Showing posts with label Ketua Wanita UMNO Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Ketua Wanita UMNO Malaysia. Show all posts

Tuesday, October 22, 2013

Handalnya Shahrizat berpolitik!!!


sgwanita1x
amboi..sukanya dia!!!

Orang kata masuk kandang kerbau kena menguak dan kalau masuk kandang kambing kena mengembek.

Bekas Menteri Shahrizat kata Wanita UMNO akan guna tagline BERANI BERUBAH untuk kempen di Sungai Limau.

Tagline BERANI BERUBAH sinonim dengan Menteri Besar Kedah, Mukhriz semasa kempen untuk jawatan Naib Presiden tempoh hari.

Sejak bila Shahrizat sokong Mukhriz? Bukankah secara terang-terang Shahrizat carry Menteri Hishamuddin semasa pemilihan UMNO tempoh hari?

Oh lupa pulak yang Mukhriz tu Menteri Besar Kedah jadi suka tak suka kenalah bekas Menteri Shahrizat beli jiwa Mukhriz di Kedah..

Di pusat Hisham Menteri kabinet dan sepupu nombor 1..Kenalah jaga kedua duanya...!!!!

Handal rupanya Shahrizat berpolitik...!!!! 

p/s: Teringat dailog dalam filem P. Ramlee...BAIK? BAIK ADA MAKNA TU..

Monday, August 19, 2013

Sharizat tidak gentar tapi kita semua yang gentar!!

See full size image
 
Ketua Wanita UMNO, bekas Menteri Sharizat berkata beliau tidak gentar jika dicabar oleh mana-mana individu untuk merebut kerusi Ketua Wanita UMNO Malaysia.
 
Hebat Kak Jat. Srikandi bangsa. Tidak pernah gentar.
 
Tetapi Kak Jat, keputusan Kak Jat yang tidak mahu berundur itu membuatkan ramai yang rasa gentar.
 
Gentar bukan kerana kehebatan Kak Jat tetapi gentar jika imej Wanita UMNO terus tercalar kerana isu NFC yang terus dipalu. Benar, tidak bersalah tetapi yang tercalar terus tercalar. Minda rakyat sudah dimomokkan dan disogokkan dengan persepsi negatif. Berdayakah kita memujuk kembali dan memperbetulkan semula minda yang sudah menjadi batu itu?
 
Wanita UMNO mungkin tidak ambil peduli  tetapi kita seharusnya khuatirkan rakyat teramai yang terus memperkatakan isu itu. Apalah gunanya jika Wanita UMNO sayang kepada Kak Jat tetapi rakyat teramai sudah tidak lagi boleh menerima.
 
Selepas kegagalan mencapai majoriti 2/3 di dalam PRU ke 13 yang baru lalu yang menyaksikan kita kehilangan 7 kerusi Parlimen berbanding PRU ke 12, kita seharusnya lebih rasa gentar untuk menghadapi PRU ke 14 nanti. Kita tidak mahu kerana 'kedegilan' kita institusi UMNO menjadi lebih parah. UMNO perlu menjadi bersih sebersih bayi yang baru dilahirkan. Semua orang sayang..
 
Kita alu-alukan jika Kak Jat ingin terus berjuang tetapi rasanya berjuang dengan menduduki kerusi Ketua Wanita bukanlah platform terbaik buat Kak Jat jika benar-benar sayangkan UMNO. Di dalam keadaan UMNO yang luka parah, rasanya biarlah kita ketengahkan calon yang benar-benar 'fresh' yang segarnya dapat menyegarkan UMNO di mata rakyat.
 
Kita amat berterima kasih jika Kak Jat dapat menimbangkan semula hasratnya untuk bertanding dan kita lebih berterima kasih sekiranya Kak Jat dapat membuka laluan seluas-luasnya kepada muka baru untuk menerajui Wanita UMNO.
 
Terima kasih Kak Jat sebagaimana kita berterima kasih pada Kak Jat di atas sumbangan yang pernah beliau sumbangkan semasa menjadi Menteri kabinet dan juga Ketua Wanita UMNO.
 
Pemimpin datang dan pergi tetapi perjuangan kekal selamanya.
 
Mungkin Kak Jat boleh renungkan kata-kata itu!!

Sunday, July 7, 2013

Shahrizat sepatutnya dah bersara


Ketua Wanita UMNO Malaysia sudah membuat kenyataan bahawa beliau akan bertanding untuk mengekalkan jawatannya itu. 

Soalnya masih relevankan Sharizat?

Biar sejuta ahli Wanita UMNO mengatakan bahawa Sharizat a.k.a Kak Jat masih relevan tetapi apalah maknanya jika rakyat di luar sana sudah tidak boleh menerima kehadiran Kak Jat. 

Sukalah dicadangkan agar Kak Jat melepaskan jawatannya itu kerana zaman dan era Kak Jat sudah berlalu. Tan Sri Rafidah Aziz yang jauh lebih hebat daripada Sharizat pun berundur kerana menyedari bahawa beliau sudah tidak relevan di mata rakyat.

Benar Kak Jat melepaskan jawatan sebagai Menteri kerana tidak mahu membebankan Perdana Menteri dengan permasalahan dan dakwaan yang dihadapi pada masa itu tetapi adakah Kak Jat merasakan perletakkan jawatan itu dapat membersihkan namanya di pandangan masyarakat? 

Imej Kak Jat sudah tercalar. Justeru perlu diingat oleh Kak Jat bahawa biar sepuluh kali beliau melepaskan jawatan sebagai Menteri tetapi imej yang tercalar itu masih dipikul oleh individu yang sama yang bernama Shahrizat Abdul Jalil. Kita sebolehnya tidak mahu imej yang tercalar sebagai Menteri itu turut mencalar imej Ketua Wanita UMNO yang disandangnya kerana seluruh institusi UMNO akana terhukum kerana imej yang tercalar itu.

Shahrizat sebagai Menteri dan Sharizat sebagai Ketua Wanita UMNO Malaysia adalah individu yang sama. Bukan entiti yang berasingan jadi sewajarnyalah Kak Jat melepaskan jawatannya kerana kita tidak mahu imej beliau yang tercalar itu turut membusung baunya di dalam institusi UMNO secara total.

Mudah-mudahan Kak Jat dapat merenungkan perbahasa 'seekor kerbau terpalit lumpur habis sekandang turut terpalit lumpurnya'.

Berilah laluan kepada muka baru. Kalau Azalina mampu meneraju Puteri UMNO ke puncak gemilang tidak mustahil beliau dapat melakukan perkara yang sama kepada Wanita UMNO Malaysia sebagaimana hebatnya Rafidah Aziz.

p/s: Siapa pula agaknya Ketua Puteri UMNO Malaysia? Masih relevankah Puteri UMNO?