Thursday, March 8, 2012

Kenaikan gaji: Durian runtuh siapa?



Semua kakitangan awam perlu menzahirkan rasa terima kasih kepada kerajaan khususnya Perdana Menteri yang mengumumkan pelarasan gaji kepada kakitangan awam semalam.

Harapan besar adalah peningkatan ketara mutu kerja kakitangan awam yang sebelum ini dilihat amat negatif oleh orang ramai di luar sana.

Cuma yang meresahkan dan yang sudah hampir pasti dapat dilihat ialah pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri semalam akan 'merayakan' para peniaga yang pastinya akan menaikkan harga barang. Itu perkara lumrah setiap kali kerajaan mengumumkan kenaikan pendapatan yang melibatkan kuasa beli rakyat.

Pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri semalam seharusnya disambut sebagai satu tanggungjawab kepada Menteri, Ismail Sabri untuk memastikan harga barang tidak dinaikkan sesuka hati oleh para peniaga yang pastinya akan 'membaham' semua kenaikan itu.

Amaran semata-mata tidaklah dapat menjamin harga barang tidak akan naik tetapi lebih daripada itu seharusnya Ismail Sabri memikirkan mekanisma yang lebih baik bagi menangani kebarangkalian kenaikan harga barang.

Naikkanlah 10 kali gaji sekalipun tetapi jika kuasa beli pengguna 'dibaham' sewenangnya oleh para peniaga apalah ertinya dengan kenaikan.

Sebolehnya,kita tidak mahu kenaikan yang disifatkan sebagai durian runtuh itu akan memberikan isi durian kepada para peniaga dan kulit durian itu hanyalah duri yang akan menyakitkan kerajaan yang dilemparkan semula oleh kakitangan awam di dalam PRU ke 13 nanti.

7 comments:

  1. mcm biasa la, gaji naik yg paling gembira peniaga tukang sakau duit la. dulu kueh mueh rm1 dpt 5 ketul. sekarang tinggal 3 ketul. jangan terkezut lepas ni tinggal 2 ketul. mungkin ada yg berani letak harga rm1 utk seketul, konon saiz besar sikit. yg sial tu, pura2 mengeluh konon harga tepung naik la, gula naik la, taik naik la, gampang naik la. selamat menyakau duit la para peniaga. duit tengah banyak ni... kerajaan naikkan gaji kakitangan awam ni utk korang. kitorang bagi IKLAS SGT kt korang!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. camner kita rakyat nak boikot!!!?....mulut kata mahallah, duit sikitlah..gaji ciputlah..tapi sakau barang belian tak hingat!!!!!

      nak boikot hanya hangat2 taik ayam...cubalah hangat2 taik khinzir ker..kita lempor kat peniaga tak reti berbudi! amalan 'orang berbudi kita berbahasa orang memberi kita merasa'..dah tiada!!!

      nak beli 4 ketul hulur seringgit... banyak punya kedekut!!
      nak jugak 1.50 sen!!!

      Delete
    2. yg hangat hati tu ialah bila pegi tempat lain, ada pulak peniaga masih jual kueh 5 singgit! kenapa masih berani jual 5 singgit? sebab masih dpt untung. kt selama kedah/perak, sate boleh dapat 4 cucuk singgit tau. tempat lain... sama harga mcm haji samuri punya sate, tp rasa...hampeh! tak timbul soal nk boikot, org kerja ni payah nk buat kueh, kecuali beli kalau nk makan. persoalannya ialah dh pupus sikap mcm yg ko ckp td la...org berbudi kita berbahasa......

      Delete
  2. selagi boleh dikaut oleh penjawat awam..mereka kaut...wang tetap dimata...rata-rata yg mengeluh gaji ciput...naik ciput...mereka mereka yg telah nikmati pelbagai kemudahan dan imbuhan dan yg nampak ketara sangat kereta bertukar ganti dan ber'spare lagi...

    bukan lagi kereta buruk motor cabuk jer!!!

    hidmat takpula meningkat...

    tenguklah nanti SSM baru!!!!ada perubahan ker dak!!!

    ReplyDelete
  3. Salam Perjuangan...mohon link tuan...sya telahpun linkkan blog tuan di blog sya..Terima kasih..

    ReplyDelete
  4. Terima kasih di atas ziarah Melaka Post. Akan di link kan..Terima kasih

    ReplyDelete
  5. Peniaga ni la banyak dok kaut untung. Yang meniaga ni ramainya puak-puak sebelah sana. Pastu dok gebang kat ceramah-ceramah kempen BN-Barang Naik..barang yang naik abg nun jugak. Naik bengkok lagi tu.

    ReplyDelete