Wednesday, March 28, 2012

Kalau nak beli SPEAKER..beli yang original



Tentu di antara kita biasa mendengar tentang istilah SPEAKER. Tugas utama speaker ialah mengeluarkan bunyi seperti yang diarahkan oleh manusia mengikut kehendak manusia yang mengawal speaker tersebut.

Tetapi lain pula halnya dengan speaker di Selangor. Speaker di Selangor mampu mengeluarkan bunyinya lain daripada yang sepatutnya. Kalau lagu Ombak Rindu yang dipasang mungkin sahaja lagu Hukum Karma pula yang bakal berkumandang. Speaker di Selangor sangat degil etikanya. Speaker di Selangor boleh mengeluarkan arahan mengikut kemahunnya sendiri dan speaker di Selangor hanya boleh diprogam oleh tuan punya kilang speaker.

Baru-baru ini speaker di Selangor buat hal lagi tetapi mungkin kerana cd yang dimainkan rosak menyebabkan speaker di Selangor terlepas bunyi yang tidak sepatutnya. Akibat daripada itu ramai yang mula sedar bahawa speaker di Selangor amatlah jelek etikanya.

Orang-orang Selangor kenalah sematkan dalam hati..Lain kali jika ingin membeli speaker belilah yang original kerana jika tidak anda hanya akan berdepan dengan speaker cetak rompak yang kelilingnya tentulah lanun yang amat rakus.

Hebat Rafidah..cuma tidak kena tempatnya



Siapa yang dapat menyangkal betapa hebatnya Wanita UMNO sewaktu di bawah seliaan Rafidah Aziz. Selain daripada hebat dibangku Ketua Wanita UMNO beliau juga hebat menjadi Menteri. Semua orang sedar akan keadaan itu dan secara hormatnya kita ucapkan terima kasih di atas sumbangan itu.

Cuma kelantangan Rafidah yang mendesak supaya Sharizat meletakkan jawatan ekoran isu NFC tidaklah menyalahi etika demokrasi tetapi sebagai orang yang berpengalaman luas tentulah Rafidah boleh melihat kelantangan itu boleh diekspolitasi oleh puak sebelah sana untuk menggambarkan betapa keliru dan kelam kabutnya Wanita UMNO. 

Sebagai kakak dan adik tentulah ada jalan lain yang boleh digunakan oleh Rafidah untuk bertentangan mata dengan Sharizat. Rasanya medium media bukanlah jalan terbaik untuk mengutarakan sesuatu pandangan kerana terlalu banyak mata yang mengintai dan intaian itu bersifat opurtunis yang secara tidak langsungnya mencacatkan UMNO.

Ada orang yang berkata bahawa inilah adalah politik tinggi tetapi rakyat di luar sana tidaklah sehandal Rafidah di dalam politik dan rakyat hanyalah sebagai pendengar perkara pokok tanpa membuat sebarang analisis seperti yang terkandung di dalam percaturan politik.

Apatah lagi puak sebelah sana yang terlalu bijak mengambil kesempatan. Rakyat pasti akan dimomokkan dengan seribu macam cerita yang segala buruknya terkandung di dalam UMNO dan dengan hujah yang mudah rakyat akan termakan momokan itu. 

Perlukah dan bagaimanakah cara yang sesuai untuk kita bentangkan kepada rakyat di luar sana bahawa 'krisis' ini hanyalah percaturan politik yang memang dan tidak sesekali mahu difahami oleh rakyat?

Rakyat sejak dahulu lagi sedar dan cukup faham bahawa 1+1 = 2 dan kefahaman itu tidak akan berubah dengan apa jua bentuk hujah dan analisis kerana minda yang sudah semakin terserong dengan hujah dan fakta mudah puak sebelah sana yang walaupun pada dasarnya tidak langsung dapat diterima minda.

Fahamilah jiwa rakyat Malaysia cukup halus dan yang halus itulah sedang dibeli oleh puak sebelah sana supaya mudah disatukan di bawah satu panji  BENCIKAN UMNO.

Monday, March 26, 2012

Lepas kotak..gambar pula...mananya?

mana-mana pergi kotak-kotak??? semak otak..


Suatu ketika di mana saja seorang pemimpin itu berceramah beliau selalu berkata bahawa beliau mempunyai 6 kotak yang mengandungi rahsia Nuar Berahim. Sehingga artikel ini ditulis kotak itu masih tidak kelihatan. Usahkan 6 kotak 1 kotak pun masih menjadi tanda tanya.

Terbaru, dikabarkan wujud pula gambar Nuar Berahim dengan seorang wanita memasuki Tivoli Villa. Kita cuma mengharapkan cerita dan gambar ini sahih kerana jika tidak hanya akan membuatkan rakyat beranggapan semua ini adalah fitnah jahat terhadap Nuar Berahim.

Entah apa lagi yang perlu kita tunggu untuk mendedahkan segala bukti yang ada demi menjelaskan kepada rakyat berhubung tindak tanduk Nuar Berahim. Jika semuanya sudah ada dedahkan saja biarkan ianya menjadi pekung yang membusukkan dan mengganggu lena Nuar Berahim.

Kepada yang mendakwa mempunyai segala bentuk bukti, londehkan sahaja dan tidak perlu menunggu panjang kerana jika berjimak pun kita tidak sanggup separuh jalan kalau tidak nanti banyak kerja serba tak menjadi.

Friday, March 23, 2012

Hebat MB Perak



Kalau nak ditanya kepada Jebat siapakah pemimpin peringkat negeri yang Jebat kagum, jawapannya ialah Menteri Besar Perak. Selepas kehebatan Ketua Menteri Melaka,nama Zambry cukup harum di mulut rakyat.

Siapa yang mungkin lupa bagaimana 'humble' nya Zambry membantu mangsa kemalangan. Sikap tanggungjawab dan jiwa pemimpinnya amat jelas dan alangkah baiknya jika semua pemimpin Malaysia boleh mencontohi Zambry.

Gambar Zambry menggunting rambut di kedai yang cukup simple ini membayangkan jiwanya yang sentiasa dekat dengan rakyat. Kalau ada orang berkata bahawa ini adalah suatu politik murah, Jebat ingin menyeru kepada mereka untuk berbuat seperti Zambry.Sanggupkah?

Jika diikut kepada kedudukan Zambry sebagai Menteri Besar tentulah beliau mampu untuk ke kedai gunting yang lebih eksklusif tetapi sikap rendah diri sebeginilah yang rakyat inginkan.

Siapakah yang sanggup mengikuti tingkahlaku Zambry ini? Kalau seluruh pimpinan BN Perak mencontohi sikap rendah diri dan berjiwa rakyat ini tentulah tidak akan wujud sebarang kepayahan untuk BN terus memerintah.

Berpijaklah di bumi nyata.

Thursday, March 22, 2012

Bila Naib Ketua Wanita menjadi Tuah



Jika dikatakan tidak bijak tentulah ianya tidak benar kerana jika tidak bijak masakan diangkat menjadi pemimpin. Jawatan nombor 2 di dalam sayap bukanlah calang-calang jawatan yang selain daripada pengaruh tentulah kebijaksanaan menjadi asas pemilihan.

Kita tidak menafikan soal kebijaksanaan bahkan umum tahu betapa peranan wanita amat ditagih di dalam soal meraih undi tetapi kenyataan yang dibuat oleh orang nombor 2 di dalam sayap itu membuatkan kita semua terfikir tentang hal kesetiaan.

Amatlah malang kepada seorang ketua jika mempunyai penolong yang tidak setia. Seharusnya gerakan yang dikuatkan melalui semangat perpaduan di dalam kumpulan itu tidak membuat pilihan yang lain selain daripada menunjukkan kesetiaan kepada ketuanya. 

Lihat sahaja kepada Jebat bagaimana rela mengorbankan dirinya demi Tuah. Jika tamaknya Jebat pada kuasa pada masa itu tentulah 'kematian' Tuah tidak mendatangkan sebarang makna kepada Jebat. Bahkan mungkin saja kematian Tuah amat dinantikan oleh Jebat untuk bergelar hulubalang Melaka. 

Dek kerana KESETIAAN, Jebat akhirnya rebah di tangan Tuah. Berbaloi pengorbanan Jebat kerana sebilangan besar rakyat Melaka menobatkan Jebat sebagai pejuang. 

Kita mengharapkan orang nombor 2 di dalam Wanita mengambil perihal Jebat dan Tuah sebagai teladan. Jika mahu dikenang sebagai pejuang, biarlah pengikut yang memartabatkan anda sebagai pejuang kerana kesetiaan anda pada perjuangan. Tidak perlu kepada soal 'masuk bakul, angkat sendiri' kerana sudahnya orang pasti akan melihat anda sebagai tamak kepada kuasa.

Di dalam era ini, berhubung secara empat mata bukanlah sesukar seperti Tuah terpaksa berbulan lamanya mendayung sampan menculik Tun Teja. Jika benar orang nombor 2 Wanita tidak berpuashati dengan ketuanya, PWTC sentiasa ada untuk membolehkan ahli-ahlinya duduk semeja dan berbincang. Aduhai, Jebat dan Tuah bertikam pun ditutupnya pintu supaya tidak ternampak apa yang berlaku di antara mereka.

Sabarlah Kak Jat, kalau dahulu anda berkata 'itu belum lagi selak kain' tidak pula siapa menyangka di kalangan anda sendiri rupanya yang mahu menyelak kain Kak Jat.

Wednesday, March 21, 2012

Kalau jantan kenapa harus lari?



Keputusan kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Terpilih Parlimen bagi membicarakan perihal Lynas membuktikan ketelusan kerajaan di dalam membangunkan kepentingan negara tanpa mengabaikan keselamatan negara.

Telah banyak penjelasan dilakukan oleh kerajaan bahkan dibawa juga pakar dari luar negara bagi menerangkan bahawa projek Lynas tidaklah mendatangkan mudarat kepada rakyat seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak tetapi pimpinan Pakatan tetap dengan pegangan politik murah bagi mendatangkan persepsi buruk kepada kerajaan.

Hujah mudah kepada persoalan ini ialah jika benarlah kerajaan tidak mementingkan keselamatan dan kesihatan rakyat apalah perlunya kerajaan mendirikan pusat-pusat kesihatan bukan sahaja di peringkat negara bahkan disetiap daerah.

Acap kali disebut oleh pimpinan Pakatan bahawa projek Lynas ini mendatangkan kesan yang cukup buruk kepada rakyat sehinggakan mendatangkan kecacatan fizikal kepada rakyat. Pimpinan Pakatan mendakwa mereka memperjuangkan nasib rakyat yang seolah diperkotak-katikkan oleh BN. Jika benarlah dakwaan Pakatan berhubung isu Lynas ini mengapa apabila diberikan ruang yang secukupnya untuk berhujah secara ilmiah di dalam Dewan Rakyat mereka enggan berbuat demikian sehingga bertindak meninggalkan dewan?

Jika dakwaan mereka berasas dan mempunyai bukti kukuh, keluarkan dan hebahkan sahaja di dalam Dewan Rakyat dan biar rakyat sedar akan bahaya projek itu. Tetapi perilaku penakut yang ditunjukkan oleh pimpinan Pakatan yang bertindak keluar dewan jelas sekali menggambarkan bahawa dakwaan Lynas mendatangkan keburukan hanya satu mitos yang dibangkitkan oleh mereka seolah-olah merekalah yang memperjuangkan nasib rakyat.

Perdana Menteri asal kelahirannya Pahang dan jika benarlah Lynas itu merbahaya tentu seawal-awalnya lagi Perdana Menteri tidak akan meluluskan projek itu.

Malaysia Institute of Nuclear Technology (MINT) di Bangi sudah lama dibangunkan tetapi tidak pula pernah kedengaran perkara buruk yang berlaku bahkan para pekerja di sana tetap sihat seperti sediakala.

Doa dalam tokong..doa masuk syurga?


Apa lagi nak dikata bila melihat kepada gambar di atas? Jika benar sekalipun mencari dan menjaga kepentingan politik tidak perlu sampai menjual kesucian agama. 

HamPAS tolong jelaskan apa sebenarnya yang berlaku semasa gambar ini diambil. Perdana Menteri berucap di dalam majlis di Batu Caves pun dikatakan salah dari segi agama apa pula tarafnya bila orang Islam berdoa di dalam tokong?

Untuk kisah sepenuhnya baca DI SINI

Tuesday, March 20, 2012

Orang paling tidak ada perasaan dalam Malaysia



Jika dihitung dari perkiraan blogger PAPA GOMO, hari ini dikatakan genap setahun usia penayangan video yang dikatakan dilakonkan oleh seorang pemimpin tersohor Pakatan.

Dengan olahan yang cukup menarik, GOMO dan beberapa sahabat blogger mengingatkan kepada rakyat Malaysia akan kewujudan video dan menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia akan ciri-ciri yang perlu ada kepada individu untuk menjadi pemimpin apatah lagi jika menyimpan hasrat untuk menjadi seorang Perdana Menteri.

Setahun bukanlah detik yang terlalu pendek. Terlalu banyak ruang yang diberikan kepada pelaku itu sehinggakan kita terlupa untuk memperkatakan perkara yang banyak belum dapat dibuktikan akan kewujudan video itu. Yang jelas dan nyata, JAM OMEGA masih belum dapat dibawa kepada tontonan umum dan kalau benarlah seperti kata isteri individu itu bahawa JAM OMEGA ada di dalam simpanannya, apalah sukar sangat untuk dibuktikan kesahihan dakwaan itu.

Yang paling kita tunggukan ialah BILA PELAKU DI DALAM VIDEO ITU MAHU MENYAMAN PAPA GOMO DAN ESKAY YANG SECARA TERANGNYA MENYEBUT NAMA PELAKU DI DALAM VIDEO ITU.

Teringat pula pada pepatah Melayu, JIKA DIAM TANDA SETUJU.

Tuesday, March 13, 2012

Anak aku bertunang yang kau bising kenapa?



Kalau orang dah benci dan memang nak menjahanamkan orang lain, buatlah apa sahaja sekalipun pasti buruk juga dipandang mata. 

Kalau dahulu riuh rendah pasal cincin, selepas itu hal berbelanja mewah di Australia dan kini soal pertunangan pula dijadikan isu. Semuanya hanya satu gerakan terancang untuk merosakkan imej Perdana Menteri di mata rakyat.

Tetapi benarlah kata-kata 'apabila timbul yang Haq yang Batil pasti akan lenyap'. Selepas pelbagai sudut digunapakai berhubung isu pertunangan ini untuk memburukkan imej Perdana Menteri, hari ini pihak hotel di mana majlis itu berlangsung memburaikan segala-galanya. Maka ternampak dan terhidulah pekung-pekung yang sengaja dicipta. 

Jelas, kenyataan daripada hotel itu menegaskan bahawa perbelanjaan untuk majlis itu dibiayai oleh Perdana Menteri sendiri dan bukan daripada 'duit rakyat' seperti yang didakwa pihak tertentu. 

Satu yang harus dipuji terhadap pimpinan BN khususnya Perdana Menteri kerana sikap dan darjah kesabaran yang tinggi menghadapi ujian yang mendatang. Benarlah, menjadi pemimpin tidak semudah yang dijangka. 

Jika kesilapan membuat dakwaan seperti ini dilakukan oleh pimpinan BN tentulah dan sudah barang pasti puak sebelah sana akan melolong meminta pimpinan BN memohon maaf tetapi mujurlah pimpinan BN sudah matang sebagaimana matangnya mereka mentadbir negara.

Sharizat sudah melepaskan jawatan, Chua Soi Lek sudah mengaku melakukan kesilapan dan beberapa pimpinan BN sedang menghadapi perbicaraan di mahkamah tetapi sehingga ke saat ini tidak ada seorang pun puak sebelah sana yang memohon maaf atau mengaku salah. Malah mereka tergamak mengheret rakyat untuk  ke sama terjebak ke kancah politik.

Selepas ini jika ada sesiapa di antara kita mahu mengadakan apa jua majlis perlu menghantar 'cash flow' atau apa sahaja bentuk dokumen untuk diperakukan oleh pihak sebelah sana. 

Hasihhh...jagalah kain sendiri sebelum sibuk mengintai apa yang ada di dalam kain orang. Mungkin di dalam kain sendiri terdapat banyak kurap yang jika tidak ternampak sekalipun baunya pasti akan menjengah ke lubang hidung.

Monday, March 12, 2012

Adakah kemalangan ini konspirasi jahat UMNO?




Syabas kepada Menteri Besar Perak. Sebenarnya Jebat amat kagum dengan sikap yang ditunjukkan oleh Menteri Besar Perak ini. Selayaknyalah beliau memegang jawatan tersebut. 

Mudah-mudahan sikap ini akan menjadi contoh kepada semua pimpinan negara bukan sahaja di Perak malah di seluruh negara. Pimpinan yang satu lagi tu, kita tak harap pun mereka mempunyai sikap seperti ini. Selain dari isu peribadi dan masalah moral apa lagi yang boleh mereka ketengahkan.

Kalau masa zaman pemerintahan bekas Menteri besar yang dulu, lain pula pendekatannya. Rakyat di suruh baring di atas jalanraya demi mempertahankan jawatannya. Tetapi lihatlah sendiri bagaimana sikap Menteri Besar, Dr Zambry di atas keperihatinan yang cukup tinggi membantu mangsa kemalangan.

Jangan pula ada yang kata, kemalangan ini adalah 'konspirasi terancang UMNO untuk menamatkan karier politik saya'. Bukankah mereka suka menuding jari dengan menyalahkan UMNO di dalam semua perkara?

Kalau nak gila pun gilalah berpada-pada. 

Sunday, March 11, 2012

Jawapan kenapa orang suka pada SAMPAH?



Sebelum ini banyak blogger yang mendedahkan beberapa buah negeri yang gagal mengurus sampah dengan baik atau dalam bahasa lainnya gagal mentadbir negeri dan gagal mengutamakan kebersihan justeru mengabaikan kepentingan kesihatan rakyat.

Semasa mengintai-intai beberapa laman blog Jebat terjumpa dengan satu artikel yang agak menarik. Bukan kerana sampah tetapi kerana anjing-anjing yang suka mengerumum sampah.

Kalau benarlah artikel ini, tidak hairanlah mengapa pimpinan di beberapa buah negeri suka mengumpulkan sampah dan tidak mengurus sampah dengan baik.

Mungkin kerana terlalu 'advance' minda mereka, tanpa kita sedar mereka membuat 'reverse engineering' daripada najis-najis anjing yang jelas boleh meningkatkan ekonomi negeri mereka. Heh..memangkin ekonomi dengan memperdagangkan tahi anjing? Sanggupkah orang-orang Islam membangun bersama ekonomi yang dimangkin dengan tahi anjing?

"Lalu terbitlah ide unik nan brilian tapi mahal ini. Pemerintah bersedia menukar kotoran anjing dengan emas. Kalau punya anjing, tadah kotorannya, lalu tukarkan dengan emas dari pemerintah kota."

Pemerintah kota menetapkan bahwa mulai 1 Agustus mendatang, warga yang memiliki anjing bisa menukar kotoran anjing dengan tiket undian.

Tiket undian itu akan ditukar emas dengan berat dan nilai yang bervariasi. Emas yang disediakan mulai seharga NT$ 12.000 dan NT$ 60.000.


Selanjutnya baca di SINI KISAH TAHI ANJING...

Maka selepas ini janganlah kita hairan kenapa ada pimpinan negeri yang sengaja membiarkan sampah tidak diurus dengan baik.

Atau lebih baiknya anda bela anjing sebanyak boleh dan anda akan perolehi sumber kewangan yang banyak walaupun sumbernya adalah sumber TAHI ANJING..Haishhhh

Thursday, March 8, 2012

Kenaikan gaji: Durian runtuh siapa?



Semua kakitangan awam perlu menzahirkan rasa terima kasih kepada kerajaan khususnya Perdana Menteri yang mengumumkan pelarasan gaji kepada kakitangan awam semalam.

Harapan besar adalah peningkatan ketara mutu kerja kakitangan awam yang sebelum ini dilihat amat negatif oleh orang ramai di luar sana.

Cuma yang meresahkan dan yang sudah hampir pasti dapat dilihat ialah pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri semalam akan 'merayakan' para peniaga yang pastinya akan menaikkan harga barang. Itu perkara lumrah setiap kali kerajaan mengumumkan kenaikan pendapatan yang melibatkan kuasa beli rakyat.

Pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri semalam seharusnya disambut sebagai satu tanggungjawab kepada Menteri, Ismail Sabri untuk memastikan harga barang tidak dinaikkan sesuka hati oleh para peniaga yang pastinya akan 'membaham' semua kenaikan itu.

Amaran semata-mata tidaklah dapat menjamin harga barang tidak akan naik tetapi lebih daripada itu seharusnya Ismail Sabri memikirkan mekanisma yang lebih baik bagi menangani kebarangkalian kenaikan harga barang.

Naikkanlah 10 kali gaji sekalipun tetapi jika kuasa beli pengguna 'dibaham' sewenangnya oleh para peniaga apalah ertinya dengan kenaikan.

Sebolehnya,kita tidak mahu kenaikan yang disifatkan sebagai durian runtuh itu akan memberikan isi durian kepada para peniaga dan kulit durian itu hanyalah duri yang akan menyakitkan kerajaan yang dilemparkan semula oleh kakitangan awam di dalam PRU ke 13 nanti.

Tuesday, March 6, 2012

Gambar anak siapakah ini?Kesan radioaktif Lynas??


Tidak tahulah mahu dikategorikan apa pada gambar di atas? Adakah perlu dikategorikan sebagai 18SX, 18PL atau untuk tontonan umum? Terpulanglah pada anda untuk klasifikasikan.

Jika nak disabitkan sebagai gambar seksi tentulah akan ada yang muntah hijau kegelian atau mungkin sahaja akan ada yang demam seminggu, jadi kategori apakah yang sesuai? Lawak, seksa atau apa sahaja yang terlintas di fikiran anda boleh diperkatakan.

Cuma satu sahaja yang terlintas di kepala Jebat..Mungkin saudara kita ini adalah mangsa kepada kesan radioaktif Lynas sehinggakan perut dan segala apa yang ada ditubuhnya menjadi membengkak?Hahahaha..

Jebat tidak mampu menulis dan menghurai panjang berhubung gambar ini. Terlalu kelakar. Agaknya adakah sesiapa yang bergelar Raja Liwat akan meneguk air liur apabila melihat gambar ini?

Pimpinan Pakatan tentu bangga dengan gambar di atas kerana berjaya melahirkan seorang pengikut taksub dari kalangan 'body builder' yang badannya berketul-ketul.

Aduhai apa nak jadi dengan budak yang dah macam Incredible Hulk ni...

"Ini kepala bapak kau, itu kepala bapak dia"..Bodohnya Melayu..



Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dikecam hebat di laman twitter kerana tindakan membatalkan konsert Erykah Badu. Sebab mengapa pembatalan itu dilakukan sudah pun dinyatakan di dalam artikel yang terdahulu.

Adalah amat malang kerana yang menghamburkan kata-kata kesat kepada Menteri itu rata-rata terdiri daripada anak-anak Melayu. Bukanlah Jebat ingin mempertahankan indvidu yang bernama Rais tetapi Jebat sekadar ingin anak-anak muda Melayu sedar bahawa cercaan dengan bahasa kesat yang mereka hamburkan adalah terhadap pemimpin Melayu dan apakah kita terlupa bahawa yang kita batalkan adalah disebabkan faktor kesucian agama?

Sedarlah bahawa hiburan dunia akan kekal di dunia tetapi amal kita di dalam mempertahankan kesucian agama akan dihitung di akhirat kelak.

Jika sekalipun nama Mat Sabu atau mana-mana pimpinan Pakatan disebut sebagai orang yang bertanggungjawab membatalkan konsert itu, Jebat pasti akan menyokong tindakan itu. Hal yang melibatkan soal keagamaan tidaklah seharusnya dijadikan permainan dan percaturan politik di dalam mencari populariti.

Entah di mana silapnya bilamana ada anak-anak Melayu yang seakan terlupa akan asal usul sehinggakan tergamak melemparkan kata-kata seperti 'muka seperti taik' kepada seorang tua yang bernama Rais yang sekadar menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya. Adakah perkataan yang sama juga akan terpalit ke muka mana-mana indvidu sekiranya memegang portfolio yang sedang disandang Rais? 

Tidaklah ingin berburuk sangka tetapi jika diintai dari gaya penulisan dan kecenderungan tentulah ianya jelas menggambarkan bahawa ada agenda politik tersembunyi di dalam penulisan yang menghentam Rais. Sama ada ianya percaturan parasit dari dalam atau memang agenda sebelah sana yang bijak mengambil peluang di atas ruang yang terbuka.

Cuma Jebat terfikir, bukankah di dalam sidang medianya Rais sudah memaklumkan dengan jelas bahawa keputusan membatalkan konsert itu adalah keputusan jemaah Menteri?  Seharusnya sebagai rakyat Malaysia kita harus menghormati keputusan itu jika tidak kerana kerajaan sekalipun hormatlah undang-undang Islam yang sudah digunapakai sejak azali.

Permasalahan ini sekadar menampakkan betapa Melayu terpecah dan Melayu sendiri nampaknya yang sedang memijak-mijak kepala Melayu yang lain.

Siapa yang bodoh dan siapa pula yang bijak??

Sunday, March 4, 2012

Selesaikan hal dalaman baru fikir hal nak ke Putrajaya



Adalah amat menggeletek hati apabila kemelut yang melanda kerajaan HamPAS di Kedah mengambil masa yang lama hendak diselesaikan. Sudah berlarutan ke berminggu-minggu masih tidak nampak jalan penyelesaiannya.

Keadaan ini jelas menggambarkan ketidakmampuan untuk mengurus dengan baik. Hal yang hanya melibatkan beberapa orang individu pun sukar hendak diselesaikan bagaimana mahu menjadi kerajaan di peringkat pusat yang melibatkan kira-kira 30 juta orang penduduk.

Itu belum lagi mengambil kira hal kepentingan hubungan diplomatik yang melibatkan kepentingan dua buah negara. Entah apalah bentuk dan kaedah yang hendak digunapakai.

Keinginan hendak menawan ke Putrajaya tampaknya haruslah ditangguhkan lagi atau seeloknya dihentikan sahaja. Perbetul dan perkemaskan diri terlebih dahulu sebelum bercita cita mahu menawan Putrajaya. Kita tidak mahu masyarakat dunia nanti akan mentertawakan Malaysia hanya kerana kita memberikan mandat kepada mereka yang tidak mampu mengurus dengan baik dan rasanya gelaran sebagai Ketua Kerajaan terlalu besar untuk diserahkan pada HamPAS.

Menjadi pemimpin untuk memimpin sebuah negara bukanlah perkara semudah membeli cokelat di kedai runcit. 

Sudah berpuluh tahun lamanya kita duduk di bawah pemerintahan kerajaan yang benar-benar telah membuktikan kepada kita akan kemampuan mereka untuk mentadbir dengan baik. Jika ada kesilapan kecil itu adalah lumrah kerana sebagai manusia sifatnya tentulah tidak lari daripada melakukan kesalahan. Tetapi kesalahan itu janganlah sampai mencacatkan Malaysia di mata dunia.

Bahasa mudah kepada pimpinan Pakatan. Intai dan cerminlah diri sendiri sebelum bercita-cita berkokok mahu ke Putrajaya. Muhasabah diri adalah jauh lebih baik sebelum anda ditertawakan oleh rakyat di luar sana.

Friday, March 2, 2012

Beza antara Menteri dan pegawai Menteri



Blogger Sanggah Tok Janggut membongkarkan kisah yang seakan berulang kembali semasa era pemerintahan Tun Abdullah. Siapa yang pernah lupa dengan pelbagai gelaran yang diberikan kepada pegawai-pegawai di pejabat Tun Abdullah semasa beliau menjawat jawatan Perdana Menteri. Semua orang tentunya masih ingat bagaimana ada dakwaan yang mengatakan bagaimana pegawai-pegawai di tingkat 4 menguasai cara fikir dan pendekatan yang diambil oleh Tun Abdullah.

Akhirnya, sebagai salah satu penyumbang, Tun Abdullah dilihat sebagai tidak mampu untuk mentadbir urus dengan baik dan dalam pada masih mampu berkhidmat Tun Abdullah terpaksa melepaskan jawatan yang ada padanya. Entah sejauh mana benar kepada dakwaan itu tidaklah Jebat ketahui tetapi halwa telinga Jebat tidak pernah lekang dengan kisah percaturan yang dimainkan oleh pegawai di tingkat 4.

Pendedahan blogger Sanggah Tok Janggut itu, jika wujud kebenarannya adalah amat malang kepada Perdana Menteri kerana rakyat Malaysia sudah dapat menerima pendekatan yang di bawa oleh Dato Seri Najib dengan baik. Janganlah kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Jika benarlah perkara ini, sayugia diingatkan kepada Perdana Menteri supaya luang-luangkan masa untuk mengintai-intai etika pegawainya.

Lumrahnya, ramai Menteri ataupun VIP yang menemui jalan noktah di dalam karier bukan kerana mereka tidak bagus tetapi orang sekelilingnya yang lebih sudu dari kuah. 

Selayaknya Menteri atau mana-mana jua VIP dilayan dengan sempurna kerana mereka adalah PEMIMPIN dan memang sudah termaktub di dalam pekeliling bahawa mereka layak dengan segala bentuk layanan tetapi yang menghairankan mengapa pula pegawai mereka inginkan layanan yang serupa? Siapa yang Menteri di sini?

Tanyalah kepada sahabat-sahabat media di luar sana bagaimana mereka sering berdepan dengan masalah pegawai-pegawai VIP yang kelakuan dan martabatnya seakan lebih hebat dari boss mereka. 

Khabarnya yang didedahkan oleh blogger Sanggah Tok Janggut itu adalah cerita benar dan bukan sekadar rekaan. Tentunya, sebagai orang lama di dalam bidang penulisan Tok Janggut tidak akan mengambil sikap membuta tuli 'membelasah' mana-mana individu tanpa sumber yang sahih.

Benar atau tidak perkara ini, kita serahkan pada Perdana Menteri untuk menilai dan sama-samalah kita tunggu kerana dikhabarkan akan ada pendedahan yang lebih panas daripada blogger Sanggah Tok Janggut.

Bertindak sebelum terlambat dan alangkah baiknya jika sudah tengadah sebelum terhantuk. Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian APA PUN TAK BOLEH!!!!

Betul ke LGBT nak dibawa ke PBB?

Khabarnya sebentar tadi diadakan demo di Masjid Negara anjuran PERKASA dan PEMBELA untuk membantah LGBT daripada dibawa ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

Setakat mana kesahihan berita itu tidaklah pula Jebat tahu.

Jika benarlah perkara ini terjadi tentunya aib besar akan terpalit ke muka kita orang-orang yang beragama Islam yang duduk di negara yang agama resminya adalah agama Islam.

Tentu industri pelacuran dan maksiat akan tambah berleluasa di Malaysia. Dalam pada kerajaan sibuk menguatkuasakan undang-undang membenteras maksiat pun industri maksiat ini boleh berkembang bayangkan sahaja apa akan berlaku kalau industri maksiat ini tidak lagi menjadi salah di sisi undang-undang.

Bukan sahaja orang muda malah yang sudah berkahwin pun akan terlibat sama. Maka akan kedengaranlah nanti suami orang 'merembat' isteri orang. Dan tentulah si suami tidak akan lagi dapat membawa samseng seramai 20 orang untuk membelasah lelaki yang 'merembat' isterinya.

Tentulah lelaki-lelaki Malaysia tidak akan ketinggalan jam tangan mereka di hotel setelah 'merembat' ayam-ayam mahupun kekasih kerana tidak lagi perlu risaukan akan serbuan yang dibuat oleh Jabatan Agama.

Tentulah gadis-gadis tidak lagi segan silu tidur mengangkang untuk gambar kemaluannya di rakamkan oleh teman lelakinya.

Tentulah kejadian 'merembat' isteri orang di dalam kabin keretapi tidak lagi menjadi isu besar.

Tentulah tidak perlu bersumpah laknat lagi selepas ini kerana semuanya telah menjadi halal.

Tentulah tidak ada lagi manusia yang bergelar Anugerah Tuhan kerana antara kita sama sahaja.

Dan yang tentunya, kita tidak lagi perlu kepada pemegang kunci syurga kerana semua manusia dan rakyat Malaysia akan masuk syurga tidak kiralah bagaimana tingkah dan lakunya.