Friday, March 2, 2012

Beza antara Menteri dan pegawai Menteri



Blogger Sanggah Tok Janggut membongkarkan kisah yang seakan berulang kembali semasa era pemerintahan Tun Abdullah. Siapa yang pernah lupa dengan pelbagai gelaran yang diberikan kepada pegawai-pegawai di pejabat Tun Abdullah semasa beliau menjawat jawatan Perdana Menteri. Semua orang tentunya masih ingat bagaimana ada dakwaan yang mengatakan bagaimana pegawai-pegawai di tingkat 4 menguasai cara fikir dan pendekatan yang diambil oleh Tun Abdullah.

Akhirnya, sebagai salah satu penyumbang, Tun Abdullah dilihat sebagai tidak mampu untuk mentadbir urus dengan baik dan dalam pada masih mampu berkhidmat Tun Abdullah terpaksa melepaskan jawatan yang ada padanya. Entah sejauh mana benar kepada dakwaan itu tidaklah Jebat ketahui tetapi halwa telinga Jebat tidak pernah lekang dengan kisah percaturan yang dimainkan oleh pegawai di tingkat 4.

Pendedahan blogger Sanggah Tok Janggut itu, jika wujud kebenarannya adalah amat malang kepada Perdana Menteri kerana rakyat Malaysia sudah dapat menerima pendekatan yang di bawa oleh Dato Seri Najib dengan baik. Janganlah kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Jika benarlah perkara ini, sayugia diingatkan kepada Perdana Menteri supaya luang-luangkan masa untuk mengintai-intai etika pegawainya.

Lumrahnya, ramai Menteri ataupun VIP yang menemui jalan noktah di dalam karier bukan kerana mereka tidak bagus tetapi orang sekelilingnya yang lebih sudu dari kuah. 

Selayaknya Menteri atau mana-mana jua VIP dilayan dengan sempurna kerana mereka adalah PEMIMPIN dan memang sudah termaktub di dalam pekeliling bahawa mereka layak dengan segala bentuk layanan tetapi yang menghairankan mengapa pula pegawai mereka inginkan layanan yang serupa? Siapa yang Menteri di sini?

Tanyalah kepada sahabat-sahabat media di luar sana bagaimana mereka sering berdepan dengan masalah pegawai-pegawai VIP yang kelakuan dan martabatnya seakan lebih hebat dari boss mereka. 

Khabarnya yang didedahkan oleh blogger Sanggah Tok Janggut itu adalah cerita benar dan bukan sekadar rekaan. Tentunya, sebagai orang lama di dalam bidang penulisan Tok Janggut tidak akan mengambil sikap membuta tuli 'membelasah' mana-mana individu tanpa sumber yang sahih.

Benar atau tidak perkara ini, kita serahkan pada Perdana Menteri untuk menilai dan sama-samalah kita tunggu kerana dikhabarkan akan ada pendedahan yang lebih panas daripada blogger Sanggah Tok Janggut.

Bertindak sebelum terlambat dan alangkah baiknya jika sudah tengadah sebelum terhantuk. Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian APA PUN TAK BOLEH!!!!

5 comments:

  1. Loh ingatkan masih di TV 3, rupanya dah terlepas ke JPM. Makin powerlah Farid ini.
    Memang dari dulu lagi gelagatnya agak mencurigakan tetapi kenapa JPM tak dapat kesan. Mungkin ada tangan ghaib yang cuba menariknya. Harap DS Najib berhati-hatilah dengan parasit.

    ReplyDelete
  2. Dah biasa dengan glamour di TV3 nak buat mcm mana

    ReplyDelete
  3. PARASIT ada dalam UMNO jugak BN . . saja kita tak buat kecoh . sekarang tiba masanya para Bloggers beri perhatian PARASIT BN UMNO pulak . .jangan tunggu sampai dah teruk macam PAS . .

    ReplyDelete
  4. Rakyat bukan sahaj negalami masaalah untuk berjmupa PM atau MB tetapi nak jumpa MP atau DUN pun susah.. Banayak lapisan... kata orang dulu-dulu nasib baik terserempak dapat lah jumpa..

    ReplyDelete
  5. Alah ampu bosss ...

    Kementeriaan Penerangan lu mcm cibai lah!!!

    ReplyDelete