Kalau orang dah benci dan memang nak menjahanamkan orang lain, buatlah apa sahaja sekalipun pasti buruk juga dipandang mata.
Kalau dahulu riuh rendah pasal cincin, selepas itu hal berbelanja mewah di Australia dan kini soal pertunangan pula dijadikan isu. Semuanya hanya satu gerakan terancang untuk merosakkan imej Perdana Menteri di mata rakyat.
Tetapi benarlah kata-kata 'apabila timbul yang Haq yang Batil pasti akan lenyap'. Selepas pelbagai sudut digunapakai berhubung isu pertunangan ini untuk memburukkan imej Perdana Menteri, hari ini pihak hotel di mana majlis itu berlangsung memburaikan segala-galanya. Maka ternampak dan terhidulah pekung-pekung yang sengaja dicipta.
Jelas, kenyataan daripada hotel itu menegaskan bahawa perbelanjaan untuk majlis itu dibiayai oleh Perdana Menteri sendiri dan bukan daripada 'duit rakyat' seperti yang didakwa pihak tertentu.
Satu yang harus dipuji terhadap pimpinan BN khususnya Perdana Menteri kerana sikap dan darjah kesabaran yang tinggi menghadapi ujian yang mendatang. Benarlah, menjadi pemimpin tidak semudah yang dijangka.
Jika kesilapan membuat dakwaan seperti ini dilakukan oleh pimpinan BN tentulah dan sudah barang pasti puak sebelah sana akan melolong meminta pimpinan BN memohon maaf tetapi mujurlah pimpinan BN sudah matang sebagaimana matangnya mereka mentadbir negara.
Sharizat sudah melepaskan jawatan, Chua Soi Lek sudah mengaku melakukan kesilapan dan beberapa pimpinan BN sedang menghadapi perbicaraan di mahkamah tetapi sehingga ke saat ini tidak ada seorang pun puak sebelah sana yang memohon maaf atau mengaku salah. Malah mereka tergamak mengheret rakyat untuk ke sama terjebak ke kancah politik.
Selepas ini jika ada sesiapa di antara kita mahu mengadakan apa jua majlis perlu menghantar 'cash flow' atau apa sahaja bentuk dokumen untuk diperakukan oleh pihak sebelah sana.
Hasihhh...jagalah kain sendiri sebelum sibuk mengintai apa yang ada di dalam kain orang. Mungkin di dalam kain sendiri terdapat banyak kurap yang jika tidak ternampak sekalipun baunya pasti akan menjengah ke lubang hidung.
No comments:
Post a Comment