengan artikel yang dinukilkan oleh blogger tersohor Aspan yang berkisar kepada soal ayam dan kuah ayam.

Artikel yang menyifatkan pemimpin enak melayan kehendak tekak dengan membaham ayam sedangkan rakyat disudukan dengan kuah ayam ke dalam mulut. Ini adalah berikutan hal pemberian saguhati dan imbuhan oleh kerajaan kepada rakyat baru-baru ini.

Inilah halnya dengan perkataan 'beri salah tak beri salah'. Sudah acap kali Jebat mengatakan sama ada besar atau kecil nilai sesuatu yang diterima ianya tetap merupakan suatu NIKMAT yang harus DISYUKURI.

Adakah jika PAS atau Pakatan Rakyat memerintah, mereka akan sedia untuk mengagihkan gaji dan elaun-elaun sebagai pemimpin sama rata kepada rakyat? Mungkin nama Aspan juga akan turut tercicir dari kamus harian mereka. Itu lumrah. Siapa juga yang sudah berkuasa sedikit sebanyak akan terpalit dengan dosa melupakan kawan.

Kalau hal ayam dan kuahlah yang menjadi isunya, Jebat inginlah mencadangkan kepada seluruh negeri-negeri di bawah pemerintahan Pakatan untuk memberikan mandat kepada setiap rakyat di dalam negerinya untuk menjadi penilai kepada sesuatu tender dan sebarang perbelanjaan kewangan negeri. Barulah dikatakan telus dan boleh diyakini. Diulang ingat, setiap rakyat diberikan kuasa penilai dan pemantau kepada perbelanjaan kewangan negeri. Tidak ada seorang yang terkecuali. Mampukah  dicadangkan perkara ini?

Jika begini isu yang dibawa, mungkin dari dulu tidak ada istilah orang miskin . Hidup sama rata dan sama rasa.

Dewan bahasa dan pustaka haruslah berkira-kira semula untuk menyemak perkataan 'miskin kaya' di dalam kamus mereka. Mungkin perlu dilupuskan dua istilah itu kerana selepas ini semua rakyat Malaysia hanya akan ada suatu taraf kehidupan. Tidak ada kaya dan tidak ada miskin.

Pada Jebat, ayam dan kuah ayam kedua-duanya adalah rezeki. Menolak kuah ayam hanya semata-mata mahukan ayam adalah perbuatan yang menolak rezeki.

Entahlah, mungkin saudara Aspan lebih dahulu makan kuah dari Jebat dan Jebat sekadar memberi pandangan sama seperti saudara Aspan yang melontarkan pandangannya.

Kadang-kadang masa makan roti canai, orang lebih mementingkan kuah dari ayam kerana bagi yang kurang mampu kuah ayam pun sudah besar nikmat dan nilainya.

Baca SINI

Sunday, December 25, 2011

Berani kerana salah..suatu kegilaan



Nampak caranya peribahasa berani kerana benar takut kerana salah sudah tidak boleh digunapakai.

Khabarnya akan diadakan demo untuk membantah keputusan tentang kes liwat yang hanya akan diputuskan pada 9 Januari 2012 ini. Soalnya, belum lagi diputuskan siapa yang salah dan siapa yang benar di dalam keputusan kes itu.

Tetapi dek kerana sudah 'merasakan' dirinya bersalah, dihasutnya pula segala tali barut yang sememangnya bersikap membuta tuli untuk memperjuangkan dirinya yang berselindung di atas nama memperjuangkan demokrasi dan cubaan meyakinkan dirinya teraniaya.

Memang pelik benar bunyinya dengan demo awal untuk membantah keputusan pengadilan yang tidak diketahui akan memihak kepada pihak mana. Apakah kerana diri sudah sedia maklum yang sememangnya terpalit dengan perlakuan yang sumbang maka empunya diri sudah boleh menjangka bahawa akan terperosok ke rumah besi yang menakutkan.

Memang dunia akhir zaman, tali barut yang bersikap membuta tuli telah berjaya mengubah peribahasa yang sekian lama terguna pakai 'berani kerana benar takut kerana salah' kepada berani kerana salah.

Apakah mereka menjangkakan dengan tindakan berani kerana salah itu akan mengubah keputusan pengadilan?

Ketawalah sepuasnya kerana rakyat sedang memerhatikan bahawa ada manusia yang secara tidak sengaja mengaku melakukan kesalahan dengan memberontak keputusan adil yang belum diputuskan.

Baik juga tindakan berani kerana salah kerana kita akan dapat mengetahui keputusan pengadilan sebelum diumumkan.

Yang hak pasti akan menenggelamkan yang batil!!!

Saturday, December 24, 2011

Blogger juga diperbodohkan



Sejak terkulainya Barisan Nasional di dalam mempertahankan majoriti 2/3 di dalam pilihanraya umum ke 12 yang lalu, fenomena kelahiran blogger-blogger BN ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Semuanya gara-gara kesedaran akan betapa pentingnya pengaruh media baru ini di dalam mempengaruhi pengundi.

Atas rasa semangat juang itu maka terlahirlah blogger-blogger yang namanya cukup besar di dalam dunia pertempuran maya. Siapa yang tidak kenal pada Rocky Bru, Papa Gomo, Gerakan Anti PKR dan beberapa nama besar lain yang sentiasa mewarnai dunia maya ini dengan pendedahan-pendedahan berani yang sentiasa menggerunkan orang-orang politik.

Tanpa megharapkan apa-apa imbuhan mereka ini berkarya atas nama mahu mengembalikan semula keyakinan rakyat kepada BN. Di dalam pada nama berkarya itulah nama mereka terus melonjak ke persada politik yang sekaligus meresahkan orang-orang politik jika mereka ada melakukan kesalahan. Ibarat artis popular nama-nama besar ini pastinya mempunyai nilai di mata pada mereka yang memerlukan. Dan adakah kita harus menolak fakta bahawa semuanya itu adalah rezeki yang datang tanpa dirancang oleh mereka? Ingat sahaja pada kata-kata orang tua REZEKI JANGAN DITOLAK.

Kekuatan pada nama dan pendedahan yang dilakukan oleh para blogger ini menyebabkan segilintir pihak berasa tidak senang duduk lantaran pendekatan memecahkan semangat juang dan perpaduan di kalangan blogger pro-BN harus dilakukan segera. Semuanya bertujuan untuk merosakkan nama baik dan kredibiliti blogger-blogger ini di mata para pembaca mereka.

Blogger-blogger yang sudah masak dengan percaturan politik ini rasanya tidak perlulah termakan dengan belaian dan permainan jahat orang-orang yang mahu merosakkan nama dan kredibiliti mereka. Perpecahan dan pertelagahan di kalangan blogger pro BN seakan menampakkan kelemahan cara fikir dan daya tahan minda blogger dengan mainan propaganda oleh orang-orang tertentu.

Ada yang sudah mula mempersoalkan punca rezeki sesama blogger biarpun kita semua tahu bahawa rezeki itu datangnya daripada Allah. Tetapi dek kerana mainan dan usikan daripada orang-orang tertentu untuk memecah belahkan perpaduan ini, sedikit sebanyak ianya melahirkan rasa kurang senang kepada sesetengah blogger apabila ada di kalangan blogger yang mampu berkereta mewah seperti BMW dan Porsche.

Sukalah Jebat peringatkan kepada sahabat-sahabat blogger bahawa niat dan matlamat asal kita adalah mahu mengembalikan kepercayaan rakyat kepada BN. Usahlah diragukan tentang rezeki yang kita terima kerana semuanya datang dari Allah jua. Berjuanglah dan mudah-mudahan perjuangan itu akan mendapat keredhaan Allah jika tidak mendapat balasan di dunia pastinya pahala menunggu di sana.

Ayuh kita rapatkan saf atas nama perjuangan membela agama,bangsa dan negara.!!!

p/s: Pada mana-mana sahabat yang ada rezeki lebih tu, bantu-bantulah sahabat yang 'hampir lemas' di luar sana. Pasti rezeki anda akan berlipat ganda.

Monday, December 19, 2011

Mana panglima perang UMNO?



Kalau ikut kalernya sudah sampai tahap MERAH. 


Perhimpunan Agung UMNO baru sangat melabuhkan tirai. Anda ingat lagi apa yang anda janjikan pada Presiden UMNO? Anda ingat lagi semangat yang Presiden tanamkan di dada anda sebagai Perwakilan?

'YAB Presiden jangan gusar gulana, kita akan sentiasa berada di belakang ayanhanda' Itu antara bait-bait kata yang dilaungkan semasa Perhimpunan Agung UMNO. Bait kata itu adalah janji.

Mana panglima dan mana wirawati yang telah berjanji untuk mempertahankan ayahanda tercinta?

Bendera ayahanda sudah diturunkan, gambar ayahanda anda telah dipijak tetapi anda masih membisu seribu bahasa. Berlagak seperti ayam sabung yang sudah kehilangan taji. Siapa lagi yang ayahanda anda boleh menyandarkan harapan?

Budak sementah itu pun mampu mencabar semangat juang anda. Tidakkah anda rasa tercabar dengan tindakan ini?

Paling hinanya ialah BENDERA ANDA DITURUNKAN DI DALAM RUMAH ANDA SENDIRI.


Jebat tak tahulah nak cakap macam mana lagi. UMNO sudah banyak kali dihina, dicaci dan kali ini DIPERKOSA di dalam rumah sendiri.

Malang sungguh nasib Presiden yang tidak punya panglima perang dan nampaknya Presiden kena mengibarkan panjinya sendirian.

Adakah anda sudah bersedia untuk menghulurkan tengkuk anda untuk dipijak dan diinjak?

Ingatlah tugas UMNO bukan saja sebagai pemerintah tetapi tugas anda juga adalah mendidik anak bangsa.

Adakah anda mendidik anak bangsa anda untuk menjadi kurang ajar seperti apa yang mahasiswa ini telah lakukan?

Adakah kita sekadar berkata TIDAK APA dan sekadar menggelengkan kepala apabila anak anda bersikap kurang ajar?

p/s Kawan Jebat ada berkata 'sudah sampai rasanya untuk mengurut muka orang dengan tapak kaki'.

Saturday, December 17, 2011

Ada apa pada gambar ni?Profesor tolong jawab!!!



Apa yang anda pelikkan dengan gambar di atas? Jika sudah namanya manusia tentulah perangainya macam-macam dan sukar ditafsirkan.

Kita komen dulu gambar yang sedang bercumbu rayu macam anak gampangan ini.

KOMEN: INI ADALAH MANUSIA GILA


Sekarang kita komen pula gambar yang di atas yang menampakkan seorang lelaki sedang bercakap di pembesar suara.

KOMEN: INI ADALAH TINDAKAN GILA


Jom kita komen pula gambar di bawah ini.




KOMEN: INI GAMBAR YANG MEMBUAT KITA GILA DAN KEMUDIANNYA KELUAR PULA KENYATAAN YANG LEBIH GILA 'NAMEWEE ADALAH SEORANG ANAK MUDA YANG KREATIF DAN BERFIKIR DENGAN CARA YANG BERBEDA'.


Kita sama-sama tunggu adakah akan keluar kenyataan yang lebih gila bunyinya daripada pucuk pimpanan?

Malaysia Baru..Kali ini betul-betul kena selamatkan Malaysia.

Tranform beb transform..Jangan pelik!!!!

Thursday, December 15, 2011

Apa perlu kepada UMNO-BN



Sama ada kita sedar ataupun tidak sudah kerap kali kedengaran di pentas-pentas ceramah Pakatan Rakyat yang tidak lekang bibir menyebut perkataan UMNO-BN. Kenapa perlu menyebut perkataan UMNO-BN?

Bukankah UMNO itu adalah salah satu komponen yang terdapat di dalam BN? Bukankah MCA, MIC dan lain-lain parti di dalam BN yang membentuk perikatan yang dipanggil Barisan Nasional?

Suatu ketika dahulu Jebat diberitahu oleh seorang rakan bahawa modus operandi yang digunapakai oleh agen untuk memburukkan UMNO ialah 'UMNO BAGUS CUMA MAHATHIR YANG TIDAK BAGUS'.

Mereka sedar kerana selagi adanya Mahathir selagi itulah mereka tidak dapat mengganggu gugat UMNO.

Sekarang Mahathir tidak ada yang ada hanya UMNO. Atas dasar itulah mereka merasakan bahawa selagi ada UMNO selagi itulah punca kuasa akan kekal bersama Barisan Nasional. UMNO sebagai punca dan akar tunjang yang menguatkan Barisan Nasional.

Pastilah sudah tersemat kemas difikiran mereka bahawa nama UMNO harus diburukkan ke tahap maksima kerana jika tidak buatlah apa sahaja pasti usaha mereka akan menemui jalan buntu.

Ibarat hendak menumbangkan pokok akar tunjangnya mestilah dirapuhkan terlebih dahulu kerana selagi akar itu memaut kemas pada tanah selagi itulah pokok tidak akan tumbang.

Jika anda membiarkan perkara ini terjadi anda sebenarnya sedang menumbangkan pokok dan pokok itu adalah Malaysia.

Wednesday, December 14, 2011

Salehuddin.. ucapkan terima kasih pada MCA

Semalam Jebat telah menulis berkenaan artikel yang mengatakan Teresa Kok dan Ahli Parlimen Bukit Mertajam Chong Eng yang didedahkan STOPTHELIES suatu ketika dahulu merupakan pelajar Kolej Tunku Abdul Rahman. Dalam pada kesibukkan menghentam MCA, kedua-duanya pernah mendapat perhatian dan keprihatinan MCA yang amat jelas memperjuangkan kepentingan kaum Cina.

Tampaknya slogan 1 Malaysia yang dilaungkan oleh Perdana Menteri sudah dipraktikkan oleh MCA lama dahulu bahkan ianya akan terus menjadi teras kepada kesatuan hati dan perjuangan Barisan Nasional yang mengambil berat akan kepentingan semua kaum tanpa mengenepikan hak-hak istimewa orang-orang Melayu. MCA faham dan seluruh komponen BN faham akan perkara ini dan atas sebab itulah MCA menghormati UMNO sebagai tunggak kepada kekuatan Barisan Nasional.

Kenapa Jebat mengatakan MCA sudah menjalankan Gagasan 1 Malaysia sejak dahulu. Sebabnya ialah anda kenal kepada lelaki ini di bawah ini?


Siapa yang tidak kenal Salahuddin Ayub yang juga mendapat jolokan sebagai Din Puduraya oleh blogger GOMO. Entah mengapa gelaran itu diberikan kepada beliau tidaklah Jebat ketahui. Mungkin GOMO lebih tahu.

Hari ini STOPTHELIES sekali lagi membuat pendedahan yang amat memeranjatkan. Sebabnya? Salehuddin adalah BEKAS PELAJAR KOLEJ TUNKU ABDUL RAHMAN di dalam bidang PENTADBIRAN pada tahun 1982-1983.

Jika hendak dinilai dengan karisma dan watak warak yang dibawa Salehuddin tentulah ramai akan beranggapan bahawa Salahuddin belajar di Universiti di Mesir tetapi rupanya beliau adalah pelajar di kolej di Genting Kelang/Setapak. Hebat perubahan wajah yang dibawa Salahuddin.

Tidak mengapalah semuanya sudah ditakdirkan Tuhan dan sebagai manusia kita harus tahu mensyukuri nikmat.

Cuma Jebat sukalah mengingatkan kepada semua bahawa sedangkan kucing kenal dan ingat akan jasa tuannya inikan pula kita manusia.

Kolej Tunku Abdul Rahman seperti yang umum tahu adalah tajaan MCA dan Salehuddin sebagai orang yang mengamalkan dasar dan perjuangan Islam tentulah tahu bagaimana untuk mengucapkan TERIMA KASIH.

Setidak-tidaknya tahu bagaimana untuk tidak menghentam MCA.

Aksi Amoi di TAR College?

MCA adalah sebuah parti terbesar bagi masyarakat Cina di Malaysia. Apakah sumbangan MCA kepada orang-orang Cina?

Jika mengikut kata DAPigs, MCA tidak menyumbang kepada pembangunan orang-orang Cina. Betulkah? Tokong di Malaysia siapa yang dirikan ye?Nik Ajis?

Jangan pula jadi seperti HamPAS, namanya cukup gah sebagai pejuang Islam tetapi setelah sekian lama memerintah hanya sebuah masjid yang dibina..Cukup memeranjatkan.

Berbalik kepada soal sumbangan MCA kepada masyarkat Cina. Pendidikan yang menjadi teras kepada pembangunan bangsa dibangunkan oleh MCA dengan mendirikan Kolej Tunku Abdul Rahman.

Apa yang ada di TAR College tersebut? Dan apa yang menariknya dengan TAR College?

Lihat kepada gambar-gambar di bawah:



Anda kenal dengan gambar di atas? Mereka adalah orang yang lantang mengatakan MCA tidak berbakti kepada masyarakat Cina. Tetapi faktanya ialah..MEREKA ADALAH BEKAS PELAJAR TAR COLLEGE YANG DIBIAYAI MCA..

Bukan mahu berterima kasih kepada MCA malah MCA menjadi bahan hentaman mereka. Adakah anda akan memilih pemimpin yang tidak mengenang budi?

Baca kisah selanjutnya di SINI dan SINI

Tuesday, December 13, 2011

Kahwin dan politik dalam Malaysia



Soal artis berkahwin dan berpisah sudah seakan menjadi suatu trend di dalam Malaysia. Ahli politik juga tidak terkecuali daripada permasalahan yang melibatkan soal gossip dan kahwin, lebih daripada satu.

Jika hendak diperkatakan tentang soal politik Malaysia pada hari ini, rakyat Malaysia seakan sudah memilih untuk ‘berkahwin’ lebih daripada satu.

Sejak sekian lamanya, rakyat Malaysia amat setia kepada parti Perikatan yang kemudian diubah namanya kepada Barisan Nasional tetapi tsunami politik yang berlaku di dalam Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu, rakyat Malaysia seakan sudah mula melakukan kecurangan kepada Barisan Nasional.

Kewujudan orang ketiga yang mahu dikenali sebagai Pakatan Rakyat adalah suatu bentuk penawaran buat  rakyat Malaysia kepada Barisan Nasional yang bolehlah disifatkan sebagai isteri tua.

Lumrahnya, kegoncangan iman seorang suami untuk berlaku curang kepada isteri pertama adalah kerana liuk lentuk orang ketiga yang lidahnya tidak bercabang dan sifat ingin tahu suami tentang kebolehan orang ketiga.
Pakatan Rakyat yang disifatkan sebagai isteri muda dengan pakaian yang sebelum ini tidak langsung pernah dilihat oleh suami pastinya membuatkan si suami tertanya-tanya apakah yang terselindung di sebalik pakaian itu.

Biar sebaik mana pun isteri pertama tetapi dek kerana ‘barang baru’ si suami tercari-cari punca kepada kesalahan isteri pertama.

Biar bilangan  anak sudah sama panjangnya dengan gerabak keretapi yang merupakan hadiah buat si suami oleh isteri pertama tetapi itu bukanlah jaminan kepada isteri pertama untuk terus mendapat kesetiaan daripada suami.

Hukum alam dah fitrah manusia terlalu menghargai sesuatu yang baru. Rengekan dan janji manis isteri kedua tentulah tidak berupaya di tangkis oleh si suami. Lantaran, dalam masa yang singkat dan tiba-tiba si suami melupakan jasa besar yang dilakukan oleh isteri pertama. Segala kebaikan isteri pertama dipandang sebagai tidak bernilai.

Sifatnya pula isteri kedua yang bergetah tentulah tidak membuatkan mata-mata keranjang lelaki di luar sana melepaskan peluang apatah lagi si suami tidak setiap hari bersama kerana jadual penggiliran yang telah dipertanggungjawabkan. Dengan sedikit alasan kesepian isteri muda yang muda bergetah terjerumus pula kepada soal-soal skandal dan perlakuan terlarang. Akad dan nikah tentulah bukan merupakan intipati kepada soal skandal kerana yang penting keinginan nafsu dapat dipenuhi.

Seumpamanyalah kepada soal penggabungan PAS, PKR dan DAP yang kesatuan hati dan matlamat tidaklah jelas digariskan apatah lagi bila memperkatakan tentang soal pendaftaran nama Pakatan Rakyat itu sendiri.
Rakyat yang disifatkan sebagai suami yang bebas memilih lambat launnya pasti akan dapat menghidu perlakuan sumbang si isteri muda. Dan pada masa itulah suami akan mula sedar bahawa isteri pertama adalah sebaik-baik anugerah kepadanya.

Adalah amat malang jika pada masa si suami mencapai kesedaran akan dosanya pada isteri pertama, si isteri tadi tidak lagi menaruh sebarang rasa percaya dan sayang kepada si suami.

Dan harga yang perlu dibayar bukanlah murah kerana ianya melibatkan keruntuhan rumahtangga yang sebelum ini aman damai dan rumahtangga yang runtuh itu adalah MALAYSIA.

Adakah anda mahu menjadi suami yang tersilap percaturan?

Daulat Tuanku!!!


Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'azam Shah pada Selasa melafaz sumpah memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 dalam upacara penuh adat istiadat di Istana Negara di sini.
Ini merupakan kali kedua baginda dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong. Kali pertama ialah dari 21 Jan 1970 hingga 20 Sept 1975 semasa berusia 43 tahun.
Tuanku Abdul Halim, 84, dipilih oleh Raja-raja Melayu pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang ke-226 (Khas) di Istana Negara pada 14 Okt lepas untuk tempoh lima tahun berkuatkuasa Selasa, bagi menggantikan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin yang tamat tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13 pada Isnin.
Sistem penggiliran Yang di-Pertuan Agong dalam kalangan sembilan Raja Melayu dimulakan sejak negara Merdeka pada 31 Ogos, 1957.
Bernama melaporkan, Istiadat ini merupakan istiadat seumpamanya yang pertama kali diadakan di Istana Negara yang baru dibina bercirikan binaan Islam dan tradisional Melayu di kawasan seluas 96.52 hektar, yang mula beroperasi pada 15 Nov lepas.
Upacara bermula pada 11.15 pagi dengan Mesyuarat Majlis Raja-raja ke-227 (Khas) sempena Istiadat Melafaz Sumpah Memegang Jawatan dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan oleh baginda di Balairong Seri.
Mesyuarat Majlis Raja-Raja itu dipengerusikan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Syed Danial Syed Ahmad kemudian menyembah surat sumpah jawatan kepada Tuanku Abdul Halim, yang memakai pakaian diRaja Kedah yang dikenali sebagai 'Sikap' yang terdiri daripada jaket pendek, berbelah di hadapan dan berkolar tinggi lengkap dengan tenggolok, seluar, sampin dan bengkung serta berkeris.
Baginda kemudian melafazkan sumpah jawatan dan menandatangani surat sumpah jawatan itu di hadapan Majlis Raja-Raja.
Sultan Perak Sultan Azlan Shah dan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah menjadi saksi.
Istiadat ini juga melibatkan upacara melafaz sumpah dan menandatangani surat sumpah jawatan sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong oleh Sultan Kelantan Sultan Muhammad V.
Ia diikuti bacaan doa dipimpin Imam Besar Masjid Negara Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad.
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Syed Danial Syed Ahmad kemudian memohon menangguhkan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke suatu masa yang ditetapkan.
Ini disusuli istiadat menandatangani surat pengisytiharan memegang jawatan oleh Tuanku Abdul Halim sebagai Yang di-Pertuan Agong, diikuti dengan pembacaan pengisytiharan tersebut oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Istiadat diteruskan dengan Sultan Muhammad V menandatangani surat pengisytiharan memegang jawatan sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong dan diikuti dengan Najib membaca pengisytiharan tersebut.
Istiadat ini dihadiri oleh Raja-Raja Melayu kecuali Terengganu yang diwakili Tengku Sri Temenggong Raja Tengku Baharuddin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.
Turut hadir kesemua empat Yang Dipertua Negeri, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, menteri-menteri kabinet serta ketua-ketua jabatan.
Istiadat yang disiarkan secara langsung oleh RTM1 diakhiri dengan bacaan doa dipimpin Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh.
Tuanku Abdul Halim kemudian menerima menghadap menteri kabinet dan ketua-ketua jabatan yang diketuai oleh Najib di Bilik Seri Mahkota.-
sumber: Agendadaily.com

Monday, December 12, 2011

BR1M: Rakaman perbualan yang dicuri dengar!!




"Rakyat kena celik sikit, pemberian cuma RM500. Kalau ada anak ramai, tak cukup pun hendak membeli keperluan sekolah dan sebagainya sedangkan dalam tempoh lima tahun lagi, terpaksa melalui masa-masa sukar," katanya yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang. (petikan kata-kata Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat Siti Zailah Mohd Yusuf).


Hari ini Jebat mahu cuba menjadi guru Bahasa Malaysia kepada semua. Murid-murid apakah yang dimaksudkan dengan perkataan BANTUAN? Bantuan adalah datangnya daripada kata dasar BANTU yang ditambah dengan imbuhan AN di belakangnya. Bantuan adalah bersifat dan bermatlamat untuk meringankan beban. Bantuan haruslah datangnya dengan sifat IKHLAS dan barang perlu diingat bahawa BANTUAN bukan bertujuan untuk menjadikan seseorang itu KAYA. Diulangi, bukan bermatlamat untuk menjadikan seseorang itu kaya. Loceng berbunyi dan masuk ke mata pelajaran yang lain.


Baiklah murid-murid, sekarang mari kita belajar MATEMATIK. Jumlah yang lebih dari 1 kita akan panggil banyak. Cikgu Bahasa Inggeris kamu tak ajarkah Singular dan Plural?Adakah 500 itu banyak atau sedikit? Jawablah murid-murid...BANYAK..Pandai murid-murid. Habis kalau macam tulah cikgu, 500 tu banyaklah jumlahnya ye cikgu? Banyak kepada orang-orang biasa macam kita tetapi tidak banyak kepada Ahli Parlimen. Saya bukan Ahli Parlimen cikgu jadi saya kenalah kata 500 tu banyak. Awak ni banyak cakaplah..Ye Ye..500 tu memang banyak. Loceng berbunyi dan masuk ke mata pelajaran lain.


Salam murid-murid. Hari ni ustaz nak mengajar berkenaan NIKMAT. Nikmat dan rezeki adalah datangnya dari Allah swt kepada makhluknya. Allah yang memberi rezeki dan rezeki itu diturunkan melalui kaedah atau platform yang tentu. Di dalam Malaysia, kerajaan antara medium dan platform yang digunakan untuk pengagihan rezeki. Kerajaan itu apa cikgu? Kerajaan di Malaysia adalah kerajaan Barisan Nasional. Oh..habis PAS tu apa cikgu..PAS tu adalah parti pembangkang yang banyak sangat bertanya macam kamu. PAS tak memberi ke cikgu? Sekejap cikgu nak garu kepala..sudah-sudah ini sudah masuk ke bab politik tak sesuai kepada pelajar macam kamu. Lupakan politik yang PENTING KAMU KENA BELAJAR MENSYUKURI NIKMAT. Loceng berbunyi dan masuk mata pelajaran baru.


Baiklah hari ini cikgu ada mesyuarat jadi cikgu cuma nak cakap sedikit sahaja pada kamu. Bagi mata pelajaran moral hari ini cikgu nak pesan pada kamu semua. Jangan berburuk sangka pada orang dan tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima. Siapa yang memberi dan siapa yang menerima cikgu? Aduhh kamu ni banyak sangat bertanya. Cikgu nak cepat dan kamu masih bertanya. Baiklah..kerajaan memberi dan rakyat menerima( aduhhh politik lagi)..Kalau tak mahu terima? Kamu bertanya lagi..cikgu nak cepat ke mesyuarat. Kalau tak mahu terima? Kalau tak mahu terima kamu tak tau mensyukuri nikmat...errrrr....Kalau TAK MAHU TERIMA ITU KAMU PUNYA PASAL. CIKGU NAK DUIT TU...Cikgu ni emosi betullah..telefon berbunyi dan cikgu ke bilik guru besar.


DI BILIK GURU BESAR: BAGAIMANA MURID-MURID KAMU? SEMUA OK CIKGU KECUALI ADA SEORANG JE YANG BERMASALAH CIKGU. APA MASALAH DIA? MASALAH DIA BANYAK SANGAT TANYA. SIAPA NAMA DIA? ERRRRRR.....SAYA LUPA LAH TAPI TAK SILAP SAYA..ERRRR...SITI SITI SITI APA TAH..OHHH CUKUP-CUKUP KALAU SITI TULAH YANG KAMU MAKSUDKAN SAYA TAK HAIRAN..KENAPA PULA CIKGU? ALA MAK BAPAK DIA DULU PUN SEKOLAH SINI KUAT MEMBANGKANG JUGAK. DIA ORANG PAS KE CIKGU?ISKH KAMU NI CIKGU-CIKGU MANA BOLEH BERPOLITIK. KAMU NI PUN SUKA SANGAT BERTANYA. SAMA MACAM SITI SITI SITI..ERRR SITI APA...SITI BOLEH BLAH!!!!!!


LOKASI PERCAKAPAN INI DIRAKAMKAN: DI HOSPITAL DI TANJUNG RAMBUTAN

Bakal 'Perdana Menteri' paling sibuk dalam sejarah


Ada artis yang pernah ditanya oleh teman wanitanya ‘kenapa awak tak hantar sms pada saya. Sehari suntuk saya tunggu’ dan jawapan yang bunyinya agak tidak munasabah ialah ‘maaf saya tidak sempat kerana terlalu sibuk’. Bolehkah anda terima jawapan seumpama itu? Adakah sms yang sepatutnya boleh dihantar dalam masa yang kurang dari 2 minit tidak boleh dihantar kerana alasan tidak cukup masa?

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib tentulah biasa berhadapan dengan masalah kesuntukan masa tetapi sering juga beliau menjengah ke laman ‘twitter’ untuk ‘tweet’ rakyat di luar sana. Adakah masih anda akan mengatakan anda tidak punya cukup waktu?

Berbeda pula keadaanya dengan bakal ‘Perdana Menteri’ Malaysia. Beliau tentulah amat sibuk dengan jadual seharian yang salah satunya adalah menghadiri perbicaraan dakwaan meliwat. Bayangkan sahaja, selesai menghadiri Istiadat Perpisahan Yang DiPertuan Agong di Parlimen beliau terpaksa bergegas pula ke mahkamah dan atas sebab itulah beliau tidak sempat untuk menukar pakaian dan hadir ke mahkamah dengan pakaian ‘Number One Dress’.  

Mungkin selepas daripada menghadiri perbicaraan itu bakal ‘Perdana Menteri’ itu akan menghadiri pula suatu majlis lain yang terlalu mengharapkan kehadirannya dan mungkin sahaja ‘Number One Dress’ itu akan dipakai sehingga lewat malam. Kita haruslah faham bahawa beliau tidak punya banyak waktu kerana menukar baju perlukan masa berjam-jam lamanya.

Jangan pula anda berkata ‘alah tukar baju dalam tandas awam pun boleh’ tetapi anda harus ingat, beliau adalah bakal ‘Perdana Menteri’ dan menukar pakaian di dalam tandas awam adalah tidak wajar dilakukan oleh individu berjawatan tinggi seperti itu apatah lagi seorang Anugerah Tuhan.

Kita amat berbangga kerana mempunyai bakal ‘Perdana Menteri’ yang begitu mengambil berat akan tugasnya. Bayangkan sahaja baru sahaja menjawat jawatan bakal ‘Perdana Menteri’ beliau telah mengorbankan masanya demi tugas.

Anda janganlah terkejut jika melihat bakal ‘Perdana Menteri’ ini hadir di beberapa buah kondominium di sekitar ibukota dengan berpakaian seperti ini kerana beliau pastinya sedang menjalankan tugas. Berjawatan seperti ini memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit termasuklah melawat ke kondominum untuk memastikan semua penghuninya selamat dari penjual-penjual karipap yang kadang kala menular masuk menjalankan aktiviti penjualan haram di kondominium.

Sesuai benarlah jika orang berkata ITULAH MANUSIA ANUGERAH TUHAN.

Sunday, December 11, 2011

GOMO bakal menikahi artis?



Dalam diam tak diam blogger tersohor tanahair PAPA GOMO dkhabarkan sedang menjalinkan hubungan intim dengan artis yang sedang meningkat tanahair. Artis yang mempunyai peluang cerah untuk dinobatkan sebagai Penyanyi Baru Terbaik di dalam Anugerah Lagu Terbaik itu dikatakan sering bertemu dengan GOMO secara sulit di dalam kapal mewah milik GOMO.

Di bawah ini adalah gambar yang dikirimkan oleh individu yang tidak dikenali yang mendakwa sering melihat kapal mewah milik GOMO itu.



Itulah kegilaan pimpinan Pakatan Rakyat yang sering mengigau malam dikerjakan GOMO.GOMO sudah macam selebriti yang sering diintai oleh Pakatan. Pendedahan demi pendedahan yang GOMO lakukan pastinya cukup membuatkan pimpinan Pakatan kencing tak lawas.

Keresahan itu jelas memuncak apabila GOMO telah diizinkan oleh Menteri Pertahanan untuk menaiki Scorpene di Langkawi. Apa yang peliknya seorang blogger naik ke kapal selam? GOMO BUKAN MENCEROBOH kapal selam tersebut tetapi mendapat izin dan jemputan dari Menteri Pertahanan sendiri. Sama seperti jemputan yang Guan Eng anak Kit Siang perolehi. Apa bezanya? Adakah kerana Guan Eng anak Kit Siang seorang Ketua Menteri maka hanya dia yang layak naik kapal selam tersebut?

Kalau nak dikatakan tidak tahu menjaga nama negara, rasanya Guan Eng anak Kiat Siang dan Nuar China Doll lagi jelas tidak tahu menjaga nama negara. Orang Johor boleh lupa bagaimana Guan Eng anak Kiat Siang  berkata JOHOR TIDAK SELAMAT UNTUK DIKUNJUNGI semasa beliau mengunjungi Singapura?

Semua orang sudah menonton video bagaimana Nuar yang DiAnugerahkan China Doll memburukkan Malaysia di Indonesia...

SOALANNYA IALAH: JADI DI SINI SIAPA YANG TIDAK TAHU MENJAGA RAHSIA NEGARA? PERNAH DENGAR GOMO MENJUAL ATAU MEMBURUKKAN NEGARA? YANG PERNAH JEBAT DENGAR IALAH GOMO SERING MENJUAL KOTE BENGKOK ORANG TERTENTU..HAHAHAHAHA

Saturday, December 10, 2011

Apa yang anak Cina ni bebelkan?



Melayu memang bangsa tak sedar diri. Benar sangatlah bila Tun Mahathir berkata MELAYU MUDAH LUPA.

Kenapa dalam negara Tanah Melayu masih ada anak Melayu yang begitu bangsat membiarkan anak Cina membelasah UMNO, parti keramat yang memperjuangkan kemerdekaan negara?

Kalau nak cakap Jebat racist cakaplah. Ye Jebat memang racist bilamana ada anak Cina yang mengutuk UMNO. UMNO yang telah memberi bantuan kepada Jebat dari zaman sekolah hinggalah ke zaman universiti.

Anak Cina kat atas ni tak pernah masuk UMNO pun..Apa yang dia tahu pasal kesusahan dan sejarah orang-orang Melayu. Jika orang Melayu tak sebaik orang-orang yang sedang bersorak semasa dia berucap tu tak taulah di mana dia berada sekarang.

Kalau kita berkata semua ini hanyalah politik..adakah kita mahu membiarkan anak Cina ni mengutuk pimpinan-pimpinan Melayu seolah-olah dia tahu semua perkara.

Tidaklah Jebat suka menggunakan perkataan yang tidak munasabah tetapi anak Cina ni sudah melampau. Sudah mahu mengajar Melayu untuk mendengar dan mengikut telunjuk dia yang selalu tersentuh daging babi.

Kepada orang-orang Melayu walaupun tak berapa nak Melayu, kalau nak berpolitik pun janganlah biarkan anak Cina ni mengutuk pemimpin Melayu.

Pernah dengar Najib mengutuk Nik Aziz dengan perkataan yang bangsat? Yang biasa kita dengar adalah Nik Ajis mendoakan pecah perut pada Najib.

Jebat malas nak bercakap panjang. Kepada Melayu yang tak mahu membela Melayu elok sambung semula kulit yang anda potong masa berkhatan dulu dan berkorbanlah dengan babi daripada anda membazir wang untuk membeli lembu korban!!!

Friday, December 9, 2011

Scorpene dah menyelam..Roket DAPigs bila mahu ke bulan?



Segala dakwaan yang mengatakan Kapal Selam Scorpene tidak boleh menyelam hari ini terungkai dengan disaksikan sendiri dengan tuan punya dakwa.

Hebat Menteri Pertahanan kita yang mempelawa 'murai' yang kuat berkicau untuk menyaksi dan mengalami sendiri kehebatan Scorpene.

Menyelamnya Scorpene hari ini secara tidak langsungnya menenggelamkan keegoan Pakatan yang pastinya 'merah muka' dengan apa yang mereka rasai hari ini.

Khabarnya, Guan Eng kelihatan 'takut-takut' untuk menyelam bersama Scorpene. Atau mungkin sahaja malu untuk berdepan dengan kru-kru Scorpene.

Apa kata kalau Guan Eng buat kenyataan akhbar yang mengatakan segala kata-kata yang merendahkan kemampunan Scorpene adalah suatu kesilapan.

Tahniah kepada Menteri Pertahanan dan semua kru-kru Scorpene...

Tabik!!!

Thursday, December 8, 2011

Ini dunia ana yang punya- Godfather




Semasa Perhimpunan Agung UMNO tempoh hari, orang-orang UMNO sudah sebulat suara memberi kuasa mutlak kepada Presiden untuk menentukan siapakah yang akan dinobatkan sebagai 'winnable candidate' bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke 13 yang akan datang.

Tentunya sukar kepda Presiden UMNO untuk menamakan calon-calon itu kerana jumlah orang-orang UMNO bukan sedikit jumlahnya. Tetapi atas dasar muafakat di dalam UMNO, orang-orang UMNO akan akur kepada pilihan Presiden. Tahniah.

Kalau sebelum ini, DAPigs sering berkata bahawa orang-orang UMNO gila kuasa dan mengamalkan kronisme, lihat sahaja apa yang berlaku kepada DAPigs sekarang ini. Untuk menentukan calon yang bakal di Penang pun sudah menggemparkan seluruh Malaysia. Bayangkan DAPigs yang hanya memerintah sebuah negara kecil seperti Pulau Pinang pun menjadi kalut dengan soal calon bayangkan kalau mereka menjadi kuasa pemerintah kerajaan  pusat. Tentunya akan lebih kalut dan berlumba-lumba menjawat jatawan Menteri.

Baru mahu menjadi calon dalam Pilihanraya sudah mendatangkan kekecohan kepada DAPigs. Siapa kata di dalam Pakatan Rakyat tidak ada cah keting, tidak ada kem sana dan kem sini?

Kapal Sing dan Lim Aerokit Sial Siang Malam rasanya tak perlu bercakap soal ketelusan dan kronisme. Begitu juga dengan Brader Anuar. Gobind Republik, Khalifah Guan Eng Maharaja Cina, Nurul Ijjah Anak Papa Anugerah Tuhan semua adalah bukti yang Pakatan Rakyat adalah parti anak-beranak.

Cuma masih ada Melayu yang cetek akal yang tidak nampak apa yang sedang berlaku di dalam Pakatan Rakyat sekarang. Kalau hijab sempudal dengan kebusukkan tentulah mata hati menjadi buta. Bilalah Melayu nak sedar.....

Khalid Samad yang celaru



Sejak dari awal lagi, semua rakyat Malaysia tahu yang PAS beria-ia mahu melaksanakan hudud. Tetapi apabila mendapat 'jelingan manja' daripada DAP, hasrat PAS mahu melaksanakan hudud di buang jauh jauh terbang tinggi bersama roket DAP.

Hari ini DI SINI, Khalid Samad berkata, MCA perlu berdebat dengan UMNO berkenaan perlaksanaan hukum hudud kerana katanya UMNO tidak membantah perlaksanaan hudud.

Hmmm...MCA ajak DAP berdebat pasal hudud, apa pula kena mengena dengan UMNO?

UMNO tidak pernah mendabik dada, bermulut lancang mahu melaksanakan hudud seperti PAS.

Apa kena mengena UMNO dalam cerita ni???

Boleh jadi bingung dengan apa yang Khalid Samad cakapkan...

Tanyalah pada Khalid Samad: Kenapa pokok bergoyang dan jangan terperanjat kalau Khalid Samad kata pokok bergoyang kerana ramai orang pergi gereja..Apa kena mengena?

Makin celaru Khalid Samad...

Wednesday, December 7, 2011

Apa perlu kepada politik kepartian untuk bertaubat?



Seseorang yang ingin bertaubat setelah menyedari banyak melakukan dosa pada masa lampau tentunya mempunyai keikhlasan untuk berbuat demikian.

Keikhlasan seperti maksud di dalam perkataan itu tentulah tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak dan rasa ikhlas itu terbitnya dari hati yang digerakkan oleh Allah.

Naluri dan fitrah manusia memang tidak dapat disangkal bahawa apabila manusia terbelenggu dengan masalah yang tidak terungkai dan gelora rasa yang tidak tenteram akan segera mencari penciptanya.

Terbaru ramai bondongan artis yang mendapat gerak dari Allah untuk mengakui yang mereka telah terlalu bergelumang dengan dunia yang penuh hipokrit. Itu antara dakwaan yang dilontarkan oleh sesetengah artis apabila mereka secara tiba-tiba berubah rupa dan penampilan. Allhamdulillah, semuanya dengan izin Allah jua. Tidaklah kita mahu persoalkan jika perubahan itu ke arah kebaikan semata-mata yang dilandaskan pada keikhlasan berubah.

Penghidupan yang penghujungnya menanti maut yang membawa ke alam barzakh tidak pula mempersoalkan penglibatan politik  kepartian semasa hayat di dunia. Umum tidak dapat menyangkal bahawa politik dan keinginan untuk melibatkan diri dalam politik tidak dapat disandarkan pada perjuangan semata-mata sebaliknya penglibatan diri dalam politik kepartian sudah sebati dikaitkan dengan keinginan duniawi, wang ringgit dan kebendaan.

Berbalik kepada soal bertaubat atau menyesali dosa yang lepas, apalah perlu merujuk kepada mana-mana parti politik untuk mendapat keampunan. Hidup, mati, seksa kubur dan titian yang bakal dilalui juga masih belum dapat memastikan untung rugi mereka. Tidak ada jalan pintas di dalam mencari keredhaan dan keampunan Allah.

Apabila ada di antara kita yang menampakkan keinginan untuk bertaubat secara tiba-tiba menyertai parti Islam dengan alasan parti itu seolah menjamin kemasukkan ke syurga amatlah kita ragui.  Seperti yang diperkatakan tadi, tidak ada jalan pintas di dalam mencari kecintaan Allah dan kecintaan zuhud tidaklah seharusnya disandarkan kepada parti politik yang mesti menjurus kepada kepentingan dunia. Keikhlasan untuk bertaubat hanya sepatutnya dibulatkan kepada keampunan Allah dan apa perlunya kita sekadar ‘kelihatan’ seperti seorang Islam jika niat untuk bertaubat itu disandarkan kepada mereka yang belum tentu alim dan waraknya.

Tentu ada yang berkata, memisahkan politik dan agama adalah pendekatan gereja untuk menerobos masuk ke dalam Islam tetapi barang harus diingat politik oleh parti Islam sekarang terlalu amat berbeza dengan zaman para ambiya terdahulu.

Dewasa ini, lihat sahaja kepada tuturkata dan bait-bait kata yang terpacul keluar daripada mulut orang-orang politik yang dakwa mereka berteraskan agama, tidak sunyi dari sumpah seranah dan perkataan-perkataan yang tidak terdidik oleh agama.

Sesungguhnya, UMNO, PAS, PKR apatah lagi DAP tidaklah dapat membawa rasa taubat itu kepada maksud yang sebenarnya. Rasa taubat itu haruslah diserahkan bulat-bulat kepada pencipta dengan teguh memegang kepada panji syariat sebelum diilhamkan pula untuk mengenal Pencipta.

Mudah-mudahan taubat itu tetap terpelihara daripada sebarang hasutan dan hasutan boleh datangnya dari manusia mahupun SYAITAN.

Kenapa DAPigs dikatakan menghina Sultan?



Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Berfikir sebelum berkata dan sarang tebuan jangan dijolok.

Setelah memanggil Menteri Besar Perak dengan gelaran Hitam Metalik timbul pula gelaran baru kepada negeri Perak. Kali ini DAPigs mengambil pendekatan menyeluruh dengan menggelar seluruh negeri Perak sebagai Darul Kartun. Negeri Perak yang rasminya di panggil Perak Darul Ridzuan terus-terusan dicalar burukkan oleh DAPigs.

Mungkin DAPigs sendiri kurang arif dengan negeri Perak lantaran menyebabkan mereka dengan mudah membahasakan apa sahaja pada negeri Perak termasuklah yang buruk-buruk.

Jebat asal dari Melaka, tidak punya sultan tetapi sukalah Jebat menerangkan maksud yang terkandung di dalam bendera negeri Perak.




Bendera negeri Perak Darul Ridzuan mengandungi tiga warna berjalur putih, kuning dan hitam.

Ketiga-tiga jalur ini sama lebarnya.

   a.   Warna putih : melambangkan kebesaran Duli Yang Maha    Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.

   b.   Warna kuning : melambangkan kebesaran Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan.

   c.   Warna hitam : melambangkan kebesaran Duli Yang Amat Mulia Raja Di Hilir Perak Darul Ridzuan.

Dengan mengambil kira maksud-maksud yang terkandung di dalam warna bendera negeri Perak tentulah Baginda Sultan dan kerabatnya merupakan tunjang yang membawa kepada pembentukkan negeri Perak.

Apabila DAPigs menggelar negeri Perak sebagai Darul Kartun tentulah sedikit sebanyak atau mungkin keseluruhan mencemar institusi DiRaja Perak yang mulia.

Siapa yang rasis di sini? Bukankah DAPigs sebelum ini lantang mahu mewujudkan negara republik buat Malaysia? 

Selagi adanya Sultan di Malaysia mana mungkin Malaysia menjadi sebuah negara republik. Itu yang menjadi sawang di dalam kepala DAPigs.

Rakyat Perak jika anda bercadang menyokong DAPigs tentunya anda sedang bercadang untuk mencemar institusi yang menjadi tunjang dan tulang belakang untuk orang-orang Melayu.

Lembu tidak pernah mengembek!!!



Jika dihitung dari segi minggu rasanya sudah berminggu-minggu isu NFC diperkatakan. Modal besar kepada Pakatan untuk terus mencemar kredibiliti Barisan Nasional khususnya UMNO. Tanyalah kepada takdir Tuhan mengapa suami Menteri Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat berada di NFC. Jika bertanya kepada Sharizat tentulah jawapan beliau berbeda dengan jawapan pimpinan Pakatan, sebaiknya bertanya pada hukum takdir mengapa suami beliau berada di NFC.

Lumrah kepada Pakatan jika ada ruang untuk menyesakkan kepala UMNO tentulah ruang itu diguna sebaik mungkin tetapi mengapa ruang yang digunapakai untuk menyesakkan kepala UMNO itu terselak lebih luas dengan adanya kemahuan Bung Mokhtar dan terbaru Syed Ali yang mahu mendesak Sharizat meletakkan jawatan sebagai Menteri?

Adakah dengan meletakkan jawatan suatu jaminan kepada Sharizat khususnya UMNO untuk menjadi tampak bersih di mata rakyat? Adakah dengan meletak jawatan, pimpinan Pakatan akan mengunci rapat mulut mereka untuk menidakkan peluang dan ruang yang ada pada mereka untuk menghentam UMNO?

Kita lihat sahaja kepada Pakatan Rakyat dengan mengambil kira contoh yang hampir serupa dengan kes Sharizat. Ramai di antara kita telah menonton video yang mendakwa Nuar Berahim sebagai pelaku seks di video itu tetapi sebutlah nama pemimpin Pakatan Rakyat yang bersetuju bahawa pelaku di dalam video itu adalah Nuar Berahim Anugerah Tuhan? Jawapannya, TIDAK ADA.

Hadi Awang yang didakwa sebegitu warak pun mengambil jalan mudah politik dengan menidakkan perkara itu sehingga berkata video adalah besi yang tidak sewajarnya dijadikan saksi. Begitulah semangat juang di antara pimpinan Pakatan Rakyat. Bersatu apabila diserang dan bersatu juga apabila menyerang. Selari dan sehati.

Nuar Berahim memutar ligat satu Malaya untuk menafikan beliau adalah pelaku di dalam video itu dan panglima-panglima perang dalam Pakatan menghunus pedang mempertahankan Nuar Berahim tetapi siapa pula di dalam Barisan Nasional khususnya UMNO yang sedia untuk digelarkan panglima perang mempertahankan Sharizat?

Belum sebulan, Presiden UMNO mendefinikasi ahli UMNO sebagai orang UMNO tampaknya ahli UMNO ada yang belum bersedia untuk menjadi orang UMNO. Muafakat.

Tanyalah pada Johari Bedul adakah beliau bersetuju jika dikatakan beliau pada mulanya  telah bersetuju bahawa pelaku dalam video seks itu adalah Nuar Berahim? Tunggulah sampai matahari terbit dari Barat.

Tuesday, December 6, 2011

Kapal selam yang tak boleh menyelam?



Ingin sekali kita menjemput bondongan ahli-ahli Pakatan untuk hadir ke LIMA yang kini sedang berlangsung di Langkawi.

Kita mahu bondongan ahli Pakatan itu melihat dengan mata kepala sendiri bagaimana kapal selam itu menyelam dan menenggelamkan kebongkakan Pakatan yang mendakwa ianya tidak boleh menyelam.

Yang Di Pertuang Agong sendiri memuji kebolehan kapal selam itu dan kelasi-kelasinya yang berkebolehan. Baca DI SINI ..

Apa komen bondongan Pakatan berhubung kemampuan kapal ini untuk menyelam? Kalau boleh bawalah bondongan Pakatan untuk merasai sendiri kemampuan kapal selam ini menyelam tetapi risikonya hendaklah ditanggung sendiri. Mungkin kita dapat melihat sendiri bagaimana bondongan Pakatan lebih handal menyelam berbanding kapal selam ini..

Apabila anak dara Melayu dibogelkan Awang Hitam



Laporan oleh akhbar tempatan semalam berhubung kes Awang Hitam mengepung anggota penguatkuasaan daripada menjalankan tugas mereka tidaklah mendatangkan kemarahan yang amat sangat kerana lumrahnya apabila orang bersalah pastinya mempertahankan diri mereka dengan apa jua cara. Tahniah di atas keberanian anggota pihak penguatkuasaan.

Yang lebih mencuit hati dan menerbitkan rasa marah ialah bagaimana di dalam pemeriksaan dan operasi yang dinamakan Operasi Ajar itu ialah terdapatnya seorang anak dara Melayu yang ditahan di dalam keadaan SEPARUH BOGEL.

Tidaklah kita mempersoalkan bagaimana anak dara Melayu itu boleh jatuh cinta dengan Awang Hitam itu (senak perut juga yang dipilihnya) tetapi kita cuma mahu mempersoalkan bagaimana anak dara Melayu itu boleh berada di celah-celah kemabukkan Awang Hitam.

Longgarnya iman anak-anak dara Melayu sekarang dan kejadian ini amatlah menjijikkan seolah-olah menggambarkan bangsa Melayu sangat rendah nilainya.  Kita sudah biasa mendengar bagaimana anak-anak dara Melayu menjalinkan hubungan dengan Awang Hitam tetapi menjalinkan hubungan yang terlampau dengan sama-sama BERBOGEL adalah sesuatu yang perlu dipandang serius oleh seluruh umat Melayu.

Inilah natijahnya jika manusia merasakan BUATLAH APA SAHAJA TANPA MENGIRA DOSA DAN PAHALA KERANA DI MALAYSIA SUDAH ADA PEMEGANG KUNCI SYURGA. 

Apakah tindakan kita untuk menghindari perkara ini??

Monday, December 5, 2011

Akta Untuk Kepentingan Semua



Ketika menonton Perlawanan Badminton Persahabatan di antara Pasukan D'Sury dan RTM di Politeknik Merlimau, Melaka, Dato Seri Utama Dr Rais Yatim (DASURY) menyebut kepada penulis bahawa beliau ada menghantar artikelnya ke Utusan Malaysia berhubung pemansuhan tiga Akta oleh DS Najib Razak pada 15 September 2011.

Penjelasan ini penting, kata DASURY, untuk menerangkan pengumuman Perdana Menteri itu, sehari sebelum perayaan Hari Malaysia, adalah rentetan Program Transformasi Kerajaan dan kali ini akan melibatkan perubahan dari sudut perundangan.

Pengumuman DS Najib di Angkasapuri membabitkan pemansuhan semua pemasyhuran undang-undang eksekutif yang menyebabkan Malaysia diprasangkakan sebagai negara yang masih di bawah pemerintahan darurat, pemansuhan ISA atau Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960, Akta Kediaman Terhad 1933 dan Akta Buang Negeri 1959.

Artikel DASURY disiarkan oleh Utusan Malaysia semalam.

Dalam tulisanya, DASURY menjelaskan undang-undang ini telah sekian lama dipertikai dan diprasangkakan oleh pelbagai golongan hak asasi manusia sejagat lantaran tidak memberi peluang penghakiman yang bertauliah.

DS Najib juga mengumumkan penilaian dan kajian semula terhadap beberapa Akta lain yang didapati tidak lagi selari dengan perkembangan hak-hak asasi manusia. Antara undang-undang dalam kumpulan ini ialah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 serta Seksyen 27 Akta Polis 1967 (AP).

Tiga pemasyhuran darurat pada 1966, 1969 dan 1977 dimansuhkan bersekali dengan Akta Buang Negeri 1959 dalam sesi Dewan Rakyat yang baru berlangsung. ISA dan Akta Kediaman Terhad 1933 telah diumum untuk dibubar menjelang Mac 2012.

Tempoh sehingga Mac itu diperlukan kerajaan untuk membuat persediaan berkaitan kerja-kerja dan kuat kuasa peralihan. Selepas Mac 2012, Malaysia akan bebas dari perundangan kuasa eksekutif yang mengecualikan peranan penghakiman mahkamah biasa.

Langkah dan dasar berani DS Najib itu lantas menerima reaksi yang amat positif sekalipun pembangkang yang mulanya menyokong baik langkah realistik kerajaan itu tiba-tiba memilih untuk membantah Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011 dengan tindakan keluar dewan pada sesi Dewan Rakyat tanggal 29 November 2011 sebaik sahaja Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengusulkan bacaan kali ke-3 untuk kelulusan mutakhir.

Reaksi secara ‘sokong-kemudian-bantah’ itu menampakkan ketidaksungguhan pembangkang menerima realiti keadilan bahawa kerajaan BN bimbingan DS Najib sesungguhnya berjaya membuktikan sifat dan peranan prihatinnya terhadap undang-undang lapuk yang perlu ditiadakan demi mewujudkan keseimbangan antara hak asasi manusia dengan tanggungjawab memelihara ketenteraman awam dan kepentingan majoriti rakyat.

Baca DI SINI dan di DUNIA TIGER untuk berita penuh..

Thursday, December 1, 2011

Cina mahu apa lagi?



Jebat sebenarnya tertunggu-tunggu giliran Datuk Alwi Che Mat dari UMNO Kelantan untuk berucap. Saban tahun beliau sangat hebat ketika di pentas.

Alhamdulillah, hari ini laungan semangat beliau gagah jelas menyedarkan ramai perwakilan. Seperti harimau yang gagah mengaum, suara Datuk Alwi menggegarkan dewan.

Amat tertarik dengan kata-kata Datuk Alwi '“Orang Cina hendak jambatan emas, kita beri tapi orang Cina hendak darah, tak bolehlah,” katanya.

Ada benarnya dengan kata-kata Datuk Alwi itu..Mudah saja pengamatan yang boleh kita lakukan dengan kata-kata itu. Lihat sahaja di sekeliling kita, siapakah di antara yang menguasai kuasa ekonomi Malaysia. Orang-orang Melayu cuma mahu hak-hak istimewa dan ketuanan Melayu tidak  di ganggu gugat.

Harap-harap semua perwakilan akan ada semangat setinggi Datuk Alwi.