Ayuh sokong kenyataan Siti Zailah untuk memperjuangkan hukum..!!
Buat pertama kalinya Jebat bersetuju dengan apa yang Ahli Parlimen PAS, Siti Zailah Mohd Yusof (Rantau Panjang) katakan. Di dalam sidang parlimen, Siti Zailah ada mengatakan bahawa kerajaan perlu mengenakan etika kepada pemakaian wanita di negara ini.
Beliau juga berkata bahawa pakaian seksi dan menjolok mata adalah penyumbang kepada perilaku gangguan seksual dan rogol.
BENAR. Jebat amat bersetuju dengan kenyataan Siti Zailah. Biarpun seringkali Jebat tidak bersetuju dengan kenyataan hamPAS tetapi apabila yang benar dan menurut hukum tidak ada sebab untuk kita menyangkal hujah itu.
Pun begitu, hujah Siti Zailah itu mendapat bangkangan daripada Wanita DAP yang mengatakan bahawa teguran Siti Zailah itu memalukan kedua-dua jantina, lelaki dan wanita. Biasalah DAP pasti tidak akan bersetuju dengan apa jua hujah yang menurut hukum Islam.
Tetapi hujah oleh Sister in Islam, sedikit menghairankan Jebat.' Wanita tidak seharusnya diajar, diarahkan atau dipaksa untuk berpakaian'. Itu hujah Sister in Islam.
Hello..lupakah pada hukum hakam dalam Al Quran perihal pakaian wanita? Kalau kau nak telanjang, kau telanjanglah sorang-sorang, jangan nak menyisihkan hukum. Tanyalah pada mana-mana suami, ada tak di antara para suami yang mahu 'aset' isterinya diratah oleh lelaki mata keranjang. Kecualilah suami yang tidak ada asas agama.
Benar, bukan semua kejadian gangguan seksual dan rogol berpunca daripada etika wanita berpakaian semata-mata, tetapi pakaian seksi adalah salah satu faktor pendorong utama kepada terjadinya kejadian ini.
Secara ikhlasnya, tanyalah diri anda. Apakah mata anda akan tertarik kepada perempuan berskirt pendek atau berpurdah? Bukankah pandangan itulah yang akan menjurus kepada perilaku seksual?
Kalau anda tidak mahu menutup aurat tolong jangan suruh orang lain berjalan telanjang dan bogel seperti anda!!!
Blogger
JUST READ ada huraian lanjut tentang kenyataan Siti Zailah ini.
p/s: Sesekali terfikir bagus jugak berpakaian seperti Mak Lampir. !!! Nak tengok pun tak lalu..Selamat beb..!!