Monday, January 30, 2012
Beza manusia dan kambing
'Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau, menguak'. Itu antara pesanan orang-orang tua kepada kita agar bijak menyesuaikan diri dengan keadaan dan masa.
Jika bijak membawa diri dan bijak pula menyesuaikan diri, insyaallah ke mana pergi akan selamat dan dihumban ke laut pasti menjadi pulau.
Bila berhadapan dengan rakyat Malaysia, harus berkata bahawa bumi Palestin harus dipertahankan dari ancaman dan kerosakkan yang disebabkan rejim Zionis Yahudi. Itu cakap kambing bila mengembek.
Bila berhadapan pula dengan rejim Zionis Yahudi, harus pula berkata menyokong segala bentuk usaha mempertahankan Israel. Ini pula cakap kerbau.
Sebodoh-bodoh kambing dan kerbau, kedua-dua binatang itu tetap dengan prinsip makan rumput dan inilah prinsip yang membedakan antara kambing, kerbau dan manusia kerana keinginan dan akal manusia sering kali dikawal nafsu.
Lambat laun, manusia pula akan kekal di dalam kandang kerana sibuk memikirkan dan keliru sama ada mahu bercakap seperti kambing atau kerbau.
Jadilah manusia yang berprinsip jika tidak anda akan menjadi lebih teruk dari kambing dan kerbau!!
Sunday, January 29, 2012
Macam-macam jenis sakit
Alhamdulillah dengan izinNya dapatlah semula untuk mencoretkan sesuatu di ruangan ini. Sudah seminggu tidak dikemaskini kerana kesihatan yang tidak berapa mengizinkan.
Sakit adalah ujian dan sakit adalah mencuci dosa. Itu hakikat yang sememangnya harus diterima. Adalah jauh lebih baik untuk menerima kesalahan diri sendiri daripada mencari salah orang lain untuk menampakkan diri mulia dan indah.
Tidaklah perlu mengeluarkan tohmahan bahawa segala bala dan sakit itu adalah berpunca daripada UMNO dan Barisan Nasional. Apakah perlu kita mengeluarkan perkataan-perkataan seperti parasit untuk menidakkan kelemahan diri kita?
Sakit fizikal nampak dengan mata kasar tetapi sakit hati dan kalbu yang bersawang adalah jauh lebih menakutkan.
Sakit ketagihan untuk menjadi Perdana Menteri adalah suatu kesakitan yang jelas menghancurkan negara.
Salam perjuangan!!
Thursday, January 19, 2012
MINDEF, ratu cantik,doktor dan bomoh
Apa perlu atau tidak kita mengucapkan tahniah kepada Menteri Pertahanan, Datuk Zahid Hamidi di atas ruang dan pintu yang dibuka kepada ahli-ahli Parlimen Pakatan untuk turut sama membincangkan hal pembelian alatan keselamatan negara?
Sebelum ini, Zahid telah memberikan ruang yang secukupnya kepada Guan Eng untuk merasakan sendiri keupayaan Scorpene dan apakah kebaikan yang telah Guan Eng umumkan kepada rakyat di luar berhubung kekhilafan mendakwa kapal selam itu tidak boleh menyelam?
Dan terbarunya ruang diberikan kepada Tony Pua, Saifuddin dan Dr. Zul untuk masuk ke dalam MINDEF bagi mendengar sendiri penjelasan dari Ketua Setiausaha Kementerian dan pegawai-pegawai tinggi tentera berhubung hal pembelian kapal tempur.
Perlulah diingatkan di dalam konteks ini bahawa MINDEF adalah ibarat seorang perempuan yang menyertai pertandingan ratu cantik di mana ada sessinya ratu cantik dikehendaki untuk memakai bikini untuk diadili. Benar, bakal ratu itu perlu diadili tetapi walaubagai telus sekalipun sebelum menobatkan perempuan itu sebagai ratu cantik masih ada ruang dan bahagian badan perempuan itu yang perlu ditutup kerana ianya haram untuk dilihat oleh mereka yang bukan muhrim atau suaminya.
Samalah halnya dengan MINDEF, setelus mana sekalipun prestasi yang ingin ditonjolkan masih ada sedikit ruang yang semestinya menjadi rahsia kerana rahsia itu adalah ibarat 'kemaluan' perempuan tadi yang mesti ditutup kerana ianya melibatkan hal keselamatan negara.
Perihal 'kemaluan dan rahsia' ini adalah suatu aspek yang perlu sentiasa dijaga rapi oleh mana-mana kementerian bukan kerana perlunya menjaga mana-mana individu tetapi lebih daripada itu rahsia itu perlu dijaga untuk kepentingan dan keselamatan negara.
Kita mahu penghormatan yang diberi kepada ahli-ahli parlimen Pakatan itu boleh menjadikan mereka sama darjatnya dengan 'doktor' yang profesional di dalam tugas mereka tanpa mendedahkan apa-apa yang rahsia. Sekiranya ianya didedahkan anggap sahaja ianya sebagai tindakan seorang bomoh yang bergelar BOMOH CABUL.
Mesti baca: Jawapan kenapa Sharizat 'nak selak kain'
Kenapa Sharizat berkata 'itu belum lagi selak kain' semasa Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini?
Persoalan kenapa beliau sampai nak selak kain itu rupanya terjawab hari ini apabila beliau mengambil tindakan untuk menyaman dua individu yang bertanggungjawab menfitnah dan cuba untuk memalitkan tahi lembu ke mukanya.
Rupanya Sharizat sedar bahawa untuk berdepan dengan hantu seperti yang didakwa orang-orang tua Melayu seseorang itu harus menanggalkan pakaian kerana hantu akan berasa takut dan gentar.
Tentunya kali ini Sharizat sedar bahawa kain beliau harus diselak untuk menakutkan hantu. Hantu yang bergelar MAK LAMPIR.
Mitos oh mitos!!!
Wednesday, January 18, 2012
Menteri mana yang 'pilih kasih' terhadap blogger?
Sama ada para Menteri sedar atau tidak bahawa antara puncanya kegagalan Nasional mencapai majoriti 2/3 di dalam Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu adalah kurangnya pengeksploitasikan terhadap media baru seperti Blog, Facebook dan lain-lain lagi.
Tetapi mujurlah atas kesedaran diri sendiri dan tanpa ada sebarang sokongan dan dokongan penyokong-penyokong tegar Barisan Nasional bingkas bangun untuk mengimbangi kekuatan yang ada pada Pakatan Rakyat di dalam mendominasi penjajahan minda melalui media baru. Alasan utama kebangkitan ini adalah kerana kecintaan dan kepercayaan kepada Barisan Nasional untuk terus menerajui tampuk kerajaan.
Dengan berbekalkan komputer buruk dan peralatan yang serba kekurangan, blogger-blogger pro kerajaan menghambakan diri dan bersengkang mata untuk mencari apa jua fakta di dalam mempertahankan Barisan Nasional. Barang perlu diingat, perjuangan para blogger ini bukan hanya mengkhusus kepada mana-mana individu yang bergelar Menteri tetapi jauh daripada itu adalah untuk kepentingan Barisan Nasional secara keseluruhan.
Alhamdulillah berkat usaha dan kesabaran para blogger akhirnya Barisan Nasional mengakui bahawa kebangkitan para blogger pro-kerajaan sedikit sebanyak menjadi penyumbang kepada penterjemahan minda positif rakyat kepada Barisan Nasional. Lihat sahaja kepada beberapa siri Pilihanraya Kecil betapa para blogger ini berjaya membuahkan kepercayaan rakyat kepada Barisan Nasional.
Benar, ada di kalangan Menteri yang rapat dengan blogger tetapi adakah semua Menteri yang berfikiran bahawa perjuangan blogger harus digerakkan atas kesepaduan tanpa mengklasifikasikan blogger kepada kumpulan-kumpulan tertentu? Mengapa masih ada Menteri yang bersifat pilih kasih kepada hanya blogger-blogger tertentu?
Terbaru, khabarnya ada seorang Menteri yang telah mengadakan pertemuan dengan blogger tetapi agak mendukacitakan apabila hanya segelintir kecil blogger yang dijemput untuk hadir di dalam perjumpaan itu. Alasannya ialah pegawai Menteri yang menguruskan perjumpaan itu berkata ada gred-gred di kalangan blogger? Perjumpaan pertama adalah untuk blogger bergred C dan kemudian akan diadakan perjumpaan dengan blogger bergred B dan akhirnya A. Kegilaan apakah yang sedang berlaku?
Kejadian ini menyebabkan sedikit rasa 'terguris' di kalangan blogger seperti Rocky Bru, Just Read, Outsyed the Box, The Antics of Husin Lempoyang dan lain-lain yang sebelum ini turut memberikan sokongan kepada Menteri berkenaan kerana nama mereka seakan terpinggir sehingga tidak diundang ke perjumpaan itu. Rocky sendiri sebenarnya tidak bersetuju bahawa perlu ada gred di kalangan blogger. Menyedari kepada rasa kurang senang blogger-blogger ini telah menyebabkan pegawai Menteri tersebut telah berusaha untuk mengadakan pertemuan dengan blogger-blogger ini. Khabarnya, blogger-blogger ini sudah memberi kata untuk tidak akan hadir ke pertemuan itu.
Adalah tidak adil jika kita hanya menyalahkan Menteri berkenaan tetapi kita harus mengambil kira 'kebutaan' pegawai Menteri berkenaan di dalam menguruskan perjumpaan itu. Adakah pegawai itu kenal dan arif dengan dunia blogging? Untuk pengetahuan semua, ada seorang pegawai Menteri yang berjawatan Pegawai Khas Media Baru tetapi sebenarnya tidak tahu langsung berkenaan media baru sehinggakan untuk membangunkan sebuah blog juga beliau tidak tahu.
Nasihat kepada Menteri berkenaan, tolonglah mencontohi Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan beberapa Menteri yang acap kali mengadakan perjumpaan dengan blogger tanpa membahagikan blogger kepada kelas-kelas dan gred-gred tertentu.
Tidaklah perlu dirisaukan tentang imbuhan untuk berjumpa blogger-blogger ini kerana itu bukanlah perkara pokok tetapi cukuplah sekadar dengan menunjukkan rasa penghargaan kepada blogger-blogger. Tentunya rasa lelah dan jerih blogger-blogger ini sedikit lega apabila diri rasa dihargai.
Bayangkan sahaja, jika nama-nama besar seperti Rocky, Just Read, Outsyed the Box dan lain-lain lagi boleh terpinggir apa pula nasibnya dengan blogger-blogger nyamuk seperti Jebat, Politikputramerdeka,Garamanis, Waadat, Malay Delima,Braveheart dan ramai lagi? Tentulah tidak langsung wujud dalam kamus Menteri berkenaan.
Orang Melayu kaya dengan adat dan budi bahasa dan budi bahasa itulah yang ditagih oleh kami. Bukan imbuhan dan kaya raya yang kami idamkan tetapi cukuplah sekadar SUATU PENGHARGAAN dan BERJABAT TANGAN.
Tuesday, January 17, 2012
Berilah hak itu kepada Saiful
Ada orang yang bijaksana dalam bidang agama selalu berpesan 'Alangkah susahnya menjadi seorang peguam lebih-lebih lagi seorang hakim kerana bidang kerja itu antara yang berat tanggungjawabnya yang sudah pasti menagih keadilan yang bukan sahaja akan dihitung di dunia malah lebih berat lagi akan dihitung di akhirat kelak'.
Tentunya ada benar dengan ungkapan orang yang bijaksana agama itu kerana kerja peguam membela anak guamnya dan tentulah matlamat akhir adalah untuk memenangi kes yang dibicarakan di mahkamah. Mungkin ada peguam yang tahu bahawa anak guamnya melakukan kesalahan yang dibicarakan itu tetapi atas kapasitinya sebagai peguam mahu tidak mahu dan tidak punya pilihan lain, peguam tersebut harus mempertahankan anak guamnya. Buruk kepada integriti guamannya jika sering kalah di dalam kes perbicaraan.
Natijah daripada itulah, manusia sering terlupa bahawa hukum Islam 'yang benar tetap benar dan yang salah tetap salah' adalah kemuncak kepada keimanan. Penyakit dinar adalah penyakit yang sering mengalpakan manusia daripada hakikat Qada dan Qadar dan sering membuatkan manusia lupa siapa yang berkuasa.
Kuasa manusia bukan sahaja sebenarnya tidak wujud di dunia tetapi jauh daripada itu tidak pernah wujud di akhirat. Sebagai pelakon yang diamanahkan untuk 'berlakon' apalah kudrat yang ada selain dari hanya mengikut 'skrip'. Sebagai pelakon yang bijak dan berotak mengapa manusia masih lagi lupa untuk membedakan mana skrip yang baik dan mana pula skrip yang menyesatkan. Jika tidak digunakan otak sebaiknya, tidak ubahlah manusia seperti haiwan yang tidak sanggup untuk memegang amanah.
Hak adalah pintu yang membawa kepada keadilan. Jika hak dinafikan maka secara langsungnya keadilan juga dinafikan. Hak untuk membuat rayuan bagi Saiful Bukhari adalah hak untuk mendapat keadilan. Hak adalah anugerah Tuhan sebagai tanda sayangnya Tuhan kepada makhluknya dan sebagai tanda demokrasinya Islam tetapi demokrasi di dalam Islam tidaklah sama dengan demokrasi yang diperjuangkan oleh segolongan manusia kerana sejauh mana pun kebaikan demokrasi, apa yang tergaris di dalam Al Quran tidaklah dapat meninggikan darjat demokrasi yang terpakai di dunia.
Berilah hak itu kepada Saiful Bukhari kerana hak itu sekadar hak di dunia dan penafian untuk memberi hak itu sekadar menggambarkan anda sebenarnya terlupa bahawa cerita sebenarnya adalah hakikat pengadilan di akhirat kelak.
Adakah anda takut kepada hak di dunia melebihi keadilan di akhirat?
Monday, January 16, 2012
Adakah Asan Ali terlepas syurga?
'Undi PAS masuk syurga, sokong PAS masuk syurga'..Habis bagaimana nasib Asan Ali?
Adakah parasit di kalangan penghuni syurga? Bukankah syurga suasananya damai dan tenang?
Siapa yang berdosa 'menghumban' Asan Ali keluar daripada 'syurga'?
Masa mana pula pemegang kunci syurga membuka pintu syurga untuk menghumban Asan Ali keluar?
Bolehkah kita keluar dari syurga dan kemudiannya memohon untuk masuk semula ke dalam syurga?Taubat?
Asan Ali kata NOT AT ALL untuk masuk UMNO dan UMNO pula nak beritahu Asan Ali..Pinggan tak retak nasi tak dingin, orang tak hendak kita pun tak ingin. Bekas-bekas kita tak main..
Dah pernah jadi Exco kerajaan negeri atas tiket PAS dan pernah dapat gaji atas tiket PAS..Sekarang ada pula parasit..Boleh jadi bingung dengan perangai rakyat PAS dan bekas rakyat PAS..Yang ambil gaji kah parasit atau yang tak dapat gajikah parasit?
Rasa-rasanya siapa yang parasit? Asan Ali jadi Sarjan Hasan dalam cerita P Ramlee lagi baik..
Tanyalah Hasan Ali siapa 'parasit'
Heboh seluruh dunia maya dan realiti dengan dakwaan dan pendedahan yang dilakukan oleh Hasan Ali kononnya wujud golongan parasit di dalam PAS sehingga membawa kepada pemecatan beliau. Kalau ikut kepada resam 'parasit' sifatnya tentulah menumpang dan akhirnya menumbangkan objek yang ditumbangkan. Anda hairan jika Hasan Ali berkata tentang soal 'parasit' di dalam PAS?
Sebenarnya TIDAK ADA APA YANG PERLU DIHAIRAN DAN DIGEMPARKAN dengan istilah parasit yang diperkenalkan oleh Hasan Ali. Sebabnya cukup mudah, jika tidak mahu bertanya kepada rakan taulan anda tanyalah pada diri anda diri sendiri. Apakah sumbangan PAS di dalam soal pembangunan negara? Apakah sumbangan PKR di dalam soal pembangunan negara dan apakah sumbangan DAP dalam soal pembangunan negara?
Pakar-pakar belit dalam kelompok Pakatan pasti akan berkata mereka akan menyumbang kepada pembangunan negara jika mereka menjadi kerajaan pusat di Putrajaya. Boleh sahaja kita mengecilkan skop kepada negeri-negeri di bawah pemerintahan Pakatan. Apakah sumbangan besar yang telah mereka lakukan untuk pembangunan negeri tersebut?
Berapa banyak bantuan dan projek yang kerajaan pusat salurkan kepada kerajaan negeri? Adakah program BR1M tidak dilaksanakan di negeri Kelantan? Adakah bantuan persekolahan 100 ringgit tidak dilaksanakan di negeri Selangor? Dan pelbagai lagi projek kerajaan pusat yang dijalankan di seluruh Malaysia tanpa menganaktirikan negeri-negeri di bawah pentadiran kerajaan Pakatan.
Kalau yang bijak peribahasa selalu berkata 'lembu punya susu, sapi dapat nama' samalah jua dengan istilah parasit yang diperkatakan Hasan Ali. Barisan Nasional punya projek orang lain yang cuba mendapat nama.
Tanyalah kepada Hasan Ali sama ada beliau bersetuju jika dikatakan bukan hanya PAS yang bersifat parasit tetapi sesungguhnya seluruh Pakatan bersifat parasit.
Mungkin Adam Adli dan mahasiswa yang berdemo di hadapan UPSI tempoh hari boleh menterjemahkan dengan jelas maksud parasit. Siapa yang menumpang dan siapa pula yang cuba menumbangkan objek yang ditumpang.
Kalau bertanya pada orang kampung mungkin mereka tidak tahu kepada istilah parasit yang dikatakan oleh Dr Hasan Ali tetapi kalau disebutkan perkataan 'pokok api-api' tentu semua orang kampung akan mengakui betapa bangsatnya sifat pokok api-api itu.
Haram tetap haram
Pusing kanan pusing kiri, buka sana buka sini tetap tidak berjumpa dengan ayat yang membolehkan LIWAT. Sejak dahulu sehingga kini bahkan sehingga kiamat hukum tetap hukum dan tidak boleh berubah. Hukum dunia mungkin boleh diubah. Tubuhlah sebanyak mana Suruhanjaya yang anda mahu selagi termampu tetapi hukum Islam adalah satu dan yang satu itu hidup dalam esa kekal selamanya.
Bagaimana mahu mengklasifikasikan orang Islam yang berkata undang-undang dan hukum liwat sudah tidak relevan? Setahu Jebat yang terlalu cetek ilmu agamanya tetapi masih tahu bahawa Nabi tidak mengaku umat kepada mana-mana umatnya yang melakukan hubungan sejenis. Inikan pula orang yang bergelar Pak Sheikh tentulah ilmunya tinggi melangit atau setidak-tidaknya hampir sama taraf dengan Ayah Pin, penguasa kerajaan langit.
Yang peliknya masih ada lagi segelintir di antara kita yang menyokong Pak Sheikh yang celaru pegangannya. Jika sebebal mana pun kita gagal mentafsir perang saraf dan mainan politik Pak Sheikh, rasanya hukum mengharamkan liwat sudah kita ketahui dan sedari sejak kita dari bangku sekolah rendah lagi. Pemahaman dan penghayatan bahawa liwat adalah haram tidaklah memerlukan kita untuk ke Mesir atau ke mana mana sekolah pondok. Bukalah buku agama di peringkat sekolah menengah pasti anda akan terjumpa dengan ayat yang MENGHARAMKAN LIWAT.
Jika anda gagal memahami perangai babi sekalipun tentunya anda cukup sedar bahawa hukum memakan daging babi adalah haram kepada umat Islam. Sehingga kiamat.
Friday, January 13, 2012
Awas..PKR semakin hampir menawan Negeri Sembilan
Semasa keputusan mahkamah membebaskan Nuar Berahim pada 9 Januari, heboh di kalangan puak-puak Pakatan yang berbisik sesama sendiri bahawa mereka akan berjaya menang di beberapa negeri di dalam Pilihanraya Umum ke 13 nanti dan antara negerinya ialah NEGERI SEMBILAN.
Di dalam ceramah di Negeri Sembilan semalam membuktikan betapa bisik-bisik mereka itu bukan omong kosong dan nampaknya PKR semakin hebat dalam melayarkan sayapnya ke Negeri Sembilan. Menteri Besar Negeri Sembilan kenalah berjaga-jaga kerana momentum PKR untuk menawan Negeri Sembilan sudah meluap-luap.
Gambar di bawah jelas menunjukkan betapa semangat orang-orang Negeri Sembilan untuk menyokong PKR seakan sudah tidak boleh dibendung dan terpaksa berasak-asak untuk mendengar amanat daripada pimpinan PKR. Amat membimbangkan.
Lihatlah ratusan ribu yang hadir di ceramah tersebut sehinggakan penganjur terpaksa membentang tikar kerana kerusi yang disediakan penuh. Ada juga yang terpaksa berdiri tanpa memikirkan lenguh di kaki kerana mereka sudah tidak sabar-sabar untuk menawan Negeri Sembilan.
Tentu lalu-lintas sesak di Negeri Sembilan semalam. Masa di sekolah dulu, cikgu ada berkata 'kalau lebih dari satu maksudnya banyak..maka bilangan yang hadir di ceramah ini sangatlah banyak'..
Mana perginya bas-bas yang biasanya membawa pendengar 'import' untuk memenuhi ceramah Pakatan? Bajet sudah habiskah kerana membawa mereka ke mahkamah tempoh hari?
Kredit kepada blogger TAUKE IKAN ...
Di dalam ceramah di Negeri Sembilan semalam membuktikan betapa bisik-bisik mereka itu bukan omong kosong dan nampaknya PKR semakin hebat dalam melayarkan sayapnya ke Negeri Sembilan. Menteri Besar Negeri Sembilan kenalah berjaga-jaga kerana momentum PKR untuk menawan Negeri Sembilan sudah meluap-luap.
Gambar di bawah jelas menunjukkan betapa semangat orang-orang Negeri Sembilan untuk menyokong PKR seakan sudah tidak boleh dibendung dan terpaksa berasak-asak untuk mendengar amanat daripada pimpinan PKR. Amat membimbangkan.
Lihatlah ratusan ribu yang hadir di ceramah tersebut sehinggakan penganjur terpaksa membentang tikar kerana kerusi yang disediakan penuh. Ada juga yang terpaksa berdiri tanpa memikirkan lenguh di kaki kerana mereka sudah tidak sabar-sabar untuk menawan Negeri Sembilan.
Tentu lalu-lintas sesak di Negeri Sembilan semalam. Masa di sekolah dulu, cikgu ada berkata 'kalau lebih dari satu maksudnya banyak..maka bilangan yang hadir di ceramah ini sangatlah banyak'..
Mana perginya bas-bas yang biasanya membawa pendengar 'import' untuk memenuhi ceramah Pakatan? Bajet sudah habiskah kerana membawa mereka ke mahkamah tempoh hari?
Kredit kepada blogger TAUKE IKAN ...
Kita harap GOMO tidak lemah semangat
Laporan polis terhadap GOMO kerana menghina mahkamah di dalam penulisannya?
Adilkah jika ahli-ahli Pakatan Rakyat berkata demikian?
Mungkin adil jika ahli-ahli Pakatan Rakyat yang berkata demikian adalah seorang yang buta dan pekak.
Sebabnya, sebutlah di mana ceramah yang Nuar lakukan tidak menghina mahkamah sepanjang perbicaraan dakwaan liwat sedang berjalan?
Nuar pusing Malaya berkata UMNO memperalatan mahkamah dan tidakkah itu menggambarkan Nuar tidak mempercayai integriti mahkamah sehingga boleh di kawal oleh UMNO?
Mengapa laporan polis di buat terhadap GOMO? Sebabynya cukup mudah. Nama GOMO sudah menjadi satu barah kepada Pakatan Rakyat. Tentunya nama GOMO perlu dirosakkan sebagaimana mereka perlu merosakkan nama UMNO untuk menumbangkan Barisan Nasional.
Mengenali GOMO rasanya anak muda ini tidak akan mudah lemah semangat dan semakin di asak GOMO akan semakin lantang.
Tahniah GOMO, seluruh blogger pro-kerajaan teguh di belakang anda..
Tuesday, January 10, 2012
Kalau begini perilaku muslimah 'FREE PUN AKU TAK MAU'
Muslimah? Rasanya terlalu besar gelaran yang diberikan kepada orang yang mengaku sebagai muslimah parti yang dakwa mereka memperjuangkan Islam tetapi hakikatnya tidak lebih dari penari 'pom-pom'. Cuma yang membezakan keduanya hanyalah dari segi pakaian dan penampilan.
Jika seringkali orang mengaitkan orang-orang Islam yang lemah imannya dengan kata-kata Islam cuma pada nama dan budaya mungkin video di atas inilah yang menjelaskan perkara tersebut.
Tidak cukup dengan perlakuan yang sama sekali tidak mencerminkan nilai-nilai seorang Islam apatah lagi seorang perempuan Islam yang budi dan tabieenya harus sentiasa terpelihara ditambah pula dengan kata-kata kesat.
'Mampus UMNO' yang disebut wanita yang tinggi darjatnya ini mungkin merupakan 'zikir' baru yang boleh melayakkan seseorang untuk masuk ke syurga.
Tidaklah kita mahu menyentuh kepada soal cahaya atau nur di muka wanita ini kerana bukanlah kerja kita untuk menilai seseorang tetapi dengan pandangan mata dunia tidak ada langsung sinar jernih di muka wanita ini.
Sahabat Jebat ada berkata tetapi tidaklah Jebat faham akan maksudnya 'BAGI FREE PUN AKU TAK MAHU'.
Monday, January 9, 2012
Anwar kena mohon maaf pada Najib dan rakyat
Kalau sebelum ini riuh di sana sini Nuar Berahim berkata yang mahkamah dan apa jua sistem perundangan di Malaysia dikawal dan dikudakan UMNO khusunya Perdana Menteri keputusan mahkamah yang membebaskan Nuar semalam telah menerangkan segala-galanya.
Jika benarlah dakwaan Pakatan bahawa UMNO dan Barisan Nasional boleh mengkudakan mahkamah seperti mana PAS dikudakan DAP tentunya semalam Nuar Berahim sudah ke Sungai Buloh. Tanyalah kepada mana-mana individu yang pro kerajaan tentulah mereka mahukan Nuar 'melanjutkan pelajaran' ke Sungai Buloh. Tetapi keputusan semalam yang jelas memihak kepada Nuar menagih suatu penjelasan daripada Pakatan tentang dakwaan mereka berhubung pengawalan sistem perundangan negara oleh Barisan Nasional.
Pengumuman keputusan mahkamah jelas menampakkan semangat kedewasaan di kalangan penyokong kerajaan. Tidak ada sebarang bantahan yang melampau dan keterlaluan. Biarpun ada yang mengeluh dengan keputusan itu tetapi mereka menerima dengan dada yang lapang dan redha. Bayangkan sahaja jika keputusan semalam memenjarakan Nuar. Tentulah ianya akan mengundang 'malapetaka' yang sememangnya sudah boleh dijangka.
Kita hormati keputusan mahmakah dan terpulanglah kepada barisan pendakwaraya sama ada mahu menfailkan kes ke Mahkamah Rayuan atau tidak dan kita percaya kepada ketelusan sistem perundangan kita.
Sudah terlalu lama rasanya Nuar dan Pakatan mendakwa sistem perundangan dikawal oleh Barisan Nasional dan khusunya Perdana Menteri, justeru kita menagih Nuar memohon maaf secara terbuka kepada Perdana Menteri akan kelantangan dan dakwaan yang tidak berasas sama sekali.
Buang nestapa, kembali merencana
Dalam jerih perih dan keluh kesah, tekad kembali membulat. Perjuangan ini tidak boleh terhenti begitu sahaja. Apa jua yang berlaku tentulah ada buruk baiknya. Bertahun menanti, masa 5 minit bagaikan menyentak segala kalbu. Allah jua yang Maha Berkuasa.
Tentunya banyak emosi yang terganggu dan kata-kata kosong hanya berlegar sekitar bibir yang kian mengering. Bumi Malaysia tercinta harus tetap dibela. Kebenaran yang nyata tetap tidak akan terlihat dengan mata yang membuntang kerana selagi hijab menebal, gajah di depan mata juga boleh menjadi sehalus kuman.
Pasrah dan redha adalah sebaik-baik jalan. Ralat,emosi yang tidak terjangka, kelip-kelip mata, kepayahan melelapkan mata suatu kenakalan syaitan yang cuba merencatkan perjuangan. Membina semangat adalah suatu yang memerlukan kesabaran dan redha yang tinggi. Entah apa yang ada disebalik perencanaan hari ini hanya Allah yang Maha Mengetahui.
Syaitan pasti tergelak besar melihat pada hati yang luruh. Syaitan adalah musuh yang nyata dan yang nyata itulah menjadi ikutan hati pada mereka yang terkongkong dek hijab.
Keyakinan pada keputusan akan menyebelahi diri hanyalah suatu kesilapan kerana melalaikan kepada Qada dan Qadar. Keputusan hari ini adalah suatu permulaan kepada perjalanan yang lebih panjang dan yang panjang itulah akan sentiasa diintai untuk membawa kepada pengakhiran yang lebih cemerlang. Mencari apa yang ada dihujung perjalanan adalah suatu perjuangan.
Ayuh sahabat, kita buang rasa nestapa. Kita hanya merancang hanya Tuhan menentukan. Dalam suka dan tawa, tentunya ada hati yang sedang melara. Lara membuatkan kita berfikir dengan lebih dewasa dan lebih bijak di dalam merencana. Ingat juga di dalam merencana, syaitan ada di mana-mana. Rencana itu haruslah tertumpu kepada soal AGAMA, BANGSA DAN NEGARA.
Kembali menyusun langkah,merapatkan saf, seia sekata. Sebuah perjuangan tidak akan lekang dengan ujian kerana ujian adalah bukti kecintaan.
Friday, January 6, 2012
Tolong jangan buat rakyat keliru
TERGAMAM. Itu perkataan yang paling sesuai Jebat katakan apabila mendengar berita TV 1 sebentar tadi. Betulkah PDRM memberikan kebenaran untuk geng 901 berhimpun pada Isnin ini?
Jika mendengar kepada laporan itu, PDRM dikatakan memberikan kebenaran itu dengan mengenakan syarat kepada geng 901 untuk memastikan ahli mereka tidak menimbulkan kekacauan dan berhimpun secara aman. Soalan Jebat, bolehkah syarat ini dipenuhi?
Dua kemungkinan. Pertamanya, jika Nuar di dapati tidak bersalah mungkin perhimpunan itu akan menjadi sejuk-sejuk sahaja. Keduanya, bayangkan apa akan terjadi jika Nuar di dapati bersalah? Bolehkan geng 901 ini menjadi sejuk-sejuk sahaja?
Bukankah memberikan kebenaran kepada perhimpunan ini akan menyebabkan jumlah kedatangan geng 901 yang berlipat ganda kerana mereka sudah tahu bahawa mereka tidak akan dinaikkan ke dalam Black Maria?
Jebat semakin tidak faham dengan keadaan. Bukankah sudah banyak laporan polis yang dibuat oleh orang ramai yang membantah perhimpunan 901 itu diadakan?
Entahlah, Jebat sudah semakin keliru dan Jebat pasti ramai di luar sana juga keliru.
Mungkin kita ingin menunjukkan dan membuktikan kita telus tetapi Jebat seakan tidak yakin bahawa syarat itu akan dipenuhi kerana kita sudah banyak kali dihempap dengan keadaan 'sebaik mana kita lakukan, kebusukkan juga mereka perkatakan'.
Apapun kita mohon PDRM mengawasi segalanya dengan sebaik mungkin.
Thursday, January 5, 2012
Pulau Pinang: Hebat projek DAP..Melayu undilah DAP lagi
PULAU PINANG 5 Jan. - Sebuah lagi kampung tradisi di negeri ini bakal lenyap atas faktor pembangunan.
Kali ini, Kampung Melayu Batu Uban di Gelugor dekat sini akan mengalami nasib sama seperti Kampung Buah Pala iaitu 'hilang' dari peta Pulau Pinang apabila kerja-kerja pembinaan kawasan perumahan baru sedang dilaksanakan.
Ketua UMNO Bahagian Bukit Gelugor, Datuk Omar Faudzar berkata, perkembangan tersebut merupakan satu perkara yang menyedihkan di negeri itu.
"Sekarang apa yang boleh kita lakukan ialah memohon kepada kerajaan negeri supaya menjadikan kawasan itu sebagai kampung tradisi tanpa dimajukan.
"Jika pembangunan diteruskan, maka kampung itu yang merupakan penempatan orang Melayu tertua di negeri ini akan lenyap. Apa yang lebih merisaukan saya, di situ juga terdapat sebuah masjid tertua di negeri ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas mengenai projek perumahan berkembar tiga tingkat mengandungi lapan unit di Batu Uban yang telah bermula apabila sebahagian daripada kawasan itu dipagar.
Berdasarkan maklumat pada papan tanda, pemilik projek tersebut ialah sebuah syarikat yang beralamat di negeri ini manakala syarikat kontraktor pula berpangkalan di Sungai Petani, Kedah dan tanah itu dimiliki oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP).
Projek itu dikatakan bermula pada 30 Mac 2011 namun tidak dinyatakan tarikh siap serta kerja pembinaan belum bermula.
Selepas USM malam ini UPM pula esoknya
Handsome tak brader ni? Ada iras-iras hero filem Ombak Rindu tak?
Kah kah kah!!!
Sahabat blogger Papa Gomo menulis bahawa demonstrasi budak hingusan yang gagal dalam pelajaran akan diteruskan malam ini di Universiti Sains Malaysia di Pulau Pinang. Khabarnya mereka akan mulakan demonstrasi sekitar jam 10 malam ini.
Dan Jebat baru menerima panggilan daripada seorang sahabat dari Universiti Putra Malaysia (UPM) bahawa gerombolan budak hingusan yang gagal dalam pelajaran ini akan meneruskan salakan mereka di UPM selepas solat Jumaat esok.
Ini bukti jelas bahawa gerombolan budak hingusan yang gagal pelajaran ini ditaja oleh Pakatan kerana bayangkan sahaja dengan 'road tour' ini pastinya memerlukan perbelanjaan yang besar. Jika tidak ada dana mana mungkin pergerakan mereka ini akan terlaksana. Tidak pula kita tau kalau-kalau Saipuddin Dollah ada kasi biasiswa pada mereka.
Selepas ini kita akan lihat pula mereka berarak ke Sungai Buloh!!! Grand Finale...
Wednesday, January 4, 2012
Kita khuatirkan doa Nik Ajis pada 901
Nik Ajis berkata kerajaan harus memberikan ruang kepada para penyokong Anuar Berahim pada 9 Januari ini untuk berhimpun kerana menurut Nik Ajis perhimpunan aman seperti itu terdapat di dalam Islam dengan merujuk kepada solat secara berjemaah di masjid.
Suka tidak suka kerajaan kenalah berikan ruang seperti yang diminta oleh Nik Ajis. Kerajaan kena ingat Nik Ajis bukanlah calang-calang manusia. Beliau penuh dengan karamah dan doa beliau cukup mustajab dan sentiasa di makbulkan. Ingatkah kita pada doa beliau supaya ada yang pecah perut? Biarpun tidak pecah perut tetapi pecah mulut kerana ketawakan doa Nik Ajis. Yang penting pecah.
Kita juga khuatirkan panglima-panglima perang Pakatan yang bukan sahaja tidak berkhatan tetapi bergelar Khalifah. Bayangkan sahaja jika mereka semua berdoa tentulah doa-doa mereka akan dimakbulkan. Kampung Pala boleh lenyap dalam sekelip mata dengan berkat doa Khalifah terulung dari Pulau Pinang itu.
Kerajaan juga harus sedar bahawa Pakatan sudah memiliki para wali yang sangat tinggi karamahnya. Anda kenal siapa Bob Lokman? Keturunan para wali. Tengok tongkat dan janggutnya sahaja sudah kita tahu kealimannya. Siapa yang tahu kalau-kalau tongkat tersebut boleh membelah Laut Merah.
Yang paling tinggi darjat dan doa dari wali-wali dalam Pakatan yang paling kita kagumi ialah Menghidupkan Semula Orang Yang Telah Mati. Mustahil anda terlupa pada keajaiban semasa perhimpunan Bersih tempoh hari. Lihat sahaja bagaimana doa-doa dari alim-alim besar daripada Pakatan yang telah menghidupkan semula orang yang mati pada sebelah paginya tetapi hidup semula pada petangnya. Dan yang terbaru bagaimana, doa mereka boleh menahan orang nazak daripada mati di hadapan UPSI. Tidak cukup dengan itu, gigi orang nazak yang dikatakan berterabur itu secara automatiknya terpasang semula. Anda kagum? Jebat lagilah kagum.
Semangat juang seperti Mat Indera tentulah akan menjadi idola mereka pada 9 Januari. Mat Indera adalah pembela dan mereka juga adalah pembela. Kalau Mat Indera membela dari dalam hutan tentulah beliau cukup zuhud tanpa memperdulikan tentang wangi-wangian begitu juga dengan panglima Pakatan yang sudah barang pasti tidak memperdulikan panas terik mentari pada 9 Januari kerana Jebat diberitahu antara doa mereka untuk mengimbangi panas mentari nanti ialah "MAH SEDAP MAH, ABANG TAK BOLEH TIDUR, SENGAJA ABANG TAK CUCI BIAR BAU MELEKAT KAT HIDUNG ABANG.
Berkat air zamzam dari Serambi Mekah yang bersih nanti tentulah akan memudahkan lagi kerja pengawasan pasukan polis. Cuma kita mohonlah kepada Datuk Hisham, Menteri KDN supaya kali ini menambah menu makanan kepada alim-alim besar ini. Kalau dulu kita sediakan nasi beriani kali ini kita tambah pula dengan pizza, Mc Donald, KFC dan apa-apa yang berbentuk ala-carte. Kalau boleh sertakan sekali Special Delivery supaya mudah mereka memesan makanan yang mereka mahukan.
Hebatkan alim-alim besar Pakatan Rakyat. Ada lagi karamah yang masih belum mereka tunjukkan. Bulan sudah menjadi lambang mereka tunggu masa untuk gunakan karamah untuk membelah bulan itu sahaja lagi.
Apakah Imam Mahadi akan turun ke Malaysia nanti atau lari entah ke mana?
Go-Go Papa..Papa Hebat, Papa Manusia Anugerah Tuhan. China Doll pasti sokong Papa.
p/s: Aspan dan Sakmongkol tak mahu turun ke? Jihad tu..
Siapa yang perlu minta maaf?
Mahasiswa yang berdemo di hadapan UPSI tempoh hari meminta Perdana Menteri agar memohon maaf kepada mereka?
Dek kerana tidak matangnya 'kanak-kanak berhingus' ini terpaksalah kita ingatkan pada mereka kronologi yang telah mereka cetuskan.
Siapa yang berarak ke PWTC dan siapa yang menurunkan bendera yang terdapat gambar Perdana Menteri?
Siapa yang berbaring di tengah jalan di UPSI?
Siapa yang meletakkan gambar Perdana Menteri di sebelah replika batu nesan di hadapan UPSI?
Siapa yang mencaci Perdana Menteri dengan kata-kata kesat di hadapan UPSI?
Siapa yang memecahkan pintu klinik?
Siapakah yang dengan angkuh berkata mereka tidak akan meminta maaf daripada Perdana Menteri kerana kebiadapan menurunkan bendera Perdana Menteri?
Adakah Perdana Menteri kenal 'budak-budak hingusan' ini?
Adakah sumbangan yang telah mereka lakukan kepada negara sehinggakan memaksa Perdana Menteri menjaga kepentingan mereka secara total?
Persoalannya, siapa yang menjadi mangsa di sini? Adakah Perdana Menteri yang dihina dan diaibkan atau budak-budak hingusan yang sesuka hati mencerca Perdana Menteri?
Adakah mangsa ragut perlu meminta maaf kepada peragut?
Entah dari mana datangnya idea yang penuh kegilaan ini.
Yang menjadi mangsa adalah Perdana Menteri dan diarahkan pula meminta maaf?
Gila...gila...gila...lagi dilayan budak-budak hingusan ini anda semua akan jadi gila seperti mereka.
Tuesday, January 3, 2012
Sambungan kata Hang Tuah
Anda takut Melayu akan hilang di dunia? Anda takut bangsa Melayu akan lenyap di dunia?
Anda tidak perlu gusar akan kemungkinan Melayu akan hilang dan luput di dunia kerana pahlawan Melayu, Hang Tuah ada berkata 'TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA'.
Timbul pula pertanyaan daripada segelintir sahabat yang bertanya kepada Jebat, 'Hang Tuah cakap Melayu tak hilang di dunia tetapi Hang Tuah sendiri hilang entah ke mana' dan Jebat jawab kepada mereka 'Hang Tuah bukan hilang tetapi sedang sibuk mengelilingi dunia untuk pastikan benarkah Melayu masih ada di setiap pelusuk dunia'.
Bukti benarnya kata Hang Tuah, Melayu tidak akan hilang dan Melayu akan sentiasa kelihatan, tunggulah 9hb Januari ini Melayu akan bersepah di tengah jalan. Sebabnya, Melayu tidak mahu Melayu dipenjarakan. Melayu liwat Melayu, yang bertembung juga Melayu dengan Melayu. Hebatkan Melayu..di mana-mana ada Melayu.
Itulah yang bukan Melayu risaukan kerana pepatah Melayu ada mengatakan 'gajah sama gajah bergaduh, pelanduk mati di tengah-tengah'. Benarkah? Pelanduk bukan bodoh seperti gajah, pelanduk lebih suka gajah bergaduh kerana apabila keletihan bergaduh, gajah sudah hilang tenaga dan sudahnya gajah hilang kuasa.
Jadi sambungan kepada kata-kata Hang Tuah 'Melayu takkan hilang di dunia....KUASA BAGAIMANA?
Singkirkan mahasiswa biar dia orang tak dapat kerja? Siapa cakap?
Ada di antara kita yang pandai-pandai cakap supaya Adam Adli dibuang kampus kerana tindakannya menurunkan bendera di PWTC dan kerana keceluparan mulutnya berdemo di depan UPSI tempoh hari. Mereka berkata buang sahaja Adam Adli dan baru dia tahu bagaimana susah mendapat kerja tanpa sijil.
Siapa kata tidak ada sijil sukar untuk mendapatkan pekerjaan? Zaman ini dunia serba canggih peluang pekerjaan ada di mana-mana biarpun tanpa sijil.
Dengan muka jambu yang ada pada Adam Adli tentulah peluang pekerjaan sentiasa ada di depan matanya. Setidak-tidaknya tentulah dia layak menjadi pembuat kopi dan teh di pejabat bakal Perdana Menteri paling sibuk dalam sejarah.
Karier sebagai membuat teh dan kopi pada masa ini bukanlah suatu kerja yang rendah tarafnya kerana ramai di kalangan pembuat teh dan kopi sudah boleh mengikut bos mereka ke luar negara kerana kopi dan teh itulah yang seringkali membuatkan bos MERINDUI mereka.
Pembuat teh dan kopi juga sebenarnya mudah untuk dinaikkan pangkat kerana selain daripada membancuh teh dan kopi mereka sering diberikan peluang oleh bos mereka untuk menghantar surat-surat penting tidak kira di mana sahaja bos mereka berada termasuklah ketika bosnya mengadakan perbincangan di kondo-kondo mewah.
Cuma satu yang perlu dipelajari oleh pembuat teh dan kopi iaitu MEMBUAT KARIPAP kerana selain daripada minum kopi dan teh bos-bos pada zaman sekarang suka makan karipap. Tentulah bos itu bos yang kedekut kerana hanya memberikan pembuat teh dan kopinya sekeping karipap setelah seharian lelah menyiapkan KERJA mereka.
Safwan Wheelchair belum apa-apa lagi sudah menunjukkan bakat untuk menjadi artis tersohor. Kebolehannya membawa pelbagai watak turut dikagumi oleh ramai penggiat seni tanahair. Siapa yang tidak kagum akan kebolehan Safwan yang pada mulanya berwatak ganas tetapi secara tiba-tiba pula menjadi seorang yang 'touching' dengan keadaan berkerusi roda. Itu belum lagi mengambil kira kebolehan beliau melakonkan watak hampir-hampir mati tetapi dengan berkat doa Mat Sabu tak jadi mati.
Inilah kelebihan yang ada pada mereka berkat tunjuk ajar oleh senior mereka. Mat Sabu lagi hebat boleh main cucuk-cucuk skru dalam lutut. Itu belum lagi kehebatan senior yang boleh mati pada waktu pagi tetapi hidup semula sebelah petangnya.
Doa pecah perut tapi tak pecah-pecah? Anda boleh buat?Tak bolehkan?Hebat tak mereka?
Monday, January 2, 2012
Aspan Alias: Kalau itu yang terbaik..teruskan
Di kalangan sahabat blogger ramai yang sudah menulis akan kemasukan blogger Aspan dan Sakmongkol ke dalam DAP. Aspan di dalam artikelnya berkata biarpun diasak secara teruk oleh media arus perdana dan blogger pro-BN akibat daripada tindakannya itu berasa bersemangat kerana mendapat rangsangan daripada rakyat di luar sana.
Sebenarnya, tidak ada apa pun yang perlu diresahkan dengan tindakan saudara Aspan. Jika keputusan itu yang dirasakan terbaik oleh Aspan apalah perlunya kita keluh kesah dengan tindakan itu. Sesungguhnya, menyertai UMNO dan Barisan Nasional bukanlah suatu kemestian yang tidak boleh tidak harus dilaksanakan. Menyertai mana-mana parti politik adalah atas dasar 'kepercayaan' bahawa parti itulah yang terbaik buat mereka.
Aspan bukanlah suatu nama kecil dalam dunia blogging lantaran itu tentunya ada pihak yang ingin menyunting beliau apatah lagi dengan pengalaman beliau yang luas dalam dunia politik. Menyebut tentang perkataan menyunting pada kebiasaanya seperti di dalam majlis perkahwinan tentulah sedikit sebanyak mempunyai nilai yang seharusnya diutamakan. Biarpun sekadar adat tetapi adat itulah yang dijunjung manusia kerana Melayu sudah sepakat bahawa 'biar mati anak jangan mati adat'. Lagipun tidak ada Santa yang sekadar 'suka-suka' membawa guni untuk memberikan hadiah kepada rakyat teramai.
Politik adalah sesuatu yang berkisar kepada soal survival.Kehidupan harian adalah politik yang membutuhkan soal survival yang maksima dan optima. Tidak boleh tidak dan tanpa sebarang alasan, perut tidak boleh dibiarkan berkeroncong. Rakan-rakan di dalam PKR adalah cebisan daripada ahli-ahli UMNO yang penuh dengan rajuk dan nafsu marah. UMNO bukanlah suatu parti yang dapat menjamin kehidupan selesa seseorang individu secara khusus tetapi adalah sebuah parti pemerintah yang diamanahkan rakyat untuk mentadbir negara secara keseluruhan secara baik dan bijaksana dan alhamdulillah kita sudah mampu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain.
Berbalik kepada soal survival, jika saudara Aspan mendapati bahawa survival hidup beliau akan tidak menunjukkan titik akhir dengan menyertai DAP itu adalah tindakan yang lumrah kepada seseorang yang mencari nafas baru.Talian hayat. Jika ada peluang kepada saudara Aspan untuk menjadi calon di dalam pilihanraya kelak atas kerusi DAP itu juga dikatakan sebagai suatu kebaikan kepada saudara Aspan yang harus kita sokong kerana tidak ada manusia di atas mukabumi ini termasuklah DAP untuk membantu saudara Aspan secara total selain daripada Aspan sendiri yang mencari jalan bantu untuk survival beliau. Dan tindakan ini mungkin sahaja berkisar kepada soal survival. Tidak ada yang perlu disesal dan dikesalkan.
Manusia memang terlalu lambat untuk memerhati lantaran kerana hijab yang menebal. Bertahun lamanya bersama-sama UMNO baru kini Aspan 'terpandang' apa yang didakwa sebagai kebusukkan yang terkandung di dalam UMNO. Apakah dahulunya Aspan tidak terpandang atau terhidu segala kebusukan itu?Mungkin sahaja keadaannya sama seperti seseorang yang duduk di coffee house di hotel yang tidak pernah terbau segala kebusukan yang berada di dapur hotel tersebut kerana terlalu selesa dengan pendingin udara yang nyaman.
Apapun kita doakan yang terbaik buat saudara Aspan. Kecelaruan minda memang ada kalanya berlaku dan doakan sahaja ada sinar di hujung terowong buat saudara Aspan.Jika gelap hujungnya saudara Aspan ingatlah bahawa Kedai Rakyat 1 Malaysia ada menjual lilin buat saudara Aspan menerangkan kegelapan.
Kembalilah kepada laluan asal kerana laluan asal sudah anda tahu buruk baiknya dan ramai rakan-rakan yang dahulunya meninggalkan UMNO dan membuat pusingan U hari ini berjaya mendapat tempat yang selesa. Kebusukan pada kita belum tentu pada yang lainnya.
Saudara Aspan lebih tahu dengan tindakannya dan mulut yang berkata belum tentu selari dengan apa yang sedang bersarang di dalam hati.
Kalau bodoh jangan ditunjuk
Apakah motif BERSIH 2.0 diadakan tempoh hari? Khabarnya untuk menuntut supaya diadakan pilihanraya yang bersih dan telus mengikut kehendak Pakatan Rakyat..
Benarkah tidak bersih pilihanraya di Malaysia? Gerakan mahasiswa juga memperlihatkan bahawa lahirnya rasa ketidak puashatian segelintir para mahasiswa. Mereka juga tergolong di dalam mereka yang mendakwa bahawa pilihanraya di Malaysia tidak telus.
Tetapi melihat kepada video di bawah, jelas membuktikan bahawa mereka sendiri tidak pasti dengan apa yang mereka perjuangkan.
Mereka berikrar akan menguburkan Barisan Nasional di dalam Pilihanraya Umum ke 13 nanti. Tetapi jika mereka sendiri mendakwa bahawa pilihanraya di dalam Malaysia tidak telus bagaimana mereka boleh menggunakan kaedah pilihanraya untuk menguburkan Barisan Nasional?
Jelas kepada kita bahawa golongan mahasiswa ini adalah golongan yang cuba mencari diri mereka sendiri. Keliru dengan apa yang mereka lakukan dan cubaan menjadi hero ini adalah berpunca daripada ketamakkan diri mereka yang mahu mencipta nama sebagai seorang politikus di masa hadapan.
Samalah seperti Nuar Ibrahim yang akhirnya berjaya mencipta nama di bidang politik dengan bermulakan platform sebagai mahasiswa untuk menjual nama di peringkat awal.
Cuma mahasiswa yang bodoh sahaja merasakan rakyat Malaysia tidak faham dengan keinginan dan kebusukkan yang sedang mereka lakukan.
Benarkah tidak bersih pilihanraya di Malaysia? Gerakan mahasiswa juga memperlihatkan bahawa lahirnya rasa ketidak puashatian segelintir para mahasiswa. Mereka juga tergolong di dalam mereka yang mendakwa bahawa pilihanraya di Malaysia tidak telus.
Tetapi melihat kepada video di bawah, jelas membuktikan bahawa mereka sendiri tidak pasti dengan apa yang mereka perjuangkan.
Mereka berikrar akan menguburkan Barisan Nasional di dalam Pilihanraya Umum ke 13 nanti. Tetapi jika mereka sendiri mendakwa bahawa pilihanraya di dalam Malaysia tidak telus bagaimana mereka boleh menggunakan kaedah pilihanraya untuk menguburkan Barisan Nasional?
Jelas kepada kita bahawa golongan mahasiswa ini adalah golongan yang cuba mencari diri mereka sendiri. Keliru dengan apa yang mereka lakukan dan cubaan menjadi hero ini adalah berpunca daripada ketamakkan diri mereka yang mahu mencipta nama sebagai seorang politikus di masa hadapan.
Samalah seperti Nuar Ibrahim yang akhirnya berjaya mencipta nama di bidang politik dengan bermulakan platform sebagai mahasiswa untuk menjual nama di peringkat awal.
Cuma mahasiswa yang bodoh sahaja merasakan rakyat Malaysia tidak faham dengan keinginan dan kebusukkan yang sedang mereka lakukan.
Sunday, January 1, 2012
UPSI: Mana hilangnya Saipuddin Dollah?
Semakin hari semakin melampau tindakan segelintir mahasiswa yang menentang kerajaan. Kalau suatu ketika mereka berani menurunkan bendera Perdana Menteri beberapa hari yang lepas mereka terbalikkan pula gambar Perdana Menteri.
Bagaimana mereka boleh mendapat keberanian sebegitu rupa? Jika kita berkata bahawa keberanian itu timbul kerana adanya sokongan daripada politikus Pakatan ada benarnya tetapi bagaimana pula dengan 'new politic' yang diketengahkan Saipuddin seorang Timbalan Menteri?
Bukankah disebabkan 'kesudian' tidak berasas Saipuddin untuk 'melayan' permintaan golongan mahasiswa ini di PWTC tempoh hari telah menyebabkan mereka semakin kemaruk untuk merusuh.?
Sehingga ke hari ini kita masih menunggu Saipudin untuk menjelaskan kepada kita apa yang beliau maksudkan dengan 'new politic'. Adakah dengan memberi 'muka' kepada mahasiswa itu merupakan new politic?
Saipuddin sama ada sedar atau sengaja buat-buat tidak sedar bahawa new politic yang cuba diketengahkan boleh digunapakai jika golongan mahasiswa ini benar-benar tidak menyebelahi mana-mana parti politik tetapi apa yang berlaku jelas menunjukkan bahawa mereka yang terlibat ini adalah mereka yang cenderung kepada perjuangan Pakatan. Adakah new politic yang dibawa Saipuddin tidak terguna pakai kepada mahasiswa pro-aspirasi yang hadir beramai-ramai ke Kementerian Pengajian Tinggi tempoh hari?
Mengapa Saipuddin bertindak double standard? Mengapa kesudian Saipuddin melayan mahasiswa hanya tertumpu kepada mahasiswa yang menyerang kerajaan tetapi tidak kepada mahasiswa yang menyokong kerajaan? Adakah ini new politic?
Peliknya mengapa Saipuddin yang beria-ia sedangkan beliau hanyalah Timbalan Menteri. Apakah Menteri Pengajian Tinggi sendiri tidak bersetuju dengan tindakan Saipuddin? Apakah suara Saipuddin akan didengar oleh mesyuarat kabinet sedangkan Saipuddin sendiri tidak layak untuk memasuki mesyuarat tersebut?
Kalau Saipuddin berkata bahawa hanya beliau yang faham dengan pendekatan new politic itu maka seharusnya Saipuddin mengabdikan masanya bersama golongan mahasiswa itu..24 jam. Tetapi mana kelibat Saipuddin tatkala kerasukan gerombolan mahasiswa ini sudah semakin kritikal?
Kalau Saipuddin merasakan yang dirinya terlalu bagus dan cerdik sila selesaikan perkara ini dengan segera kerana anda sudah membuka pintu rumah kepada mereka. Jangan hanya kesilapan anda membuka pintu seluruh isi rumah akan menerima bencana.
Adakah new politic tidak menerapkan nilai-nilai kepertangunggungjawaban?
Subscribe to:
Posts (Atom)