Monday, March 12, 2012

Adakah kemalangan ini konspirasi jahat UMNO?




Syabas kepada Menteri Besar Perak. Sebenarnya Jebat amat kagum dengan sikap yang ditunjukkan oleh Menteri Besar Perak ini. Selayaknyalah beliau memegang jawatan tersebut. 

Mudah-mudahan sikap ini akan menjadi contoh kepada semua pimpinan negara bukan sahaja di Perak malah di seluruh negara. Pimpinan yang satu lagi tu, kita tak harap pun mereka mempunyai sikap seperti ini. Selain dari isu peribadi dan masalah moral apa lagi yang boleh mereka ketengahkan.

Kalau masa zaman pemerintahan bekas Menteri besar yang dulu, lain pula pendekatannya. Rakyat di suruh baring di atas jalanraya demi mempertahankan jawatannya. Tetapi lihatlah sendiri bagaimana sikap Menteri Besar, Dr Zambry di atas keperihatinan yang cukup tinggi membantu mangsa kemalangan.

Jangan pula ada yang kata, kemalangan ini adalah 'konspirasi terancang UMNO untuk menamatkan karier politik saya'. Bukankah mereka suka menuding jari dengan menyalahkan UMNO di dalam semua perkara?

Kalau nak gila pun gilalah berpada-pada. 

1 comment:

  1. nizar badut Dapig hamPAS pun pernah kena jugak macam ni...tapi lepas tu dia kata UMNO laa puncanya... dia bawak kereta dan terbalik pas tu tu UMNO remote control kereta dia sampai 4 tayar ke atas...memang jahat piang UMNO ni!!

    ReplyDelete