Showing posts with label politik. Show all posts
Showing posts with label politik. Show all posts

Tuesday, December 13, 2011

Kahwin dan politik dalam Malaysia



Soal artis berkahwin dan berpisah sudah seakan menjadi suatu trend di dalam Malaysia. Ahli politik juga tidak terkecuali daripada permasalahan yang melibatkan soal gossip dan kahwin, lebih daripada satu.

Jika hendak diperkatakan tentang soal politik Malaysia pada hari ini, rakyat Malaysia seakan sudah memilih untuk ‘berkahwin’ lebih daripada satu.

Sejak sekian lamanya, rakyat Malaysia amat setia kepada parti Perikatan yang kemudian diubah namanya kepada Barisan Nasional tetapi tsunami politik yang berlaku di dalam Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu, rakyat Malaysia seakan sudah mula melakukan kecurangan kepada Barisan Nasional.

Kewujudan orang ketiga yang mahu dikenali sebagai Pakatan Rakyat adalah suatu bentuk penawaran buat  rakyat Malaysia kepada Barisan Nasional yang bolehlah disifatkan sebagai isteri tua.

Lumrahnya, kegoncangan iman seorang suami untuk berlaku curang kepada isteri pertama adalah kerana liuk lentuk orang ketiga yang lidahnya tidak bercabang dan sifat ingin tahu suami tentang kebolehan orang ketiga.
Pakatan Rakyat yang disifatkan sebagai isteri muda dengan pakaian yang sebelum ini tidak langsung pernah dilihat oleh suami pastinya membuatkan si suami tertanya-tanya apakah yang terselindung di sebalik pakaian itu.

Biar sebaik mana pun isteri pertama tetapi dek kerana ‘barang baru’ si suami tercari-cari punca kepada kesalahan isteri pertama.

Biar bilangan  anak sudah sama panjangnya dengan gerabak keretapi yang merupakan hadiah buat si suami oleh isteri pertama tetapi itu bukanlah jaminan kepada isteri pertama untuk terus mendapat kesetiaan daripada suami.

Hukum alam dah fitrah manusia terlalu menghargai sesuatu yang baru. Rengekan dan janji manis isteri kedua tentulah tidak berupaya di tangkis oleh si suami. Lantaran, dalam masa yang singkat dan tiba-tiba si suami melupakan jasa besar yang dilakukan oleh isteri pertama. Segala kebaikan isteri pertama dipandang sebagai tidak bernilai.

Sifatnya pula isteri kedua yang bergetah tentulah tidak membuatkan mata-mata keranjang lelaki di luar sana melepaskan peluang apatah lagi si suami tidak setiap hari bersama kerana jadual penggiliran yang telah dipertanggungjawabkan. Dengan sedikit alasan kesepian isteri muda yang muda bergetah terjerumus pula kepada soal-soal skandal dan perlakuan terlarang. Akad dan nikah tentulah bukan merupakan intipati kepada soal skandal kerana yang penting keinginan nafsu dapat dipenuhi.

Seumpamanyalah kepada soal penggabungan PAS, PKR dan DAP yang kesatuan hati dan matlamat tidaklah jelas digariskan apatah lagi bila memperkatakan tentang soal pendaftaran nama Pakatan Rakyat itu sendiri.
Rakyat yang disifatkan sebagai suami yang bebas memilih lambat launnya pasti akan dapat menghidu perlakuan sumbang si isteri muda. Dan pada masa itulah suami akan mula sedar bahawa isteri pertama adalah sebaik-baik anugerah kepadanya.

Adalah amat malang jika pada masa si suami mencapai kesedaran akan dosanya pada isteri pertama, si isteri tadi tidak lagi menaruh sebarang rasa percaya dan sayang kepada si suami.

Dan harga yang perlu dibayar bukanlah murah kerana ianya melibatkan keruntuhan rumahtangga yang sebelum ini aman damai dan rumahtangga yang runtuh itu adalah MALAYSIA.

Adakah anda mahu menjadi suami yang tersilap percaturan?

Saturday, March 20, 2010

Mahfuz mudah lupa

KUALA LUMPUR, 21 Mac: Parlimen tidak sepatutnya dijadikan sarang ‘pelacur politik’ sehingga meruntuhkan kemuliaannya, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Beliau meminta ahli-ahli Parlimen yang melompat itu menyedari bahawa rakyat memberi kepercayaan kepada mereka atas nama Pakatan Rakyat (PR) bukan atas nama diri mereka.
"Mereka boleh untuk tidak bersama PKR dan PR tetapi mereka perlu melepaskan jawatan ahli Parlimen untuk kembalikan mandat itu kepada rakyat.


Beliau juga menyifatkan ahli-ahli Parlimen yang melompat itu sudah tidak ada kelayakan untuk menjadi ahli Parlimen.
Ahli-ahli Parlimen yang melompat parti, katanya, mencabuli amanah rakyat.


-Ini adalah petikan dari kata-kata Mahfuz di Harakahdaily-

Tun Mahathir pernah berkata..'Melayu mudah lupa'..Nampaknya Mahfuz antara salah seorang Melayu yang memang mudah lupa..Belum sampai 2 tahun pelan 16 September yang dikencingkan oleh Nuar Berahim, Mahfuz keluarkan ayat-ayat kelakar macam ni..

Baru berapa orang ahli Parlimen Pakatan melompat keluar parti Mahfuz dah jadi tak keruan sampai keluar perkataan seperti 'pelacur politik' kepada ahli-ahli Parlimen yang melompat parti tu..nasib baik jadi YB Bebas kalau jadi YB UMNO dan BN lagi meracau Mahfuz dibuatnya..

Satu Malaya tau acara lompat melompat ni siapa yang mulakan..Siapa lagi kalau bukan Pak CIFUT yang dengan penuh bangga kata Tuanku dah tunggu senarai nama lah..ATM dan setujulah..macam macam kencing yang dia keluarkan..Masa tu Mahfuz sunyi sepi tak melenting pun..nampak sangat tak ikhlas dalam perjuangan..Andaikata jadilah pelan 16 September tu, kalau kita guna perkataan Mahfuz ni..maka ramailah 'pelacur politik' di dalam parlimen..dan biasanya jantan-jantan tak bermoral je yang mendatangi pelacur..hehehehe.....Untuk mengatasi masalah 'pelacur' bapak ayam perlu dikenalpasti terlebih dahulu..

Kenapa masa dalam tempoh mengejar pelan 16 September tu Mahfuz sunyi dan sepi..macam malu-malu kucing..aku pun lupa tentang barisan kabinet bayangan yang dilakarkan oleh Pak CIFUT..nama Mahfuz ada ke?Mungkin dicadangkan jadi Menteri Kabinet kot tu yang senyap sunyi..

Aku tak lupa peristiwa kejar ahli-ahli Parlimen BN sampai ke Taiwan..hehehe...Masa tu tak ada pulak istilah 'pelacur politik'.Masa tu semua boleh sampai 'pelacur politik' hendak dikumpulkan di dalam parlimen malah 'pelacur politik' ni pulak ditagih jasanya untuk membentuk kerajaan..

Adakalanya 'pelacur' tidak mahu menjadi pelacur..tetapi pasal kena kencing dengan bapak ayam mau tak mau kenalah jugak jadi 'pelacur'...Cuba tanya kat Jalan Alor Bukit Bintang tu..

Saturday, February 27, 2010

Tidak dapat gading tanduk pun jadilah

Di dalam mengejar cita-cita kita perlukan usaha. Mana ada yang bulat datang bergolek dan yang pipih terbang melayang di dalam mengejar cita-cita. Perlu ada usaha. Biarpun usaha di dalam mengejar cita-cita itu memakan usaha yang lama tetapi atas keinginan yang terkadang tidak terbendung, kita lupa akan matlamat asal kita, kita lupa asas perjuangan kita dan yang agak bercelaru kita lupa yang mana teman yang mana lawan.
Benar, cita-cita akan membuatkan kita terus berusaha. Tetapi apakah cita-cita membuatkan kita lupa matlamat asal kita?. Apakah harus di dalam mengejar cita-cita harus kita korbankan sejarah lalu yang telah kita garap bersama demi sebuah kehidupan yang sempurna dan haruskah kita buang pengorbanan yang telah kita kerahkan bersama teman teman seperjuangan?
Mampukah kita buang jauh-jauh segala cita-cita kita demi kesejahteraan bersama dan mendamaikan hati teman-teman?Rasanya perjuangan mengejar cita-cita peribadi tidaklah sebesar perjuangan memberikan kedamaian kepada teman-teman yang telah kita perjuangkan berkurun lamanya.
Banyak mata yang memandang dengan penuh iri hati semangat keakraban dan asas perjuangan kita. Jangan hanya kerana setitik madu manis di mulut mereka, kita tergesa-gesa mengambil sikap melupakan kawan-kawan lama. Yang menangis dan ketawa bersama-sama. Yang dicubit peha kiri peha kanan turus terasa sakitnya. Adilkah kita pada teman-teman?
Di dalam kepompong yang agak kecil, ada di antara kita yang tinggi duduknya dan ada yang terkebawah di dalam kepompong itu. Pun begitu, bukanlah kita mewujudkan kasta cuma rezeki kita agak berbeza-beza. Teman-teman tetap sayang apatah lagi kita banyak berjasa cuma usia yang meningkat membuatkan hati kita semakin rapuh dan merasakan tiada lagi sayang teman-teman pada kita. Ketahuilah semua itu cuma khayalan dan mainan hati yang kesunyian. Musim berubah dan zaman juga berubah namun kecintaan tidak pernah berubah. Berbaik sangkalah pada teman-teman. Kita akan pasti duduk semeja dan berbual seperti biasa. Tetap akan ada hormat yang tinggi dan tetap kasih bagai seorang anak pada seorang ayah. Biarpun zaman telah berubah tetapi asas perjuangan tetap sama dan rasa kecintaan tetap sama. Tidak seperti 'sekali air bah sekali pantai berubah'.
Jangan kerana cita-cita yang tampak semakin jauh, kesunyian kerana usia yang meningkat, hati yang rapuh dek kesunyian dan gading yang tidak tercapai, dihulurkan tanduk maka tanduk itu sama tarafnya dengan gading? Teman-teman pasti bersama di dalam setiap ketika demi sebuah keharmonian negara tercinta, MALAYSIA.

Thursday, February 25, 2010

Kuasa baru menjelang Mac 2010

Jebat mendapat perkhabaran akan timbulnya suatu kuasa baru pada Mac 2010. Entah betul entah tidak. Tapi itu perkhabaran yang diterima. Boleh jadi suatu khabar angin, boleh jadi tak jadi dan juga boleh jadi sekadar illusi.

Kalau benar pastinya ianya memeranjatkan dan semua orang akan terlopong mulut. Kuasa apa tu ye..Benda belum tentu jadi..kita tengok sama ada ia akan jadi ke tidak. Tapi Jebat rasa macam mustahil. Politik adalah seni untuk merealisasikan benda-benda mustahil.

Siapa yang akan berkuasa tu ye?